Thursday, May 20, 2010

Home » , , » Virus Sexy di Facebook

Virus Sexy di Facebook

Share


Facebook Virus
Virus Sexy di Facebook

Facebook telah diserang virus!!!

Saya telah mendapat post di wall akaun Facebook kononnya terdapat video candid yang sexy dan diminta untuk klik dan tengok video sexy tersebut.Yarkk!!Anda juga mungkin pernah alami masalah ini. Beribu pengguna Facebook telah dijangkiti virus ini yang mana video tersebut menunjukkan seorang perempuan memakai skirt pendek sambil menunggang basikal.


Virus Facebook
Video tersebut telah tersebar ke wall Facebook saya dan juga anda semua tetapi dihantar tanpa pengetahuan tuan punya akaun tersebut. Sekali anda klik video tersebut, automatik video tersebut akan dihantar sendiri ke akaun rakan-rakan anda yang lain. Video ini juga dikategorikan sebagai Spam kerana biasanya ia akan menghantar berulang kali selagi anda tidak remove.


Ada cara untuk menghentikan serangan ini. Caranya seperti di bawah:

1. Di sebelah kanan atas Facebook ada butang Account.

2. Klik dan pilih Application Setting

3. Di bahagian Application settings - Recently used jika terdapat aplikasi bernama "Winamp", sila remove.

4. Muncul confirmation dialog box “Remove Winamp”

5. Klik pada "Remove" kemudian refresh browser anda dan pastikan aplikasi “Winamp” hilang pada bahagian Application Settings.


Cara lain:

1. Selalu scan komputer dengan antivirus yang up-to-date

2. Selalu tukar password

3. Selalu-selalu jengok Facebook application settings kalau ada aplikasi yang tak dikenali


Amaran: Jangan gatal-gatal nak tengok perempuan sexy!!

5 comments:

Anonymous said...

tp xleh nk than nafsu la bro...hehe

Anonymous said...

betul 2 zuar.......FB aq dh kne spam ni, habis orang marah kat aq.....kate aq ni dh tak btul. Buat malu aq jew.......sEtan puny SPAM!!!!!!!

hana syakira said...

syukran atas info ni....slalu sgt dpt...sibuk je!

zuar said...

kalo xleh tahan nafsu tu ko tanggungla sendiri..hehe

cybernetic88 said...

ye skng kecoh virus sexy ni. auww. haha. xbley blah spe yg tekan. hahaha =P

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive