10 Tips Mengurangkan Berat Badan
Hari ini kita belajar tentang masalah kesihatan iaitu masalah kegemukan berlebihan. Masalah kegemukan berlebihan selalu terjadi kepada kita yang tak mengambil berat dengan masalah kesihatan dan berlaku tidak kira kepada lelaki, wanita, tua atau muda malah ada dikalangan kanak-kanak lagi sudah mempunyai masalah kegemukan.
Antara sebabnya ialah kurangnya pengetahuan tentang pengambilan makanan berkalori tinggi dan berlemak yang merupakan penyumbang utama masalah tersebut.
Di bawah merupakan tips mengurangkan berat badan yang patut diamalkan oleh kita semua.
10 Tips Mengurangkan Berat Badan
1. Elakkan/kurangkan pengambilan makanan berlemak tinggi seperti ayam goreng, nasi
goreng, lemak tepu tinggi seperti susu sejat , santan kelapa dan susu cair.
2. Elakkan/kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti kek, desert, coklat dan ais krim.
3. Jangan ,minum sebelum habis makan.
4. Elakkan pengambilan minuman bergas.
5. Kurangkan memakan makanan berminyak.
6. Elakkan makan makanan ringan.
7. Makan makanan berfiber seperti produk bijirin terutama oat, buah-buahan dan sayuran.
8. Pengambilan makanan secara berkala dan teratur.
9. Perbanyakkan pengambilan makanan yang direbus.
10. Selalu bersenam untuk menghilangkan lemak tepu di badan.
Badan sihat otak cergas...:-D