Thursday, September 2, 2010

Home » » Medan Selera di Pavillion Tiada Logo Halal Jakim?????

Medan Selera di Pavillion Tiada Logo Halal Jakim?????

Share
 
Medan Selera di Pavillion Tiada Logo Halal Jakim?????

KUALA LUMPUR, 1 Sept. - Melihat pemeriksaan mengejut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap sebuah premis makanan di medan selera di pusat beli-belah Pavillion, beberapa pengusaha premis makanan lain bergegas menanggalkan logo dan sijil halal bukan diiktiraf jabatan itu dari dinding premis mereka.

Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim Amri Abdullah berkata, tindakan itu dipercayai untuk mengelakkan premis berkenaan diambil tindakan kerana penggunaan logo dan sijil halal yang bukan dikeluarkan Jakim.

Beliau berkata, keadaan menjadi kecoh seketika apabila Jakim disertai pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memeriksa premis menjual ayam dan itik panggang kerana cara penyembelihan diragui.

"Apa yang menimbulkan tanda-tanya, semasa tinjauan awal, kami mendapati adanya logo halal yang dipamerkan. Tetapi ketika pemeriksaan berikutnya, logo berkenaan sudah tiada lagi dipamerkan,” katanya kepada pemberita selepas selesai memeriksa premis-premis di medan selera berkenaan.

Pemeriksaan itu yang disertai tiga pegawai Jakim, tiga pegawai KPDNKK dan lima anggota PPIM dilakukan setelah menerima rungutan dan aduan orang ramai berkaitan penyalahgunaan sijil halal yang diguna pakai premis makanan berkenaan. - Bernama



P/S: Kepada anda semua yang selalu makan dekat Pavillion tu hati-hati la sama na..Benda haram ni kalau masuk dalam badan jadi darah daging..Bila dah jadi darah daging tu mula la buat benda tak elok..Buang anak la..Macam-macam la benda yang tak baik kan. Bukan dekat Pavillion je..Kat tempat lain pun sama jugak. Kena tengok dulu ada tanda halal ke tak sebelum makan ok. Nasihat ini juga ditujukan kepada tuan punya blog sendiri:-D

4 comments:

Kancilbiru said...

tak penah jejak lagi kat pavilion..heheehe

zuar said...

sy pun sama gak..dh 2 thn dok shah alam ni..pavillion pun xjejak lg..muahaha

shuhaib said...

salam...ni keluar dr tajuk sikit...font tulisan "non halal" tu pe namenye..??heheheh

zuar said...

xtau la plak...xdan check..hehe.sori:-p

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive