Tuesday, August 31, 2010

Gambar Panas Arial dan Luna Tersebar Lagi!!!

Share
Gambar Panas Arial dan Luna Tersebar Lagi!!!

Kecoh sebelum ni pasal gambar panas Arial dengan Luna yang orang cari-cari kat blog. Kepada yang belum lagi tengok anda boleh tengok puas-puas gambar ni.Nak simpan buat peluk time tido pun boleh.hehe. Panas ni...Baik bukak aircond kuat-kuat. Jom tengok kat bawah....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

 Jeng...jeng...jeng......




P/S: Kepada yang gatal-gatal nak tengok gambar 18sx tu jangan harap la k

Monday, August 30, 2010

Laptop Jantan atau Betina

Share

Laptop Jantan atau Betina


Nak tau tak laptop anda semua jantan atau betina? Ingat laptop takde jantina ke? Masa anda beli laptop kena check dulu samada jantan ke betina. Kalau anda lelaki beli laptop yang betina. Kalau perempuan beli la yang jantan. Baru macho..:-p

Ok. Cara-cara nak tahu samada laptop ataupun PC anda jantan ke betina ikut cara di bawah:

1. Pertama sekali copy benda kat bawah ni masuk ke dalam notepad

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"hi chicharito"

2. Kemudian save as chicharito.vbs

3. Dah siap save klik pada file yang anda save tadi. Kalau yang keluar suara garau tu mestila jantan. Kalau yang suara lembut sikit tu mesti betina. Jangan 2 2 sudah..kahkahkah

Sebenarnya nak save dengan nama apa-apa pun boleh tapi mesti .vbs. Bukan .txt ok. Yang ayat "hi chicharito" tu nak gantikan dengan nama anda sendiri pun boleh.

Selamat mencuba..huhu

Sunday, August 29, 2010

Lagu Raya - Gema Hari Raya [2005]

Share


Lagu Raya - Gema Hari Raya [2005]


Lagu: Lagu Raya
Album : Gema Hari Raya
Tahun: 2005

01. Siti Nurhaliza - Aidilfitri Di Alaf Baru (4.0MB)
02. Siti Nurhaliza - Nikmat Hari Raya (3.6MB)
03. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran (3.7MB)
04. New Boyz - Balik Kampung (4.3MB)
05. Noraniza Idris - Masih Ada Yang Sayang (3.6MB)
06. Aqasha - Musafir Di Aidilfitri (4.4MB)
07. Liza Hanim - Ku Pohon Doa Di Hari Raya (3.8MB)
08. Handy Black - Cahaya Aidilfitri (3.6MB)
09. Mazleela - Suasana Hari Raya (2.2MB)
10. 2 By 2 - Bersederhanalah (Di Hari Raya) (4.2MB)
11. Anis Suraya - Bersabarlah Sayang (3.1MB)
12. Firdaus - Miskin Kaya (2.4MB)
13. Nurhaida - Zapin Aidilfitri (4.2MB)


Saturday, August 28, 2010

Beza Anak Halal dan Anak Haram

Share
Beza Anak Halal dan Anak Haram


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 

Anak halal disebelah kiri dan anak haram di sebelah kanan. Dapat tak cari perbezaan kedua-dua anak ni??

Adab-Adab Puasa Ramadhan

Share
 
Adab-Adab Puasa Ramadhan

Latihan dan pendidikan yang terdapat di dalam Ramadhan tidak akan menghasilkan takwa melainkan jika adab-adabnya dijaga dan dipelihara. Terdapat adab-adab berpuasa di bulan Ramadhan yang menarik untuk kita hayati. Antara adabadab tersebut ialah:

1. Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya
2. Bersikap dermawan
3. Bertadarus Al-Quran secara konsisten
4. Melaksanakan solat terawih
5. Beriktikaf terutama pada 10 malam terakhir Ramadhan
6. Mengawal nafsu serta memelihara akidah
8. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi
9. Tidak banyak tidur di siang hari
10. Mengejar Lailatulqadar
11. Mengeluarkan zakat fitrah
12. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan hanya sebiji tamar atau segelas air
13. Berusaha menjaga semua pancaindera dan anggota badan dariada mendekati maksiat dan perkara sia-sia
14. Mandi janabah, haid dan nifas sebelum terbit fajar

Thursday, August 26, 2010

Kakitangan Awam Dapat Duit Raya RM500

Share
Kakitangan Awam Dapat Duit Raya RM500

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan menerima khabar gembira apabila kerajaan mengumumkan akan memberi bantuan khas kewangan RM500 seorang sebelum 1 Syawal ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini berkata, bantuan khas kewangan itu akan dibayar kepada pesara dan kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54.

Menurutnya, ia melibatkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta untuk kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara.

‘‘Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara kerajaan.

‘‘Ia bagi meringankan bebas kos persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri ini,’’ katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pemberian itu dibuat di bawah skim Bayaran Bantuan Khas Kewangan kelolaan Jabatan Perdana Menteri.

Pada 13 Ogos lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian duit raya kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara membabitkan jumlah RM37.14 juta yang juga akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Rakyat Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 September ini.

Wednesday, August 25, 2010

Jalur Gemilang

Share

Jalur Gemilang


Bangganya menjadi anak Malaysia. Hidup aman damai walaupun dihuni oleh berbagai kaum. Semoga Malaysia terus menjadi negara maju dan gah di mata dunia selepas 53 tahun kita merdeka.5 hari lagi kita bakal menyambut hari kemerdekaan. Tema Hari Kemerdekaan Tahun 2010 ini adalah 1 Malaysia Menjana Transformasi. Merdeka!!!Merdeka!!Merdeka!!


Lirik lagu Jalur Gemilang
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang!!

Jalur Gemilang (Pak Ngah / Siso Kopratasa)


Download Lagu Jalur Gemilang MP3

Tuesday, August 24, 2010

Mayat Atas Pokok Tanpa Otak

Share

Mayat Atas Pokok Tanpa Otak

KUALA TERENGGANU: “Tergamam saya melihat mayat budak itu (Khairul Arif Ayub, 6,) tanpa otak tersangkut di atas pokok tinggi manakala dua remaja berusia awal 20-an parah di kaki dan muka dipercayai akibat letupan berkenaan,” kata Nor Syafri Azhar, 36.

Dia antara saksi kejadian letupan dipercayai berpunca daripada mercun yang disimpan dalam sebuah rumah tinggal di Kampung Seberang Baruh, Cabang Tiga di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian, kira-kira jam 12.30 tengah hari, dia berehat bersama keluarga sebelum dikejutkan dentuman kuat tidak jauh dari rumahnya menyebabkan tingkap serta siling rumahnya pecah.

“Saya terus bergegas ke tempat kejadian dan melihat kepulan asap dari rumah tinggal itu manakala bahagian hadapan rumah terbabit termasuk sebuah motosikal hancur.

“Sebaik sampai di tempat kejadian, saya terkejut melihat dua remaja terbaring kesakitan dengan kaki mereka cedera teruk selain cedera di muka,” katanya.

Nor Syafri berkata, seorang daripada mangsa itu memintanya mencari seorang kanak-kanak (Khairul Arif) yang ada bersama mereka, lalu dia segera menggeledah timbunan runtuhan berkenaan, tetapi gagal menemui budak terbabit.

“Bagaimanapun, ketika mendongak ke pokok, saya terkedu melihat jasad kanak-kanak yang tidak bernyawa tanpa otak itu melekat pada dahan pokok berkenaan.

“Saya tidak sanggup melihat mayat kanak-kanak itu dan memanggil penduduk kampung untuk menurunkannya sebelum semua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya.

Sementara itu seorang lagi saksi, Wan Mayuni Wan Daud, 34, dari Kampung Kubang Buyong di sini, berkata, dia mendengar letupan kuat disusuli gegaran ketika berniaga di Pasar Cabang Tiga, kira-kira 400 meter dari tempat kejadian.

“Mengesyaki sesuatu buruk berlaku, saya ke tempat kejadian dan melihat orang ramai mengerumuni kawasan berkenaan sebelum melihat ketiga-tiga mangsa diangkat untuk dibawa ke HSNZ.

“Ketiga-tiga mangsa itu saya kenali. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika melihat mereka, bayangkan kanak-kanak terkulai dengan kepalanya terlopong.

“Itu kali pertama saya mendengar letupan amat kuat sehingga menggegarkan pasar. Bagaimanapun saya tidak pasti punca letupan itu,” katanya.

Sementara itu, menurut ibu saudara kanak-kanak berkenaan, Rozita Abd Rahman, 35, ibu Khairul Arif memberitahunya sebelum kejadian, kanak-kanak itu bersama suaminya, Ayub Abd Rahman, 28, menghantar kenalan mereka ke mahkamah.

“Sepatutnya Khairul Arif ke tabika hari ini (semalam), tetapi kerana demam sejak seminggu lalu, dia tidak dapat ke tadika.

“Saya tidak pasti bagaimana dia boleh ke sana (tempat kejadian). Bagaimanapun, dia seorang yang cepat mesra tambahan pula dia anak tunggal menyebabkan dia mudah mengikut kenalan bapanya.

“Beberapa hari sebelum kejadian, dia pernah memberitahu mahu ke suatu tempat yang jauh dan apabila di tanya ke mana, dia berkata ingin ke tempat atuknya (kubur) yang meninggal awal Ramadan lalu,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Mengerikan......

Monday, August 23, 2010

Negara Mana Internet Paling Laju?

Share

Negara Mana Internet Paling Laju?

Menduduki senarai teratas negara yang mempunyai purata internet paling laju untuk muat-turun(download) adalah:

1. Korea Selatan dengan kelajuan purata 33.62 Mb/s
2. Latvia dengan 24.93 Mb/s
3. Republic of Moldova dengan kelajuan 23.56 Mb/s dan 
4. Lithuania dengan kelajuan 22.12 Mb/s
100. Malaysia dengan kelajuan 2.93 Mb/s.

Untuk kelajuan purata muat-naik(upload) negara yang mengungguli senarai teratas ialah:

1. Korea Selatan dengan kelajuan 19.60 Mb/s
2. Lithuania dengan kelajuan 13.69 Mb/s
3. Latvia dengan kelajuan 13.45 Mb/s
4. Aland Island dengan kelajuan 11.21 Mb/s
68. Malaysia dengan purata kelajuan pada kadar 0.98 Mb/s. 


Kelajuan purata muat-turun(download) paling tinggi di Malaysia adalah:

1. Pulau Pinang dengan kelajuan sehingga 3.20 Mb/s
2. Melaka dengan kelajuan sehingga 3.05 Mb/s
3. Selangor dengan kelajuan sehingga 2.69 Mb/s

Kelajuan purata muat-naik(upload) paling tinggi di Malaysia adalah:

1. Labuan dengan kelajuan sehingga 1.17 Mb/s
2. Pulau Pinang dengan kelajuan sehingga 1.14 Mb/s
3. Melaka dengan kelajuan sehingga 1.02 Mb/s.

Saya pernah dapat paling tinggi kelajuan muat-turun(download) cuma 1.118Mb/s di UiTM Shah Alam baru-baru ni..huhu. Orang lain mesti pernah dapat lagi tinggi kan.Tengok gambar yang sempat saya ambik masa download tu.




Anda juga boleh test kelajuan internet sendiri di sini http://speedtest.net

Sunday, August 22, 2010

Karangan Budak Sekolah Rendah Yang Menyeramkan

Share

Karangan Budak Sekolah Rendah Yang Menyeramkan


Sila jangan terkejut baca karangan budak sekolah rendah ni ok. 
  

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garpu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri di bawah jambatan.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati...

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati...


Saturday, August 21, 2010

Trick Kenakan Rakan - CD Drive Terbuka Berulang Kali

Share


Trick Kenakan Rakan - CD Drive Terbuka Berulang Kali

Trick kali ini akan membuatkan CD/DVD drive akan terbuka berulang kali bila kita klik pada script tersebut. 

Cara untuk hentikan drive CD tu terbuka berulang kali ialah korang perlu buka Task Manager dengan menekan CTRL + ALT + DELETE > Pilih Process > Cari “wscript.exe” > Klik End Process.
 

Cara create script:

Copy semua script di bawah ke dalam notepad > Save as .vbs. Contohnya CD.vbs.
 
Set oWMP = CreateObject("WMPlayer.OCX.7")
Set colCDROMs = oWMP.cdromCollection
do
if colCDROMs.Count >= 1 then
For i = 0 to colCDROMs.Count -1
colCDROMs.Item(i).Eject
Next
For i = 0 to colCDROMs.Count -1
colCDROMs.Item(i).Eject
Next
End If
wscript.sleep 5000
loop
Jangan try kalau tak berani..Just for fun

Friday, August 20, 2010

Mesti Tengok Video Ni!!3 Juta Orang View!!

Share
Mesti Tengok Video Ni!!3 Juta Orang View!!


Ape yang best sangat video ni sampai 3 juta lebih orang view??? Mula-mula tengok biasa je..Tapi ada keunikannya tau..:-). Layan jela....Zassss!!!


Thursday, August 19, 2010

Shahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Studio Version) + Lirik

Share

Shahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Studio Version) + Lirik


Lirik Lagu Shahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus

Kebahagiaan.. Dalam perpisahan.


Komposer: Edry KRU
Lirik: Edry KRU


Download Shahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan(Studio Version)
 

Handphone Acer beTouch E120 Macam Best!

Share



Handphone Acer beTouch E120 Macam Best!

Seperti yang kita selalu tengok banyak handphone baru yang berharga RM1000 ke bawah sekarang telah dilengkapi dengan pelbagai jenis fungsi contohnya 3G, Wi-fi, Kamera dan sebagainya. Handphone keluaran Acer yang diberi nama Acer beTouch E120 ini telah mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan disebabkan oleh harganya yang murah dan terdapat pelbagai jenis fungsi di dalamnya. Antara ciri-ciri produk baru keluaran Acer kali ini seperti di bawah:

Sistem Operasi: Menggunakan sistem operasi Android Donut

Processor: Processor ST Ericsson PNX6715

RAM: 256MB

Jenis Screen: Touch screen 2.8 inci QVGA 

Kamera: Kamera 3.2 megapiksel
 
Jenis bateri: Bateri Li-Poly 1500mAh yang tahan masa berbual sehingga 5 jam

Fungsi lain: Dilengkapi dengan 3G, sambungan Wi-Fi Wi-Fi 802.11 b/g, Bluetooth, GPS dan AGPS, slot Mikro-SD, Mikro-USB serta FM radio. 

Beratnya hanya 109 gram sahaja.

Harga: RM699

Berdasarkan kepada fungsi yang ada handphone keluaran Acer kali ini boleh dikatakan best sesuai dengan harganya....

Wednesday, August 18, 2010

Kenapa Suka Buat Maksiat Dalam Tandas?

Share
 
 
Kenapa Suka Buat Maksiat Dalam Tandas?
 
Cikgu Jan sedang mengajar subjek Bahasa Melayu dalam kelas tingkatan 5, beliau meminta pelajarnya memberi pendapat masing-masing tentang tajuk " Mengapa Remaja Selalu Melakukan Maksiat di Dalam Tandas Awam"

Wani : Pada pendapat saya remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas awam terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan menyewa hotel.

Ali: Saya tidak bersetuju!! Sebab ada di kalangan mereka yang berkemampuan pun masih membuat maksiat di tempat sebegitu.

Wawa: Mengikut firasat tok guru saya...Mereka ini kelam kabut atau dikategorikan sebagai tak tahan hingga tidak sempat mencari hotel ataupun tempat yang lebih sesuai dan yang paling penting mereka ini cetek tentang pengetahuan agama cikgu!

Mat: Saya bangkang sama sekali cikgu bahawa remaja itu cetek tentang pengetahuan agama..

Wawa: Kenapa?? Bukankah mereka yang sanggup melakukan perbuatan sekeji itu cetek tentang agama ataupun tidak tahu menghayatinya.

Cikgu Jan: Kenapa kamu tidak setuju dengan pendapat Wawa tadi?

Mat: Sebenarnya mereka sangat arif tentang agama. Sebab mereka tahu malaikat tidak masuk tandas dan jika mereka melakukan maksiat dalam tandas malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Jan: (Dalam hati) Rosak murid aku sorang ni!!
 
 
 
p/s: Jangan melencong lebih2 sudah..

Tuesday, August 17, 2010

Lawak Bahasa Rojak

Share
Lawak Bahasa Rojak


Cuti Sekolah

Dalam Kelas

Jumpa Bakal Bapak Mertua

Cerita Kedai Kopi

Belajar Ilmu Persilatan

Hafal Karangan

Perangsang

Makmal Sains 


P/S: Bawak-bawaklah bertaubat...Kahkahkah. xde kaitan langsung.



Sumber: Portal Pendidikan Utusan 2002

Monday, August 16, 2010

Cara Memasang Favicon Pada Blog

Share

Cara Memasang Favicon Pada Blog

Favicon merupakan singkatan daripada favourites icon, juga dikenali sebagai shortcut icon, website icon dan URL icon. Anda boleh masukkan Favicon pada address bar di browser untuk menjadikan blog lebih cantik dan unik dari orang lain. Anda boleh masukkan gambar sendiri ataupun animation supaya Favicon tersebut bergerak-gerak.Tengok contoh Favicon blog saya di bawah:




Cara memasang favicon pada blog:

1. Pilih gambar yang anda suka untuk dijadikan icon blog.

2. Masuk ke http://www.iconj.com/icon_generator.php untuk generate favicon.

3. Klik tab ICON GENERATOR > Browse..> Cari gambar yang anda pilih tadi dan upload.

4. Copy link icon yang telah di generate.


5. Login ke blog dan masuk ke Dashboard > Template > Edit HTML > Proceed 

6. Tekan Ctrl + F dan cari code ni </head> dan paste link icon sebelum code tadi dan selepas code ]]></b:skin>

Tengok contoh macam gambar di bawah:


7. Preview dulu template kalau jadi kemudian baru Save.

Sunday, August 15, 2010

Celcom Broadband Kini Cuma RM48/bulan

Share

 Celcom Broadband Kini Cuma RM48/bulan

Kepada anda yang baru bercita-cita nak beli broadband, inilah masanya sebab Celcom tengah giat promosikan pakej terbaru iaitu cuma RM48/bulan. Jika anda register semasa dalam tempoh promosi sekarang, anda cuma perlu bayar RM38 untuk 3 bulan pertama untuk kelajuan 384kbps. Untuk bulan berikutnya anda akan bayar dengan harga asal iaitu RM48. 

Pakej ni tak termasuk sekali dengan modem. Harga terendah yang Celcom tawarkan berbanding syarikat telekomunikasi lain ini kerana disebabkan saranan Perdana Menteri Malaysia dalam bajet 2010 untuk meluaskan penggunaan jalur lebar kepada 50% pada tahun ni berbanding 25% sebelum ni.

Klik di sini untuk maklumat lanjut



Wednesday, August 11, 2010

10 Tips Menjaga Handphone

Share


10 Tips Menjaga Handphone

1. Jangan Simpan Dalam Poket

Bagi lelaki yang suka menyimpan handphone didalam poket seluar, sebaiknya selepas membaca artikel ini anda akan berfikir dua kali kerana, handphone menghasilkan medan elektrostatik dan elektromagnetik yang mengakibatkan ketidaksuburan lelaki.

2. Jangan Dekat Dengan Barangan Elektronik

Jangan gunakan handphone ketika isyarat lemah berdekatan barangan elektronik berkuasa tinggi. Contoh barangan elektronik mengeluarkan medan elektonik yang tinggi seperti televisyen, oven, peti sejuk, radio dan lain-lain. Daya yang dikeluarkan oleh barangan tersebut boleh mengakibatkan kebakaran pada printer circuit board (pcb) dalam handphone terbakar.

3. Jangan Dekat Dengan Kunci Kereta

Dalam keadaan tertentu, handphone yang digunakan dalam kendaraan akan memberikan kerosakan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Handphone yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kenderaan boleh mangakibatkan terhapusnya kod yang ada dalam sistem elektronik pada kunci kenderaan tersebut.

4. Jangan Terlalu Dekat Dengan Komputer

Komputer dan handphone adalah alat yang mempunyai gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling merosakkan.

5. Jangan Simpan di Tempat Bersuhu Tinggi

Tempat bersuhu tinggi, kelembaban tinggi dan berdebu merupakan musuh bagi handphone anda. Mungkin anda tidak menyedari yang anda sering kali “menjemur” handphone anda di atas dashboard kereta, tingkap dan beg.

6. Jangan Meletakkan Kad SIM Berdekatan Magnet

Bahaya kad SIM dekat dengan benda-benda yang mengandung magnet kerana radiasi yang dipancarkan. Handphone juga berkebolehan untuk merosakkan kad memori dan kad kredit anda.

7. Jangan Dekat Dengan Logam

Hindari handphone anda daripada berdekatan dengan logam-logam kecil kerana speaker handphone anda akan menarik benda-benda tersebut. Handphone akan mengalami kerosakan fizikal.

8. Jangan Dekat Dengan Alatan Hospital

Kebanyakan hospital adalah tempat yang paling tak sesuai untuk handphone. Selaian pesakit memerlukan ketenangan, peralatan media seperti alat bantuan pendengaran dan alat pengepam jantung akan terganggu. Jangan kerana handphone, anda menjadi seorang pembunuh dalam senyap

9. Jangan Dekat Dengan Gas Yang Mudah Terbakar

Gas merbahaya kerana mempunyai tekanan yang tinggi dan juga mudah terbakar. Berada dekat dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan handphone anda tidak berfungsi dengan baik.

10. Jangan Basah

Rasanya kita semua sudah tahu betapa bahayanya air bagi handphone. Air juga musuh kepada kamera handphone. Apatahlagi ketika musim hujan, boleh mengundang banyak masalah. Bagi penunggang motorsikal, bersiap sedialah untuk menyembunyikan handphone anda sebelum hujan tiba.

Monday, August 9, 2010

Bermain Komputer Boleh Membawa Maut

Share
 
Bermain Komputer Boleh Membawa Maut

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot-otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.

New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan. Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10 jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.

DVT menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul di arteri paru-paru.

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.
Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.

Simptom:

Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.

Cara Pencegahan:

1. Memakai stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum air batu
4. Elakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan:

Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

Tips Berpuasa di Bulan Ramadhan

Share

Tips Berpuasa di Bulan Ramadhan

Tak lama lagi seluruh umat islam di seluruh dunia akan menunaikan kewajipan dalam rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan puasa itu sendiri ada kelebihan dan berkait rapat dengan kesihatan kita. Antara tips kali ini adalah berkaitan dengan cara pemakanan kita di bulan puasa untuk menjadi sihat dan cergas.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

1. Mulakan berbuka dengan buah kurma dan makanan yang ringan seperti kuih.

2. Solat Maghrib terlebih dahulu sebelum mengambil makanan berat-berat.

3. Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tauhu dan kekacang.

4. Kurangkan kadar makanan dari biasa

5. Jangan minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.

6. Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih.

7. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.


Fasa-fasa Puasa:

Fasa Pertama (2 - 3 hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah.

Fasa Kedua (3 -14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa Ketiga (14 - akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

  
Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi apa-apa dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."

Sunday, August 8, 2010

BlackPad vs iPad

Share
 
BlackPad vs iPad

POPULARITI iPad sebagai komputer tablet atau komputer sesentuh sememangnya tidak dapat dinafikan, terutama di kalangan penggila barangan keluaran Apple.

Sebagai contoh, walaupun produk itu belum dipasarkan secara rasmi di negara ini tetapi telah ramai yang memilikinya dengan membeli di negara luar.

Sememangnya jika ditanya apakah kegunaan penting iPad, mungkin ramai yang akan tersenyum sambil menyatakan ‘ia sekadar trend.’

Komputer boleh sentuh ini walaupun mencerminkan gaya masa depan tetapi ia kurang popular kerana tidak praktikal, sangat sensitif dan tidak sesuai untuk aplikasi pejabat.

Tidak ramai daripada kita yang selesa untuk menulis menggunakan pen stylus di skrin berbanding menaip di papan kekunci apabila melakukan kerja-kerja pejabat.

Bagaimanapun, populariti iPad perlu juga disaingi dan pengeluar telefon pintar BlackBerry, Research in Motion (RIM) yang kini dalam perancangan untuk memperkenalkan komputer tabletnya sendiri menjelang akhir tahun ini.

Alat itu dijangka mempunyai saiz yang hampir sama dengan iPad, iaitu skrin diagonal 9.7 inci dan dilengkapi dengan teknologi Wi-Fi dan Bluetooth untuk membolehkan pengguna mengakses Internet menggunakan telefon BlackBerry.

Produk yang dijangka dipasarkan menjelang sambutan Krismas ini bertujuan memberi pilihan kepada pengguna untuk memiliki peranti di antara telefon bimbit dan komputer notebook yang kini dikuasai iPad.

Apple menyatakan sehingga bulan lepas, syarikatnya telah menjual 3 juta komputer tablet iPad dalam masa 80 hari selepas diperkenalkan di Amerika Syarikat.

 
BlackPad

Menurut salah seorang yang dikatakan mempunyai kaitan dengan perancangan syarikat itu, RIM merancang untuk menamakan alat yang bakal diperkenalkan mereka sebagai BlackPad.

Untuk memperkuatkan lagi spekulasi itu, RIM yang berpangkalan di Waterloo, Ontario merupakan syarikat yang membeli hak Internet untuk domain www.blackpad.com bulan lepas.

Harga untuk peranti itu dijangka berada sekitar harga iPad iaitu bermula daripada AS$499 (RM1,596) kerana syarikat itu tidak mahu melancarkan perang harga dengan Apple.

Bagaimanapun, RIM akan meningkatkan persaingannya dengan memperkenalkan telefon lungsur terbarunya BlackBerry 9800.

Telefon ini akan menggunakan skrin sesentuh sepenuhnya seperti iPhone dan boleh dilungsur keluar papan kekunci Qwerty untuk memudahkan pengguna menaip e-mel.

Kembali kepada pasaran komputer tablet, RIM terpaksa membuktikan kepada pengguna bagaimana produknya mampu mengatasi komputer-komputer tablet lain termasuk iPad yang popular sebab ia mempunyai banyak aplikasi.

Bagi William Power, penganalisis dari Robert W. Baird & Co., RIM harus membuktikan kematangan teknologi skrin sesentuhnya untuk mencabar pendahulu pasaran seperti Apple.

Sudah tentu, kelebihan RIM adalah kemampuan e-mel dan populariti telefonnya di kalangan pelanggan korporat.

Komputer tablet itu juga akan bersepadu dengan sistem e-mel telefon pintar dan juga mempunyai ciri-ciri keselamatan dalam sistem pesanan segera.

Selain RIM, syarikat komputer Hewlett-Packard juga bulan ini telah membeli syarikat pengeluar telefon pintar Palm bagi membolehkannya memperkenalkan peranti tablet yang menggunakan sistem operasi Windows dari Microsoft.

Sementara LG Electronic dari Korea Selatan pula dikatakan merancang untuk memperkenalkan komputer tabletnya yang menggunakan perisian Android dari Google.

Kesimpulannya, persaingan untuk memenangi pasaran komputer tablet semakin menarik selepas Apple dan RIM mula melancarkan ‘perang’ ke atas produk masing-masing.

Cara Create Screenshot Video

Share

Cara Create Screenshot Video

Uploader membuat Screenshot video untuk dijadikan panduan kepada kaki download movie dan video untuk melihat kualiti sesuatu video tersebut samada clear ataupun tidak. Caranya amat mudah. Anda cuma perlukan Media Player Classic.

Ikut langkah berikut:

1. Buka Media Player Classic > Views
2. Pilih Options
3. Pilih Playback > Output
4. Pilih DirectShow video to VMR9(Windowed)
5. Klik OK
6. Buka video yang nak buat screenshot > Klik butang Stop ataupun Pause.
7. Pergi ke File
8. Pilih Save Thumbnails
9. Buat pilihan sendiri pada File name, Save as type, Thumbnails dan Image Width.
10. Tekan Save.
11. Selesai

Friday, August 6, 2010

12 Website Best Belajar Teknik Photoshop

Share
12 Website Best Belajar Teknik Photoshop

Kepada anda yang nak belajar untuk edit gambar menggunakan Adobe Photoshop, anda boleh belajar melalui tutorial yang disediakan dalam 12 website di bawah. Adobe Photoshop merupakan software edit gambar yang terbaik. Untuk menjadi lebih pandai meng"edit" gambar dan ingin menjadi professional, silalah belajar melalui teknik-teknik yang disediakan.:-D

Kepada anda yang belum ada software Adobe Photoshop anda boleh download di sini. Cuma 64MB sahaja. Barang panas tu..Jangan lupa download sampai habis k:-)
  

























Jangan lupa klik Like. Share-share la dengan kawan-kawan:-D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive