Sunday, November 7, 2010

Home » » Bercanda di I-City Hot FM Nite Jam 2010

Bercanda di I-City Hot FM Nite Jam 2010

Share

Bercanda di I-City Hot FM Nite Jam 2010

Hari ni 6 November 2010 kat I-City Shah Alam ada konsert Hot FM Nite Jam 2010 hangpa tau dak?? Best ooooo....Ingat tak mau pi dah exam hari isnin ni..Tapi dah depan rumah je pun I - City tu kan, alang-alang menyeluk saku biar sampai kena tangkap..Oppsss..Tersalah peribahasa plak. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..Haaa...Baru betul...Ni semua kes YM Shahrul Nizam la yang ajak. Kami pi dalam 10 orang..Pi jalan sudey..I-City dok terbentang depan mata..

Konsert ni memang best gua nak bagitau. Sebab pe best??Sebab ada kumpulan XPDC tu....Otai rock kapak Malaysia...Band-band lain pun best gak. Band lain yang datang Hujan, Spider, Azlan & The Typewriter, One Nation Emcees, Project Pistol. Difahamkan The Fabulous Cat pun ada. Tapi tak datang pun. Artis lain yang datang Monoloque & Atilia, Ning Baizura, Black, Shila OIAM dan kemunculan semula kumpulan Nico selepas 14 tahun berehat dalam bidang nyanyian.

Opening dimulakan dengan band Breakfast, kemudian One Nation Emcess, Atilia ft Monoloque, Project Pistol lepas tu dah tak ingat..:-D. Yang best sekali mestila XPDC. XPDC bawak lagu 3 lagu, 2 lagu lama dan 1 lagu baru dari album Rasopariso 2010. Lagu baru tu tajuknya Rasopariso. Layan beb!!! Kemunculan istimewa kumpulan penari Wakaka mengiringi One Nation Emcess paling best. Perghh!!...Smart siot menari lagu tu pusing-pusing kepala dok bawah. Monoloque ft Atilia pulak bawak lagu Kekanda Adinda yang tengah hot sekarang kat radio tu. Monoloque tu rupa-rupanya ahli kumpulan Butterfingers. Cek baru tau. Dok dengaq jugak lagu Butterfinggers tapi tak tau la pulak Monoloque ahli kumpulan tu. Tibai je la labu..Spider pulak bawak lagu Nazraku, Lauk Ku Cukup Masin dengan lagu pa ntah satu lagi tu. Black nyanyi 3 lagu satu  lagu baru tajuk Leia...Best..Akan keluar kat radio nanti.. Untuk penutup tiba band Hujan pulak buat persembahan. Hujan bawak 4 buah lagu..Best tapi muzik kuat sangat sampai suara tenggelam timbul macam kena banjir.

Lepas tu kami sekumpulan pun balik kemudian singgah minum kat Kayu Nasi Kandar dengan telinga bengang macam dok atas gunung..Sekian....


Bawah ni antara gambar yang sempat amik. Ni guna kamera biasa je..Tengah tunggu member gua transfer yang capture guna kamera DSLR kualiti clear sikit. Nanti gua update tunjuk gambaq semua band na...Termasuk DJ Hot FM yang baru sekali..Ada 2 orang DJ Hot FM yang baru join.



 Satu gambar ni cilok dari facebook Hot FM


Ni Mael vokalis XPDC. Sebelah kanan zuar XPDC tu pemain bass (Nama sama dengan aku???)


Masa ni dok kat belakang lagi


Yusran, Nizam bergambar bersama tuan tanah...Setakat tu dulu gambar untuk hari ni..


Mood hari ni gua jadi rockers!!!Yeayeahhh!!!!Rockers tu rockers jugak..Ko sedar tak isnin ni ada exam???

Woi Kengkawan, korang transfer cepat-cepat sikit gambaq. Aku nak tengok gak!

4 comments:

zool said...

tapi aku kecewa ngan Mael.. suara tak leh pegi jauh...
nasib baik black ngan spider menarik perhatian aku..

zuar said...

aah..dah tua kn..kureng ckt la..tp pe2 pun XPDC ttp terbaik mlm tu..semua layan je lagu drg..tp lagu rasopariso yg baru tu org xtau sgt..kalau main puing cinta yg kat iklan tv3 tu maybe org layan gak

Kech Hidayah said...

heheheh...best!dapat tgk atilia ngn monoloque..

zuar said...

tula..XPDC dgn Spider pun terbaik..best..huhu

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive