Wednesday, December 22, 2010

Home » » Kalau Korang Rasa Ada Mak Tolong Baca!!

Kalau Korang Rasa Ada Mak Tolong Baca!!

Share

Kalau Korang Rasa Ada Mak Tolong Baca!!

Salam 1Malaysia kepada semua pengunjung blog Sumber Informasi Terkini. Semua sihat tak? Harap-harap sihat sokmo ok. Sehari suntuk semalam tak dapat nak on9 sebab internet buat hal. Hmmmm...Ok la...Entri kali ni saya nak share satu kisah untuk semua pembaca renungkan dan selami kisah pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. Jom kita baca sama-sama..


Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia. Semasa menemuduga salah seorang calon, pengarah syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga  perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengarah itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?" 
Gadis itu menjawab "tidak".

Pengarah bertanya lagi, "Jadi ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"

Gadis itu menjawab," Ayah saya telah  meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang membayar  semua yuran pengajian saya".

Pengarah meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" 

Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah". Pengarah meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengarah berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?". 

Gadis itu menjawab tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya.

Pengarah tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersihkan tangan ibunya. Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila air terkena di tangannya.

Dan gadis itu mula tersedar bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti dan calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaan yang cemerlang seorang dan juga masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengarah tersebut terperasan air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya
"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".

Gadis itu menjawab, "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".

Pengarah itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab, "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu tiada kejayaan saya pada hari ini"

"Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup".

'Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan"

Pengarah itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya minta, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja disini. 

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat dengan kehadirannya...


Ok...Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ni, kita sebagai anak jangan sesekali lupa jasa kedua ibu dan bapa yang telah besarkan kita sejak kita kecik lagi sampailah ke besar. Jasa dan pengorbanan ibu-bapa kita tak akan terbayar dengan wang ringgit. Susah senang kita sekarang ni mula dari susah senang ibu-bapa kita dulu. Ada ibu-bapa yang senang, ada yang susah untuk membesarkan kita..

Jadi, jangan sesekali kita lupa jasa dan pengorbanan mereka yang dah banyak bersusah payah membesarkan kita hingga jadi seperti sekarang. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa jagalah ibu bapa kita sebaik-baiknya...Renung-renungkanlah....Sekian....


Jangan lupa asal usul kita.....Dimana bumi dipijak..Di situ langit dijunjung...

13 comments:

Anonymous said...

Terharu baca entry ni ;'(

CiK QiQi said...

sgt2 tharu ngn kesah ni..hurm..kdg kite ni xde org sedarkn kite mula la lpe drtan.hu

aNnE said...

terharu seh..saya sayang cinta kasih kat mak saya..:)

y u y u Z u l a i k h a said...

abg zuar niiiii.. nak tutup muka dengan bantal busuk la.. pastu nangis diam diam.. rinduu makk.. terharuu :(

mamat80 said...

sedihnye....mak dah tak de...rinduuu....tq ek artikel ni....bagus sgt...

zuar said...

anon: :-)

cik qiqi: yup...betul..jgn sesekali lupa daratan:-)

anne: bagusla tu..jgn sesekali lupa ibu bapa kita kan..:-)

yuyu: kalau sedih baca cite ni bagusla kan..tu tnda kita betul2 ikhlas..:-)

mamat: xpe..Allah lebih sayangkan die kan..sabar je k.kita sama hilang org yg paling kita syg

wazy said...

Terharu dengan kisah ni
saya sayang sangat-sangat mak saya

Cik Jannah said...

sebak...saya pun dah takde ayah..harapkan mak je.. :(

zuar said...

bro wazy: bagusla bro..sama2 kita ingat mak kita:-)

cik jannah: kita serupa:-)

mie said...

fuh!!
itulah pengorbanan seorang ibu

★ ⒶⒾⓈⓎⒶⒽ ★ said...

dah bcer..~
terharu sgt2..~

ngee...

A.D.A.M. said...

Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku..

inspirasiizra said...

sangat teringat kt mak bila baca kisah nie . .

leh x nak copy cter nie . .

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive