Thursday, January 7, 2010

Home » » Ringankan Aplikasi Photoshop Pada Slower Komputer

Ringankan Aplikasi Photoshop Pada Slower Komputer

Share


Ringankan Aplikasi Photoshop Pada Slower Komputer

Kepada anda yang menggunakan software Adobe Photoshop, memang memerlukan RAM yang tinggi untuk meringankan dan melajukan lagi aplikasi tersebut semasa anda membuat sesuatu kerja. Tetapi jika anda mempunyai RAM yang agak rendah, memang mengambil masa yang agak lama untuk loading. Mungkin anda boleh tidur sekejap kemudian bangun balik baru siap.

Jadi, kali ini saya akan tunjukkan anda cara untuk ringankan Photoshop jika anda menggunakannya pada komputer yang agak perlahan.

Caranya:

Pergi ke Edit > Preferences > General ataupun Ctrl+K




Pergi ke bahagian Performance.



Pada Memory Usage, jika RAM yang anda gunakan  adalah 2GB-4GB, pilih antara 55-65% dan 70-75% untuk RAM  4 GB dan keatas. Anda boleh ubah anak panah ke sebelah kanan ataupun kiri untuk tukar percentage tersebut.



Pada Scratch Disks ataupun dikenali sebagai virtual RAM, jika anda mempunyai lebih dari satu partition ataupun drive, tandakan sebanyak mana yang anda mahu. Jangan risau mengenai space kerana ia akan dibersihkan selepas anda tutup aplikasi Photoshop. 

Membenarkan Photoshop menggunakan secondary drive akan meningkatkan lagi kelancaran dan kelajuan Photoshop.

 


Sebagai manusia, kita memang tak terlepas dari membuat silap kan? Sebab itu anda butang Undo untuk kembali kepada asal jika ada kesalahan. Pada History(Undo), lagi tinggi anda set lebih banyak memory yang digunakan.

Pada History States ubah nilai di antara 10-15 dan Cache Levels di antara 1-8. Photoshop akan menjadi lebih ringan.



Kemudian buat Defragment pada drive anda dengan cara pergi ke Start > All Programs > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter.

Akhir sekali jika anda mahu menggunakan aplikasi Photoshop, tutup aplikasi lain yang tidak diperlukan dan ini akan memberikan memory tambahan kepadanya tanpa perlu share memory dengan aplikasi lain.

Selesai

2 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

okey bos! da buat..tenkius.. :)

zuar said...

wokey..huhu

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive