Saturday, November 20, 2010

Home » » Betul ke Filem 2 Alam Gagal?

Betul ke Filem 2 Alam Gagal?

Share

 Betul ke Filem 2 Alam Gagal?

Hai..dengar cerita filem yang bakal pecah panggung 40 juta ni macam tak menjadi kenyataan..Betul ke? Sape dah tengok filem ni? Best tak? Dari review yang saya baca ramai yang mempertikaikan kaliber filem dR Rozmey  ni. Tak kan nak pecah panggung jadi pecah perut kot? Sebab pe?Orang gelak guling-guling tak tahan geli urat perut. Kekeke. Siapalah hamba nak cakap filem ni best ke tak. Sebab hamba belum lagi tengok. Mungkin tunggu dah ada orang upload nanti baru tengok kot. Yang dah tengok tu ok tak?Ramai tak kat panggung?  

Justkhai dengan Oh!Artis buat review cakap hampeh je. Siap bagi 1.5/5 bintang lagi. Mana lagi 3.5 bintang tu pegi?hehe. Mungkin terlalu awal lagi nak cakap filem ni berjaya atau gagal sebab baru lagi masuk panggung. Mungkin dalam seminggu dua lagi boleh kot dapat lagi 2 bintang ye dak? Apa lagi..Pi la tengok cepat. Sokonglah industri hiburan tanah air:-D.



Sinopsis Filem 2 Alam

Adam adalah anak kepada seorang  bekas pelakon bangsawan bernama Zainal. Dia bersahabat baik dengan dua orang temannya iaitu Ishak dan Hassan. Sewaktu kecil Adam adalah seorang kanak-kanak yang sangat petah dan pandai mengaji Al-Quran berbanding dua temannya.

Keranan kecemerlangannya  di dalam pelajaran dia akhirnya dihantar untuk meneruskan pengajiannya di London. Manakala teman baiknya Ishak dihantar oleh bapanya di Al-Azhar, Mesir. Hassan di hantar oleh bapanya ke Amerika meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Sewaktu di London, Adam telah melakukan pembedahan menukar jantina selepas terpengaruh dengan budaya songsang barat. Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka Inggeris dan meneruskan kehidupan di London sebagai pelakon pentas bagi meneruskan legasi bapanya.

Apabila dia ditinggalkan oleh lelaki Inggeris tersebut Adam telah menukar namanya kepada Amy itu pun kembali ke tanahair untuk memulakan sebuah kehidupan baru. Sekelip mata sahaja Amy menjadi popular kerana Aura dari London yang dibawa bersamanya itu menjadi.

Dia terbabit  lagi dengan cinta seorang lelaki bernama Juan Agustin seorang bintang Pop Malaysia yang sangat popular di Taiwan. Saban hari kehidupannya semakin jauh dari Tuhannya sehingga pada suatu hari segala tembelangnya pecah kerana dia dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki di dalam sebuah ladang getah.

Kini 7 dosa besar yang dilakukannya mula mengejarnya satu persatu akhirnya dia nekad dan menggantungkan diri. Perjalanan jenazah Adam ke kubur adalah satu kembara terakhir seorang manusia yang melakukan 7 dosa besar. Apakah perjalanannya ini hanya seperti membawa seorang bangkai untuk di timbuskan ke dalam perut bumi? Apakah kesukaran yang bakal diterima oleh jenazah yang cukup popular ini?

Bagaimanakan Hj Ishak seorang sahabat baik kepadanya menerima dan menguruskan sahabat  baiknya itu pada hari-hari terakhir jasad itu di atas muka bumi? Dimanakah sebenarnya tempat untuk manusia  yang tidak tahu membezakan antara sesuatu kekal dan batil akan ditempatkan pada simpanannya sebelum dibangkitkan semula?

8 comments:

NOOR FATIN said...

tak tengok pun..hee

biskut said...

terpaksa cover malu lar Dr rozmey macam tuh..dia gak yg gah bagitau bakal meletup dan jadi box office jabatan tanah dan saliran..Puah!kalau joran panjang pembaris jangan parit hendak diuji...huhu

touya said...

7 dosa besar ? Seven Sin ?

zuar said...

bukan pe..target tu lebih sgt dari org yg dh ada pengalaman.klu filem berkualiti xpe..ni hampeh je..huhu

biskut said...

aku bukan apa,promosi siap interview macam nak gempak suh direktor ala ahmad nisfu buat macam dia..Sapa Dr Rozmey?sebab dah gah dgn JM5 terus nak tongkat langit...kena bermula dari bawah dlm apa2 bidang pon..jgn terus lompat Hulk atau Jumper.

Anonymous said...

bodoh org tua tu. ada hati konon nak pecah panggung. kalo sng2 je buat filem boleh pch panggung dah berlambak producer kat malaysia la. ini takbur, riak, asyik nak menunjukan duit dia banyak sangat. buat iklan bukan promosi filem tapi muka dia sendiri. lelaki yang riak a.k.a rozmey.

zuar said...

biskut: aku rasa pun cmtu gk..dia igt sebab jusmate tu femes boleh la dpt marketing buat filem tinggi gak..tp filem ngn produk kesihatan ni lain..marketing lain2.org yg beli dgn nak tgk pun lain2.

Anonymous said...

Pada aku film mcm ni buat malu org2 dlm industri jee...riak,takbur,cakap besar memang keje dia...sapa xkenal dr Rozmey...manusia hipokrit..org buat filem ko nk buat filem...ape ke jadahnye kalau hasilnye memalukan..dahlah...cukup2lah tu nk bersandiwara...Cakap x serupa bikin.....

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive