Risiko Buta Awal
Glukoma, katarak dialami pada usia muda akibat pendedahan komputer, memandu malam
SEBAHAGIAN besar masalah mata tidak menunjukkan sebarang simptom. Bertambah sukar, pemeriksaan mata selalunya tidak dimasukkan dalam senarai pemeriksaan kesihatan kebanyakan orang. Justeru, tidak hairanlah masalah mata hanya disedari apabila ia sudah semakin serius.
Glukoma yang menjadi antara penyebab mata buta, adalah masalah yang berkaitan dengan saraf optik mata. Bagaimanapun, oleh kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom, kebanyakan pesakit tidak mengetahui mereka berdepan dengan glukoma dan masalah ini hanya boleh dikesan menerusi pemeriksaan kesihatan.
Kebanyakan orang melakukan pemeriksaan mata sebagai memenuhi rutin di sekolah atau ketika perlu menggunakan kaca mata. Bagaimanapun, jika anda datang daripada keluarga yang berdepan masalah glukoma, diabetes atau tekanan darah tinggi, pemeriksaan mata sebenarnya perlu dimasukkan dalam jadual
Katarak adalah sebahagian masalah kesihatan mata yang akan dihadapi semua. Jika generasi terdahulu berdepan masalah katarak pada usia 70 tahun ke atas, generasi hari ini mungkin mengalaminya pada usia jauh lebih muda. Ini disebabkan pendedahan pada komputer dan kekerapan memandu pada waktu malam.
Pemeriksaan utama mata
Penglihatan - membantu menentukan beberapa faktor sama ada anda memerlukan kaca mata untuk membaiki penglihatan sama ada masalah untuk membaca atau sesuai untuk pembetulan laser.
Pemeriksaan kornea, iris dan anak mata - ruang dalam mata yang menentukan sama ada bahagian itu sihat.
Pemeriksaan tekanan pada mata untuk mengesan glukoma. Ia berlaku apabila tekanan dalam mata menjadi terlalu tinggi dan merosakkan saraf optik dan akhirnya membawa kepada hilang penglihatan. Ia boleh dicegah melalui rawatan awal. Apatah lagi, glukoma sebenarnya dipengaruhi faktor genetik.
Pemeriksaan kanta katarak - Masalah katarak pasti dihadapi semua. Apa yang membezakannya ialah cepat atau lambat berlaku katarak yang turut menjadi antara punca buta di seluruh dunia. Pengesanan awal dengan teknik pembedahan moden dan lensa multifocal, boleh membantu mengembalikan penglihatan.
Pemeriksaan retina - Untuk penyakit seperti diabetic retinopathy (kebutaan yang disebabkan diabetes atau kencing manis), penuaan makular dan masalah retina seperti glukoma. Masalah mata jenis ini sebenarnya boleh dirawat jika didiagnosis lebih awal.
Pemeriksaan saraf optik - masalah seperti radang (optic neuritis), tumor dan bengkak boleh menyebabkan simptom seperti penglihatan kabur, hilang pandangan warna, apungan (floaters), sakit kepala, sakit mata atau tidak selesa.
Sumber: www.bharian.com.my

6 comments:
Gulp! takutnya..pasni nk kene pakai cermin mata itam lah bila nk on lappy..ngehehe...
macamla sebelum ni xpnh pki spek htm main laptop..kekeke
grr, sengallll!!!
hahaha
hahahaha.. baru bace entry ni. pastu bace komen zuar. mang otomatik tergelak teros. =))
jgn gelak xbenti dh la k fairy princess..hehe
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D