Sunday, January 31, 2010

Pemacu Cakera Paling Nipis

Share

Pemacu Cakera Paling Nipis

SEAGATE Technology baru-baru ini mengumumkan pelancaran pemacu Momentus Thin, iaitu pemacu cakera keras 2.5-inci yang paling nipis di dunia.

Dengan ketebalan 7 milimeter (mm) yang cukup nipis dan hanya 25 peratus lebih nipis berbanding dengan pemacu keras komputer riba tradisional 9.5mm 2.5-inci, pemacu Momentus Thin menawarkan kos penyimpanan setiap gigabait yang cukup rendah.

Bagi semua komputer netbook dalam pasaran, 90 peratus daripadanya dipasangkan dengan pemacu komputer riba 9.5mm 2.5-inci oleh kerana kos pemacu keras solid state dan 1.8-inci adalah terlalu tinggi bagi pasaran berkenaan.

Pemacu Momentus Thin memberikan penyimpanan dengan kos yang berpatutan bagi netbook dan komputer riba nipis. Ini membolehkan pengeluar komputer menawarkan sistem yang dapat menjangkau pasaran yang lebih besar.

Pemacu Momentus thin ini mampu menyaingi pemacu komputer riba tradisional 2.5-inci dari segi prestasi dan kecekapan tenaga, mengizinkan perekaan bentuk nipis dalam semua segmen pengkomputeran notebook.

Ia menawarkan dua peringkat kapasiti - 250GB dan 160GB - dengan 8MB cache, antara muka SATA 3Gb/s serta kelajuan putaran 5400 rpm.

Pemacu tersebut dirancang untuk diperkenalkan kepada OEM dan integratur Seagate pada bulan ini.

Model ini dapat membantu pengeluar komputer riba supaya menyampaikan pilihan yang luas kepada para pengguna rumah dan perniagaan - dari netbook yang biasanya dibeli dengan tujuan menghantar e-mel dan layari laman web, sehinggalah ke notebook yang menawarkan aplikasi-aplikasi utama jenis perniagaan dan pengguna.

Pemacu momentus Seagate 5400 rpm dan 7200 rpm yang tradisional dengan ketinggian 9.5mm menggabungkan ciri-ciri yang paling luas dalam industri - termasuk self-encryption, pensijilan FIPS 140-2 serta alat sensor free-fall, - juga dengan kapasiti 640GB , kelajuan pantas antara muka SATA 3Gb/s, saiz cache besar sehingga 16MB.

Ia juga mempunyai ketahanan kejutan paling tinggi di antara pemacu keras, akustik dan spesifikasi kebolehpercayaan bagi komputer riba dan tahap prestasi tinggi.

Sebarang maklumat lanjut layari:

http://seagate.com/twitter
http://seagate.com/facebook
http://media.seagate.com

Sumber: www.utusan.com.my

Must See This Video!!!

Share
Must See This Video!!!

Friday, January 29, 2010

Lima Serangan Terhadap Rangkaian Sosial

Share

Lima Serangan Terhadap Rangkaian Sosial


Kini laman web rangkaian sosial seperti Myspace, Facebook, dan Twitter melebihi fungsi asas sebagai pengantara untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Perkembangan pesat laman-laman web ini juga membuka saluran baru kepada syarikat-syarikat untuk berkomunikasi dan berhubung dengan rakan-rakan perniagaan dan para pelanggan mereka.

Syarikat korporat sedang menyelidik dan mengkaji penggunaan saluran rangkaian sosial yang bercirikan kos efektif bagi tujuan memperbaiki operasi perniagaan, meningkatkan daya pengeluaran serta memperbaiki komunikasi dalaman di kalangan para pekerja yang kian bertambah.

Bagaimanapun, laman-laman rangkaian sosial ini berkemungkinan mendatangkan bahaya dan risiko yang baru kepada rangkaian-rangkaian korporat tanpa diketahui oleh orang ramai.

Justeru, industri adalah dinasihatkan supaya tidak terlalu agresif dalam mengikuti aliran semasa terbaru ataupun tergesa-gesa untuk menjadikan rangkaian sosial sebagai alat komunikasi.
Disebabkan laman-laman rangkaian sosial kian dijadikan sebagai alat pemasaran, semua syarikat dengan penggunaan perkhidmatan atas talian sepatutnya diberitahu mengenai Lima Serangan Rangkaian Sosial yang Utama yang mana mereka berkemungkinan besar akan terdedah kepadanya semasa meletakkan syarikat mereka dalam talian dan cara bagaimana yang boleh dilaksanakan bagi melindungi diri mereka.

1. Malware - cecacing Koobface telah mengancam Facebook buat jangka masa yang agak panjang, dan ia turut menjadikan Twitter sebagai sasaran buat kebelakangan ini. Serangan adalah melalui kejuruteraan sosial, disebabkan para pengguna biasanya dikelirukan untuk klik ke atas pautan berniat buruk yang bersembunyi dalam pesanan peribadi dan berpura-pura sebagai kawan (yang mungkin menjangkiti diri mereka).

2. Hak persendirian - Pengguna yang mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan maklumat peribadi yang melebih dalam talian, sebagai contoh, rangkaian sosial, komen, gambar-gambar ahli keluarga, berkenaan dengan tempat kerja dan sebagainya.

Ini membolehkan maklumat berkenaan jatuh ke tangan penjenayah siber yang tidak beretika serta disalahgunakan untuk menggodam ke dalam soalan-soalan keselamatan perkhidmatan dalam talian dengan lebih efektif, seterusnya terdorong mencuri identiti.

Penggodam juga boleh menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan menjana serangan yang telah disasarkan. Sebagai contoh, seseorang penggodam sanggup menghabiskan masa selama beberapa minggu tanpa rehat dan beberapa liter kopi demi menembusi rangkaian korporat sesebuah syarikat dan cuba untuk mencari kelonggaran di dalam sistem keselamatan rangkaian sasarannya.

Selain itu, dia boleh mencari nama akauntan kewangan, kemudian mengambil masa lima minit untuk semak imbas profil sosialnya, seterusnya lima minit lagi untuk menulis e-mel yang berlandaskan minat akauntan berkenaan yang bernasib malang e-mel tersebut adalah pembawa pautan berniat buruk atau dokumen yang berniat buruk.

3. Tipu helah (phishing) - Rangkaian sosial merupakan gudang yang kaya dengan pelbagai maklumat, dari maklumat dan profil peribadi sehinggalah pesanan dalam profil yang mungkin memudahkan penjenayah siber mencipta pesanan e-mel palsu ataupun laman web palsu (lebih dikenali sebagai laman phishing). Ia dihasilkan bagi mengumpan mangsa-mangsa supaya memaparkan maklumat peribadi yang sensitif seperti nama pengguna dan kata laluan atau nombor kredit kad.

4. Kecacatan laman - Pada awal bulan Jun, suatu kelonggaran telah dijumpai dalam Facebook yang memberi kuasa kepada para penggunanya untuk mengimbas maklumat asas daripada sebarang akaun yang lain, bergantung kepada tahap hak persendirian yang telah ditentukan oleh pengguna.

Maklumat tersebut termasuklah nama ibu, biasanya digunakan sebagai soalan keselamatan atas talian dan pemeriksaan keselamatan kehidupan seharian. Kelonggaran itu telah dibaik pulih pada 23 Jun, tetapi seperti mana kepingan yang diprogramkan 100 peratus, kesemua laman-laman sosial ini mempunyai kecacatan.

Sebagai makluman, sesetengah daripada kelemahan ini telah pun dikemukakan, sementara yang lain belum lagi ditemui. Oleh itu, para pengguna perlu berwaspada terhadapnya.

5. Spam 2.0 - Salah satu kemungkinan yang menyebabkan penjenayah siber memancing bagi akaun rangkaian sosial adalah untuk menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengiklanan dan spamming.

Justeru itu, bagaimana anda boleh melindungi syarikat anda (nilai jenama di risiko) serta diri anda dalam keadaan yang sedemikian? Baiklah, yang pertama, anda boleh lebih berwaspada apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik.

Sebagai contoh, mengajak anda untuk menonton video. Apakah yang perlu dilakukan oleh orang ramai bagi menentang serangan tersebut? Berwaspadalah apabila menerima pesanan (meskipun ia datang daripada kawan) yang kelihatan pelik (terutamanya jika ia mengajak anda untuk menonton video).

Jangan memasang Codec apabila suatu laman menggalakkan anda supaya berbuat demikian - bagi laman video gerakan atas talian yang popular seperti YouTube yang menggunakan Flash, anda tidak perlu Codec video.

Sumber: www.utusan.com.my

Wednesday, January 27, 2010

Risiko Buta Awal

Share

Risiko Buta Awal

Glukoma, katarak dialami pada usia muda akibat pendedahan komputer, memandu malam
SEBAHAGIAN besar masalah mata tidak menunjukkan sebarang simptom. Bertambah sukar, pemeriksaan mata selalunya tidak dimasukkan dalam senarai pemeriksaan kesihatan kebanyakan orang. Justeru, tidak hairanlah masalah mata hanya disedari apabila ia sudah semakin serius.

Glukoma yang menjadi antara penyebab mata buta, adalah masalah yang berkaitan dengan saraf optik mata. Bagaimanapun, oleh kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom, kebanyakan pesakit tidak mengetahui mereka berdepan dengan glukoma dan masalah ini hanya boleh dikesan menerusi pemeriksaan kesihatan.

Kebanyakan orang melakukan pemeriksaan mata sebagai memenuhi rutin di sekolah atau ketika perlu menggunakan kaca mata. Bagaimanapun, jika anda datang daripada keluarga yang berdepan masalah glukoma, diabetes atau tekanan darah tinggi, pemeriksaan mata sebenarnya perlu dimasukkan dalam jadual

Katarak adalah sebahagian masalah kesihatan mata yang akan dihadapi semua. Jika generasi terdahulu berdepan masalah katarak pada usia 70 tahun ke atas, generasi hari ini mungkin mengalaminya pada usia jauh lebih muda. Ini disebabkan pendedahan pada komputer dan kekerapan memandu pada waktu malam.


Pemeriksaan utama mata

Penglihatan - membantu menentukan beberapa faktor sama ada anda memerlukan kaca mata untuk membaiki penglihatan sama ada masalah untuk membaca atau sesuai untuk pembetulan laser.

Pemeriksaan kornea, iris dan anak mata - ruang dalam mata yang menentukan sama ada bahagian itu sihat.
Pemeriksaan tekanan pada mata untuk mengesan glukoma. Ia berlaku apabila tekanan dalam mata menjadi terlalu tinggi dan merosakkan saraf optik dan akhirnya membawa kepada hilang penglihatan. Ia boleh dicegah melalui rawatan awal. Apatah lagi, glukoma sebenarnya dipengaruhi faktor genetik.

Pemeriksaan kanta katarak - Masalah katarak pasti dihadapi semua. Apa yang membezakannya ialah cepat atau lambat berlaku katarak yang turut menjadi antara punca buta di seluruh dunia. Pengesanan awal dengan teknik pembedahan moden dan lensa multifocal, boleh membantu mengembalikan penglihatan.

Pemeriksaan retina - Untuk penyakit seperti diabetic retinopathy (kebutaan yang disebabkan diabetes atau kencing manis), penuaan makular dan masalah retina seperti glukoma. Masalah mata jenis ini sebenarnya boleh dirawat jika didiagnosis lebih awal.

Pemeriksaan saraf optik - masalah seperti radang (optic neuritis), tumor dan bengkak boleh menyebabkan simptom seperti penglihatan kabur, hilang pandangan warna, apungan (floaters), sakit kepala, sakit mata atau tidak selesa.

Sumber: www.bharian.com.my

Tuesday, January 26, 2010

Download E-book Koleksi Artikel Blog Sumber Informasi Terkini

Share

Download E-book Koleksi Artikel Blog Sumber Informasi Terkini

Terima kasih yang tak terhingga kat korang semua yang sudi jengok blog yang tak seberapa ni..Walaupun baru setahun beroperasi nampaknya pengunjung setiap hari makin bertambah.

Tanpa sokongan korang blog ni tak mungkin sampai ke hari ni..Sebagai hadiahnya, korang boleh download koleksi artikel yang terpilih dari blog ni untuk tahun 2009. Jangan lupa melawat selalu sebab mungkin korang akan dapat lagi hadiah di masa akan datang.


Sesape yang tak dapat hadiah sebelum ni jangan kecik ati..Teruskan datang ke sini..Mana tau pasni dapat hadiah lagi best ke..:-P..Tq my friends.

Download E-book Koleksi Artikel Blog Sumber Informasi Terkini

Monday, January 25, 2010

AVG 9 Internet Security Plus License Key until 2018

Share

AVG Internet Security 9 Plus License Key until 2018

Bagi korang yang belum lagi ada Antivirus yang sesuai untuk PC ataupun Laptop, boleh dapatkan AVG Internet Security 9 di bawah. Jangan risau kena blacklist sebab license key sehingga tahun 2018. Yang ni bukan free version tau.Guna la sampai kuar Antivirus AVG yang baru.:-D


AVG 9 Internet Security Plus License Key until 2018

Official AVG Website: http://www.avg.com/us-en/225810

Sunday, January 24, 2010

Koleksi E-Book Harry Potter

Share

Koleksi E-Book Harry Potter



Harry Potter and The Sorcerer's Stone E-book
http://www.mediafire.com/?2k4zynohzoi



Harry Potter and The Prisoner of Azkaban E-book
http://www.mediafire.com/?tm2monmmidn



Harry Potter and The Goblet of Fire E-book
http://www.mediafire.com/?yinzjwglnk2


Harry Potter and The Chamber of Secrets E-book
http://www.mediafire.com/?nidimimhzqd

Thursday, January 21, 2010

Buat Duit Tanpa Produk Sendiri!Inilah Masanya..

Share





Rahsia ilmu pemasaran internet yang BERHARGA!

Salam hormat semua

Pada mula saya berjinak-jinak dengan internet,
saya ingat cari produk dan letakkannya di laman
web supaya orang boleh beli merupakan perkara
utama untuk berjaya.

Saya silap.

Silap BESAR!

Perkara paling berharga buat saya semasa membina
bisnes ialah "belajar mempromosikan produk di
internet" - tiada yang lebih berharga daripada
pelajaran ini.

Kenapa saya boleh cakap begitu?

Kerana jika saya tahu bagaimana caranya mendapatkan
orang melawati laman web saya, saya boleh jadikan
mereka pembeli sesuatu produk.

Tapi jika saya mempunyai produk sendiri tetapi
tidak tahu bagaimana untuk menarik orang ramai
supaya datang ke laman web saya untuk melihat
produk yang saya jual, usaha saya sia-sia sahaja
kerana tiada siapa yang akan lihat produk tersebut,
lebih lagilah untuk membeli.

Di sini, produk sudah jatuh nombor DUA (saya
akan terangkan sebentar lagi).

Memasarkan produk di laman web anda adalah perkara
UTAMA.

Belajarlah kaedah promosi yang berkesan dan anda
akan dapat jual apa-apa produk yang sesuai atau
jana pendapatan tanpa menjual sebarang produk
pun (hairan bukan?).

Saya katakan produk jatuh nombor dua selepas
ilmu pemasaran kerana...

1. anda tak perlu jual produk untuk menjana
pendapatan di internet (ada caranya)

2. anda boleh jual produk orang lain dan kaut
komisyen jualan

Jadi jelaslah di sini bahawa produk bukanlah masalah utama.

Yang tinggal ialah kaedah promosi yang perlu anda
pelajari dan aplikasikan ke dalam bisnes internet
anda.

Kebanyakan orang gagal untuk melihat perkara ini.

Sebab itulah mereka tercari-cari "apakah produk
hangat yang mereka nak jual" di internet, walhal
untuk mula menjana pendapatan lumayan di internet
ialah dengan mempelajari cara atau kaedah melakukan
promosi.

Zamri Nanyan terbitkan "Pakar Affiliate" pun atas
dasar mengajar bagaimana anda boleh melakukan pemasaran
efektif dan mempromosikan produk orang lain dahulu.

Ada 3 modul semuanya.

Modul #1 - Video Asas Pemasaran Affiliate

Anda diterangkan perkara asas yang anda perlu
tahu untuk memahami pemasaran internet tanpa
mencipta produk anda sendiri. Ada 5 video yang
disediakan supaya ianya lebih mudah untuk
anda belajar (tonton dan dengar)

Modul #2 - 5 Kaedah Pemasaran Affiliate Yang Terbukti Berkesan

Ini merupakan rakaman audio tentang 5 cara pemasaran
internet yang telah pun terbukti berkesan. Guna
cara ini untuk mempelbagaikan cara promosi anda.

Modul #3 - Teknik "Money-On-Demand"

Inilah teknik kegemaran saya. Hantar satu email
sebelum tidur, esoknya saya boleh lihat komisyen
jualan terhasil. Bayangkan berapa banyak email yang
anda boleh hantar sebulan. Kemudian, bayangkan
setiap email yang anda hantar bernilai beberapa
puluh atau ratus (mungkin ribu) ringgit setiap email.
Ianya tidak mustahil kerana ribuan Pakar Affiliate
MASIH melakukannya.

Jika anda rasa anda masih lagi tidak menjana
pendapatan di internet, mungkin anda boleh semak
semula "cara pemasaran" yang anda lakukan.

Adakah ianya efektif?

Jika tidak, anda tahu apa yang MESTI anda lakukan.

http://pakaraffiliate.com/?aff_id=13704

Lambat-laun saya pasti anda akan miliki Pakar
Affiliate juga. Kenapa tidak sekarang?

Jika anda bertindak sekarang dan buat pembelian,
anda diberikan satu SEMINAR bernilai RM1,299 PERCUMA.

Inilah nilai yang tak terhingga dengan hanya
membuat pelaburan kurang daripada 2 ratus ringgit
sahaja.

Dapatkan "Pakar Affiliate" sekarang sebelum seminar
ini penuh!

http://pakaraffiliate.com/?aff_id=13704

Ikhlas,

zuar

P/S bila kali terakhir anda belajar kaedah pemasaran
tanpa produk anda sendiri daripada pakar sebenar
secara LIVE? Pasti inilah masanya...



Sunday, January 17, 2010

Vincent Tan beli Friendster

Share

Vincent Tan beli Friendster


KUALA LUMPUR 10 Dis 2009 - MOL Global milik tokoh korporat tempatan, Tan Sri Vincent Tan telah membeli Friendster, perintis jaringan sosial dalam talian yang berpusat di California, Amerika Syarikat.

Laman jaringan itu juga dikatakan akan ditukar konsepnya kepada e-dagangan. Bagaimanapun harga pembelian entiti itu tidak dinyatakan.

Friendster mula dikenali pada 2002 apabila digunakan secara meluas untuk berkongsi video, foto dan mesej sebelum popularitinya dicabar oleh kemunculan pesaing terdekatnya seperti Facebook.

Para penggunanya pada waktu ini kebanyakannya di Asia, demikian menurut satu kenyataan di sini.

Di bawah perjanjian baru itu, Friendster yang diambil alih oleh MOL Global akan bergabung dengan firma pembayaran secara dalam talian MOL Acces Portal yang dikawal oleh Tan.

"Kombinasi baru entiti itu memberikan Friendster sokongan kewangan, pengagihan peruncitan dan infrastruktur e-dagangan yang membolehkan kami menjana strategi," kata Ketua Eksekutif Friendster, Richard Kimber.

Friendster kini memiliki 75 juta pengguna berdaftar dengan 90 peratus datangnya dari Asia manakala MOL mempunyai 500,000 saluran rangkaian fizikal dan maya di 75 buah negara bagi mengutip bayaran untuk kandungan dan perkhidmatan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif MOL, Ganesh Kumar Bangah berkata, penggabungan itu akan membenarkan laman tersebut melalui transformasi kepada gabungan laman sosial media kepada saluran pemasaran dalam talian.

Katanya, laman itu akan dilengkapkan dengan platform pembayaran berintegrasi yang turut menawarkan permainan, bahan-bahan menarik dan muzik.

Perjanjian itu terbentuk setelah dua syarikat berkenaan membuat pakatan perniagaan pada Oktober lalu yang mana MOL telah dilantik untuk menyediakan platform pembayaran berintegrasi untuk perkhidmatan e-dagangan Friendster.

Dua perkhidmatan itu adalah dari Friendster Wallet dan Friendster Gift Shop yang membenarkan pengguna laman membeli hadiah secara maya untuk rakan-rakan.

Selain daripada MOL, Tan turut memiliki syarikat yang terlibat dalam aktiviti hartanah, santai, perjudian dan kepentingan kewangan di bawah konglomerat Kumpulan Berjaya.

Beliau juga memiliki francais peruncitan di Malaysia dan melangkaui Asia Tenggara untuk 7 Eleven, Starbucks dan lain-lain.

Sumber: www.utusan.com.my

Saturday, January 16, 2010

Jenis Ancaman dari Internet

Share


Jenis Ancaman dari Internet

Anda mungkin pernah dengar jenis-jenis ancaman seperti di bawah bila anda melayari Internet dan Antivirus akan klasifikasikannya kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:

Adware - Program pengiklanan seperti pop-up yang kerapkali dipasang bersama program lain.

Bots - Mengawal komputer mangsa melalui jarak jauh.

Dialer - Melencongkan sambungan Internet ke nombor yang dikenakan caj yang tinggi.

Phishing - Teknik penyamaran menyerupai laman web sebenar selalunya dihantar melalui e-mel untuk mencuri maklumat identiti mangsa terutama sekali maklumat perbankan.

Rootkit – Software yang menyembunyikan fail sistem dan dengan mudah membenarkan orang lain mengawal komputer mangsa tanpa kebenaran.

Spyware – Program yang memasang dirinya sendiri tanpa pengetahuan anda dan biasanya ia akan memantau pergerakan pengguna, malah lebih parah lagi ia akan mengawal penggunaan komputer itu.

Trojan - Program merbahaya yang menyamar sebagai software untuk mencuri password dan merakam apa yang di taip oleh pengguna.

Virus – Program yang bersifat perosak untuk menjangkiti dan memusnahkan fail di dalam komputer.

Worm – Program merbahaya yang digunakan untuk menjangkiti komputer dan menyebarkan dengan sendirinya.

Friday, January 15, 2010

Cara Buang Autorun.inf Pada Drive

Share

Kali ni saya nak tunjukkan tutorial cara untuk buang Autorun yang melekat pada drive korang tu. Contohnya, dalam komputer korang ada 3 partition. Drive c: d: dengan e:. Bila virus masuk automatik akan ada autorun.inf dalam drive tersebut.

Jadi, bila korang double klik pada drive tu, akan muncul “Open-with” dialog box. Autorun.inf ni tak boleh delete secara manual untuk buangkannya.


Korang try ikut cara kat bawah ni:

Copy semua code bawah ni ke dalam notepad kemudian Save as Autorun Remover.bat.

cd\
attrib -r -h -s autorun.inf
del autorun.inf
d:
attrib -r -h -s autorun.inf
del autorun.inf
e:
attrib -r -h -s autorun.inf
del autorun.inf


Kalau korang ada drive f: g: dan sebagainya cuma perlu tambahkan:

f:
attrib -r -h -s autorun.inf
del autorun.inf
g:
attrib -r -h -s autorun.inf
del autorun.inf

Kemudian klik pada Autorun Remover.bat dan autorun akan hilang.

Sekarang korang dengan selamat boleh bukak drive seperti biasa.




Selesai.

Thursday, January 14, 2010

Twitter Terus Popular Facebook Makin Popular

Share
Twitter Terus Popular, Facebook Makin Popular

Twitter yang mendapat sambutan hangat melalui telefon bimbit canggih dan lonjakan melalui dalam talian, telah popular sejak tahun lalu lagi, sementara Facebook telah mengatasi MySpace sebagai laman web rangkaian sosial terkemuka di dunia.

"Kedua-duanya adalah pemenang besar. Facebook telah meningkatkan saiznya kepada tiga kali lebih besar pada tahun ini. "Twitter pula berkembang pesat. Saya rasa terdapat dua hingga empat juta pengguna pada awal tahun ini dan sekarang ia telah meningkat hampir 40 juta," kata pakar runding sosial media dan pengasas SocialFresh.com yang menganjurkan persidangan media sosial, Jason Keath.

Bekas timbalan setiausaha akhbar kepada bekas Presiden George W. Bush, Scott Stanzel yang juga pernah bekerja dengan Microsoft, menyatakan bahawa sekiranya Facebook adalah sebuah negara ia merupakan kawasan paling ramai penduduk dengan 350 juta pengguna.

"Jika diimbas setahun lalu saya fikir tidak ramai yang menyangka Twitter menjadi begitu berpengaruh hari ini. "Ia semakin popular, namun tahun ini ia 'meletup' dan semakin ramai menyertai," katanya.

Twitter dilaporkan mendapat tawaran pengambilalihan bernilai beratus juta dollar daripada Google dan Facebook, malah pengaruhnya sebagai komunikasi dan pencarian berita terkini telah digunakan dengan pelbagai cara sejak beberapa tahun lalu.

Pada Jun lalu, Jabatan Negara AS meminta Twitter untuk menangguhkan penyelenggaraan berjadualnya kerana ia digunakan oleh penunjuk perasaan Iran yang kecewa dengan keputusan pilihan raya Presiden.

Terbaru, Google dan Microsoft mula mengintegrasikan mesej Twitter dalam enjin cariannya, ciri baru yang dikatakan sebagai carian masa sebenar. Menurut pengasas bersama dan ketua eksekutif syarikat ImageShack, Jack Levin, penggunaan Twitter dalam telefon bimbit canggih juga menyumbang kepada perkembangannya.

Sumber: www.utusan.com.my

Wednesday, January 13, 2010

Bijak Guna ICT Seiring Tuntutan Islam

Share

Bijak Guna ICT Seiring Tuntutan Islam

DALAM era Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) yang pesat berkembang kini, pelbagai maklumat dan berita boleh didapatkan dengan segera dan kemudian disebarkan kepada umum melalui berbagai-bagai saluran seperti panggilan telefon, sistem pesanan ringkas dan internet.

Namun, sejauh manakah kita mengaplikasikan ajaran Islam dalam kehidupan kita dalam era ini?
Apabila kita berkata mengenai teknologi maklumat, sudah pasti pelbagai maklumat dan berita terkini boleh kita dapatkan daripada pelbagai sumber. Namun isunya sekarang, sejauh manakah kebenaran maklumat dan berita tersebut dapat dipastikan?

Di dalam al-Quran ada tertulis dalam Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu mengenainya - sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.


Dalam konteks masyarakat sekarang yang dimudahkan dengan pelbagai saluran untuk mendapatkan maklumat, sesuatu perkara boleh disebarkan ke seluruh dunia hanya dalam beberapa saat selepas sesuatu kejadian berlaku. Dengan pelbagai jaringan sosial interaktif seperti Facebook dan Twitter, sesuatu perkara boleh diperkatakan dan disebarkan kepada umum dalam masa yang singkat. Namun begitu, amalan memeriksa kesahihan sesuatu berita masih lagi perlu dilakukan.

Sebagai contoh, jangan keluarkan kenyataan di Twitter mengenai sesuatu perkara yang belum dapat dipastikan kebenarannya. Ini kerana jika berita yang disampaikan sebenarnya tidak benar, ia sudah pasti akan menzalimi orang yang berkenaan yang kesannya sudah pasti tidak dingini oleh pihak-pihak yang terlibat baik untuk jangka masa panjang mahupun pendek.


Selain itu, ada sesetengah daripada kita yang gemar memanjangkan e-mel kepada orang lain. Hanya dengan beberapa klik, maklumat yang terkandung di dalam e-mel tersebut boleh dibaca oleh penerima-penerima e-mel lain yang seterusnya mungkin akan memanjangkan kepada penerima-penerima e-mel yang lain pula.
Isu pokoknya ialah, sebelum sesuatu e-mel dipanjangkan kepada mana-mana pihak, sejauh mana isi kandungan e-mel tersebut sudah diperiksa akan kesahihannya?

Jika kita tidak pasti ataupun tiada cara untuk mendapatkan kepastian, kita boleh mengambil jalan selamat dengan berdiam diri dan bukannya menokok tambah dan menghangatkan lagi spekulasi ataupun gosip tersebut. Selain itu, dalam kelimpahan pelbagai jaringan sosial interaktif, bermacam-macam aplikasi yang dimuatkan di dalamnya sangat menarik perhatian dan minat untuk mencuba. Seperti di dalam Facebook, terdapat banyak permainan atas talian, kuiz dan pautan yang biasanya menyeronokkan dan menghiburkan hati malah boleh dikongsikan bersama-sama rakan-rakan di dalam jaringan sosial tersebut.

Namun begitu, kita perlu bijak memilih aplikasi tertentu yang lebih banyak membawa kebaikan dan mengelak daripada menggunakan aplikasi yang melalaikan, membuang masa dan tidak berfaedah.
Elakkan daripada menggunakan aplikasi yang boleh menjatuhkan maruah diri, memberikan imej yang tidak baik kepada si pengguna mahupun mengganggu hak kebersendirian orang lain.

Apatah lagi jika aplikasi tersebut dianggap boleh menghakis akidah penggunanya seperti dalam aplikasi Tok Nujum, kuiz bertajuk "Bila kamu akan mati?" dan sebagainya.
Itu belum lagi dibincangkan mengenai permainan atas talian yang mengandungi unsur-unsur ganas, tahyul, kezaliman dan ketidaksopanan yang tidak lain hanya membazirkan masa, tidak mendatangkan banyak faedah malah mencemarkan nilai-nilai murni.

Selain itu, memang tidak dinafikan terdapat banyak laman sesawang dan blog yang pada zahirnya seperti ditulis seiring dengan tuntutan dan ajaran agama. Namun begitu, kita perlu berhati-hati dalam memilih dan menerima maklumat yang disampaikan apatah lagi yang melibatkan fatwa, tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadis, dan sebagainya.


Oleh sebab keterbukaan dunia teknologi maklumat, musuh-musuh agama bebas untuk menggunakan saluran tersebut untuk menyelewengkan akidah dan pegangan umat Islam.
Kita sebagai pengguna internet pula seharusnya perlu menyelidik latar belakang penulis laman sesawang dan blog tersebut sebelum menerima apa-apa yang tertera dan dibincangkan dalam saluran tersebut.

Justeru, teknologi maklumat sememangnya boleh dijadikan saluran untuk mendapatkan perkembangan terbaharu dunia, namun begitu, kita harus bijak menggunakan teknologi tersebut dan tidak mudah terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sumber: www.utusan.com.my

Monday, January 11, 2010

Perniagaan Bosland Menjana Pendapatan Lumayan

Share

Lihat Profile Syarikat di sini

Berita dan media di sini

Pakej Bosland untuk para pengguna dan usahawan membuat pilihan pada masa ini terbahagi kepada 4 pakej.

2 daripadanya adalah pakej yang sesuai untuk para pengguna manakala 2 lagi pakej yang di sediakan adalah untuk para usahawan.

Untuk keterangan lanjut layari website syarikat di www.bosland.com.my


2 pakej pilihan dalam Perniagaan Bosland iaitu :


Pakej Pengguna
RM 200 (1 WhiteFully + 1 Slimme) = 50BV
RM 398 (2 WhiteFully + 2 Slimme) = 100BV


Pakej Usahawan

RM 1592 (8 WhiteFully + 8 Slimme) = 400BV
RM 3980 (20 WhiteFully + 20 Slimme) = 1000BV


Bagaimana Bonus Penajaan di bayar kepada anda :


Pakej RM200
RM25 ambil terus dan ianya merupakan komisyen tunai kepada anda. Anda boleh terus menggunakan wang tersebut untuk keperluan anda.

Daftarkan downline hanya RM175.

Insentif syarikat RM35 dimasukkan ke akaun anda.

Jumlah keseluruhan di atas penajaan tersebut ialah RM60.


Pakej RM398
RM48 ambil terus dan ianya merupakan komisyen tunai kepada anda. Anda boleh terus menggunakan wang tersebut untuk keperluan anda.


Daftarkan downline hanya RM350.

Insentif syarikat sebanyak RM70 dimasukkan ke akaun

Jumlah keseluruhan di atas penajaan tersebut ialah RM118.


Pakej RM1592
RM192 ambil terus dan ianya merupakan komisyen tunai kepada anda. Anda boleh terus menggunakan wang tersebut untuk keperluan anda.

Daftarkan downline hanya RM1400.

Insentif syarikat sebanyak RM280 dimasukkan ke akaun.

Jumlah keseluruhan di atas penajaan tersebut ialah RM472.


Pakej RM3980
RM480 ambil terus dan ianya merupakan komisyen tunai kepada anda. Anda boleh terus menggunakan wang tersebut untuk keperluan anda.

Daftarkan downline hanya RM3500.

Insentif syarikat sebanyak RM700 dimasukkan ke akaun.

Jumlah keseluruhan di atas penajaan tersebut ialah RM1180.


Kelebihan Pakej RM3980 di dalam Bosland Corporation:

Override 80% dari pendapatan pairing downline anda setiap bulan.

Potensi pendapatan Bonus Pairing RM4000 sehari dan RM120,000 sebulan.

Flushing pairing sehingga 10,000BV kiri dan kanan sehari.

Jika downline direct anda pada level yang 2 dan 3, membuka pakej pengguna sebagai contoh RM200 dan mempunyai downline yang berpendapatan RM10 000,

Downline anda menerima RM2000 iaitu 20% dari pendapatan pairing downline beliau, anda mendapat RM6000 iaitu lebihan 60% daripada 80%.


Ini kerana syarikat bersetuju membayar sehingga 80% dan

Downline anda yang membuka pakej RM200 = 20% , lebihan 60% tersebut anda yang terima.


Begitu juga jika downline anda membuka pakej RM398 iaitu 40% dan

40% lagi anda yang mendapat bonus lagi dan seterusnya.



Lawati official website syarikat di www.bosland.com.my



Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut sila hubungi:

Zuar : 0195515679
Email : zuar_xpdc87@yahoo.com
YM : figo_real7@yahoo.com


Antara produk keluaran syarikat yang mendapat sambutan hangat:



Antara kelebihan produk keluaran syarikat ini:




Disable dan Rename Adiministrator Account untuk Windows XP

Share
 
Administrator Account adalah Account yang paling penting sekali dalam komputer. Jika ada data yang sensitif ataupun personal dalam komputer kita, kita patut Disable dan Rename Administrator Account untuk mengelakkan orang lain dari menceroboh hak peribadi kita.

Contohnya, sekiranya korang menggunakan Account Users, kalau korang masukkan password sekalipun orang lain tetap boleh masuk ke dalam Account melalui Administrator Account.

Cara untuk masuk ke Administrator Account mungkin ada yang dah tau dan ada yang belum. Saya tak akan terangkan kat sini kerana mungkin ada sesetengah daripada kita akan gunakan untuk tujuan tak baik.

Langkah terbaik untuk menjaga privacy di dalam komputer adalah dengan cara Disable dan Rename Administrator Account. Jadi, orang lain tak akan dapat masuk lagi untuk menceroboh hak peribadi kita.

 
Cara-caranya adalah:

Pergi ke Start > Run > taipkan lusrmgr.msc > klik OK.


Pilih Users dan di sebelah kanan dan cari Administrator. Right click dan pilih Properties. Rename Administrator Account.


Pada Full name, tukarkan nama Administrator Account dengan nama yang lain contohnya Admin123. Disable Administrator Account.


Kemudian tandakan pada Account is disabled untuk disablekan Administrator Account.

Klik OK untuk save.


 

Kini korang telah berjaya menyelamatkan Account dari dicerobohi.


p/s: Pastikan korang gunakan password yang betul-betul kukuh dan selamat.:-)

Sunday, January 10, 2010

Nasihat untuk Anak-Anak Yang Ingin Menggunakan Internet

Share

Nasihat untuk Anak-Anak Yang Ingin Menggunakan Internet

Di dalam Internet terdapat pelbagai jenis website yang menarik dan berguna untuk anda selain dapat menambahkan informasi kita juga boleh berkongsi maklumat dengan ramai kawan di seluruh pelusuk dunia tanpa sempadan lagi. Tapi, tak semua orang yang anda jumpa di internet adalah berniat baik. Jika anda tak mengambil berat, anak anda mungkin akan menerima akibatnya nanti.


Untuk pastikan anak anda selamat semasa melayari internet, pastikan mereka ikut tips seperti di bawah:


Elakkan daripada memberikan alamat e-mel kepada orang yang tak dikenali.

Jangan berikan nama penuh, nombor telefon, alamat rumah ataupun nama sekolah kepada orang yang tak dikenali.

Jangan buka e-mel ataupun attachment daripada sumber yang tak dapat dikenalpasti.

Jika anda melayari laman web ataupun menerima e-mel yang membuatkan anda tidak selesa, beritahu ibu-bapa dengan segera.

Jangan sesekali berikan password anda kepada orang lain.

Jangan sesekali setuju untuk berjumpa dengan orang yang anda baru kenali di Internet.

Elakkan dari berada di depan skrin komputer terlalu lama. Ambil sedikit masa untuk berehat sebelum sambung kembali melayari Internet.

Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun jangan sesekali terpengaruh dengan laman web berunsur lucah.

Kepada ibu-bapa, anda memainkan peranan penting demi memastikan anak anda selamat dari ancaman datang dari Internet. Selalu membuat pemeriksaan laman web yang mereka lawati dan seeloknya blok website yang berunsur lucah untuk elakkan mereka terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.

Friday, January 8, 2010

Lagu Yang Layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 24

Share


Lagu Yang Layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL) 24

Hari: Ahad
Tarikh : 10 Januari 2010

Tempat : Stadium Putra Bukit Jalil


Senarai Lagu:

Aku Skandal – Hujan (komposer/penulis lirik: Noh)

http://www.mediafire.com/?ynojqmngxmf

Tak Mungkin Kerana Sayang – Alyah (komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan) http://www.mediafire.com/?n1twyyzztiw

Aurora – Estranged (komposer/penulis lirik: Estranged)

http://www.mediafire.com/?zx00dizd15t

Bengang – Akim (komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam)

http://www.mediafire.com/?onmgtddmtk4

Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)

http://www.mediafire.com/?zzkql2uumrm

Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)

http://www.mediafire.com/?ymgtd2kyegm

Rindu Terhenti – Shah Indrawan(Tomok) (komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta) http://www.mediafire.com/?dzmuqq2orym

Pakai Buang – Stacy (komposer/penulis lirik: Edry)

http://www.mediafire.com/?1zvwtwnivjm

Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)

http://www।mediafire.com/?onz2giy5imj

Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo)

http://www.mediafire.com/?edimnmmnhtq

Situasi – Bunkface (komposer/penulis lirik: Sam)

http://www.mediafire.com/?nid3wyniryy

Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
http://www.mediafire.com/?okxnzjonqnv

Cinta Adam Dan Hawa – Misha Omar (komposer: Azmeer, penulis lirik: Allahyarham Loloq)
http://www.mediafire.com/?mzw2ezqyyzy

Masih Jelas – Hafiz (komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad)

http://www.mediafire.com/?rznrz4namzm


Jangan lupa beli yang original k..:-D

Thursday, January 7, 2010

Ringankan Aplikasi Photoshop Pada Slower Komputer

Share


Ringankan Aplikasi Photoshop Pada Slower Komputer

Kepada anda yang menggunakan software Adobe Photoshop, memang memerlukan RAM yang tinggi untuk meringankan dan melajukan lagi aplikasi tersebut semasa anda membuat sesuatu kerja. Tetapi jika anda mempunyai RAM yang agak rendah, memang mengambil masa yang agak lama untuk loading. Mungkin anda boleh tidur sekejap kemudian bangun balik baru siap.

Jadi, kali ini saya akan tunjukkan anda cara untuk ringankan Photoshop jika anda menggunakannya pada komputer yang agak perlahan.

Caranya:

Pergi ke Edit > Preferences > General ataupun Ctrl+K




Pergi ke bahagian Performance.



Pada Memory Usage, jika RAM yang anda gunakan  adalah 2GB-4GB, pilih antara 55-65% dan 70-75% untuk RAM  4 GB dan keatas. Anda boleh ubah anak panah ke sebelah kanan ataupun kiri untuk tukar percentage tersebut.



Pada Scratch Disks ataupun dikenali sebagai virtual RAM, jika anda mempunyai lebih dari satu partition ataupun drive, tandakan sebanyak mana yang anda mahu. Jangan risau mengenai space kerana ia akan dibersihkan selepas anda tutup aplikasi Photoshop. 

Membenarkan Photoshop menggunakan secondary drive akan meningkatkan lagi kelancaran dan kelajuan Photoshop.

 


Sebagai manusia, kita memang tak terlepas dari membuat silap kan? Sebab itu anda butang Undo untuk kembali kepada asal jika ada kesalahan. Pada History(Undo), lagi tinggi anda set lebih banyak memory yang digunakan.

Pada History States ubah nilai di antara 10-15 dan Cache Levels di antara 1-8. Photoshop akan menjadi lebih ringan.



Kemudian buat Defragment pada drive anda dengan cara pergi ke Start > All Programs > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter.

Akhir sekali jika anda mahu menggunakan aplikasi Photoshop, tutup aplikasi lain yang tidak diperlukan dan ini akan memberikan memory tambahan kepadanya tanpa perlu share memory dengan aplikasi lain.

Selesai

Wednesday, January 6, 2010

Memasang Recovery Console Sebagai Pilihan Boot Menu pada Windows XP

Share

Cara Memasang Recovery Console ke Dalam Hard Disk

Pertama sekali masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM. Pastikan korang gunakan CD yang sama dengan Windows yang korang gunakan sekarang.

Contohnya  korang gunakan Windows XP Service Pack 3, masukkan CD Windows XP Service Pack 3.

Kemudian klik Start > Run > taipkan d:\i386\winnt32.exe /cmdcons. Pastikan tukar drive letter d: mengikut drive letter CD/DVD-ROM.
 


Korang akan dibawa ke bahagian Windows Setup seperti di bawah:



 


Do you want to install the Recovery Console? Klik Yes. Kemudian tunggu sekejap untuk Windows Install.



 

Jika tiada masalah akan keluar pop-up The Windows Recovery Console has been successfully installed.



 

Untuk lihat samada berjaya atau tidak, tanggalkan CD Windows XP daripada CD/DVD ROM dan Restart komputer.

Jika tiada masalah akan keluar skrin seperti di bawah:





Cuba pilih Microsoft Windows Recovery Console dan Enter. Masukkan angka 1, Enter. Kemudian masukkan password jika ada.


Taipkan “exit” untuk masuk ke Normal Windows. Anda berjaya!.




Ubah Masa Boot Menu


Selepas install, korang perlu tunggu selama 30 saat pada Boot Menu sebelum dapat masuk ke Windows. Korang boleh ubah masa menunggu dengan cara:

Right click My Computer > Properties ataupun gunakan Windows + Break shortcut key.

Pilih Advanced tab > pada Startup and Recovery klik Settings





Sekarang korang boleh ubah masa Boot Menu mengikut kesesuaian contohnya 5 saat.

Kalau tak mahu Recovery Console muncul pada Boot Menu, buangkan tanda pada Time to display list of operating system.






Selesai..

Tuesday, January 5, 2010

Wajah baru Kedah hadapi Liga Super

Share

Wajah baru Kedah hadapi Liga Super

ALOR SETAR - Skuad Liga Super Kedah bakal memulakan musim baru bola sepak dengan penuh bergaya menerusi penajaan jersi terbaru daripada Lotto serta pembentukan pasukan lebih mantap, dilengkapi pelbagai kemudahan bagi menjaga kebajikan pemain termasuk pembelian bas canggih yang bernilai hampir RM400,000.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, pada musim ini, skuad Liga Super dan Piala Presiden Kedah menerima penajaan jersi Lotto yang bernilai RM150,000 daripada Star 360 Sdn. Bhd., syarikat yang bertanggungjawab memasarkan jenama berkenaan di negara ini.

“Adalah menjadi harapan supaya Kedah akan lebih cemerlang pada musim ini menerusi gandingan pemain sedia ada dengan tonggak baru yang dijangka memberi kelebihan kepada pasukan hijau kuning untuk beraksi penuh bersemangat,” kata beliau dalam sidang akhbar sempena majlis memperkenalkan pemain dan jersi baru pasukan Kedah di Sri Mentaloon, di sini, semalam.

Turut hadir Setiausaha Kehormat KFA, Dr. Hamdan Mohamed Khalib, pengurus pasukan, Datuk Khazali Din, penolong pengurus pasukan, Syed Khairul Anuar bin Syed Abidin, ketua jurulatih, Ahmad Yusof, Pengarah 360 Sdn. Bhd., Udo Eimer serta pegawai dan pemain-pemain skuad bola sepak Liga Super Kedah.

Kedah, selain mengekalkan barisan pemain lama diperkuatkan empat tonggak baru iaitu Azlan Ismail (Terengganu), Azmi Muslim dan Zamri Chin (UPB-MYTeam) dan Shahril Faisal Sharifudin (Proton FC).

Sementara itu, Dr. Hamdan memberitahu, bas setingkat yang mempunyai 30 tempat duduk tersebut akan menjadi pengangkutan rasmi untuk membawa pasukan Kedah menghadapi perlawanan di gelanggang lawan.

“Bas ini dilengkapi dengan sudut kopi (coffee corner) dan set karaoke...Ini sudah tentu boleh memberi keselesaan kepada pegawai dan pemain dalam menghadapi sesuatu perjalanan,” kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian, Warisan, Kebudayaan, Negeri Kedah.

Dr. Hamdan menjelaskan, penggunaan bas tersebut dapat menjimatkan perbelanjaan KFA dari aspek pengangkutan di samping memudahkan pengurusan pasukan.

Bagaimanapun, kata beliau, bas berkenaan akan digunakan oleh atlet atau pasukan daripada sukan tertentu selain bola sepak pada waktu-waktu yang tidak melibatkan perjalanan skuad bola sepak Liga Super Kedah.

Mengenai penajaan Lotto pula, Eimer berkata, pihaknya memilih Kedah berdasarkan pencapaian memberangsangkan pasukan berkenaan dalam saingan bola sepak di negara ini.

Sumber: www.utusan.com.my

Wireless Spy Camera Pen

Share

Wireless Spy Camera Pen

Anda lihat pen ini seperti pen biasa tapi sebaliknya ia telah dibina dengan wireless mini spy camera dan menggunakan kuasa solar untuk mengecas kuasanya. Namanya ialah Wireless Spy Camera Pen

Untuk menggunakannya anda cuma perlu pusingkan penutup pen tersebut untuk memulakan proses intipan. Pen ini boleh mengambil video dalam lingkungan sejauh 20 meter memori terbina dalam sebanyak 64MB dan boleh di dapati di China dengan harga $331.

Ciri – ciri teknikal:

Dimension:120×68×25mm (LxWxD)

Memory: 64MB

Display: 2.5 Inch TFT LCD

Video Format: MPEG-1/4, AVI/ASF/ADPCM

Video Resolution: 882×240

FPS (Frames per Second): 30fps

Music Format: MP3




Jadi, kepada aweks-aweks di luar sana yang nampak lelaki mencurigakan pegang pen yang agak pelik dari biasa tu berhati-hatilah. Pergerakan anda mungkin sedang dirakam.:-P.

Monday, January 4, 2010

Cara Blok Website Tanpa Gunakan Software

Share

Langkah ini adalah untuk mengelakkan anak-anak anda ataupun sesiapa saja masuk ke website tersebut. Selalunya laman web lucah yang menjadi sasaran.:-D.

Caranya seperti berikut:

Klik Start > Run > Taip C://windows/system32/drivers/etc

Right clik pada hosts > Pilih Open > Cari dan pilih Notepad > Klik OK

Di bawah 127.0.0.1 localhost anda taipkan balik 127.0.0.1 diikuti dengan website yang anda nak blok.

Contohnya:

127.0.0.1 localhost

127.0.0.1 www.bharian.com.my

Kemudian pergi ke File > Save > Tutup Notepad


Buka balik website yang anda blok tadi..Secara automatik anda tak boleh buka website tersebut.

Kalau anda nak buka balik website tu, pergi ke 127.0.0.1 www.xxx.com dan delete kemudian Save.

Sebelum tu pastikan anda close dulu Internet sebelum Delete.

Kepada anda yang baru saja menjumpai blog ini jangan lupa subscribe ke e-mel anda untuk tak terlepas informasi menarik dari saya. Masukkan e-mel anda di bahagian atas blog ini. Terima kasih.

Saturday, January 2, 2010

Awas Laman Web E-Perbankan Palsu

Share

Awas Laman Web E-Perbankan Palsu


KUALA LUMPUR 22 Dis. - Orang ramai diminta berhati-hati dengan kegiatan phishing atau penipuan siber melalui laman web palsu dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti laman web perbankan.

Peringatan tersebut diberikan oleh CyberSecurity Malaysia hari ini berikutan pendedahan bahawa aktiviti cubaan phishing semakin meningkat di negara ini.

Kegiatan phishing merupakan proses jenayah penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor PIN (nombor pengenalan peribadi), kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

"Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima banyak aduan dari pengguna internet di negara ini berhubung laman web phishing yang dihoskan di luar negara yang nampak sama seperti laman web e-perbankan bank tempatan utama," kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt.Kol. Husin Jazri.

Dalam kenyataan hari ini, katanya, 'serangan phishing' juga mengamalkan kaedah sosial seperti menghantar e-mel spam, yang tidak diundang, nampak seperti dihantar oleh bank terkemuka tempatan.

E-mel yang tidak sahih itu menggunakan perkataan menyakinkan untuk menipu orang dengan klik kepada link atau sambungan yang membuka laman web palsu atau laman web e-perbankan palsu, katanya.

"Oleh kerana laman web palsu nampak sama seperti laman web sahih, pelanggan tertipu untuk memasukkan maklumat peribadi mereka seperti nama pengguna dan kata laluan dalam laman web e-perbankan palsu," katanya.

"Bank tidak akan meminta pelanggan untuk mengemaskini akaun, mengubah semula kata laluan, membuka kunci akaun atau sebarang maklumat berkaitan perbankan melalui e-mel dan alamat URL," katanya.

Oleh itu, Pusat Bantuan Cyber999 menasihatkan orang awam supaya mengendahkan jika menerima e-mel yang nampak serupa dari bank atau mana-mana institusi kewangan.

Pusat itu meminta pelanggan supaya memeriksa kesahihan e-mel yang diterima dengan pihak bank atau menghubungi pusat berkenaan.

Sumber: www.utusan.com.my



Friday, January 1, 2010

Link Exchange

Share

Link Exchange


Kepada sesape nak Link Exchange dengan blog ni boleh la request k..Bagi link blog dengan nama yang letak kat sini.Jangan lupa lak masukkan link blog saya kat blog korang k..:-D

Agenda Aspirasi
http://www.adamarjuna.blogspot.com

Aku Ada Sesuatu
http://brotherskl.blogspot.com

Aqura Shoppe
http://qylashoppe.blogspot.com

Blog Wazy
http://wazy.etika.0lx.net


Entertainment and MP3 Hunter

http://www.mycrazyhunter.blogspot.com

Filem dan Drama Melayu Online
http://kisahcintanasilemak.blogspot.com

Fly to My World
http://www.quirkybutterfly.blogspot.com

Free MP3
http://mp3-frees.blogspot.com

Free Software
http://frees-software.blogspot.com

Ieda
http://rainbowbliss2009.blogspot.com

Interactive Design
http://beztdesign.blogspot.com

Ikut Kata Hati
http://jojolisa.blogspot.com

Jijie Kusya
http://itsmejijie.blogspot.com

Life Is So Complicated
http://hanatrg.blogspot.com

Make Money Online, Entertainment, Ebook, Video, Photo and more
http://jobs-entertiment-download.blogspot.com

Narloo
http://www.narloo.cz.cc

Pak Tam
http://assubhubada.blogspot.com

Puan Anis
http://anisthebumblebee.blogspot.com

Qistina
http://dagothic.blogspot.com

Saya Animation
http://sayanimation.com

Wassup
http://eznysa.blogspot.com

Syam Zone
http://www.syamzone.blogspot.com

The Bloggers United
http://www.thebloggersunited.blogspot.com

Thru Finalcross
http://thrufinalcross.com

Ucu
http://ucuuu.blogspot.com


Umum Jaya FC
http://umumjayafc.blogspot.com
 

Disable Remote Desktop Bagi Mengelakkan Ancaman

Share



Disable Remote Desktop Bagi Mengelakkan Ancaman


Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 untuk anda semua. Post pertama untuk tahun 2010 ini berkaitan dengan Remote Desktop.

Ciri-ciri Remote Desktop untuk Windows XP adalah untuk memudahkan anda mengawal komputer bila anda berada jauh dari pejabat ataupun rumah.


Tetapi, jika komputer anda mempunyai sistem keselamatan yang lemah, Remote Desktop adalah salah satu cara terbaik bagi seseorang yang mempunyai niat tidak baik untuk memanipulasi dan mengawal komputer anda.

Remote Desktop adalah aplikasi yang sangat berisiko untuk anda gunakan bagi anda yang mempunyai tahap keselamatan PC yang lemah kerana anda berada di dalam dunia yang serba canggih dan terdedah kepada bahaya.

Jadi, jika anda tidak menggunakannya, lebih baik anda disablekan sahaja.


Cara untuk disable Remote Desktop seperti berikut:

Right klik pada My Computer > Properties > Pilih tab Remote > Buangkan tanda pada Remote Assistance dan Remote Desktop > klik Apply > OK





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive