Sunday, January 31, 2010

Home » » Pemacu Cakera Paling Nipis

Pemacu Cakera Paling Nipis

Share

Pemacu Cakera Paling Nipis

SEAGATE Technology baru-baru ini mengumumkan pelancaran pemacu Momentus Thin, iaitu pemacu cakera keras 2.5-inci yang paling nipis di dunia.

Dengan ketebalan 7 milimeter (mm) yang cukup nipis dan hanya 25 peratus lebih nipis berbanding dengan pemacu keras komputer riba tradisional 9.5mm 2.5-inci, pemacu Momentus Thin menawarkan kos penyimpanan setiap gigabait yang cukup rendah.

Bagi semua komputer netbook dalam pasaran, 90 peratus daripadanya dipasangkan dengan pemacu komputer riba 9.5mm 2.5-inci oleh kerana kos pemacu keras solid state dan 1.8-inci adalah terlalu tinggi bagi pasaran berkenaan.

Pemacu Momentus Thin memberikan penyimpanan dengan kos yang berpatutan bagi netbook dan komputer riba nipis. Ini membolehkan pengeluar komputer menawarkan sistem yang dapat menjangkau pasaran yang lebih besar.

Pemacu Momentus thin ini mampu menyaingi pemacu komputer riba tradisional 2.5-inci dari segi prestasi dan kecekapan tenaga, mengizinkan perekaan bentuk nipis dalam semua segmen pengkomputeran notebook.

Ia menawarkan dua peringkat kapasiti - 250GB dan 160GB - dengan 8MB cache, antara muka SATA 3Gb/s serta kelajuan putaran 5400 rpm.

Pemacu tersebut dirancang untuk diperkenalkan kepada OEM dan integratur Seagate pada bulan ini.

Model ini dapat membantu pengeluar komputer riba supaya menyampaikan pilihan yang luas kepada para pengguna rumah dan perniagaan - dari netbook yang biasanya dibeli dengan tujuan menghantar e-mel dan layari laman web, sehinggalah ke notebook yang menawarkan aplikasi-aplikasi utama jenis perniagaan dan pengguna.

Pemacu momentus Seagate 5400 rpm dan 7200 rpm yang tradisional dengan ketinggian 9.5mm menggabungkan ciri-ciri yang paling luas dalam industri - termasuk self-encryption, pensijilan FIPS 140-2 serta alat sensor free-fall, - juga dengan kapasiti 640GB , kelajuan pantas antara muka SATA 3Gb/s, saiz cache besar sehingga 16MB.

Ia juga mempunyai ketahanan kejutan paling tinggi di antara pemacu keras, akustik dan spesifikasi kebolehpercayaan bagi komputer riba dan tahap prestasi tinggi.

Sebarang maklumat lanjut layari:

http://seagate.com/twitter
http://seagate.com/facebook
http://media.seagate.com

Sumber: www.utusan.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive