Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM
Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM untuk musim 2010 dah pun keluar. Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM ni merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada bola sepak Malaysia untuk penyokong, persatuan bola sepak negeri, pemain terbaik di setiap posisi, jurulatih terbaik dan juga pemain muda terbaik. Juara Piala Malaysia 2010 Kelantan berjaya mendapat 5 anugerah dan untuk naib juara, Negeri Sembilan mendapat 1 melalui pertahanan terbaik. Kedah yang kalah kepada Kelantan di separuh akhir mendapat 2 anugerah iaitu kelab penyokong terbaik dan pemain tengah terbaik.
Kat bawah ni senarai pemenang anugerah tersebut:
Tarikh Anugerah: 2 November 2010
Venue: PJ Hilton, Petaling Jaya
1. Pemain Paling Bernilai (Most Valuable Player): Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
2. Penjaga Gol Terbaik (Best Goalkeeper): Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
3. Pertahanan Terbaik (Best Defender): Aidil Zafuan Abdul Razak (Negeri Sembilan)...
4. Pemain Tengah Terbaik (Best Midfielder): Baddrol Bakhtiar (Kedah)
5. Penyerang Terbaik (Best Striker): Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
6. Pemain Muda Terbaik (Best Young Player): Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
7. Jurulatih Terbaik (Best Coach): B Sathianathan (Kelantan)
8. Kelab Penyokong Terbaik (Best Fan Club): Kelab Penyokong Kedah
9. Kelab Terbaik (Best Club): Johor FC
10. Persatuan Bola sepak Terbaik (Best Football Association): Persatuan Bola sepak Selangor (FAS)
Ni gambar masa depa terima anugerah harini. Credit to Kenari Fan Squad di Facebook.
Paling last cek pi stadium tengok bola masa Final Piala F.A Kedah vs Negeri Sembilan 10/4/2010. Penyokong Kedah masa tu memang terbaik wa cakap lu..Walaupun Kedah kalah penalti, tapi penyokong Kedah tetap puas hati dan tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Tahniah buat penyokong Kedah yang tak putus-putus bagi sokongan kat pasukan kesayangan kita. Pulun Kedah Pulun!!!
Yang ni penyokong paling fanatik sekali!!Pulun Kedah Pulun!!
Sapa penyokong Kedah klik la like..Tunjukkan semangat penyokong Kedah. Penyokong pasukan lain nak like pun boleh jugak:-p
2 comments:
terima kasih atas informasi tentang bola sepak ini =)
blogger mania: sama2 kasih^_^
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D