Friday, October 1, 2010

Home » » Jom Kenal Dengan Menatang Tokek

Jom Kenal Dengan Menatang Tokek

Share


Jom Kenal Dengan Menatang Tokek

Sebenarnya saya pun tak ambik tau sangat pasal menatang tokek ni. Apa yang best sangat orang dok cari sampai harga tokek ni mencecah juta-juta lemon jutaan ringgit. Sambil dok buat assignment member cakap ada jumpa tokek kat rumah dia. So, saya pun google la nak tau apa yang best sangat kan. Kalau anda pun nak tau jugak boleh la baca info yang saya jumpa ni..

Tokek adalah nama umum bagi cicak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut.

Tokek rumah adalah sejenis reptilia yang dikenali sebagai cicak besar, spesis Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain haiwan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggeris).

Tokek ialah cicak yang bersaiz besar dan berkepala besar. Panjang maksimum boleh mencapai sehingga 340 mm, (hampir setengah daripada ukuran itu adalah ekornya).

Tokek kerap ditemui di pokok-pokok dalam pekarangan rumah, terutama di kampung-kampung dan tepi hutan. Suara teritorialnya yang keras dan lantang, “tokke… tokke..”,, menjadi kata dasar penyebutan namanya dalam pelbagai bahasa.

Tokek memakan pelbagai spesies serangga, cicak lain yang lebih kecil, tikus kecil dan mungkin juga burung kecil. Seperti spesies cicak yang lain, tokek aktif terutamanya di waktu malam. Kadang-kadang tokek turun ke tanah untuk mengejar mangsanya. Di siang hari, tokek bersembunyi di lubang-lubang kayu atau lubang batu.

Tokek melekatkan telurnya, yang biasanya berjumlah sepasang dan saling berlekatan, di celah-celah lubang pohon; retakan batu; atau jika di rumah, di belakang almari atau di bawah atap. Tempat bertelur ini kerap pula digunakan oleh beberapa tokek secara bersama-sama. Telur menetas setelah dua bulan lebih.

Haiwan ini tersebar luas bermula dari India timur, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Tiongkok selatan dan timur, Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau-pulau di sekitarnya, Sumatra, Jawa, Borneo, Sulawesi, Lombok, Flores, Timor, Aru dan Kepulauan Filipina.



Kelebihan Tokek

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang melakukan penelitian tentang keberkesanan dari daging,kulit dan hempedu yang dipercayai untuk menyembuhkan penyakit AIDS, asma dan pelbagai penyakit kulit lain. Hal ini untuk menentukan sama ada rawatan ini benar-benar berkesan atau tidak, dan untuk melihat apakah ada kesan sampingan yang mungkin timbul. Sehingga ke hari ini negara-negara barat sedang berlumba-lumba mendapatkan vaksin yang dapat membantu ramai manusia dalam meyelesaikan masalah kesihatan yang susah untuk di ubati ini iaitu jangkitan kuman HIV.

8 comments:

najib said...

besau gambar tokek yang last tu,macam x percaya jer,macam biawak komodo tu

zuar said...

ntahla btl ke x..dgr cite yg plg besar 64 kilo..64 juta tu..huhu

Anonymous said...

org kedah pggl pokke

Nash said...

bro zuar, rasenye ada story pasal gmbr cicak besar tu kot... takde lagi yg besar camtu... gna teknik super impose rasenye...

tapi lupa kat mana terbaca psl gmbr cicak besar tu...

zuar said...

nash: betul tu bro..memang xde lagi besar tu.tgk gambar pun dh pelik semacam..kalau ada besar tu orang tak cari dia, dia cari orang..hehe^_^

ashrulebook.blogspot.com said...

yerla kot?xpon kalu ade jin owner tlg jagekn gakyer..hohoho

Rafique Niihara said...

gmbar tokek besar tu,mcm tipu je, mgkin, kamera tu d letak dkat ngan tokek tu, yg llaki tu jauh ke blakang, haha, ni lah muslihat gmbar

zuar said...

ashrulebook: aahla.maybe jin tanah kot.hehe

rafique: memang tipu tu.jgn la tertipu k.huhu

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive