Friday, February 26, 2010

Top Keyword & Link Popularity Blog Sumber Informasi Terkini di Search Engine

Share
Top Keyword & Link Popularity Blog Sumber Informasi Terkini di Search Engine

Ranking Alexa
.com




Link Popularity daripada http://popuri.us




 

Top Keyword di www.google.com/analytics







Tak popular lagi..:-(

Thursday, February 25, 2010

Cara Fix Error pada Hard Disk

Share


Normal Windows

Buka My Computer > pilih partition yang nak Scan contohnya c:

Right klik partition c: > Properties > pilih tab Tools > klik Check Now > tandakan pada kedua-dua kotak Automatically fix files system errors dan Scan for and attempt recovery of bad sectors > Klik Start

Untuk partition c: anda perlu Restart komputer. Tunggu sehingga komputer selesai Scan.

Kemudian bila dah masuk ke Desktop, scan pada partition d: e: dan lain-lain kalau ada ikut seperti langkah di atas. Untuk partition selain daripada partition c: anda tak perlu Restart. Tunggu sehingga komputer habis Scan.


Menggunakan DOS

Masukkan CD Windows XP dan Restart komputer. Pastikan korang dah set supaya boleh boot dengan CD.

Tekan butang R jika Windows meminta anda tekan R untuk Repair Windows.

Masukkan angka 1 dan masukkan password administrator jika ada. Jika tiada tekan Enter.





Kemudian masukkan command seperti berikut:

CHKDSK /P /R

Tunggu sehingga habis Scan dan masuk ke Normal Windows seperti biasa



Monday, February 22, 2010

Cara Buat Partition untuk Windows Vista dan Windows 7

Share

Pergi ke Start > Taipkan Run > Taip Regedit > Taip diskmgmt.msc

@


Cara kedua Pergi ke Start > Taipkan cmd > Taip diskmgmt.msc




Akan muncul paparan Disk Management. Kalau ada satu partition iaitu c: sahaja korang letakkan mouse pada c: seperti gambar di bawah > Right Click dan pilih Shrink Volume.





Kemudian masukkan saiz partition yang korang nak untuk c: dan click Shrink.

Saturday, February 20, 2010

TM Sediakan 15,000 Komputer Riba

Share

TM Sediakan 15,000 Komputer Riba

KANGAR 19 Feb. - Telekom Malaysia Bhd. (TM) menyediakan 15,000 komputer riba yang dilengkapi perkhidmatan jalur lebar tanpa had menerusi pakej Cool Uni Pax untuk para penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di Kedah dan Perlis.

Di bawah pakej berharga RM50 sebulan selama dua tahun itu, TM menyediakannya kepada penuntut tahun satu dan dua IPT, terutama bagi individu dari keluarga berpendapatan rendah.

Pengurus Besar TM Kedah dan Perlis, Pauziah Taib memberitahu, selain penuntut tahun satu dan dua IPT, pakej Cool Uni Pax juga boleh diperoleh oleh lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah ditawar melanjutkan pengajian ke IPT.

Namun begitu, kata beliau, setiap permohonan mesti disertakan surat pengesahan status pemohon sebagai penuntut dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dari IPT terlibat.

Sehingga kini, kata beliau, TM sudah menerima banyak permohonan berkenaan yang sebahagian daripadanya telah diluluskan dan TM sedia meluluskan 15,000 permohonan berkenaan pada penghujung April nanti.

Menyentuh proses kelulusan pula, beliau memberitahu, pihaknya mendahulukan permohonan awal atau kelulusan dibuat berkonsepkan siapa cepat dia dapat.

Beliau menyatakan demikian kepada para pemberita pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TM 2008 berjumlah RM189,420 kepada Baitulmal Perlis di pejabat Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu di sini semalam.

Zakat berkenaan diserahkan oleh Pauziah yang mewakili TM kepada Pengerusi Baitulmal Perlis, Mohamad Sokri Husin sambil disaksikan Md. Isa.

Pauziah memberitahu, menerusi pakej Cool Uni Pax, penuntut diberikan komputer riba percuma yang disertakan jalur lebar untuk menyenangkan kumpulan sasar itu menjalankan urusan pengajian secara bergerak.

Sehubungan itu, beliau menyatakan, TM akan mengadakan promosi berhubung pakej tersebut di semua IPT di Kedah dan Perlis dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, TM tidak melantik mana-mana pihak sebagai ejen untuk menguruskan permohonan tersebut kerana perkara itu dibuat secara terus oleh pemohon kepada TM atau menerusi TM Point seluruh negara dengan kerjasama HEP di IPT masing-masing.

Sumber: www.utusan.com.my

Sapa cepat dia dapat!!!Cepat pi serbu TM Point..huhu

7 Perkara Yang Tak Disukai Google Semasa Berbloging

Share


7 Perkara Yang Tak Disukai Google Semasa Berbloging

Mendapat ranking yang tinggi di Google merupakan satu kepuasan bagi anda yang mempunyai blog ataupun website terutama sekali yang ingin membuat duit dari blog dan ingin menarik trafik yang banyak ke blog tersebut. Banyak trafik = Banyakla duit.^_^

Jadi, jika anda nak buat google suka dan meningkatkan ranking anda, anda perlu elakkan perkara yang tak disukai oleh google.


7 perkara yang tak disukai Google ialah:

  • Keywords yang tak relevant
  • Menggunakan trik, software atau sebagainya untuk meningkatkan ranking search engine.
  • Membuat link exchange dengan website atau blog yang telah di ‘blacklist’ oleh Google.
  • Menulis teks ataupun link yang tidak kelihatan yang mana link tersebut anda sembunyikan, kecil atau warnanya sama dengan background
  • Menggunakan submit automatik ke search engines. Ini juga merupakan trik untuk meningkatkan search engine.
  • Copy paste.Post pada halaman blog anda dengan penulisan yang unik, lain dari yang lain dan anda tulis sendiri bukannya copy paste. Pastikan letakkan credit kalau korang copy dari artikel orang lain.
  • Content tak sesuai.Selain tu pengisian blog anda mestilah relevan dan sesuai selain tidak memasukkan gambar-gambar lucah ataupun tulisan berbaur perkauman, diskriminasi dan sebagainya.

P/S: Kalau anda buat blog peribadi secara suka-suka dan tak pentingkan rangking, anda terkeluar dari senarai berkaitan informasi ni.:-P.

Informasi ni hanya orang yang ingin membuat duit dari blog contohnya menggunakan Google Adsense, Nuffnnang, Affiliate dan sebagainya. Tapi kalau suka-suka pun jangan la masukkan gambar lucah dengan copy paste lak k. Kesian penulis blog tu.:-)

Thursday, February 18, 2010

Free!!!Cepat Register!!!

Share

Free!!!Cepat Register!!!

Baca ni sekejap. Tak payah keluakan modal. Ambik masa 5 minit je.

Baca penerangan kat bawah ni:

Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia. Apa yang menariknya korang akan dibayar untuk setiap iklan yang korang klik. Ya,mudah saja,klik iklan tak sampai seminit dah dapat duit, malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..

Katakan korang menaja 10 orang di level 1, kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level, tahu tak korang akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik untuk 1 iklan, kalau sehari mereka klik 10x korang dapat RM11x10=RM110 jika sebulan akan dapat RM110x30=RM3300.
Banyak tu..

Benda ni 100% percuma..Tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang je..Benda free mesti ramai orang nak. Kalau nak yang berbayar boleh saya ada bisnes baik punya.Huhu

Untuk makluman,keahlian catcheye hampir mencecah 63,000 orang sekarang.. Jangan berlengah lagi..Ini bukan penipuan internet!!

Cara nak register:

1. Klik link ni http://www.catcheye.com.my/?r=7752
2. Klik join catcheye now
3. Isi maklumat diri, IC dan alamat (penting sebab cek dihantar berdasarkan alamat terkini cbila dah sampai RM50)
4. Isi jawapan:
Soalan 1 jawapan A (atas sekali),
Soalan 2 jawapan B (yang tengah),
Soalan 3 jawapan A (atas sekali).
p/s (Jika jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5. Klik agree and proceed.Siap!!

Pastu nak buat apa?
1. Klik sign in
2. Lepas sign in klik reward panel
3. Lihat akaun dah ada RM1 (bonus).
4. Copy link tu dan invite orang sign up kat link tu dan postkn artikel ni kat mana-mana yang korang rasa boleh dapat prospek.
5.Tunggu dan check akaun dah ada bape point..Sungguh mudah..Paling mudah kalau sape yang dah ada emel database, blog, website dan sebagainya.

Masuk laman web ni: http://www.catcheye.com.my/?r=7752

Kemudian sign up dan dah dapat link mulakan promosi link tu.

Selesai.

Wednesday, February 17, 2010

AC Milan vs Man Utd UCL 1st Leg(2-3) Highlight

Share


AC Milan vs Man Utd UCL 1st Leg(2-3) Highlight


Man Utd menang untuk perlawanan pertama di Stadium AC Milan San Siro. Jaringan untuk Man Utd dihasilkan oleh Paul Scholes minit ke 6 dan Wayne Rooney dengan 2 gol minit ke 66 dan 74. Gol Milan dijaringkan oleh Ronaldinho minit ke 3 dan Clarence Seedorf minit ke 83.

Nak tau team mana yang layak ke peringkat seterusnya kita tunggu perlawanan ke-2 nanti di Stadium Old Trafford. Glory Glory Man Utd..



Download Highlight AC Milan vs Man Utd


10 Tips Melayari Facebook dengan Selamat

Share

10 Tips Melayari Facebook dengan Selamat

Facebook merupakan laman sosial yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia. Fenomena Facebook telah membawa kepada pelbagai kebaikan dan keburukkan kepada penggunanya. Jika digunakan untuk membuat kerja yang berfaedah adalah amat-amat dialukan. Tetapi ada juga yang mengambil kesempatan di atas kemudahan teknologi terkini dengan membuat kerja-kerja yang tidak bermoral.

Saya sediakan 10 tips melayari Facebook dengan selamat bagi anda berfikir tentang bahayanya Facebook jika tidak digunakan dengan cara yang betul.

1. Fikir dulu mengenai siapa yang kita nak add ataupun approved kerana kita mungkin akan mendedahkan identiti kepada orang yang tidak dikenali.

2. Check privacy settings. Facebook menyediakan setting untuk kita privatekan sesuatu yang kita tak mahu orang lain tahu mengenai apa yang kita buat.

3. Kenapa kita create akaun Facebook? Hanya untuk share photos? Share links dan update mengenai aktiviti yang kita lakukan? Kalau begitu limitkan information mengenai diri kita sebab ianya terlalu peribadi.

4. Sentiasa ubah password. Seboleh-bolehnya jangan gunakan password yang sama untuk semua akaun contohnya emel, maybank2u dan lain-lain.

5. Bila kita sign in di komputer yang berbeza, pastikan terus sign out dengan sepenuhnya. Jangan sesekali tick pada “remember me”.

6. Berhati-hati dengan apa yang kita nak post. Sekali kita update status dan komen, sesiapa saja boleh tengok apa yang kita tulis. Adakah kita nak orang lain tau tiada siapa di rumah kerana kita pergi bercuti ataupun nak orang tau yang kita duduk keseorangan di rumah?. Ingat!!Gerak geri kita sentiasa diperhatikan.

7. Berhati-hati dengan serangan phishing. Nak tau apa itu phishing? Baca komen saya sebelum ini di sini. Anda mungkin akan terpedaya dengan halaman palsu yang seakan-akan halaman sebenar. Akaun facebook, myspace dan maybank2u tak terlepas dari ditiru oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

8. Ambil tindakan dengan segera. Jika kawan anda telah terima status update, message dan sebagainya walaupun anda tidak menggunakannya, cepat-cepat tukarkan password. Jika tak boleh log on akaun facebook anda, pergi ke bahagian Help link di bahagian bawah facebook page dan klik pada "security" untuk maklumkan kepada Facebook.

9. Jangan sesekali klik pada link yang kita tak tahu dari mana datangnya link tersebut. Contohnya seseorang yang tidak dikenali telah send link pada status dan message, elakkan dari klik link tersebut jika rasa ragu-ragu.

10. Gunakan facebook untuk kerja-kerja yang bermoral dan berguna contohnya meluangkan masa untuk berkongsi pendapat dan menambah kenalan. Elakkan dari membuat kerja yang tidak sepatutnya seperti menyebarkan virus, menceroboh privacy orang lain dan sebagainya.

Diharap tips ini sedikit sebanyak memberikan informasi kepada anda semua tentang bahayanya rangkaian sosial jika tidak di uruskan dengan sebaiknya. Sebarkan tips ini kepada kawan-kawan anda kalau ianya bermanfaat. Klik la like kalau suka.^_^

Tuesday, February 16, 2010

Widget untuk Mencantikkan Blog

Share

Widget untuk Mencantikkan Blog

Korang dah ada blog? Tapi blog korang tak ada benda yang menarik? Kalau korang nak tutorial cantikkan blog, pasangkan widget untuk jadikan blog lebih menarik dan cantik. Tapi elakkan dari masukkan widget terlalu banyak sampai loading blog jadi lambat. 

Bila nak loading blog terlalu lama akan menyebabkan pelawat lebih cepat untuk tinggalkan blog kita. Ingat, loading blog memainkan peranan untuk lebih mesra SEO. Seboleh-bolehnya kurangkan javascript sebab javascript la yang jadikan blog lembab macam kura-kura.^_^.


Saya cuma senaraikan widget blog untuk korang masukkan dalam blog tapi tak suruh masuk kan semua ok..^_^.


Antara widget yang boleh anda masukkan seperti di bawah:

 

Senarai Widget Blog:

Rating - http://www.blogorator.com


Form ke Email -
http://www.emailmeform.com

Chatbox -
http://www.cbox.ws

Shoutmix - http://www.shoutmix.com

Favicon -
http://www.deviantart.com

Feedjit - http://feedjit.com


Flag Counter - http://s03.flagcounter.com

Jam dan Tarikh - http://www.widgetbox.com


LinkWithin – http://www.linkwithin.com


Map - http://www.feedmap.net


Mybloglog -
http://pub.mybloglog.com

Free Domain -
http://www.zonestraits.com

Jumlah Visitor - http://www.amazingcounter.com
  (Jumlah pelawat yang dah melawat blog kita)

Waktu Solat - http://www.waktusolat.net

Online User - http://www.widgeo.net (Nak tengok berapa orang tengah online kat blog kita)


Iklan Nuffnang - http://www.nuffnang.com.my (Boleh buat duit dengan menulis blog)

Iklan Advertlerts: http://www.advertlerts.com (Boleh buat duit dengan menulis blog)




Terjah sini: Tutorial/Panduan/Cara Mencantikkan Blog 


Cara cantikkan blog|Widget blogspot|Tutorial Cantikkan blog

Saturday, February 13, 2010

Cara Membuat Backup dan Restore Firefox Profiles

Share
Cara Membuat Backup dan Restore Firefox Profiles

Kepada korang yang menggunakan Mozilla Firefox, semestinya korang pernah install ad-on, save bookmarks, skin dan sebagainya. Saya tau mesti korang malas nak install semula kalau komputer baru lepas format.

Sekarang korang jangan risau lagi sebab MozBackup ada jalan penyelesaiannya. Korang boleh Backup profiles Mozilla Firefox yang ada semua benda-benda tadi dan Restore semula nanti.


Ikut cara seperti di bawah:


Untuk Backup Profiles

Pertama sekali download software MozBackup.

Kemudian buka aplikasi MozBackup.

Pada bahagian “Operation” ada 2 jenis pilihan iaitu “Backup a profile” dan “Restore a profile”. Pilih Backup a profile dan klik Next.




Kemudian pada “Select the profile you want to restore” korang pilih default. Pada “Select file” klik “Browse” dan pilih lokasi untuk letakkan file Backup. Contohnya Desktop. Klik Next.





Untuk Restore Profiles

Buka aplikasi MozBackup.


Pilih “Restore a profile” dan klik Next.


Kemudian pada “Select the profile you want to restore” pilih default.


Pada “Select file” anda Browse dan cari lokasi korang tempatkan file Backup sebelum ni.
Klik Next

Selesai

Download Mozbackup 1.4.6


Buat Cover E-book dengan Insofta Cover Commander(Full Version)

Share


Buat Cover E-book dengan Insofta Cover Commander(Full Version)

Antara kelebihan software Insofta Cover Commander ni korang boleh buat design untuk cover E-Book, CD & DVD, Screenshot. Selain tu, boleh jugak buat gambar jadi frame macam kat bawah tu. Benda ni kalau nak beli memang mahal. Harganya $99. Tak pecaya try masuk sini http://www.insofta.com/cover-commander.Kalau dalam RM boleh try kira sendiri. Tapi kalau kat sini free of charge je.

Support:
Windows 95/98/ME/NT/2000/XP/2003/Vista/7
Saiz:4.63MB



Download Insofta Cover Commander Mediafire

Friday, February 12, 2010

Malaysia Capai Tempat Tertinggi Dalam ICT

Share


Malaysia Capai Tempat Tertinggi Dalam ICT


KUALA LUMPUR 12 Feb. – Malaysia mencapai tempat tertinggi dalam pemasangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di antara 25 negara yang didorong sumber dan keberkesanan di Nokia Siemens Network”s Connectivity Scorecard 2010.

Ia menerajui kumpulan itu untuk tahun ketiga berturut-turut.

"Connectivity Scorecard” adalah indeks ICT global, satu kajian tahunan yang menyenaraikan negara bukan hanya menurut pemasangan prasarana ICT, tetapi juga mengambil kira tahap kerajaan, perniagaan dan pengguna menggunakan teknologi untuk meningkatkan kemewahan sosial dan ekonomi.

"Malaysia menjadi ekonomi dipacu sumber yang teratas dengan catatan mata 7.14 mengatasi Afrika Selatan (6.18), Chile (6.06), Argentina (5.9) dan Rusia (5.82),” kata Nokia Siemens Networks dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysia juga mengatasi jiran ASEAN seperti Thailand dan Indonesia, kecuali Singapura yang berasa di dalam kumpulan ekonomi didorong inovasi.

Negara-negara dibahagikan kepada dua kumpulan — ekonomi maju didorong inovasi dan ekonomi didorong sumber yang kurang maju.

Di kalangan ekonomi didorong inovasi, Amerika Syarikat buat kali pertama semenjak “Connectivity Scorecard” diperkenalkan tiga tahun lalu kehilangan tempat teratas kepada Sweden.

Sweden mengetuai kumpulan ekonomi didorong inovasi dengan catatan 7.95 mata, mengatasi AS (7.77), Norway (7.74), Denmark (7.54) dan Netherlands (7.52). – Bernama

Sumber: www.utusan.com.my

Tuesday, February 9, 2010

E-Book - Windows 7 Step by Step

Share


E-Book - Windows 7 Step by Step

Sape yang pakai Windows 7 dan yang baru nak pakai tapi tak pandai lagi nak guna function yang ada dalam Windows 7, E-book ni akan terangkan semuanya..Jangan lupa download..^_^

Saiz: 19MB
Format: PDF



Download E-Book - Windows 7 Step by Step

Saturday, February 6, 2010

Pasukan Kedah 2010

Share


Pasukan Kedah 2010 


KETUA JURULATIH: Haji Ahmad Yusoff
PEN. JURULATIH: Haji Muhamad Radhi bin Haji Mat Din
PEN. JURULATIH: Ahmad Sabri bin Ismail (Jurulatih Penjaga Gol)
PEGAWAI PERUBATAN: Haji Roslan bin Abdul Jalil
PEGAWAI PERUBATAN: Mohd Kamil bin Din
KITMAN: Haji Rashidi bin Haji Ismail
PEGAWAI PERHUBUNGAN: Zahari bin Mat Isa

No. Position Player
1 Kedah GK Mohd Helmi Eliza Elias
2 Kedah DF Victor Andrag (Captain)
3 Malaysia DF Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin
4 Malaysia DF Mohd Azmi Muslim
5 Malaysia DF Mohd Arfan Rashid
6 Kedah DF Shafizan Hashim
7 Kedah MF Baddrol Bakhtiar
8 Perak MF Shahrul Nizam Mustapa
9 Kelantan FW Mohd Azlan Ismail
10 Malaysia FW Muhd Zamri Chin
11 Kedah MF Ahmad Fauzi Shaari (Vice-Captain)
12 Kedah MF Mohamad Rozaidi Abdul Rahim
13 Kedah FW Samransak Kram
14 Kelantan FW Mohd Azlan Ismail
15 Kedah MF Mohd Fadly Baharum
16 Kedah DF Mohd Fazliata Taib
17 Kedah DF V. Thirumurugan
18 Kedah MF Mohd Khyril Muhymeen Zambri
19 Kedah FW Muhammad Shafiq Jamal
20 Kedah MF Khairul Helmi Johari
21 Perak DF Mohd Sabre Mat Abu
22 Kedah GK Muhammad Al-Hafiz Hamzah
23 Perak FW Mohd Farizal Rozali
24 Kedah FW Mohd Faizal Abu Bakar
25 Kedah GK Abdul Hadi Abdul Hamid
26 Malaysia MF Wan Zaim Wan Azizan
27 Malaysia MF Mohamad Hisyam Mohd Shofi

Senarai Perpindahan Pemain Kedah (Musim 2010)

In
Muhd Zamri Chin from UPB-*censored* FC
Mohd Azmi Muslim from UPB-*censored* FC
KelantanMohd Azlan Ismail from Terengganu FA
Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin from Shahzan Muda FC
Mohd Arfan Rashid from Kedah FA President's Cup

Out
Ronny Harun to Terengganu FA
Muhammad Nazmi Baharom to released
Mohd Afif Amiruddin to PDRM
Manopsak Kram to released
Mohd Azrul Ahmad to Perlis FA
Rafiz Abu Bakar to Sarawak F

Pencapaian Pasukan Kedah

1987, 1988 dan 1989 [Naib Juara Piala Malaysia]
1990 [Juara Piala Malaysia]
1992 [Juara Divisyen 2, Naib Juara Piala Malaysia]
1993 [Juara Divisyen 1 Juara Piala Malaysia]
1996 [Juara Piala Malaysia]
2004 [Naib Juara Piala Malaysia]
2007 [Juala Liga Super, Juara Piala FA, Juara Piala Malaysia]
2008 [Juala Liga Super, Juara Piala FA, Juara Piala Malaysia]

Penjaring Gol Pasukan Kedah hingga 05/02/2010

Azlan Ismail 7
Badrol Bakhtiar 1
Azmi Muslim 1
Saramsak Kram 1
Faizal Abu Bakar 1

credit to : hijaukuning.com dan jeebsion.

Friday, February 5, 2010

Tips Membeli Laptop

Share

Tips Membeli Laptop

Bagi student ataupun bisnesman, korang semua mesti perlukan Laptop ataupun komputer riba untuk siapkan kerja korang. Zaman IT yang makin berkembang sekarang ni kita memang tak terkejar dengan teknologi. Setiap hari ada saja keluaran terbaru. Walaupun setiap kali keluar produk terkini, korang mesti amik tahu aspek-aspek penting sebelum membeli. Antaranya:

Bateri
Bateri memainkan peranan penting kalau korang buat kerja kat luar tanpa ada punca sambungan elektrik. Dapatkan Laptop yang boleh bertahan sehingga 5 jam tanpa henti masa korang buat sesuatu kerja.

Berat
Aspek ni pun penting sebab kalau korang travel ke mana-mana, mesti perlukan Laptop yang ringan dan senang nak bawak. Disarankan korang beli yang skrin antara 12’’ – 14’’ dan berat kurang dari 2kg.

Wi-Fi
Wi-Fi amat penting untuk siapkan kerja yang perlukan sambungan internet. Sekarang ni Wi-Fi dah banyak di pasang di merata-rata tempat contohnya KFC, McD dll. Kebanyakkan Laptop sekarang semuannya dah ada Wi-Fi terbina dalam.

Speed
Speed ataupun kelajuan adalah segalanya. Terlalu penting bagi korang nak siapkan kerja dengan cepat tanpa ada masalah ‘hang’ ataupun nak buka banyak aplikasi dalam satu masa. Jadi, korang boleh siapkan kerja sambil dengar lagu dan sebagainya. Makin tinggi RAM, Processor dengan space Hard Disk, makin laju Laptop korang.

Security
Security ataupun tahap keselamatan amat penting sekali. Sebab banyak berlaku kes curi Laptop. Korang kena pastikan tahap keselamatan yang tinggi nak elakkan data yang korang simpan dicerobohi orang lain. Mungkin Laptop yang perlukan cap jari ataupun ada sistem yang boleh track kat mana Laptop korang sekiranya dicuri adalah yang terbaik.

Warranty
Pastikan korang dapatkan Laptop yang ada warranty atau jaminan sekurang-kurangnya 3 tahun. Pastikan jugak korang simpan resit pembelian tu sebagai bukti. Kalau ada masalah terjadi pada Laptop tu dalam masa warranty, korang boleh hantar balik kat kedai tanpa bayar apa2.

Bajet
Akhir sekali, buat pilihan berdasarkan bajet yang korang ada. Pilih yang betul-betul berkualiti sebab tak salah kalau korang laburkan duit yang banyak untuk dapatkan Laptop yang terbaik dan tahan lama.

Wednesday, February 3, 2010

Acer Aspire 3810T-942G50

Share

Acer Aspire 3810T-942G50

Laptop keluaran Acer model Aspire 3810T-942G50 kali ini cuba menonjolkan sebuah peranti multimedia yang mempunyai jangka hayat bateri sehingga lapan jam. Ciri inilah yang menjadi fokus iklan-iklan model tersebut.

Pengguna sudah semestinya ingin mencari sebuah laptop yang ringan dan mahu mengelak daripada rasa rimas dengan adaptor yang memberatkan beg komputer anda.

Dari segi kemasan luarannya, model 3810T-942G50 sudah cukup menambat hati terutama dari segi ketebalan yang kurang daripada satu inci.

Kemasan luar LCD yang berwarna perak menyerlahkan lagi ciri-ciri terkini model tersebut.

Papan kekunci hitam berkilat menjadikan model tersebut lain daripada yang lain di samping saiznya kekuncinya yang besar memudahkan kerja-kerja menaip berbanding netbook keluaran Acer sebelum ini.

Butang pintasan untuk WiFi, backup manager dan mod bateri di sebelah atas papan kekunci sungguh menjimatkan masa tanpa perlu menggunakan tetikus atau pad sesentuh.

Saiz skrin 13.3 inci dengan sistem bunyi Dolby Sound Room dan imej kualiti HD, menjadikan kerja-kerja dan menonton video tidak lagi memenatkan deria mata dan telinga.

Walaupun menggunakan pemprosesosan Intel Core 2 Duo, 1.4 GHz, 800 MHz voltan rendah dengan memori 2 GB DDR3, kerja-kerja rutin dan melayari Internet menjadi cukup pantas dan efisien.

Pengeluar sememangnya mempunyai alasan tersendiri iaitu produk yang ringan dan nipis menjadikan model ini tidak dilengkapi dengan pemacu DVD.

Namun demikian, tahap pemacu tidak menjadi masalah lagi kerana model ini didatangkan dengan saiz cakera keras 500 GB, cukup besar untuk menyimpan lagu, video, gambar dan lain-lain fail peribadi kesayangan anda.

Fungsi-fungsi tambahan lain adalah pad sesentuh multigesture yang memudahkan kerja membesar dan mengecil serta memilih foto yang dikehendaki dengan mudah.

Anda mungkin terasa sikit kekok pada awalnya namun ia sungguh mudah bila beberapa kali anda telah menggunakannya.

Aspire Aspire 3810T-942G50n juga menggunakan teknologi penyejukan Laminar Wall Jet menjadikan model ini lebih ringan, efisien, tahan lama dan kurang membahayakan alam sekitar ketika dunia dibimbangi dengan kesan pemanasan global.

Sistem Pengoperasian Windows Vista Home Premium sedikit sebanyak mempengaruhi keberkesanan dan kecekapan laptop tersebut kerana model ini hanya menggunakan Core 2 Duo, 1.4 MHz ULV.

Bagi pengguna yang ingin sebuah sistem pengoperasian yang lebih cekap dan berkesan daripada ini anda boleh beralih kepada Windows 7 yang diperakui kecekapan dan kestabilannya.

Sumber: www.utusan.com.my

Monday, February 1, 2010

United belasah Arsenal

Share

United Belasah Arsenal

LONDON: Penyerang England, Wayne Rooney merakamkan jaringan ke-100 kerjayanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika menyumbat gol kedua membantu Manchester United membenam Arsenal 3-1 di Stadium Emirates, malam tadi.

Pemain berusia 24 tahun itu yang berada dalam prestasi memuncak ketika ini sudah menyumbat 22 gol dalam semua kejohanan musim ini dan membuat ketiadaan Cristiano Ronaldo yang berpindah ke Real Madrid kurang dirasai.

United yang mengutip 53 mata - satu di belakang pendahulu, Chelsea membuka tirai jaringan menerusi Nani minit ke-33 sebelum Rooney menggandakan jaringan pada minit ke-37 sebelum Park Ji-sung mengesahkan tiga mata milik United dengan gol minit ke-52. Gol sagu hati Arsenal disumbang oleh Thomas Vermaelen minit ke-80.



Yuhuuu...MU sedang mengejar Chelsea..Prestasi Rooney tengah memuncak..Nani main cantik..Hope lepas ni boleh terus konsisten.Formasi 4-5-1 menjadi semalam..Arsenal kena serang bertubi-tubi..huhu.

Nampaknya terlebih satu dari prediction dalam Kosmo EPLX sabtu lepas..Masuk paper lagi..huhu. Tq brother Rizal pengarang EPLX Kosmo.Terpaksa tarik diri dari jadi volunteer EPLX kat subang semalam atas sebab-sebab tertentu..Mesti meriah kat sana..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive