Thursday, December 16, 2010

Home » » Ex-GF Zuar Dah Bercerai!!

Ex-GF Zuar Dah Bercerai!!

Share

Ex-GF  Zuar Dah Bercerai!!



Ex-GF  Zuar Dah Bercerai!!Apa???Bila????

v

v

v

v

v

Agagagaga!!Jangan terkejut dengan tajuk kontroversi di atas..Tu cuma khayalan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun dah meninggal dunia.^_^. Harini cam malas je nak main tenet..Ingat nak pi bahagian rekod pelajar nak ambik mini transkrip result degree. Esok ada interview kat Bukit Raja dekat dengan Jusco. Tapi macam malas je nak pi interview. Nama position Admin Executive. Tapi takut pi nanti tengok-tengok kena buat sale.Kuang3!!Dahla company tu objektif dia ke arah currency market sikit. Arghhh!!!Apa tu!!Lupakan itu semua. Ada korang kesah kan. ^_^

Ni nak gossip artis luar pulak Scarlett Johansson yang kiut miut dan sexy tu dah bercerai. I minat dia ni berlakon selain Angelina Jolie. Damn!!Bercerai lah pulok. Tunggu i masuk meminang k u...Hua3. Baca la info kat bawah ni..

LOS ANGELES: Bintang Hollywood, Scarlett Johansson dan Ryan Reynolds bercerai selepas berkahwin selama dua tahun, kata kenyataan mereka, kelmarin.

“Selepas menimbang perkara ini kami mengambil keputusan menamatkan perkahwinan. Kami menjalin hubungan atas dasar cinta dan atas dasar cinta juga, kami mengakhirinya.

Scarlett, 26, yang membintangi filem Vicky Cristina Barcelona dan He's Just Not That Into You, berkahwin dengan Ryan pada September 2008. Aktor warga Kanada berusia 34 tahun yang mendapat pujian dalam filem Van Wilder dan terkenal dalam filem X-Men Origins: Wolverine, sebelum ini pernah bertunang dengan penyanyi Alanis Morissette.

Scarlett berkata hidup berjauhan kerana jadual penggambaran padat antara punca perceraiannya dengan Ryan. Majalah People melaporkan pasangan itu sebenarnya sudah berpisah enam bulan lalu.

“Mereka berpisah secara rahsia dan Scarlett mencari pangsapuri di bandaraya New York dan sedang bercuti di Jamaica bersama rakannya,” lapor majalah itu yang memetik sumber tidak dikenali.


Jom tengok gambar Scarlett Johansson dengan Ryan Reynolds nak?? Tolong jangan tengok di tempat yang tak sepatutnya!!!







 
Banyak kes cerai-berai sekarang ni di kalangan artis. Artis Malaysia sama, artis luar pun sama. Agak-agak ada peluang tak nak tackle Scarlett Johansson ni dalam mimpi???Muahahahampas kelapa!!


6 comments:

YanaMIB said...

auww...hot yu ex gf tu..lalala~ ;))

Izzat Aziz said...

hot tu scarlett tu.. rugi bekas suami dia..haha

ayulunera said...

:D high taste bebeno nih..heeee

zuar said...

yana: yela yuuu...rugi maa break ngan dia dulu yuu..wakakakak

izzat: memang pun..minat gak ke??tackle la cepat.single tu.ahahaha

ayulunera: mana high taste pun..high 5 je..sedap..yum3..hehehe

hans said...

ku ingat betul ex-gf ko
hahahaa
tertipu aku
ekekekek

P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?

syahrilhafiz said...

auww..hot gila awek tu
terbaik la boleh sorang...haha

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive