Tuesday, October 5, 2010

Home » » Bahaya Letak Laptop Atas Paha!!

Bahaya Letak Laptop Atas Paha!!

Share

 Bahaya Letak Laptop Atas Paha!!

CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics  semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.


Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - AP



zuar cakap:
Kalau yang dah penah buat, try check paha masing-masing, ada kesan-kesan degil tak?huhu.

9 comments:

ibh said...

hehehhe..memang pun..kalau angkat ja..merah ja tempat tu..kulit macam terbakar..Tapi sue jarang buat..takut gak..betul2 kekal merah ja nanti naya ja..mcm cacat lak..

CiK QiQi said...

keh3....

pe la zuar ni..psnan gitu ha..tp btoi gk.pp check..de kotoran degil x.

hehehe

y@n@ M!B said...

erk! sy guna desktop je..x dan nk letak ats peha..ngee~ :l:

zuar said...

ibh: baik check sekarang..kalau ada g basuh ngn clorox.hehe

cik qiqi: yela..sediakan payung sblm kena hujan..hehe

yanamib: klu cmtu yana la naik dok ats desktop tu.nanti desktop tu plak melekat kesan2 degil.muahaha

SuFian HaKiM said...

Wow, baru tau .. hihi

aNiS tHe BumbleBee said...

hah!! habeslaa perut haku!! [kes bangsa pemalas nk online sambil tido.hahahaha!!]

zuar said...

anis: xlama la tu...hahaha

Zyash said...

Alamak, aku pun suke gak wat mcm 2...hehe

GAMBAR KEMALANGAN MAUT DI LEBUHRAYA ALOR GAJAH 10/10/10

zuar said...

Zyash:dah check paha ke blm ni??huhu

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive