
Siapa Mizz Nina Penyanyi Lagu What You Waiting For
Ramai lagi yang belum kenal pemilik nama Shazrina Azman, 30 tahun atau lebih popular dengan nama Mizz Nina. Mizz Nina sebelum ini merupakan salah seorang anggota kumpulan Teh Tarik Crew. Selain berkerja sebagai deejay Fly FM, Mizz Nina sekarang bergerak secara bersendirian untuk menghasilkan album solo.
Lagu What You Waiting For hasil kolaborasi dengan penyanyi terkenal Amerika Syarikat yang turut terlibat dalam pembikinan album Lady Gaga dan Akon iaitu Colby O`Donis semakin popular sekarang di radio telah berjaya menaikkan nama Mizz Nina dengan pantas. Bukan saja kolaborasi lagu tapi turut menghasilkan video klip diarahkan oleh Scott McCullough.
Mizz Nina merupakan anak bongsu kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad, Tan Sri Azman Hashim selain turut digosipkan dengan Noh iaitu vokalis kumpulan Hujan. Album penuh Mizz Nina akan dilancarkan pada bulan Julai nanti berisi 14 buah lagu termasuk 5 buah lagu melayu tersenarai dalam album tersebut. Kita tunggu kemunculan album sulung Mizz Nina ataupun digelar The Rapping Daughter bulan depan.
Biodata Mizz Nina
Nama penuh: Shazrina Tan Sri Azman Hashim
Tarikh lahir: 1 Julai 1980
Umur: 31 tahun
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Keluarga: Anak bongsu daripada lima beradik
Status: Isteri kepada Mohammad Noh Salleh (Noh, vokalis kumpulan Hujan)
Kerjaya: Model, pengacara, penyampai radio, penyanyi dan usahawan
Pendidikan: Ijazah Pengajian Media dan Perhubungan Awam di sebuah universiti di Australia
Album solo: What You Waiting For (2010), Album bersama Teh Tarik Crew: EP Are We Rap Stars now (1999), How’s The Level? (2002) dan What’s Next (2004)
Bagi yang belum lagi dengar lagu dan lihat Video Klip What You Waiting For anda boleh download di bawah. Memang best!
Video Klip Mizz Nina Ft. Colby O Donis - What You Waiting For
6 comments:
tak nmpk mcm org msia pn ;p
mcm beyonce je
sexy mizz nina ni
cantik n sesuai lah digandingkan dengan noh hujan..",
anon 9:06: sexy n mantap.hahaha:-p
anon 10:59: dah jadi bini dia dh pun:-p
you are not cute ....because you are to seksa .....
noh n mizznina memang pdn laa...
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D