Friday, November 26, 2010

Home » » Perkhidmatan Internet Terpantas dengan Yes 4G

Perkhidmatan Internet Terpantas dengan Yes 4G

Share

Perkhidmatan Internet Terpantas dengan Yes 4G 

Yes merupakan perkhidmatan telekomunikasi terbaru di Malaysia yang membawa masuk perkhidmatan 4G buat pertama kali yang menggabungkan internet mudah alih + perkhidmatan suara. Sebelum ni kita cuma dapat akses 3G yang mana tak semua kawasan di Malaysia dapat akses 3G lagi. Kali ni perkhidmatan 4G pulak diperkenalkan. Memang akan ambil masa yang lama nak luaskan coverage 4G sepenuhnya. Buat masa sekarang kawasan Selangor dengan KL yang banyak dapat akses 4G. 

Kalau 3G dah memang agak laju internet kita apatah lagi 4G bunyinya 5 kali lebih laju dari 3G. Memang tersangat laju  kalau 11Mbps untuk download, 2Mbps untuk upload. Apa yang best lagi memang tak ada limit bandwith macam kita guna berukband broadband kalau sampai satu tahap bila guna lebih limit internet akan jadi slow tiba-tiba ataupun memang langsung K.O. Dengan Yes ni kita boleh guna internet tanpa had, tanpa sekatan dengan kelajuan internet yang memang tak pernah lagi kita dapat sebelum ni di Malaysia. Tapi....Tak semua tempat ada coverage 4G.


Kepada sesiapa yang nak beli boleh beli sekarang sebab diorang tengah buat promosi. Try baca ni: 

For all Yes customers registered before Dec 19th 2010:  

We offer you complimentary data services, up to 10GB per Yes ID on our network, from the launch day until Dec 19th 2010. Data billing will begin on Dec 20th 2010. However, charges still apply for our Yes 018 telephony services (voice and SMS).


Ni plan untuk Yes dengan rebate sekali. Maknanya bila kita guna lebih kita akan dapat diskaun.


 

Ni harga Yes Go Device: 

The Yes Go is the smallest, lightest and fastest personal 4G device for internet on the go. It’s foldable USB connector helps keep it snug in your pocket while its 270° flexi-hinge helps improve reception without sticking out like a sore thumb.
 

PRICE:
Cash and Carry: RM99
Free Go device + RM100 Yes credit (RM10 x 10 months) + Free YESLife + Free YESMail



 
Lokasi nak dapatkan perkhidmatan Yes boleh tengok kat sini. Kalau nak tau lebih lanjut lagi boleh ke Facebook Yes 4G 


Ni ringkasan berita dari Hmetro Online:

YTL Corporation telah memperkenalkan perkhidmatan Internet mudah alih 4G, Yes yang membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan data Internet dan panggilan lima kali lebih pantas daripada perkhidmatan 3G pada kadar caj terendah di pasaran.

Pelancaran Yes itu menjadikan YTL Communications syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan perkhidmatan Internet mudah alih 4G serta yang pertama di dunia menggabungkan sepenuhnya antara perkhidmatan Internet mudah alih dengan perkhidmatan suara.

"Setiap pemegang akaun Yes akan mendapat akses kepada perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi dan satu nombor telefon bimbit yang membolehkan penggabungan perkhidmatan data dan suara tanpa gangguan.

"Pelanggan YES 4G bukan saja mempunyai akses kepada data mudah alih yang pantas, tapi turut menikmati perkhidmatan suara, SMS dan chat (berbual) secara online yang boleh diakses dari mana-mana peranti menerusi Internet," katanya.

YES 4G menawarkan kadar caj tiga kali lebih rendah daripada pakej prabayar perkhidmatan Internet mudah alih dan suara yang ada di pasaran ketika ini.

"Kadar yang dikenakan adalah sembilan sen untuk data 3MB, panggilan selama satu minit dan satu SMS," katanya.

Yeoh berkata, pelanggan YES 4G yang mengembara ke luar negara juga boleh membuat panggilan balik pada kadar panggilan tempatan tanpa perlu risau caj perayauan antarabangsa yang dikenakan syarikat telekomunikasi.

YTL Communications juga memperkenalkan perkakasan yang digunakan bagi menikmati YES 4G itu termasuk 'router', Yes Huddle yang juga 'router' 4G pertama di Malaysia yang boleh menyambungkan lima peranti serentak kepada rangkaian Internet.

Mereka juga mengetengahkan router WiFi 4G USB dikenali Yes Go dan Yes Zoom yang direka bentuk untuk kegunaan di rumah dan pejabat.


Maklumat tambahan boleh ke JomPhp yang pernah buat entri pasal Yes 4G sebelum ni.



11 comments:

Zaer!! said...

Baru nak try.;p.nice info

Cik SHiNJU said...

coverage x meluas tu yg leceh..
balik kg jer sangap nak on9..
3G pun belum smpai semua tmpt..
slow ar internet kat Malaysia nih..

Nick Descream said...

Kat Kampung saya 1G pun takde, pakai GPRS, apa tah lagi nak YES, YES nih.....

zuar said...

zaer: try la..pastu jgn lupa bg feedback..nnti kita update dlm blog:D

Cik Shinju: samala kita..Line telefon kt kg pun xbape nak clear lg cane nk pki 4G:))

Nick: bro...samala kite..:p

Wak Jengkol said...

Salam ziarah bro..

Jangan mula-mula promosi sumanya YES...lepas dah pakai lama bertukar jadi NO pula..hehehe

zuar said...

wak: wak..no women no cry la..buat2 xpaham plak..haha. maybe yg ni ok kot.sbb YTL kan company besar..xkn drg nak jd cam Wimax gak kot(opppsss)

nadzree said...

aku dah bilang,belum habis fikir p1 wimax,yes 4g dah datang!!

aqish said...

YES ni best ya??
tgk ada dwet ta nak tukar nanti.
Tapi iklan dia, sedih laa.
mcm tu je.




BUTTON HEART.COM >>> WAIT THERE

zuar said...

mcm best..sbb xpnh guna lg xtau laju mcm mana.huhu.iklan die nape?

nadzree said...

ya la..iklan dia mcm org yg pi check darah kt hospital,cam doktor nk bg keputusan positif hiv je,termenung sakan..lpas tu br snyum..hu.hu

zuar said...

nadzree: oo..yeke..xpnh lg tgk iklan die tu..sbb jrg tgk tb..huhu.xpe..awl lg tu.nnti bila dh lama drg upgrade la marketing strategy tu kn:-D

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive