Tuesday, November 2, 2010

Home » » Gol Kontroversi Nani - Man Utd vs Tottenham Hotspurs

Gol Kontroversi Nani - Man Utd vs Tottenham Hotspurs

Share

Gol Kontroversi Nani - Man Utd vs Tottenham Hotspurs

Kontroversi hangat game EPL minggu ni antara Man Utd vs Tottenham Hotspurs. Apa yang kontroversinya? Gol kedua Man Utd daripada Luis Nani agak pelik. Nani jatuh sebab ada kekasaran dalam kotak penalti dan mintak penalti. Masa jatuh bola dah kena tangan tapi pengadil tak nampak, kemudian pengadil teruskan perlawanan. Gomes amik bola tu letak kat bawah nak sepak. Nani bangun dari belakang nak berebut bola sebab pengadil cakap teruskan. Bukan free kick pun. Jadi advantage untuk Spurs sebab Man Utd tak dapat penalti. Sepatutnya Gomes, keeper Spurs tu terus sepak bola tu bukan letak. Bila dia letak pengadil cakap tak ada free kick, Nani terus sepak bola tu.......Masuk la dalam gol........Hahaha.


Ni berita daripada Utusan Online


MANCHESTER - Pengurus Tottenham, Harry Redknapp menyifatkan gol kedua Manchester United semalam sebagai 'memeranjatkan', selain terpaksa kehilangan tonggak penting, Rafael van der Vaart pada aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Inter Milan esok kerana kecederaan.

Bintang tengah Belanda, Van der Vaart mengalami kecederaan pelipat lutut ketika pasukannya tumpas 2-0 di Old Trafford kelmarin dan tidak dapat diturunkan apabila Spurs menerima kunjungan penyandang juara Eropah, Inter di White Hart Lane.

Bagaimanapun perkara yang lebih mencetus kemarahan dalam kem Tottenham adalah keputusan kontroversi pengadil, Mark Clattenburg tidak membatalkan jaringan Nani untuk gol kedua United pada minit ke-85.

Detik kontroversi bermula selepas Nani secara tiba-tiba menyepak bola ke gawang lawan ketika penjaga gol Spurs, Heurelho Gomes telah mengangkat bola untuk melakukan sepakan percuma.

"Ia adalah keputusan penuh kontroversi. Pengadil tidak harus membenarkan jaringan tersebut. Bagaimana anda boleh memberikan gol? Dia (Nani) jelas sekali tidak patut melakukannya.

"Itu adalah tendangan percuma. Sebab itulah Gomez mengangkat bola dan meletakkannya semula untuk melakukan tendangan. Jika anda lihat kepada Darren Fletcher, dia memberitahu Nani supaya kembali ke posisi kerana fikir kami akan menyerang balas untuk tendangan percuma.

"Gomes telah meletakkan bola kerana dia mahu menendangnya, itu memang amat jelas. Semua orang melihat situasi tersebut, kecuali pengadil. Kalau dia melihat keadaan sebenar, mana mungkin dia boleh membenarkan jaringan tersebut ? Itu adalah penyudah yang amat melucukan,'' kata Redknapp berang.

Terdahulu, tonggak pertahanan United, Nemanja Vidic membuka jaringan pasukannya pada minit ke-31. Kemenangan terbaru itu meletakkan United di tangga ketiga liga dengan lima mata di belakang pendahulu, Chelsea tetapi berkongsi 20 mata dengan pasukan tangga kedua, Arsenal.

Sementara itu pengurus Manchester United, Alex Ferguson mempertahankan jaringan Nani, sambil menganggap Gomes yang harus dipersalahkan atas gol kontroversi itu.

"Anda boleh menyalahkan pengadil atau penjaga garisan tetapi penjaga gol sebenarnya lebih mengetahui. Dia adalah penjaga gol berpengalaman, namun saya fikir dia melakukan kesilapan.

"Pengadil meneruskan aksi kerana penjaga gol memegang bola. Dia mahu mengambil sepakan percuma kerana menganggap kekasaran telah berlaku tetapi itu tidak betul, jadi dia telah melakukan satu kesilapan,'' ujar Ferguson.

Ni video gol kontroversi tu





0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive