Monday, March 29, 2010

Cara Format Komputer Menggunakan USB|Pendrive

Share

Cara Format Komputer Menggunakan USB|Pendrive

Pernah tak korang alami kerosakan pada CD/DVD-ROM dan menyebabkan tak dapat menggunakannya untuk format komputer?

Kalau masalah ni berlaku, apa jalan penyelesaian korang ada? Kalau korang gunakan Desktop, boleh gantikan dengan yang baru sebab senang untuk pasang malahan murah lagi.

Kalau gunakan Laptop, macam mana? Nak tukar yang baru memang mahal. Mungkin korang boleh beli External CD/DVD-ROM kalau mampu tapi memang susah nak usung ke sana sini sebab besar.

Tapi, ada jalan penyelesaian lain yang lebih mudah nak selesaikan masalah ni jika korang mengalami masalah pada Windows dan tak dapat boot seperti biasa dalam keadaan emergency.

Caranya korang boleh boot menggunakan USB seperti pendrive. Pastikan pendrive tu 2GB ke atas untuk Windows XP dan 4GB ke atas untuk Windows Vista dan Windows 7.


Langkah - Langkah:

1. Sediakan satu PC/Laptop lain yang boleh boot melalui CD/DVD.

2. Pastikan korang dah download software Novicorp WinToFlash.

3. Buka aplikasi Novicorp WinToFlash. Akan muncul Windows setup transfer wizard.





4. Pilih tab Task. Pada task type pilih jenis Windows yang nak guna.  Klik Run.




5. Wizard Welcome, klik Next lagi.




6. Basic Parameter. Windows file path (Lokasi Windows contoh CD/DVD-ROM). USB Drive (Lokasi pendrive contoh G: ). Klik Next.



Pilih Accepted dan Continue.





Klik OK. Segala data dalam pendrive akan hilang dan akan digantikan dengan Windows.



Tunggu sampai habis.









Selesai. 


Kalau ada sebarang masalah jangan segan-segan untuk tinggalkan komen k.:-). Kalau jadi sila tinggalkan komen korang ^_^.


Cara format komputer guna pendrive

Sunday, March 28, 2010

EPL Match Bolton vs Man Utd (0 - 4) 27/3/2010 Highlight

Share



EPL Match Bolton vs Man Utd (0 - 4) 27/3/2010 Highlight


Bolton 0 Man Utd 4

Samuel (OG 37), Berbatov (68, 77), Gibson (81)

Game yang agak membosankan. MU main macam hampeh. Main hampeh pun boleh dapat 4 gol. Berbatov yang lembab macam siput sedut tu pun boleh score 2 biji. Sir Alex Ferguson rehatkan Rooney, Ferdinand, Park Ji Sung supaya cergas masa main dengan Bayern Munich untuk Suku Akhir Pertama UCL rabu ni.Overall memang tak best.Mengantuk je tengok. Yang penting MU menang. Glory Glory Man Utd!!!

Man Utd

1 Van der Sar
2 Neville
15 Vidic
23 Evans
3 Evra
25 Valencia
24 Fletcher 28
18 Scholes 16
11 Giggs 27
17 Nani
9 Berbatov

Subs:

29 Kuszczak
13 Park
16 Carrick 18
21 Rafael
27 Macheda 11
28 Gibson 24
30 De Laet


Download EPL Match Bolton vs Man Utd (0-4) 27/3/2010 Highlight

Saturday, March 27, 2010

Tutorial Menggunakan AVG Rescue CD/USB

Share
Kepada korang yang nak try AVG Rescue CD bolehlah tengok tutorial yang disediakan oleh pihak AVG sendiri.

AVG ada sediakan tutorial cara untuk jadikan AVG Rescue CD boleh boot menggunakan CD dan USB Drive.

Lihat tutorial di bawah ataupun boleh ke sini http://www.avg.com.au/products/avg-rescue-cd/#tba2

Cara create bootable AVG Rescue CD/USB Drive



Cara Remove Virus/Spyware Menggunakan AVG Rescue CD/USB

Friday, March 26, 2010

AVG Release Rescue CD

Share

AVG Release Rescue CD


AVG Rescue CD merupakan tools yang disediakan oleh AVG untuk memperbaiki komputer yang dijangkiti. AVG Rescue CD menyediakan utiliti untuk administrator dan profesional-profesional IT lain termasuk ciri-ciri berikut itu:

  • Anti-virus: Perlindungan daripada Virus, Worms dan Trojans

  • Anti-spyware: Perlindungan daripada Spyware, Adware dan Identity-Theft

  • Administration Toolkit: Sistem Recovery Tools

  • Pemulihan sistem daripada virus dan jangkitan-jangkitan malware

  • Sesuai untuk pemulihan Operating System MS Windows dan Linux


AVG Rescue CD merupakan satu versi mudah alih yang boleh digunakan dalam bentuk bootable CD atau bootable USB untuk pulihkan sistem komputer


Minimum system requirements

Processor
Intel Pentium 300 MHz

RAM
256 MB

Disk Space
0 MB

Recommended system requirements

Processor
Intel Pentium 600 MHz

RAM
512 MB RAM

Disk Space
0 MB

Anda boleh download AVG Rescue CD di sini http://www.avg.com.au/products/avg-rescue-cd/#tba2

Thursday, March 25, 2010

Pakej Jalur Lebar Baru Lebih Murah

Share

Pakej Jalur Lebar Baru Lebih Murah

KUALA LUMPUR 24 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Telekom Malaysia (TM) akan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di negara ini.

Perdana Menteri berkata, pakej baru itu yang akan turut disertakan dengan komputer netbook akan dikenakan yuran bulanan antara RM20 hingga RM38.

“Langkah ini salah satu daripada enam inisiatif yang diperkenalkan kerajaan bagi memudahkan rakyat kurang berkemampuan mendapat kemudahan jalur lebar,” katanya.

Beliau berucap melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) dan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka di sini malam ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; isterinya, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Pengerusi Kumpulan TM, Datuk Halim Shafie.

Pada majlis itu, Najib turut memperkenalkan UniFi iaitu jenama baru bagi perkhidmatan HSBB TM.

Najib juga mengadakan sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berada di Kota Samarahan.

Pakej runcit HSBB merangkumi tiga perkhidmatan iaitu suara, video yang merangkumi televisyen protokol Internet (IPTV) dan video atas permintaan serta Internet berkelajuan tinggi.

HSBB menawarkan lebar jalur pada kelajuan akses rangkaian 10 megabit sesaat yang menyokong penawaran tiga perkhidmatan itu.

Dimeterai pada September 2008, HSBB kebangsaan bernilai RM11.3 bilion yang merupakan salah satu inisiatif utama NBI, merupakan perjanjian usaha sama awam-swasta antara TM dan kerajaan bagi membangunkan perkhidmatan dan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.

Pada fasa pertama mulai esok, kawasan yang akan diliputi perkhidmatan HSBB TM ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar. Ia akan diperluaskan ke 22 kawasan ibu sawat lain mulai Jun ini.


4 Insentif Jalur Lebar Negara

  • Pelaksanaan pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) ke rumah yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 isi rumah di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta;

  • Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberikan liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna;

  • e-kiosk yang akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,105 mukim di seluruh negara membabitkan peruntukan RM40 juta dan

  • Liputan selular awam di 873 menara baru telekomunikasi yang akan dibina di seluruh negara termasuk 278 di Sabah dan 257 di Sarawak.

Sumber: www.utusan.com.my

Wednesday, March 24, 2010

Model Tudung FAREEDA bersama akhbar KOSMO!

Share

Model Tudung FAREEDA bersama akhbar KOSMO!

Kepada anda yang ada Facebook, saya ingin meminta jasa baik kawan-kawan semua mengundi kawan saya, Azah Awin untuk menjadi Model Tudung FAREEDA dan KOSMO Paling Popular.Buat masa sekarang Azah Awin antara peserta yang mendapat undian paling tinggi di Facebook. Tetapi mendapat saingan sengit dari seorang lagi peserta yang agak rapat di belakang beliau.

Sokongan anda semua amat diperlukan untuk klik like pada gambar di sini http://www.facebook.com/photo.php?pid=4878310&id=279846494413. Percuma. Tak perlu bayar walau satu sen pun.

Sebelum anda klik like, anda mesti join dulu group ini http://www.facebook.com/pages/FAREEDANyata-Jelita/279846494413 sebab hanya members group sahaja yang dibenarkan mengundi.

Kerjasama anda amat2 dihargai.:-).

Anda juga boleh add saya di Facebook http://www.facebook.com/zuar.xpdc


Latest Update:
Keputusannya telah pun keluar dan Azah Awin berjaya mendapat gelaran Model Paling Popular Fareeda Undian Facebook.

Monday, March 22, 2010

Man Utd vs Liverpool (2-1) BPL 21/3/2010 Highlight

Share

Man Utd vs Liverpool (2-1) BPL 21/3/2010 Highlight

Nak komen sikit game semalam. Game yang amat-amat best sebab MU menang dengan musuh tradisi + Chelsea seri dengan Blackburn. Memang terbaik. Awal-awal game nampak seimbang. Tapi lepas Torres score gol, nampak MU memang lancarkan serangan bertali arus. MU memang dalam kelas tersendiri. Valencia, Fletcher, Park Ji-Sung memang menjadi. Rooney seperti biasa memang konsisten walaupun gol berpunca dari penalti.MU sekarang 4 mata di atas dengan chelsea kurang 1 game. Kalau Chelsea menang pun lagi 1 game tu, MU tetap kat atas dengan kelebihan 1 mata. Bagi Liverpool, main semalam macam tak ada Striker.Torres tak menjadi langsung lepas score 1 gol.

Hope pasni MU dapat kekalkan rentak cemerlang sampai ke hujung musim. Game 3/4/2010 paling ditunggu-tunggu. MU vs Chelsea di Old Trafford. Rentak kemenangan MU akan berterusan di Old Trafford nanti. Kita saksikan...


Gol dari Fernando Torres minit ke-5 (1-0)


Gol dari Wayne Rooney minit ke-12 (1-1)


dan...Gol kemenangan dari Park Ji Sung minit ke-60 (2-1). Glory Glory Man Utd..



Download Man Utd vs Liverpool (2-1) BPL 21/3/2010 Highlight

Sunday, March 21, 2010

Kaspersky Wallpaper

Share
Kaspersky Wallpaper
Kaspersky Wallpaper
Kaspersky Wallpaper
Kaspersky Wallpaper
Kaspersky Wallpaper

Saturday, March 13, 2010

Dapatkan Zemana AntiLogger Percuma Selama Setahun Sekarang!

Share

Dapatkan Zemana AntiLogger Percuma Selama Setahun Sekarang!

Kali ni saya nak share satu software yang agak baru dan telah mendapat review daripada pcmag.com. Buat masa ni software ini adalah percuma. Mungkin sedikit masa lagi tawaran percuma ini akan tamat. Kepada sesiapa yang berminat untuk download sila ke laman web rasmi software tu di sini http://www.zemana.com/softpedia.

Antara kelebihan software ini:

Melindungi online banking transaction.

Menghalang penyebaran malware, spyware, keylogger, trojan dan lain-lain.

Tidak akan meperlahankan PC anda.


Ciri-ciri:

Jenis: Free Giveaway Offer ($34.00 To Buy)


Saiz Fail: 6.00 MB


Requirements: Windows XP/Vista/Windows 7 (32-Bit)


Version: 1.9.2.185

Thursday, March 11, 2010

Man Utd vs AC Milan UCL 2nd Leg(4-0) Highlight

Share


Man Utd vs AC Milan UCL 2nd Leg(4-0) Highlight
Man Utd menang lagi dengan AC MIlan di Old Trafford. 2 jaringan daripada Wayne Rooney (minit ke 13 ,46) masing-masing 1 daripada Park Ji Sung(59) dan Darren Fletcher(88) sudah membuktikan kehebatan pasukan bimbingan Sir Alex Ferguson itu.

2 gol di San Siro, dan 2 gol di Old Trafford membuktikan Rooney merupakan pemain kelas dunia yang patut diberikan tumpuan oleh semua pertahanan lawan. Walaupun mengalami sedikit kecederaan, tetapi Rooney bermain dengan begitu cemerlang dibantu oleh Nani, Valencia dan Park Ji Sung di bahagian depan dan kawalan bola yang cukup kemas di bahagian tengah oleh Darren Fletcher dan Paul Scholes membawa pasukan Man Utd ke peringkat suku akhir nanti.
United layak dengan aggregat 7-2. Pasukan yang akan menanti ialah Lyon yang berjaya menumbangkan pasukan Galacticos yang dibarisi bekas pemain Man Utd dan pemain terbaik dunia, Christiano Ronaldo.




Senarai Pemain Kesebelasan Utama:
1 Van der Sar,
2 Neville, 5 Ferdinand, 5 Vidic, 3 Evra, 25 Valencia, 24 Fletcher, 18 Scholes, 13 Park, 17 Nani, 10 Rooney,

Simpanan:

29 Kuszczak, 21 Rafael, 23 Evans, 28 Gibson, 26 Obertan, 9 Berbatov, 32 Diouf


Download Highlight Man Utd vs AC Milan 2nd Leg(4-0)

Wednesday, March 10, 2010

zuarxpdc Computer Cleaner

Share

zuarxpdc Computer Cleaner

Kepada anda yang malas nak buang temporary Internet Files, Prefetch file dan lain-lain yang seangkatan dengannya secara manual, boleh download zuarxpdc Computer ni. Fungsinya sama seperti killbox, Ccleaner dan sebagainya. Cuma dengan satu klik, komputer anda akan bersih dari segala benda-benda yang tak perlu yang akan melambatkan lagi komputer. Jadi, cepat-cepatlah bersihkan komputer anda semua..:-)



Download zuarxpdc Computer Cleaner

Tuesday, March 9, 2010

Cara Padam History Website

Share

Cara Padam History Website


Cara padamkan History Website Address adalah berbeza dan bergantung kepada browser yang anda gunakan.


Untuk pengguna Firefox:

klik Tools > Clear Private Data atau Ctrl + Shift + Delete

Pilih jenis data yang hendak dipadam. Contohnya 'Browsing History', 'download History' dan lain-lain lagi > klik OK


Untuk pengguna IE7 dan IE 8:

klik Tools > Internet Options

Pada bahagian Browsing history, klik Delete

Tandakan pilihan yang mahu dipadam contohnya Temporary Internet files, Cookies, History, Form Data, Password

Klik Delete sekali lagi.

Selesai.

Saturday, March 6, 2010

Membuat Cover Majalah Malaysia

Share

Membuat Cover Majalah Malaysia

Sebelum ni saya ada tunjukkan bagaimana cara untuk buat cover majalah melalui laman web tertentu. Laman web tersebut cuma menyediakan cover Majalah Antarabangsa sahaja. Ramai yang minta saya tunjukkan cara untuk buat cover majalah Malaysia. Setakat ni saya belum lagi jumpa website yang sediakan template untuk buat cover tersebut.

Jadi, atas inisiatif sendiri saya sediakan psd template photoshop yang simple seperti gambar di atas untuk anda edit semula cover majalah tersebut. Apa yang anda perlukan ialah software Adobe Photoshop untuk buka file psd tersebut dan edit mengikut kreativiti sendiri.


Caranya ialah:


Pastikan anda dah install software Adobe Photoshop

Download file psd di bawah sekali

Buka pada psd file

Gantikan teks dan gambar ikut kreativiti sendiri. Daripada file psd tadi anda boleh ubah menjadi seperti gambar di bawah.

p/s: Kemahiran asas Adobe Photoshop diperlukan untuk edit file psd ini. Pandai-pandai la edit sendiri ok.

Ni ialah gambar Azah Awin. Pemenang untuk model tudung Fareeda dan KOSMO! Minggu ke-14 dan Pemenang Model Fareeda dan KOSMO! Paling Popular Undian Facebook.




Ni gambar zuar. Pemain remaja Man Utd dan Pemenang Anugerah Pemain terbaik Man Utd musim 2010. Huekeke.


PSD Template Download

Friday, March 5, 2010

Senarai Laman Web Bola Sepak Luar Negara

Share


Senarai Laman Web Bola Sepak Luar Negara

Bola sepak merupakan sukan yang popular di dunia. Ada yang sanggup bergaduh dan menjadi rakan hanya kerana bola sepak. Tak lama lagi Piala Dunia akan tiba. Hanya tinggal lebih kurang 97 hari saja lagi. Jadi bagi penggemar-penggemar sukan berkaitan bola sepak untuk mendapatkan ulasan dari luar negara, anda boleh jengok website seperti berikut:

FIFA www.fifa.com
Premier League www.premierleague.com
The Football Association www.thefa.com
Pro Football Association www.givemefootball.com
The Football League www.football-league.co.uk
The Guardian www.guardian.co.uk/football/premierleague
4TheGame www.4thegame.com
Soccernet www.soccernet.com
Premier Live www.premierlive.co.uk
Manchester United FC www.manutd.com
Liverpool FC www.liverpoolfc.tv
Chelsea FC www.chelseafc.com
Arsenal FC www.arsenal.com

p/s: Teramat bz buat masa sekarang..Hadoi..huhu

Monday, March 1, 2010

We Are The Champion!!!Man Utd Juara Carling Cup 2010 + Highlight

Share

We Are The Champion!!!Man Utd Juara Carling Cup 2010 + Highlight


Tamatlah sudah penantian pasukan Man Utd untuk memenangi Piala Carling untuk musim 2010. Kehebatan Wayne Rooney telah terbukti dengan jaringan kemenanganya untuk pasukan melalui tandukan jarak dekat menewaskan penjaga gol Aston Villa. Aston Villa mendahului pada minit ke-4 menerusi sepakan penalti selepas Nemanja Vidic menjatuhkan Gabriel Agbonlahor. James Milnet tidak mempersiakan peluang yang terhidang dengan merembat kencang ke sebelah kiri gawang Man Utd yang dikawal oleh Thomas Kuszack. Man Utd tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan melalui penyerang yang jarang diturunkan iaitu Michael Owen pada minit ke-12. Owen yang mensia-siakan peluang yang terhidang kemudian mengalami kecederaan dan digantikan dengan Wayne Rooney pada akhir separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Man Utd membuat perubahan dengan melakukan banyak serangan balas pantas tetapi pertahanan kental Villa menghalang Man Utd dari membolosi gawang mereka. Kemudian, hasil hantaran lintang cantik daripada Antonio Valencia yang di mulakan oleh Dimitar Berbatov, Wayne Rooney yang dikawal tetapi bijak menanduk cantik hantaran tersebut dan Gol!!!!!Gol pemusnah yang paling ditunggu-tungu oleh peminat setia pasukan kesayangan mereka. Gol pada minit ke-74 itu sudah mencukupi untuk pasukan Man Utd memenangi Piala Carling musim kedua berturut-turut.

Senarai nama pemain yang terlibat dalam Final Piala Carling

Aston Villa:
Friedel, Dunne, Downing, Young, Milner, Agbonlahor, Heskey, Petrov, Cuellar, Warnock, Collins.

Manchester United:
Kuszczak, Rafael (Neville 66), Vidic, Evans, Evra, Valencia, Fletcher, Carrick, Park (Gibson 85), Owen (Rooney 41), Berbatov.

Gol daripada James Milner


Gol daripada Michael Owen


Gol daripada Wayne Rooney



We are the Champion!!!



Tahniah Sir Alex Ferguson


Highlight Carling Cup Final 2010 (High Quality)


1st Half - http://www.mediafire.com/?yznnmlghnoz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive