Friday, April 9, 2010

Home » » Microsoft Telah Hentikan Windows Update

Microsoft Telah Hentikan Windows Update

Share

Microsoft Telah Hentikan Windows Update

Anda mungkin terkejut bila dengar Microsoft akan hentikan Windows Update. Jangan risau, Microsoft Cuma hentikan Windows Update bagi version tertentu sahaja.

Baru-baru ini Microsoft telah mengumumkan bahawa Windows Update untuk pengguna Windows XP Service Pack 2 dan Windows 2000 Professional akan tamat pada 13 April ini. Manakala bagi pengguna Windows Vista RTM windows update akan tamat pada 13 Julai 2010.

Anda masih boleh terus menggunakan Sistem Operasi tersebut tetapi tidak boleh menggunakan lagi windows update daripada Microsoft. Ini termasuk security update yang dapat membantu melindungi komputer daripada virus, spyware dan software yang mencurigakan yang boleh mencuri maklumat peribadi anda.

Bagi anda yang mahu terus menggunakan Windows tersebut perlu mendownload seterusnya install Windows XP Service Pack 3 dan Windows Vista Service Pack 2 dan anda boleh terus mendapat windows update daripada Microsoft.

Cara untuk check version Sistem Operasi yang anda gunakan bagi pengguna Windows XP dan Vista:

Klik Start Menu > Run > Taipkan winver

Jadi berubahlah sekarang ke Windows XP Service Pack 3, Windows Vista ataupun Windows 7 untuk terus mendapat sokongan Windows Update daripada Microsoft.

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive