Saturday, February 20, 2010

Home » , » TM Sediakan 15,000 Komputer Riba

TM Sediakan 15,000 Komputer Riba

Share

TM Sediakan 15,000 Komputer Riba

KANGAR 19 Feb. - Telekom Malaysia Bhd. (TM) menyediakan 15,000 komputer riba yang dilengkapi perkhidmatan jalur lebar tanpa had menerusi pakej Cool Uni Pax untuk para penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di Kedah dan Perlis.

Di bawah pakej berharga RM50 sebulan selama dua tahun itu, TM menyediakannya kepada penuntut tahun satu dan dua IPT, terutama bagi individu dari keluarga berpendapatan rendah.

Pengurus Besar TM Kedah dan Perlis, Pauziah Taib memberitahu, selain penuntut tahun satu dan dua IPT, pakej Cool Uni Pax juga boleh diperoleh oleh lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah ditawar melanjutkan pengajian ke IPT.

Namun begitu, kata beliau, setiap permohonan mesti disertakan surat pengesahan status pemohon sebagai penuntut dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dari IPT terlibat.

Sehingga kini, kata beliau, TM sudah menerima banyak permohonan berkenaan yang sebahagian daripadanya telah diluluskan dan TM sedia meluluskan 15,000 permohonan berkenaan pada penghujung April nanti.

Menyentuh proses kelulusan pula, beliau memberitahu, pihaknya mendahulukan permohonan awal atau kelulusan dibuat berkonsepkan siapa cepat dia dapat.

Beliau menyatakan demikian kepada para pemberita pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TM 2008 berjumlah RM189,420 kepada Baitulmal Perlis di pejabat Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu di sini semalam.

Zakat berkenaan diserahkan oleh Pauziah yang mewakili TM kepada Pengerusi Baitulmal Perlis, Mohamad Sokri Husin sambil disaksikan Md. Isa.

Pauziah memberitahu, menerusi pakej Cool Uni Pax, penuntut diberikan komputer riba percuma yang disertakan jalur lebar untuk menyenangkan kumpulan sasar itu menjalankan urusan pengajian secara bergerak.

Sehubungan itu, beliau menyatakan, TM akan mengadakan promosi berhubung pakej tersebut di semua IPT di Kedah dan Perlis dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, TM tidak melantik mana-mana pihak sebagai ejen untuk menguruskan permohonan tersebut kerana perkara itu dibuat secara terus oleh pemohon kepada TM atau menerusi TM Point seluruh negara dengan kerjasama HEP di IPT masing-masing.

Sumber: www.utusan.com.my

Sapa cepat dia dapat!!!Cepat pi serbu TM Point..huhu

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive