Saturday, October 2, 2010

Home » » Nuffnang Dah Marah

Nuffnang Dah Marah

Share

Nuffnang Dah Marah
   
Sebelum cakap lebih lanjut jom kita baca amaran daripada pihak Nuffnang kepada seorang salah seorang rakan blogger kita..Amaran atau peringatan tersebut dihantar melalui e-mel berbunyi seperti berikut:

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut. Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan.

Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud. Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. 

Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.
 

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
 
- Klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.

- Mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.

- Menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami. Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

 Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd



Lepas anda baca mungkin anda faham kenapa pihak Nuffnang mengeluarkan peringatan seperti itu. Ayat yang mudah, Nuffnang tidak mahu kita klik iklan sesuka hati di blog sendiri ataupun blog orang lain dengan kerap. Dengan kerap tu maksudnya setiap kali kita masuk ke blog orang lain(blogwalking) kita akan klik iklan yang ada di blog tersebut. Kesalahan ini dinamakan Fraud Click.

Kalau anda buat jugak dan tak hiraukan peringatan dari Nuffnang ni, account anda akan di blacklist dan kemungkinan tindakan tegas akan diambil selain income yang anda dapat yang belum lagi cash out akan dibatalkan. Anda mungkin cakap "Nuffnang bukan tau pun apa yang aku buat". Jangan fikir macam tu. 

Nuffnang ada sistem mereka tersendiri. Mereka dapat mengesan setiap click yang kita buat melalui IP adress selain ada "mata-mata gelap" yang memerhatikan setiap perbuatan kita. Hentikan amalan "saya klik iklan di blog awak, awak klik iklan di blog saya". Jadi, elakkan perbuatan ini untuk kebaikan kita semua.

Sebenarnya lama dah saya bagitau sebab saya pun gunakan iklan dari Google Adsense. Terma dan syarat-syaratnya semua sama. Lepas tengok banyak blog yang dah publish pasal ni, untuk elakkan rakan-rakan blogger kita mendapat masalah di kemudian hari jadi saya publish sebagai informasi bagi yang belum lagi tau pasal ni.

Banyak cara kita nak dapat earning lebat, salah satunya dapatkan status glitterati kemudian rajin-rajinkan diri promosi blog. Boleh tengok 18 teknik promosi blog kat sini.

P/S: Biarla earning kita sikit tapi jangan langgar terma dan syarat Nuffnang ok..Kalau rajin dapatla banyak income.

2 comments:

GM said...

Kebanyakkan orang buat blog ni nak duit cepat. Elakkan blog dari fraud click ni. Duit dapat tu tak elok. Usaha camne nak daptkan duit. bukan dgn cara mudah. :D

zuar said...

yup..btl tu..bkn pe, sbb takut nnti earnings yang kita kumpul tu dh byk tiba2 kena burn cmtu je..sb tu kena hati-hati.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive