Thursday, August 5, 2010

Home » » Kisah Benar Di Sebalik Penjara Pudu Ditutup

Kisah Benar Di Sebalik Penjara Pudu Ditutup

Share

Kisah Benar Di Sebalik Penjara Pudu Ditutup

Berlaku di Penjara Pudu KL disuatu ketika dulu. Peristiwa ini diceritakan oleh warden-warden bertugas yang mengalami pengalaman aneh di penjara tersebut.

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat 1 bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Di bilik inilah seringnya belaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Ia dinamakan "Bilik Terakhir" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.

Di "Bilik Terakhir" inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri & bebagai lagi pelakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menhadapi maut keesokn harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankn, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis & bermacam-macam lagi dari "Bilik Terakhir" tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka & kemudian tak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh & pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut yang mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran di waktu malam dari "Bilik Terakhir" itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut  tak tenteram.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden yang telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Melalu pengalamannya ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 1 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari behampiran bilik tesebut. Warden tersebut cuba beranikan diri untuk melihat dari dekat. Dengan perasaan bercampur baur warden tersebut melihat dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah "Bilik Terakhir" itu lalu lesap begitu saja.

Mengikut logik akal mustahil seekor kambing boleh berada di kawasan penjara tersebut. Oleh kerana ingin tahu ia beranikan diri menghampiri "Bilik Terakhir" itu. Alangkah terkejut beruk warden tersebut bila mendapati pintu bilik itu telah betukar menjadi pintu gua. Dengan perasaan gementar, seram serta mengigil ketakutan namun digagahi juga diri untuk memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat kelibat kambing hitam tadi. Apabila sampai ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya bila mendapati terdapat banyak harta karun didalamnya. Dia cuba merapati harta tersebut untuk memastikan apa yang dilihat itu benar atau tidak tapi tiba-tiba harta tersebut hilang dari pandangan. Tiba-tiba menjelmalah satu lembaga yang mengerikan lalu bersuara dengan nyaring:

















Heyyyyyy manusiaaa. Jangan engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa.. Tapi Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa. HaHaHaHaHa!! Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa.

14 comments:

Ietams said...

oh sungguh terkena!
ingatkan cerita betul

y@n@ M!B said...

cis CIS cisssss..tipah tertipu...susah payah baca penuh perasaan siap bayangkan lagi keadaan kt penjara...sempat lg wat lawak...demmm~ :q:

zuar said...

Ietams n cik yana:ada cite lawak ek dalam cite penjara pudu kat ats ni?kt bhagian mana ye??hahaha

mai나는 한국을 사랑 said...

x perlu kata apa2..senyum,x perlu kata apa2...x taw nak kata apa2

zuar said...

mai:gelak guling2 sudah..kekeke

Anonymous said...

pantat r

Anonymous said...

binawe tul :P

Anonymous said...

hahaha.......lawaknye

Anonymous said...

hahaha giler!!!!!!! ket0r lutut bace...caithh!!!!!!

Anonymous said...

benci benci benci X(

Feena said...

haha loyar burok tul....!

keyda kasim said...

hadoi ~ terkena. dah lah part suspen.. tetibe ginih ~ haish.. syg bonalah kat penulis nih :X

Anonymous said...

Cam sial

afiq shocker said...

Lawak hambar 👏👏

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive