Sepanyol Juara Piala Dunia 2010
Sepanyol telah membuktikan dengan permainan cantik mereka telah menjulang 2 kejuaraan utama iaitu Juara Eropah 2008 dan Juara Piala Dunia 2010. Gandingan mantap jentera tengah kreatif iaitu Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan Xabi Alonso telah berjaya membenam permainan mantap Belanda dibarisi penjaring 5 gol Wesley Sneijder, pakar lakonan Arjen Robben dan pakar permainan kasar Mark Van Bommel.
Perlawanan yang berlangsung hingga ke masa tambahan berjaya menunjukkan permainan berkualiti tapi dihujani dengan kad kuning dan kad merah sebelum Andres Iniesta hero Sepanyol menjaringkan gol pada minit ke-116 masa tambahan.
0 comments:
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D