Thursday, October 14, 2010

Home » » Rasmi: Proton Inspira Ganti Proton Waja

Rasmi: Proton Inspira Ganti Proton Waja

Share
Gambar ihsan dari paultan.org

Rasmi: Proton Inspira Ganti Proton Waja

SUBANG JAYA 14 Okt. - Proton hari ini melancarkan model baru yang dinamakan Proton Inspira bagi menggantikan model Waja di pasaran. Harga bermula dari RM79,888 sehingga RM95,000.  Tempahan bermula hari ini di semua cawangan Proton Edar. - Utusan

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd hari ini memperkenalkan model baru gantian Waja yang dikenali sebagai Proton Inspira pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi.

Tempahan model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter boleh dibuat mulai hari ini di semua pusat jualan Proton di seluruh Malaysia. Pelancaran rasmi Inspira dijadualkan pada 10 November ini. 

Sumber: Bharian Online 



SHAH ALAM: Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis. Harga di pasaran bagi model terbaru ini antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini. Ini adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC).

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, model terbaru itu dijangka dapat dijual sebanyak 1,600 unit sebulan.

Beliau yakin, Inspira mampu menguasai pasaran kereta segmen C dengan penambahbaikan teknologi Lotus oleh jurutera Proton.

"Edisi terkini ini adalah produk berkualiti kami yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

"Dengan kombinasi DNA Lotus, kami percaya ia adalah pilihan tepat dengan harga yang bersesuaian," katanya kepada media selepas majlis prapelancaran Proton Inspira di sini. Orang ramai boleh menempah model sedan berkenaan di semua wakil penjual mulai hari ini dengan bayaran RM1,000.

Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC. 


Sumber: mStar Online 



Terjawab sudah nama pengganti Proton Waja iaitu Proton Inspira yang baru diumumkan secara rasmi sebentar tadi oleh Proton sendiri. Tempahan dah dibuka. Sapa yang berminat sila ke Proton Edar. Sebelum tu keluarkan dulu RM1000 untuk booking. :-). Kepada pengguna Mitsubishi Lancer jangan gaduh-gaduh dengan bakal pembeli Proton Inspira ni..:-D. Proton Inspira jauh lebih murah dari Mitsubishi Lancer dan reka bentuk memang hampir-hampir sama. Kita tunggu gambar penuh Proton Inspira secara rasmi daripada Proton nanti...

6 comments:

y@n@ M!B said...

pe lg zuar..pi booked cpt! :l:

zuar said...

tu la..nk kena pinjam ngn along ni..duit xde ni..tp minat..hahaha

broFami said...

mmg mcm lancer, tapi ada la ubah sikit2.. lepas ni aku confirm ada org yg beli keta ni convert jadi lancer evo.. x mampu x pyah la nk belagak ek..?

zuar said...

Convert ke Inspira Evo 10:-D

Anonymous said...

mintak kerjasama jpj jgn halang niat murni kami nak convert menatang nie jadi evo 10 FQ 400...
anyway congrates proton.. HOPE proton be trusted by malaysian.

Anonymous said...

ada sesiapa tahu samada 4 orang jika duduk kat belakang selesa ke

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive