Saturday, October 16, 2010

Home » » Nokia N8 Produk Terbaik Nokia

Nokia N8 Produk Terbaik Nokia

Share

Nokia N8 Produk Terbaik Nokia

KUALA LUMPUR 13 Okt - Nokia meramalkan produk terbaru telefon mudah alih pintar N8 bakal menjadi salah satu produk terbaik daripada segi jualan dan aplikasi yang ditawarkan.

Telefon mudah alih pintar yang menggabungkan teknologi kamera dan video berdefinisit inggi (HD), mampu memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa menginginkan kualiti video terbaik.

Pengurus Besar Nokia Singapura, Malaysia dan Brunei, Vlaska Berka berkata, Nokia N8 menawarkan reka bentuk dan aplikasi tercanggih selain dijual dengan harga berpatutan berbanding telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.

"N8 akan dipasarkan kepada pengguna Sabtu depan, bakal menjadi antara produk terbaik keluaran Nokia dari aspek kualiti dan jualan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Nokia N8 di sini hari ini.

Nokia N8 dilengkapi dengan kamera Carl Zeiss 12 megapiksel dan lensa terbesar yang biasanya digunakan untuk kamera digital atau kompak.


Melalui sistem operasi terbaru Symbian 3 menjadikan Nokia N8 lebih pantas dalam aspek pengunaan aplikasi grafik dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D).

Telefon mudah alih seberat 135 gram turut menyediakan aplikasi popular seperti laman sosial, GPS, web TV dan sambungan terus ke tv menggunakan teknologi HD.

Berka berkata, Nokia turut bekerjasama dengan Maxis bagi membangunkan aplikasi dan pakej yang lebih memenuhi kehendak serta sesuai dengan pengguna di negara ini.

"Kini pengguna boleh menonton rancangan seperti CNN, E! Entertaiment, TV3, 8TV dan beberapa rancangan tambahan lain di mana sahaja menerusi Nokia N8," ujarnya.

Pada masa yang sama, Nokia turut melancarkan tiga lagi model baharu iaitu Nokia C3, C7 dan X3 yang menawarkan reka bentuk yang lebih kecil dan menawan.

Nokia N8 dijual dengan harga RM1,690 manakala Nokia C3 (RM 520), C7 (RM1,490) dan X3 (RM610).

Sumber: Utusan Online


Ringkasan:

Kamera Carl Zeiss 12 megapiksel

Sistem Operasi terbaru Symbian 3

Aplikasi popular seperti laman sosial, GPS dan web TV.

Sambungan terus ke tv menggunakan teknologi HD.

Mula dijual Sabtu depan

Harga RM1,690

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive