Saturday, December 18, 2010

Home » » Malaysia Layak ke Final Piala AFF Suzuki 2010 Selepas 14 Tahun!!

Malaysia Layak ke Final Piala AFF Suzuki 2010 Selepas 14 Tahun!!

Share

Malaysia Layak ke Final Piala AFF Suzuki 2010 Selepas 14 Tahun!!

Tahniah sekali lagi buat pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya ke final Piala AFF Suzuki 2010 buat pertama kali dalam masa 14 tahun selepas seri 0-0 dengan Vietnam tadi. Sebelum ni Malaysia menang 2-0 di Bukit Jalil, jadi agregat Malaysia menang dan layak ke Final 2-0. Pemain-pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun kawalan bola agak longgar dan banyak lakukan hantaran tidak tepat. Tahniah buat penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang menggagalkan percubaan-percubaan bahaya Vietnam.

Sangat-sangat membanggakan buat pasukan Malaysia selepas berjaya membawa balik pingat emas Sukan SEA. Jom kita imbas balik dari pertemuan Malaysia dengan Vietnam sejak Sukan SEA hingga Piala AFF Suzuki. Malaysia kalah dengan Vietnam 3-1 pada peringkat kumpulan Sukan SEA tapi layak ke final selepas mengalahkan Thailand 1-0. Kemudian Malaysia sekali lagi berjaya kalahkan Vietnam di final Sukan SEA dan membawa pulang pingat emas pertama dalam masa 20 tahun dengan jaringan 1-0. 

Kali ni pada Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia telah menggagalkan sekali lagi impian Vietnam dengan bermain secara bertahan dan kemudian sekali-sekala membuat counter-attack berbahaya. Tapi malangnya peluang terbaik telah disia-siakan. Saya dah dapat agak yang Vietnam memang akan bermain secara menyerang habis-habisan dengan kelebihan kawalan bola + permainan laju. Tapi pertahanan Malaysia telah berjaya menyerap asakan dan telah membawa bola sepak Malaysia layak ke final buat kali pertama dalam masa 14 tahun selepas tahun 1996. Tahniah buat pemain Malaysia yang berjaya mengharumkan nama Malaysia kali ni walaupun tanpa Zaquan Adha, Aidil Zafuan dan Baddrol Bakhtiar. Dengan harapan Malaysia akan berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 ni. Malaysia boleh!!!

Tahniah buat pemain Malaysia pada Piala AFF Suzuki 2010 bawah ni



Final akan main secara timbal balik maknanya 2 kali final. Nak ke Bukit Jalil nanti!!Yeay!!!Jom sama-sama kita ke Stadium Nasional Bukit Jalil 26/12/2010 nanti nak???

6 comments:

Afendi Othman said...

pergh...kena g support ni...papepun tahniah malaysia...

sue said...

Fuhhh!!!.akhirnya..Tahniah kpd pemain.kami berbangga..

zuar said...

Sama-sama kita doakan Malaysia menang dan cipta sejarah bawak balik Piala AFF Suzuki buat pertama kali ke Malaysia^_^

Sharinginfoz said...

tahniah untuk malaysia, main kat bukit jalil ni mesti lebih ramai yang datang tengok

armouris said...

tahniah Malaysia!! info tentang bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

zuar said...

sharinginfoz: mesti penuh nanti...buat pertama kali dlm sejarah ada peluang nak menang kan.hehe

armouris: Malaysia boleh!Doakan kejayaan bola sepak Malaysia.Jangan lupa p stadium na..^_^

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive