Saturday, December 4, 2010

Home » » Bekas Permaisuri Agong saman Uncle Seekers + Bapak Uncle Seekers

Bekas Permaisuri Agong saman Uncle Seekers + Bapak Uncle Seekers

Share

Bekas Permaisuri Agong saman Uncle Seekers + Bapak Uncle Seekers 
 
Kisah Cinta Syyhh Uncle Seekers mungkin berakhir dengan kes saman bekas Permaisuri Agong terhadap Uncle Seekers yang terang-terangan memalukan bekas Permaisuri Agong sendiri. Diharap lepas ni Uncle Seekers jangan la buat macam tu lagi. Jangan dedahkan lagi benda-benda sulit macam tu kepada umum. Tapi Uncle Seekers takut ke dengan saman tu kemudian berhenti sebarkan cerita macam tu lagi? Tak boleh sembang lebih-lebih. Kes macam ni tak boleh buat main-main. Ni kira kes besar bukan kes terpencil. Jadi, sama-samala kita berfikir yang mana baik buruk benda ni....Di bawah ni akhbar dari Utusan Online hari ni bertarikh 2/12/2010 berkaitan dengan kes saman tersebut. Khabarnya jugak bapak kepada Uncle Seekers pun disaman sebagai defenden kedua.

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif. – Utusan

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive