Tuesday, June 8, 2010

Home » » MiFi Digi Produk WiFi Mudah Alih Pertama di Malaysia

MiFi Digi Produk WiFi Mudah Alih Pertama di Malaysia

Share


MiFi Digi Produk WiFi Mudah Alih Pertama di Malaysia

MiFi produk terbatu Digi yang mampu menyambungkan lima peranti WiFi berbeza untuk disambungkan ke Internet dengan serentak menerusi sambungan WiFi.

SHAH ALAM: Pengendali perkhidmatan telekomunikasi global, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) mengumumkan kehadiran produk WiFi mudah alihnya, iaitu pertama di Malaysia.

Ia yang dikenali dengan nama MiFi, mampu menyambungkan lima peranti WiFi yang berbeza untuk disambungkan ke Internet dengan serentak menerusi sambungan WiFi. Saiznya yang dibangunkan hampir sama dengan telefon mudah alih moden, adalah router tanpa wayar mudah alih dilengkapi dengan keupayaan menyamai router WiFi sedia ada. 

Pengenalan produk itu membolehkan pengguna jalur lebar mudah alih mewujudkan persekitaran WiFi mini bergerak.

Kepada yang berminat, Digi menyediakan ruang tempahan MiFi di laman webnya untuk tempoh dua minggu.


Sumber: www.bharian.com.my

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive