Wednesday, October 6, 2010

Home » » Blackberry Keluar Baru Lagi|Blackberry Torch 9800

Blackberry Keluar Baru Lagi|Blackberry Torch 9800

Share


Blackberry Keluar Baru Lagi|Blackberry Torch 9800

PENGELUAR telefon pintar yang terkenal dengan jenama BlackBerry, Research In Motion (RIM) kini menambah gear apabila memperkenalkan Torch 9800 baru yang menggabungkan papan kekunci QWERTY dan fungsi sesentuh buat pertama kali.

Berbekalkan sistem operasi BlackBerry 6 baru yang membolehkan antaramuka lancar bekerja dengan skrin sentuh dan fungsi pad pengesan termasuk memudahkan urusan rangkaian sosial dan saluran RSS.

Pada masa sama, aspek visual dititik-beratkan apabila ia dilengkapi kamera lima megapiksel dengan keupayaan 'flash' serta penstabil imej ditambah 11 mod foto dan rakaman video yang sesuai untuk rakaman spontan.

Telefon pintar baru ini menyediakan akses bersepadu untuk BlackBerry Messenger (BBM), Facebook, Twitter, MySpace dan pelbagai pesanan segera ditambah pengalaman multimedia yang dipertingkatkan.

Selain itu, ciri carian setempat juga membenarkan pengguna mencari kandungan pada telefon pintar serta melanjutkan pencarian untuk Internet.

SPESIFIKASI:
PRODUK: BlackBerry Torch 9800
HARGA: belum diumumkan
OS: BlackBerry 6
PEMPROSESAN: 624MHz dengan 512MB memori flash
PAPARAN: 3.2 inci (skrin sesentuh), 35 butang QWERTY
STORAN: 4GB kad memori microSD
MASA BERBUAL: 5.5 jam
MASA BERSEDIA: 18 hari
FORMAT VIDEO: MPEG4, H.263, H.264, WMV3
FORMAT AUDIO: MP3, AMR-NB, AAC-LC, AAC+, eAAC+, WMA,WMV, Flac, Ogg Vorbis
SAMBUNGAN: WIFI 802.11 b/g/n, bluetooth 2.1
DIMENSI: 111 x 148 x 62mm
BERAT: 161.1g




zuar cakap:
Asyik post pasal Blackberry je..Bila la mampu beli ntah..Tunggu jadi CEO dulu baru mampu pakai hp mahal-mahal gamaknya.kekeke

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive