Thursday, December 16, 2010

Home » » Malaysia vs Vietnam Piala Suzuki AFF 2010 Separuh Akhir Pertama|Malaysia Menang 2-0

Malaysia vs Vietnam Piala Suzuki AFF 2010 Separuh Akhir Pertama|Malaysia Menang 2-0

Share

Malaysia vs Vietnam Piala Suzuki AFF 2010 Separuh Akhir Pertama|Malaysia Menang 2-0

Tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya mengalahkan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil tadi dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Game malam ni memang menarik. Malaysia main dengan tersusun terutama bahagian pertahanan. Pertahanan memang kukuh walaupun Vietnam banyak lakukan serangan. Terima kasih buat penjaring gol Malaysia yang menjaringkan kedua-dua gol iaitu Safee Sali..Safee Sali memang berbisa. Kombinasi kawasan tengah dengan serangan memang tersusun dengan permainan satu dua cantik terutama dari playmaker Malaysia, Safiq Rahim. Cuma nasib tak menyebelahi Malaysia, kalau bernasib baik Malaysia boleh dapat lebih dari 2 gol.

Kalau Malaysia dapat turunkan skuad terkuat dari mula seperti Aidil Zafuan, Baddrol Bakhtiar dan Azmi Muslim mesti Malaysia akan bermain lagi cantik. Pemain-pemain yang main tadi semuanya bagus-bagus cuma kena elakkan kesilapan mudah supaya tak bolos lagi bila bertemu Vietnam di Hanoi nanti. Diharap supaya Malaysia jangan terlalu ambil mudah bila main di tempat lawan nanti sebab bola itu bulat. Semuanya boleh berlaku.Selain tu jugak Malaysia kena berjaga-jaga dengan kad kuning supaya pemain tak terlepas kalau sekiranya layak ke final. Jangan sampai Malaysia berputih mata untuk ke final Piala Suzuki AFF 2010 nanti. Tahniah Malaysia!!Malaysia boleh!! Kita jumpa Vietnam di Hanoi pulak.


Senarai kesebelasan utama yang bermain tadi:

Malaysia: Khairul Fahmi Che Mat, Asraruddin Putra, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Amar Rohidan, S.Kunanlan, Mahali Jasuli, Amirulhadi Zainal, Muslim Ahmad dan Fadhli Syas

Vietnam: Tan Truong, Huy Hoang, Phuoac, Dinh Dong, Nhu Thanh, Minh Phuong, Tan Tai, Vu Phong, Thanh Hung, Thanh Luong, Anh Duc.

Bagi yang terlepas untuk tengok aksi Malaysia tadi boleh ke sini tengok live commentator dari Sharinginfoz

6 comments:

The Sharkox said...

keeper cekang...

defend ok..

safee rajin...

keputusan: MENANG

zuar said...

vietnam xbanyak buat shoot on goal td..ada pun xbahaya.kena hati2 second game kat tempat lawan tu

hans said...

lepas nih lwan dkt sana plak
haih

P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?

zuar said...

hans: yup..kat sana..final kat msia kot..hehehe

Sharinginfoz said...

tahniah buat Malaysia kerana mempamerkan permainan yang bagus dan of course main kat vietnam nanti kena lebih rajin, thanks for the link

YanaMIB said...

tahniah mesia! :D

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive