Tuesday, December 14, 2010

Home » » Hati - hati Dengan Twitter|Say No to Hackers!

Hati - hati Dengan Twitter|Say No to Hackers!

Share

Hati - hati Dengan Twitter|Say No to Hackers!

SALAH satu ciri paling menarik dalam Twitter pastinya info pantas yang pengguna boleh dapati sekelip mata.

Malangnya, kelebihan itu dieksploitasi penggodam yang akan menjenguk laman Twitter paling popular mengandungi alamat URL pendek.

Selepas itu, mereka akan mengepos kembali Twitter itu dengan melampirkan alamat URL palsu mengandungi laman web 'malicious'.

Pengguna tidak mampu mengesan alamat URL palsu di Twitter memandangkan ia hanya alamat pendek yang sukar dipastikan kesahihannya.


Faham tak dengan statement kat atas tu? Bagi yang dah pernah guna Twitter mesti tau aplikasi Shorten Link untuk nak jimatkan jumlah perkataan yang kita nak  tweet. Sebab untuk Tweet kita cuma boleh taip tak lebih dari 140 perkataan. Kalau dah singkatkan link tadi, jadi jimat la perkataan yang nak ditulis. Tu antara kebaikkan menggunakan Shorten Link, tapi ada keburukkannya jugak. 

Keburukkannya ialah kita akan terdedah kepada bahaya sebab kita tak tau link yang dah dipendekkan tu link dari mana, dari sumber yang betul ataupun tak. Sebab bila dah dipendekkan dia akan jadi macam ni http://bit.ly... Kita akan klik bila baca tajuk artikel tu best contohnya Aku Masih Dara|Betul ke Masih Dara? tapi link yang keluar tu http://bit.ly. Kita tak tau samada betul ke link tu sama dengan tajuk yang ditulis. Kalau yang berniat jahat dia mungkin akan letak laman web yang ada virus untuk kita klik. Bila kita klik, virus masuk. Sapa yang akan bermasalah?Kita la kan..

Tapi kalau kita kat Malaysia ni tak menjadi masalah. Sebab orang yang kita follow tu mesti yang kita kenal kecuali Twitter dari luar yang kita rasa best kita follow tapi kita tak tau siapa dia tu. Memang nampak macam pro artikel-artikel yang di tweet tapi link tu kita tak pasti samada clean dari virus ke tak. Jadi, kalau kita nak klik link yang dah dipendekkan tu berhati-hati la. Sebab tak semua orang berniat baik..Tapi bukan semua berniat jahat. Cuma kena ambik langkah berjaga-jaga supaya kita tak terkena macam Irene Nadia Marcello. Kecian kat Irene akaun Nuffnang kena hack. Pastikan password yang kita guna betul-betul kuat.

Saya pun baru nak bermanja-manja dengan Twitter ni. Banyak lagi application yang saya tak tau. Nak buat RT tu macam mana ntah. ^_^. Yang Shorten Link tu pun baru pandai nak guna.:-D. Jarang gak guna Twitter ni tapi selalu gak la bertweet dengan member-member blog yang selalu reply tweet antaranya bro Wazy, Lollyluvfareda, Eriey Farieha, Kak Yanmie, Ieqa Swetluv, BroFramestone dll. Akaun dah buat lama tapi tak reti nak guna:-p. Kalau sudi add la twitter saya zuarxpdc ok. Ajaq saya sat nak main Twitter macam mana^_^.



7 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

aiyorkkkkkkkkkkkkkkkk. selal0 gune meh :(

beware!

zool said...

aku tak popular tapi rajin lepak twitter ni..
rajin add le zoolligakampung

::wan fadhilah:: said...

hahaha.. sama la.. dah ada akaun dh lama, tpi xpandai gak guna.. bertatih la jugak..

zuar said...

miss lolly: yup2..bleh je guna..tp klu nk klik tu kna hati2 website yg xdikenali..huhu

zool: wokey ^_^

zuar said...

wan fadhilah: tula pasal..sama la kite..baru nak bertatih.huhu.minx tlong sifu2 tlg ajar^_^

♦♦orked♦♦ said...

xde twitter pon..
hahahaha..

Izzat Aziz said...

Tak tahu plak tiba-tiba hmetro sibuk tulis hal berita.. haha

bab berita twitter ni aku prefer blog lagi tepat dan updated, yang aku ada terbaca short link goo.gl yang bahaya..

Agak penting lah ada antivirus dalam komputer, klau tak memang ke nalah.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive