Monday, May 31, 2010

Game Cari Dot

Share

 Game Cari Dot

Kali ni kita main game yang dinamakan Cari Dot. Anda cuma perlu cari titik merah dalam gambar dan bila dah jumpa klik pada titik merah tersebut seperti yang ditunjukkan oleh anak panah pada gambar di atas. Ada banyak tahap untuk anda lepasi bermula dari titik besar hingga paling kecil sekali. Game ini menguji tahap kesabaran dan kecekapan ata anda mencari benda tersembunyi.  

Cari sehingga anda mendapat bonus di akhir permainan dan game ini amat menarik dan mencabar kemahiran anda semua. Try la kalau berani:-)

Format game ni dalam bentuk powerpoint dan anda cuma perlu download dan mainkan di mana-mana komputer yang ada powerpoint. 


Download Game Cari Dot


Saturday, May 22, 2010

Cara Memasang Facebook Like Button Pada Blog

Share

Cara Memasang Facebook Like Button Pada Blog 

Saya baru terjumpa benda baru untuk dikongsi kepada semua blogger yang menggunakan blogspot. Ada di antara korang semua dah pun pasang tools seperti gambar kat bawah iaitu Facebook Like Button pada blog korang.Ok. Macam mana cara nak pasang Facebook Like Button ni? Teruskan membaca:-D.


Cara-caranya:


1. Pergi ke bahagian Dashboard > Template > Edit HTML > Proceed.


2. Tandakan pada Expand Widget Templates


3. Tekan butang Ctrl + F dan cari kod ini <data:post.body/>. Lebih mudah copy dan paste kod ini ke bahagian Find dan tekan Enter.


4. Copy dan paste kod dibawah selepas kod tadi.


<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

4. Klik Preview. Jika tiada masalah klik Save.


5. Selesai.




P/S: Kalau korang suka baca blog ni jangan lupa klik butang Like tau.:-D


Thursday, May 20, 2010

Virus Sexy di Facebook

Share


Facebook Virus
Virus Sexy di Facebook

Facebook telah diserang virus!!!

Saya telah mendapat post di wall akaun Facebook kononnya terdapat video candid yang sexy dan diminta untuk klik dan tengok video sexy tersebut.Yarkk!!Anda juga mungkin pernah alami masalah ini. Beribu pengguna Facebook telah dijangkiti virus ini yang mana video tersebut menunjukkan seorang perempuan memakai skirt pendek sambil menunggang basikal.


Virus Facebook
Video tersebut telah tersebar ke wall Facebook saya dan juga anda semua tetapi dihantar tanpa pengetahuan tuan punya akaun tersebut. Sekali anda klik video tersebut, automatik video tersebut akan dihantar sendiri ke akaun rakan-rakan anda yang lain. Video ini juga dikategorikan sebagai Spam kerana biasanya ia akan menghantar berulang kali selagi anda tidak remove.


Ada cara untuk menghentikan serangan ini. Caranya seperti di bawah:

1. Di sebelah kanan atas Facebook ada butang Account.

2. Klik dan pilih Application Setting

3. Di bahagian Application settings - Recently used jika terdapat aplikasi bernama "Winamp", sila remove.

4. Muncul confirmation dialog box “Remove Winamp”

5. Klik pada "Remove" kemudian refresh browser anda dan pastikan aplikasi “Winamp” hilang pada bahagian Application Settings.


Cara lain:

1. Selalu scan komputer dengan antivirus yang up-to-date

2. Selalu tukar password

3. Selalu-selalu jengok Facebook application settings kalau ada aplikasi yang tak dikenali


Amaran: Jangan gatal-gatal nak tengok perempuan sexy!!

Wednesday, May 19, 2010

Website Paling Kelakar Dalam Sejarah

Share
Funny Cat, Lawak

Website Paling Kelakar Dalam Sejarah

Masa saya tengah boring-boring surfing internet saya terjumpa la satu website ni... Website ni boleh dikatakan kelakar gile dan boleh jugak dikategorikan sebagai website paling kelakar dalam sejarah sejak saya main internet ni sebab kalau korang baca dalam keadaan tension, automatik perasaan tension tu akan hilang + akan gelak sampai berguling-guling sampai nak menangis pun ada.

Memang tak dinafikan lagi website ni amat-amat kelakar dengan bahan-bahan yang ada dalam tu. Nak jengok ke website tu ke? Pi tengok kat bawah sekali. Jangan lupa ajak kawan-kawan. Sharing is caring.:-D

Funny Cat, Lawak

Manchester United vs Bayern Munich UCL Quarter Final 2 (3 - 2) Highlight|Mediafire

Share

Manchester United vs Bayern Munich UCL Quarter Final 2 (3 - 2) Highlight|Mediafire


Hightlight untuk peminat-peminat Manchester United(MU) yang tak berkesempatan tengok perlawanan MU bermain bertemu dengan Bayern Munich peringkat suku akhir ke - 2 di mana MU telah memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 3 - 2 tetapi tidak layak melalui peraturan jaringan di tempat lawan.


Pada perlawanan tersebut Rafael telah mendapat 2 kad kuning seterusnya layak untuk mendapat kad merah dan diperintahkan keluar padang. Arjen Robben telah menjaringkan gol pada minit ke - 74 seterusnya membawa Bayern Munich ke peringkat separuh akhir untuk bertemu dengan Lyon.


Manchester United [ 3-2 ] FC Bayern Munich


03' [ 1-0 ] Gibson
07' [ 2-0 ] Nani
41' [ 3-0 ] Nani
43' [ 3-1 ] Olic
74' [ 3-2 ] Robben



Download Manchester United vs Bayern Munich UCL Quarter Final 2 Highlight

Thursday, May 13, 2010

Aspire TimelineX Produk Terbaru dari Acer

Share
Aspire TimelineX Aspire TimelineX Produk Terbaru dari Acer

Acer Sales and Services Sdn. Bhd. memperkenalkan Aspire TimelineX 4820TG yang mempunyai reka bentuk nipis, berprestasi tinggi dan jangka hayat bateri lebih lama.

Gajet baru TimelineX boleh digunakan dalam tempoh lebih lama dengan prestasi tambahan sehingga 12 jam bergantung kepada penggunaannya. Ini semua dapat dilakukan melalui teknologi kuasa pintar hanya dengan menekan butang PowerSmart.

Teknologi PowerSmart dapat membantu memanjangkan jangka hayat bateri secara automatik dengan mengubahsuai tahap warna dan kecerahan komputer riba tersebut untuk memberi prestasi optimum.

TimelineX turut disokong oleh unit pemproses baru Intel Core i5 bagi prestasi yang diperlukan dan diadaptasikan kepada keperluan pengguna.

Ia amat sesuai digunakan dalam aplikasi grafik terkini, multimedia definisi tinggi (HD), sistem audio Dolby Home Theater. Peminat permainan video, pencinta muzik dan filem pasti akan merasai kepuasan apabila menggunakan komputer riba ini.

Dalam pada itu, pengguna yang menggunakan Aspire TimelineX dapat mengurangkan 66 peratus tenaga elektrik apabila bateri dicas penuh kerana bekalan elektrik akan diputuskan sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga dan tekanan ke atas bateri.

Reka bentuk menarik dan terkini, bahkan gajet seberat 2.2 kilogram (kg) serta mempunyai ketebalan 24 milimeter (mm).

TimelineX yang mempunyai penampilan kemas dengan kerangka luaran berwarna aluminium hitam didatangkan pada harga RM2,999.


Ciri-ciri Acer TimellineX:

Processor Intel® Core™ i5

High Definition 16:9 screens

Dolby® Home Theater® v3 or Dolby® Sound Room®

5.1-channel surround sound

Berat: 2.2 kilogram

Power Smart Button untuk memanjangkan jangka hayat bateri

Boleh bertahan sehingga 8 jam - 12 jam tanpa elektrik

Ketebalan: 24 milimiter

Harga: RM2,999

Layari laman web Acer untuk maklumat tambahan: www.acer.com


Sumber asal: www.kosmo.com.my


Tuesday, May 11, 2010

26 Alternatif Browser untuk Windows

Share



26 Alternatif Browser untuk Windows

Browser seperti Mozilla Firefox, Google Chrome, Internet Explorer, Opera, Safari memang selalu kita dengar dan guna untuk melayari internet. Tetapi tahukan anda terdapat pelbagai alternatif lain yang boleh anda gunakan untuk melayari internet menggunakan browser selain dari yang disebutkan di atas.

Antaranya di bawah ni berapa yang anda pernah dengar?


Malwarebytes` Anti - Malware v 1.46 Full Version

Share


Malwarebytes` Anti - Malware v 1.46 Full Version

Malwarebytes' Anti-Malware merupakan tools yang amat berkesan sekali untuk mengesan, mencegah dan memusnahkan malware yang ada di dalam komputer anda. Selain itu tools ini juga terkenal di antara anti-malware yang paling lembab cepat dan pantas untuk mengesan malware dan spyware di kalangan pesaing-pesaing di pasaran pada masa kini.

Didatangkan dengan version terbaru iaitu version 1.46 dan boleh digunakan pada Microsoft ® Windows 2000, XP, Vista dan 7.

Version: 1.46
File Size: 5.87 MB
Operating Systems: Microsoft ® Windows 2000, XP, Vista, 7.(32-bit dan 64-bit)

Maklumat tambahan boleh ke http://www.malwarebytes.org


Download Malwarebytes` Anti - Malware v 1.46

Monday, May 10, 2010

Internet Download Manager 5.19 build 2 Full Version

Share



Internet Download Manager 5.19 build 2 Full Version

Internet Download Manager(IDM) datang lagi!!!Kali ini IDM didatangkan dengan version terbaru iaitu 5.19 build 2.Terdapat banyak peningkatan yang telah dilakukan pada version terbaru ini apabila ianya dilancarkan pada 29 April 2010 yang lalu.

Apakah fungsi utama Internet Download Manager kepada anda? Fungsi utamanya ialah meningkatkan kelajuan download sebanyak 5 kali ganda daripada download biasa. Anda lihat gambar di bawah saya telah download movie bersaiz lebih kurang 200 MB cuma mengambil masa selama 20 -30 minit bergantung kepada pakej internet yang anda gunakan.




Selain itu Internet Download Manager ini juga membolehkan anda pause dan sambung semula proses download bila-bila masa jika anda mahu menutup komputer.

Internet Download Manager 5.19 build 2 support Windows XP, Windows Vista dan Windows 7.

Mahukan informasi tambahan boleh layari laman web rasmi IDM di bawah:
http://www.internetdownloadmanager.com


Download Internet Download Manager 5.19 Build 2 Plus Patch(3.13MB)


Saturday, May 8, 2010

Tutorial Download Video di Youtube

Share
Tutorial Download Video di Youtube

Youtube merupakan salah satu daripada gudang video yang terkenal dan menyimpan pelbagai jenis video samada video klip, movie, dokumentari dan sebagainya. Kebanyakkan video yang ada di dalam youtube di"upload" oleh ahli-ahli yang mendaftar di laman web youtube tersebut. Anda cuma perlu taipkan keyword ataupun kata kunci sahaja untuk mencari video yang anda mahukan.

Anda boleh menonton secara online tapi jika talian internet kurang memuaskan video akan menjadi tersekat-sekat. Anda boleh men"download" ataupun memuat turun video tersebut dan boleh menonton pada bila-bila masa. Kebanyakkan daripada anda semua semestinya dah tahu cara untuk memuat turun video melalui youtube tapi ada sesetengah orang yang belum lagi tahu caranya.

Ada pelbagai cara untuk memuat turun ataupun men"download" video di youtube. Saya akan ajar 2 daripada caranya yang amat mudah sekali. Lihat di bawah:

Bagi anda yang telah install Internet Download Manager, anda cuma perlu cari video yang anda nak kemudian tekan pada video tersebut.

Contohnya anda tekan pada kawasan hitam yang bertulis copyright by www.zuarxpdc.blogspot tu dan tunggu sampai keluar "Download this video" seperti yang ditunjukkan oleh anak panah di bawah.




Bila dah keluar "Download this video" anda cuma perlu klik dan tunggu sehingga keluar seperti paparan di bawah. Tunggu sehingga muncul saiz file seperti di dalam bulatan dan tekan Start Download. Tunggu sehingga habis.


Cara yang kedua adalah bagi anda yang tidak mempunyai Internet Download Manager ataupun yang tidak mahu download menggunakan cara seperti di atas boleh menggunakan website
www.keepvid.com.

Masuk ke website keepvid dan copy link video dari youtube tadi dan masukkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan oleh anak panah.

Kemudian tekan Download.

Justify Full
Selepas klik download tunggu sehingga keluar paparan seperti di dalam kotak. Pilih jenis file yang anda nak download contohnya 3GP, FLV dan MP4 mengikut kualiti video yang diberikan.

Contohnya tekan pada Download MP4 dan tunggu proses download selesai.


Jika ada sebarang masalah jangan lupa tinggalkan di bahagian komen.:-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive