Friday, February 5, 2010

Home » , » Tips Membeli Laptop

Tips Membeli Laptop

Share

Tips Membeli Laptop

Bagi student ataupun bisnesman, korang semua mesti perlukan Laptop ataupun komputer riba untuk siapkan kerja korang. Zaman IT yang makin berkembang sekarang ni kita memang tak terkejar dengan teknologi. Setiap hari ada saja keluaran terbaru. Walaupun setiap kali keluar produk terkini, korang mesti amik tahu aspek-aspek penting sebelum membeli. Antaranya:

Bateri
Bateri memainkan peranan penting kalau korang buat kerja kat luar tanpa ada punca sambungan elektrik. Dapatkan Laptop yang boleh bertahan sehingga 5 jam tanpa henti masa korang buat sesuatu kerja.

Berat
Aspek ni pun penting sebab kalau korang travel ke mana-mana, mesti perlukan Laptop yang ringan dan senang nak bawak. Disarankan korang beli yang skrin antara 12’’ – 14’’ dan berat kurang dari 2kg.

Wi-Fi
Wi-Fi amat penting untuk siapkan kerja yang perlukan sambungan internet. Sekarang ni Wi-Fi dah banyak di pasang di merata-rata tempat contohnya KFC, McD dll. Kebanyakkan Laptop sekarang semuannya dah ada Wi-Fi terbina dalam.

Speed
Speed ataupun kelajuan adalah segalanya. Terlalu penting bagi korang nak siapkan kerja dengan cepat tanpa ada masalah ‘hang’ ataupun nak buka banyak aplikasi dalam satu masa. Jadi, korang boleh siapkan kerja sambil dengar lagu dan sebagainya. Makin tinggi RAM, Processor dengan space Hard Disk, makin laju Laptop korang.

Security
Security ataupun tahap keselamatan amat penting sekali. Sebab banyak berlaku kes curi Laptop. Korang kena pastikan tahap keselamatan yang tinggi nak elakkan data yang korang simpan dicerobohi orang lain. Mungkin Laptop yang perlukan cap jari ataupun ada sistem yang boleh track kat mana Laptop korang sekiranya dicuri adalah yang terbaik.

Warranty
Pastikan korang dapatkan Laptop yang ada warranty atau jaminan sekurang-kurangnya 3 tahun. Pastikan jugak korang simpan resit pembelian tu sebagai bukti. Kalau ada masalah terjadi pada Laptop tu dalam masa warranty, korang boleh hantar balik kat kedai tanpa bayar apa2.

Bajet
Akhir sekali, buat pilihan berdasarkan bajet yang korang ada. Pilih yang betul-betul berkualiti sebab tak salah kalau korang laburkan duit yang banyak untuk dapatkan Laptop yang terbaik dan tahan lama.

9 comments:

Wan Perlis said...

mmg nak bli lappy baru ni

aryf said...

thankxzz

mknajmie said...

tips yang bagus

pch said...

tujuan paling penting....
bli utk main game..utk buat grafik..utk atau internet?? atau mau semua sekali




Cara Mudah Psg laptop skin...tak payah ukur..senang

Maxi Komputer said...

Kalo aku pingin beli laptop tapi untuk bisnis online....Tapi keren banget sob infonya...Thanks...

zuar said...

maxi: sama2 maxi..jgn lupa promote ini blog sama orang indon yaa...^_^

nur said...

Salam...
Saya mahu membeli laptop untuk kegunaan multimedia dan kerja-kerja office. Kadang kala saya suka mendownload lagu dari internet.Kebiasaanya saya juga suka membuat kerja sambil mendengar lagu.
1-Kad grafik manakah yang sesuai saya pilih ?
2-Adakah RAM 4gb bersesuaian untuk kegunaan ini?
3-Adakah HDD 7200 rpm bersesuaian dgn jenis kegunaan ini?

Boleh jelaskan?

zuar said...

kalau grafik baik ambik intel yang baru..kalau ada modal..klau amd cepat panas.ram 4 gb ok untuk multimedia..HDD 7200 pun sesuai.

tanto roni said...

makasih gan....tips sebelum membeli laptopnya mantap sekali

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive