Wednesday, September 29, 2010

Home » » Lotus Racing vs Proton

Lotus Racing vs Proton

Share
Lotus Racing vs Proton

KUALA LUMPUR – Pasukan Lotus Racing sedia menyerahkan pasukan Formula Satu (F1) kepada Proton Holding Bhd. (Proton) jika ia mampu melakukan lebih baik daripada yang telah dilakukan di bawah pengurusan kini pada musim depan.

Timbalan Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Kamarudin Meranun berkata, selain itu Proton perlu membayar pelaburan yang telah dilakukan oleh tiga individu, membabitkan dirinya, Datuk Seri Tony Fernandes dan SM Nasarudin SM Nasimuddin, bernilai pound 70 juta (RM340.9 juta) pada musim ini.

Malah, tambah beliau, pihaknya telah membeli Team Lotus Ventures Ltd. (TLV), yang mempunyai hak untuk menggunakan nama Team Lotus, pada harga lebih pound 3 juta (RM14.61 juta) kira-kira sebulan lalu setelah melakukan kajian kewajaran pertimbangan.

Tambah beliau, pihaknya mempunyai dokumen yang ditandatangani berhubung pembelian itu.

Kamarudin yang juga salah seorang pemilik pasukan Lotus Racing berkata, pasukan F1 itu mengambil keputusan untuk membeli TLV setelah mendapati hubungan dengan Proton tidak berjalan lancar sebelum ini.

Menurutnya, Proton telah memiliki Lotus Group selama 16 tahun dan sepanjang tempoh tersebut pembuat kereta nasional itu tidak pernah menyertai F1.

‘‘Tetapi kenapa sekarang perkara itu berlaku selepas tiga pemegang saham melabur dengan wang masing-masing sebanyak pound 70 juta untuk membina sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada Proton menerusi perikatan jenama

‘‘Apa yang sebenarnya mereka mahukan? Saya tertanya-tanya sama ada pengurusan Lotus Group mempunyai kuasa untuk menyertai F1 daripada syarikat induk (Proton) ataupun dalam isu ini pengurusan Proton mempunyai kuasa daripada lembaga pengarah dan pemegang saham untuk kelulusan (menyertai F1)?,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Proton semalam yang melarang penggunaan nama Lotus Racing berkuat kuasa musim depan, selepas lesen yang diberikan kepada semua syarikat yang mempunyai kaitan dengan prinsipal pasukan itu, Fernandes ditamatkan.

Menurut kenyataan Proton, penamatan tersebut dibuat ekoran tindakan terang-terangan dan berterusan oleh Fernandes yang melanggar lesen yang diberikan kepada mereka dan dianggap telah merosakkan mereka nama Lotus.

Lotus Group terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Lotus Cars, Lotus Engineering dan TLV.

Kini Proton menaja pasukan GP2 yang berpangkalan di Perancis, Art.

Mengenai penamatan penajaan Proton dalam Lotus Racing pada tahun depan, beliau berkata, perkara itu tidak timbul sama sekali.

“Adalah melucukan apabila anda menamatkan penajaan pada tahun depan sedangkan tiada perjanjian yang dimeterai untuk tujuan tersebut untuk tempoh itu,’’ jelasnya.

Menurut Kamarudin, dengan penajaan Proton yang ‘minimum’ pada tahun ini, pembuat kereta nasional itu telah memperoleh manfaat lebih daripada sepatutnya.

Sementara itu, Kamarudin memberitahu, pemegang saham Lotus Rancing akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Proton berhubung hak penggunaan Lotus Racing di Mahkamah United Kingdom.


zuar cakap:
Kes saman menyaman pulak dah. Dua2 sama. Proton sama Lotus pun sama. Buat malu Malaysia macam ni. Bukan nak buat kerjasama elok-elok. Kalau macam ni la jadi sampai bila pun Malaysia tak maju dalam F1. Baru setahun jagung masuk F1 dah banyak masalah. Tengok-tengok season depan dah bungkus.....

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive