Monday, April 19, 2010

Home » Ikona MAPS V6 Revolusi Baru Antivirus

Ikona MAPS V6 Revolusi Baru Antivirus

Share
Ikona MAPS V6 Revolusi Baru Antivirus

KUALA LUMPUR - Pengeluar perisian antivirus milik syarikat bumiputra, Ikonasoftware (M) Sdn. Bhd. (Ikonasoftware) bakal memasarkan produk unggulnya, Ikona MAPS V6 dengan menyasarkan jualan sebanyak 1 juta unit bagi tempoh setahun bermula Julai ini.

Timbalan Presidennya, Amran Wahab berkata, sasaran utama Ikona MAPS V6 adalah syarikat korporat dan mereka yang terlibat dalam perniagaan Industri Kecil dan Sederhana.

"Ikona MAPS V6 adalah revolusi baru antivirus komputer yang mampu menjimatkan kos dalam semua aspek kerana ia adalah produk pertama di dunia yang tidak perlu dikemas kini dan di luar talian (stand alone).

"Buat masa ini, kami sedang melantik pengedar di seluruh negara bagi membantu memasarkan Ikona MAPS V6 dengan lebih teratur," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Amran, walaupun belum berada di pasaran, Ikona MAPS V6 telah pun mendapat tempahan hampir dua juta unit daripada beberapa agensi kerajaan, swasta dan beberapa negara di Eropah dan Timur Tengah.

Katanya lagi, perkembangan ini dilihat sebagai sesuatu yang sihat lebih-lebih lagi, Ikona MAPS V6 adalah produk buatan Malaysia yang diilhamkan oleh anak tempatan.

Sumber: www.kosmo.com.my

5 comments:

Taufik_wahab said...

em..pendapat zuar sndiri cmne?orait AV ni?

zuar said...

macam ok je..sebab xpyh update.nak tau lebih lagi tunggu keluar nnti tgk org review cane..tp nampak mcm bagus je ni

Anonymous said...

aku rasa tak heran ikona ni sbb panda, Ghost dan Rising pn dah kuar pakai cloud net dan xyah pun update n stand alone gak..mrk tak update info ke ? satu lg, AV ikona ni mana beta version dia? nak tgok gak dokument feedback around the world. terbaru news, microsoft sendiri dah kuar kan sendiri AV...ikona sendiri tak kuar2 pn. Beta version pn xde lg...hehe

wak salam said...

yer laaa.. nanti kita tengok kelebehan dan keberkesanan nyer yer... aku rasa bangga jugak kalau hasil usaha anak melayu menjadi salah satu pesaing dalam persaingan dalam sistem I.T nie...

Anonymous said...

kita kena bagi ruang dan peluang pada ikona made in malaysia...membuktikan produk mereka..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive