Monday, August 9, 2010

Home » » Tips Berpuasa di Bulan Ramadhan

Tips Berpuasa di Bulan Ramadhan

Share

Tips Berpuasa di Bulan Ramadhan

Tak lama lagi seluruh umat islam di seluruh dunia akan menunaikan kewajipan dalam rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan puasa itu sendiri ada kelebihan dan berkait rapat dengan kesihatan kita. Antara tips kali ini adalah berkaitan dengan cara pemakanan kita di bulan puasa untuk menjadi sihat dan cergas.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

1. Mulakan berbuka dengan buah kurma dan makanan yang ringan seperti kuih.

2. Solat Maghrib terlebih dahulu sebelum mengambil makanan berat-berat.

3. Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.

4. Kurangkan kadar makanan dari biasa

5. Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.

6. Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih.

7. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.


Fasa-fasa Puasa:

Fasa Pertama (2 - 3 hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah.

Fasa Kedua (3 -14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa Ketiga (14 - akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

  
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi apa-apa dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive