Tuesday, January 5, 2010

Home » » Wajah baru Kedah hadapi Liga Super

Wajah baru Kedah hadapi Liga Super

Share

Wajah baru Kedah hadapi Liga Super

ALOR SETAR - Skuad Liga Super Kedah bakal memulakan musim baru bola sepak dengan penuh bergaya menerusi penajaan jersi terbaru daripada Lotto serta pembentukan pasukan lebih mantap, dilengkapi pelbagai kemudahan bagi menjaga kebajikan pemain termasuk pembelian bas canggih yang bernilai hampir RM400,000.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, pada musim ini, skuad Liga Super dan Piala Presiden Kedah menerima penajaan jersi Lotto yang bernilai RM150,000 daripada Star 360 Sdn. Bhd., syarikat yang bertanggungjawab memasarkan jenama berkenaan di negara ini.

“Adalah menjadi harapan supaya Kedah akan lebih cemerlang pada musim ini menerusi gandingan pemain sedia ada dengan tonggak baru yang dijangka memberi kelebihan kepada pasukan hijau kuning untuk beraksi penuh bersemangat,” kata beliau dalam sidang akhbar sempena majlis memperkenalkan pemain dan jersi baru pasukan Kedah di Sri Mentaloon, di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Kehormat KFA, Dr. Hamdan Mohamed Khalib, pengurus pasukan, Datuk Khazali Din, penolong pengurus pasukan, Syed Khairul Anuar bin Syed Abidin, ketua jurulatih, Ahmad Yusof, Pengarah 360 Sdn. Bhd., Udo Eimer serta pegawai dan pemain-pemain skuad bola sepak Liga Super Kedah.

Kedah, selain mengekalkan barisan pemain lama diperkuatkan empat tonggak baru iaitu Azlan Ismail (Terengganu), Azmi Muslim dan Zamri Chin (UPB-MYTeam) dan Shahril Faisal Sharifudin (Proton FC).

Sementara itu, Dr. Hamdan memberitahu, bas setingkat yang mempunyai 30 tempat duduk tersebut akan menjadi pengangkutan rasmi untuk membawa pasukan Kedah menghadapi perlawanan di gelanggang lawan.

“Bas ini dilengkapi dengan sudut kopi (coffee corner) dan set karaoke...Ini sudah tentu boleh memberi keselesaan kepada pegawai dan pemain dalam menghadapi sesuatu perjalanan,” kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan, Kebudayaan, Negeri Kedah.

Dr. Hamdan menjelaskan, penggunaan bas tersebut dapat menjimatkan perbelanjaan KFA dari aspek pengangkutan di samping memudahkan pengurusan pasukan.

Bagaimanapun, kata beliau, bas berkenaan akan digunakan oleh atlet atau pasukan daripada sukan tertentu selain bola sepak pada waktu-waktu yang tidak melibatkan perjalanan skuad bola sepak Liga Super Kedah.

Mengenai penajaan Lotto pula, Eimer berkata, pihaknya memilih Kedah berdasarkan pencapaian memberangsangkan pasukan berkenaan dalam saingan bola sepak di negara ini.

Sumber: www.utusan.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive