Thursday, September 30, 2010

Jangan Tengok Kalau Penakut!!

Share
Jangan Tengok Kalau Penakut!!


Tempat kejadian: Hospital
Masa: Tidak diketahui
Sumber: Tidak diketahui. Cari-cari dalam laptop jumpa. Post je la.
Klasifikasi: 18PL

Amaran: Kepada yang sakit perut, cirit birit, mengandung, baru lepas makan tidak digalakkan tengok!!!
v
v
v

v

v


Jangan muntah depan komputer wei... Tuan punya blog pun tak lalu nak tengok lama-lama..Alergik..Muahaha!

Nombor Plat Kereta Unik

Share
Nombor Plat Kereta Unik

Nombor pendaftaran TAN 1 merupakan harga nombor pendaftaran kenderaan termahal pernah dijual oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berharga RM200,090 dan namun kini ‘tewas’ kepada nombor pendaftaran kenderaan TAY 1.

Nombor pendaftaran kenderaan TAY 1 telah dibeli dengan harga RM220,000 dan ia merupakan harga paling mahal setakat ini
.(Dipetik dari Utusan Online)


Mak datuk!!!...Harga plat pun dah boleh beli 2 bijik kereta kalau macam ni. Sebab nombor tu unik dah tu keluar sekali je sebab tu yang mahal nak mampus kot.Tak mampu den nak beli plat harga macam tu sekali. Baik beli kereta lagi bagus. Untuk orang yang mewah-mewah boleh la pakai kan. 

Kalau tak mampu nak pakai kita tengok dah la. Jom tengok gambar nombor plat kereta yang unik kat bawah ni:
   
MY SITI

 KCT 1

BENTLEY

DADI

CASIO

MEI

NASA

POLIS
 MAFIA
MATI

TAHI


Hmmmmm...memang sangat-sangat unik....:-D.Bertuahla Siti Datuk K beli kereta pun ada nama CT kan.huhu

Wednesday, September 29, 2010

Lotus Racing vs Proton

Share
Lotus Racing vs Proton

KUALA LUMPUR – Pasukan Lotus Racing sedia menyerahkan pasukan Formula Satu (F1) kepada Proton Holding Bhd. (Proton) jika ia mampu melakukan lebih baik daripada yang telah dilakukan di bawah pengurusan kini pada musim depan.

Timbalan Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Kamarudin Meranun berkata, selain itu Proton perlu membayar pelaburan yang telah dilakukan oleh tiga individu, membabitkan dirinya, Datuk Seri Tony Fernandes dan SM Nasarudin SM Nasimuddin, bernilai pound 70 juta (RM340.9 juta) pada musim ini.

Malah, tambah beliau, pihaknya telah membeli Team Lotus Ventures Ltd. (TLV), yang mempunyai hak untuk menggunakan nama Team Lotus, pada harga lebih pound 3 juta (RM14.61 juta) kira-kira sebulan lalu setelah melakukan kajian kewajaran pertimbangan.

Tambah beliau, pihaknya mempunyai dokumen yang ditandatangani berhubung pembelian itu.

Kamarudin yang juga salah seorang pemilik pasukan Lotus Racing berkata, pasukan F1 itu mengambil keputusan untuk membeli TLV setelah mendapati hubungan dengan Proton tidak berjalan lancar sebelum ini.

Menurutnya, Proton telah memiliki Lotus Group selama 16 tahun dan sepanjang tempoh tersebut pembuat kereta nasional itu tidak pernah menyertai F1.

‘‘Tetapi kenapa sekarang perkara itu berlaku selepas tiga pemegang saham melabur dengan wang masing-masing sebanyak pound 70 juta untuk membina sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat kepada Proton menerusi perikatan jenama

‘‘Apa yang sebenarnya mereka mahukan? Saya tertanya-tanya sama ada pengurusan Lotus Group mempunyai kuasa untuk menyertai F1 daripada syarikat induk (Proton) ataupun dalam isu ini pengurusan Proton mempunyai kuasa daripada lembaga pengarah dan pemegang saham untuk kelulusan (menyertai F1)?,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Proton semalam yang melarang penggunaan nama Lotus Racing berkuat kuasa musim depan, selepas lesen yang diberikan kepada semua syarikat yang mempunyai kaitan dengan prinsipal pasukan itu, Fernandes ditamatkan.

Menurut kenyataan Proton, penamatan tersebut dibuat ekoran tindakan terang-terangan dan berterusan oleh Fernandes yang melanggar lesen yang diberikan kepada mereka dan dianggap telah merosakkan mereka nama Lotus.

Lotus Group terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Lotus Cars, Lotus Engineering dan TLV.

Kini Proton menaja pasukan GP2 yang berpangkalan di Perancis, Art.

Mengenai penamatan penajaan Proton dalam Lotus Racing pada tahun depan, beliau berkata, perkara itu tidak timbul sama sekali.

“Adalah melucukan apabila anda menamatkan penajaan pada tahun depan sedangkan tiada perjanjian yang dimeterai untuk tujuan tersebut untuk tempoh itu,’’ jelasnya.

Menurut Kamarudin, dengan penajaan Proton yang ‘minimum’ pada tahun ini, pembuat kereta nasional itu telah memperoleh manfaat lebih daripada sepatutnya.

Sementara itu, Kamarudin memberitahu, pemegang saham Lotus Rancing akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Proton berhubung hak penggunaan Lotus Racing di Mahkamah United Kingdom.


zuar cakap:
Kes saman menyaman pulak dah. Dua2 sama. Proton sama Lotus pun sama. Buat malu Malaysia macam ni. Bukan nak buat kerjasama elok-elok. Kalau macam ni la jadi sampai bila pun Malaysia tak maju dalam F1. Baru setahun jagung masuk F1 dah banyak masalah. Tengok-tengok season depan dah bungkus.....

Tuesday, September 28, 2010

Lotus Racing Dah Berkubur

Share
Lotus Racing Dah Berkubur

KUALA LUMPUR - Pasukan Formula Satu Malaysia, 1Malaysia Racing Team (1MRT), tidak lagi dibenar menggunakan nama Lotus Racing berkuat kuasa musim depan, selepas lesen yang diberikan kepada semua syarikat yang mempunyai kaitan dengan prinsipal pasukan itu, Datuk Seri Tony Fernandes ditamatkan.

Perkara tersebut diumumkan Proton Holdings Berhad dalam satu kenyataan semalam, yang menjelaskan, penamatan tersebut dibuat ekoran tindakan terangan-terangan dan berterusan oleh Fernandes, yang melanggar lesen yang diberi kepada mereka dan dianggap telah merosakkan nama Lotus.

Berikutan penamatan tersebut, bukan saja pasukan 1MRT tidak dibenarkan menggunakan nama Lotus, malah semua syarikat yang mempunyai kaitan dengan Fernandes, termasuk Kumpulan Tune Bhd. atau Pasukan Lotus Ventures Limited, turut menerima akibatnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Proton itu lagi, Kumpulan Lotus difahamkan, Fernandes bercadang melakukan penjenamaan semula dengan tidak lagi menggunakan nama Lotus Racing pada musim 2011, sebaliknya berlumba di atas nama Team Lotus.

Fernandes memberitahu, Kumpulan Tune telah mendapat hak untuk menggunakan nama Team Lotus, yang dulunya dimiliki David Hunt dengan menggunakan nama Team Lotus Ventures Limited. Mereka percaya, hak tersebut tidak diperoleh dengan cara yang sah, malah Fernandes sendiri sedar akan perkara itu.

Menurut Proton, mereka menyokong sebarang tindakan yang akan diambil Kumpulan Lotus dalam usahanya melindungi hak terhadap jenama 'Lotus', termasuk menentang sebarang cubaan oleh Fernandes dan syarikatnya atau mana-mana pihak untuk menggunakan nama Lotus pada aksi F1 2011.

"Lotus antara jenama paling bernilai dalam F1 ketika ini. Kami adalah pemilik kepada jenama ini dan akan mengambil semua langkah yang perlu untuk melindunginya.

"Tony Fernandes tidak mempunyai hak untuk menggunakan jenama Lotus dalam F1 2011. Kami menentang sekeras-kerasnya sebarang cubaan menggunakan jenama kami tanpa keizinan. Kami juga menarik diri sebagai penaja Lotus Racing.

"Kumpulan Lotus adalah pemilik kepada semua yang berkaitan dengan Lotus. Fakta bahawa 1Malaysia Racing Team memohon lesen daripada Kumpulan Lotus untuk menggunakan jenama kami dengan sendirinya telah menunjukkan baik Fernandes, mahupun 1 Malaysia Racing Team mengiktiraf dan mengakui hak yang dimiliki oleh Kumpulan Lotus,'' kata Pengerusi Proton Holdings Berhad dan Kumpulan Lotus, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.

Fernandes dan 1Malaysia Racing Team tahun lalu memohon lesen daripada Kumpulan Lotus ,bagi menggunakan jenama Lotus untuk pasukan Lotus Racing dalam F1 musim ini.

Menurut Proton, hanya ada satu Lotus iaitu yang diasaskan oleh Colin Chapman, bermula dari era mereka mengeluarkan kenderaan komersial hingga kepada kereta lumba. Sehingga 1994, Kumpulan Lotus, pengeluar kereta komersial dan kereta Pasukan Lotus, yang beraksi dalam F1 mempunyai pemilik dan pengarah yang sama.



zuar cakap:
Masalah teknikal yang berlaku ni sikit sebanyak akan menjejaskan nama baik Malaysia dalam sukan permotoran khususnya dalam sukan Formula 1. Malaysia baru nak bertapak dalam sukan F1 gunakan kereta sendiri tapi masalah yang berlaku akan menjadikan Malaysia tumpuan di mata dunia sebab F1 ditonton oleh berjuta-juta manusia. Nama Lotus Racing dah tak boleh diguna pakai lepas ni. Jadi lepas ni 1 Malaysia Racing Team nak guna nama apa?


Monday, September 27, 2010

Download Gambar Dalam Facebook Dengan Mudah

Share
Download Gambar Dalam Facebook Dengan Mudah

Saya rajin(bajet rajin) jugak baca artikel kat blog mat-mat saleh yang berkaitan dengan komputer ni Sebab nak cari idea-idea baru nak update blog kan. Tetiba terjumpa lak cara nak download gambar dalam Facebook. Kalau sebelum-sebelum ni kita view gambar kemudian tekan save satu demi satu.Betul tak??Ke korang lagi advanced?? Kalau betul penat gak kan camtu. Kalau ada 100 gambar mau tak pening kepala nak save. Tapi ni bukan trik nak curi gambar orang naa...

Hangpa ni kalau bab-bab ni mesti pikiaq yang bukan-bukan. Tutorial ni boleh guna kalau korang nak save gambar sendiri.(Boleh gak nak save gambar orang sebenarnya^_^) . Mana la tau kan gambar korang kat hp tak pun kat komputer terdelete tapi kat Facebook masih ada lagi..Haa...Dah ada backup tu..Korang download la balik gambar-gambar tu semua. Save kemudian simpan dalam peti sejuk external hard disk ke, pendrive ke. Korang boleh jugak nak download gambar awek korang. Tapi pastikan mintak kebenaran dulu..Karang tak pasal-pasal perang dunia ke-3..Saya tak tanggung!

Ni nak bagi nasihat sikit(uweekkk3)..Jangan nak download gambar orang lain sesuka hati tanpa kebenaran plak. Kalau korang nak mintak dulu..Nanti tuan punya gambar repot kat pejabat kadi susah..Wahahaha..So, saya dah translate artikel tu dan share dengan korang semua yang nak kemudahan tanpa susah-susah nak curi save satu persatu.:-p

Cara-caranya tengok kat bawah:
1. Login Facebook.  
2. Download software Photo Grabber.
3. Selesai download anda extract kemudian klik software tu. Tak perlu install.
4. Lepas klik akan keluar macam gambar kat bawah ni. Klik Login



5. Lepas klik Login akan keluar pop-up macam 2 gambar kat bawah ni. Anda copy code dalam kotak tu.



6. Kemudian paste code tadi dalam kotak di bawah dan tekan I want to download...


 
7. Lepas tekan download tadi akan keluar senarai nama friends kat dalam Facebook kita tu. 
Pilih gambar sape kita nak download, gambar sendiri, gambar kawan, gf, skandal. Muahaha. Dah pilih tekan Begin Download. Nanti keluar pilihan nak save kat mana.





7. Kemudian tunggu sampai habis....
 



8. Selesai sudah...



Psssstttt!!Korang download gambar sape?? Hanis Zalikha ke???hehehe

Sunday, September 26, 2010

Hati-hati Dengan Stuxnet!Serangan Siber Paling Bahaya

Share


   
Hati-hati Dengan Stuxnet!Serangan Siber Paling Bahaya

TEHERAN - Selepas berjaya menyerang tujuh buah negara, Iran kelmarin menjadi mangsa terbaru apabila pakar-pakar komputer di republik Islam itu mengesan kemunculan cecacing siber paling berbahaya, Stuxnet.

Agensi berita rasmi ISNA melaporkan, sekumpulan pakar nuklear turut menyertai mesyuarat kecemasan semalam bagi menangani virus maya itu yang dipercayai boleh mengambil alih sistem kawalan tenaga elektrik kawasan industri.

Sehingga kini, cecacing itu yang dikesan di Jerman sejak Jun lalu telah menjangkiti lebih 45,000 sistem kawalan industri di India, Pakistan, Indonesia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS) sebelum merebak ke Iran minggu lalu.

zuar cakap:
Serangan siber paling bahaya selepas kemunculan Conficker tak lama dulu. Kemunculan Stuxnet ni nampaknya digunakan untuk memecah masuk sistem nuklear di Iran. Kita di Malaysia mungkin akan dapat serangan worm Stuxnet ni tak lama lagi sama macam worm Conficker. Jadi, berhati-hati dan pasangkan Antivirus terbaik untuk mengelakkan ancaman siber yang makin menjadi-jadi sekarang ni.

Datuk Sosilawati Tidak Dirogol!!

Share

Datuk Sosilawati Tidak Dirogol!!

KUALA LUMPUR: “Sosilawati tidak dirogol!” tegas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin ketika menafikan laporan beberapa akhbar tempatan kelmarin yang mendakwa polis menyiasat kemungkinan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh dan dibakar bersama tiga rakannya bulan lalu, turut dirogol.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Mohd Bakri berkata, laporan mengatakan polis sedang menyiasat kemungkinan jutawan kosmetik itu dirogol tidak benar sama sekali. “Pihak polis ingin menegaskan laporan media yang mengatakan kemungkinan Sosilawati dirogol tidak benar. Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) adalah untuk pemeriksaan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik serta mengenal pasti jika ada sebarang kecederaan atau penyakit sebelum dibenarkan berjumpa peguam mereka. “Selain daripada tujuan di atas, tiada sebarang pemeriksaan lain dipohon kepada pihak hospital oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kelapan-lapan suspek berkenaan,” katanya. 

Beberapa akhbar (bukan Harian Metro) melaporkan pada Rabu lalu, semua lapan suspek terbabit dibawa ke HKL untuk diambil sampel darah dan air mani untuk menjalani ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) bagi menyiasat maklumat terbaru kemungkinan Sosilawati dirogol.

Semua suspek dibawa ke tingkat satu, Bahagian Kecemasan dan Trauma HKL dengan kawalan ketat polis kira-kira jam 3 petang termasuk dua daripada mereka yang ditahan kerana disyaki memeras ugut isteri seorang saudagar batu permata, Allal Kathan Muthuraja, 34, dari Chennai, India, yang dilaporkan hilang selepas berjumpa suspek utama pembunuhan Sosilawati atas urusan perniagaan, 18 Januari lalu.

Mengulas dakwaan suspek mereka tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan reman, selain dipukul serta dipaksa menandatangani beberapa dokumen, Bakri meminta suspek membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan.
Sementara itu di Putrajaya, Bernama melaporkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, semalam hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan dan menyerahkan bukti berhubung dakwaannya yang mengaitkan polis dengan kes pembunuhan Sosilawati.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 3.20 petang dan selesai memberi keterangan sejam kemudian. Ketika ditemui pemberita, Shamsul Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai bukti yang diserahkan kepada SPRM. 

Sebaliknya, beliau mengulangi kenyataannya menafikan polis pernah menghubunginya supaya tampil memberi keterangan berhubung dakwaannya itu. “Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Saya hanya tahu melalui media dan sepatutnya saya dimaklumkan mengikut saluran undang-undang yang betul. “Saya hendak tahu apa kesalahan saya, apa perlu saya jelaskan, apa jenis kerjasama boleh saya berikan,” katanya. Samsul berkata, jika ingin memanggil beliau memberi keterangan, polis perlu menggunakan prosedur undang-undang seperti termaktub dalam Kanun Acara Jenayah. “Jangan didik masyarakat datang ke balai polis memberikan keterangan melalui SMS, Facebook dan telefon bimbit,” katanya.

Rabu lalu, polis memberi amaran waran tangkap akan dikeluarkan terhadap Shamsul Iskandar jika beliau terus mengelakkan diri daripada memberi keterangan berhubung dakwaannya itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Shamsul Iskandar sepatutnya hadir di balai polis jika benar mempunyai bukti kukuh mengenai dakwaannya itu.



zuar cakap:
Macam-macam hal la orang nak buat cerita. Ada yang nak politikkan kes ni la, nak amik kesempatan la.Macam-macam la nak jadi cerita bagi panjang.Try kena kat batang hidung sendiri tengok. Baru tau rasa macam mana. Dah polis tengah siasat tu jangan la dok sebok-sebok. Ingat polis ni tunggul kayu ke ape.

Saturday, September 25, 2010

500 juta Pengguna Facebook Mati!!!

Share
500 juta Pengguna Facebook Mati!!! 


500 juta pengguna Facebook mati???Biar betik!!Jangan terkejut! 500 pengguna Facebook cuma mati akal je. kekeke. Sebab ape?Jom baca


NEW YORK 24 Sept. - Satu masalah teknikal atau akses yang lambat untuk ke laman sosial Facebook selama beberapa jam semalam, menyebabkan 500 juta pengguna di seluruh dunia tidak dapat melayari laman tersebut bagi mengemaskini akaun mereka.

Facebook dalam kenyataannya menyifatkan kejadian tersebut sebagai "pemadaman terburuk yang kami hadapi dalam tempoh empat tahun", yang diterbitkan dalam blog laman web sosial itu, lewat semalam.

Syarikat tersebut menyalahkan kerosakan perisian yang menyebabkan satu kelompok pangkalan datanya dihujani terlalu banyak data.

Facebook berkata, pihaknya terpaksa menutup keseluruhan laman itu untuk menghalang laluan ke pangkalan data itu.

Syarikat tersebut menganggarkan kejadian itu berlaku selama dua jam setengah.

Menjelang petang, laman web sosial ini kembali berjalan lancar, namun sesetengah pengguna yang terjejas akibat masalah itu masih mengalami akses yang perlahan.

Masalah tersebut berlaku pada kira-kira pukul 2.05 petang waktu tempatan (6.05 petang waktu Malaysia), menyebabkan kira-kira 22 peratus pengguna gagal mengakses laman web sosial itu, kata naib presiden syarikat pengawasan laman web Keynote Systems, Vik Chaudhary. - Agensi

 
zuar mengomen:
Facebook dah jadi macam satu keperluan la pulak bagi manusia ni. Tak boleh main sekejap dah jadi mania. Facebook Mania. Muehehe. Bagi kita yang layan Facebook sekadar nak tambah kenalan ni ape la hal sangat kalau tak boleh main 2 jam. Tapi kalau orang yang buat bisnes tu, 2 jam boleh hilang sampai 20 juta. Bankrupt wa cakap lu...Sape suruh buat bisnes dalam Facebook ye dak??
 
Kita ni kalau nak layan tu layan la jugak, tapi janganlah berlebih-lebihan pulak ye. Jangan sampai main Facebook sampai lupa nak makan, solat, buat susu anak tak pun kerja rumah kan. Don`t be like that OK!:-D

Friday, September 24, 2010

Topup RM20 Celcom Bagi Bonus RM20 Juta !!!WoW!!

Share

Topup RM20 Celcom Bagi Bonus RM20 Juta !!!WoW!!

Siapa saja boleh dapat RM20 juta  termasuk RM 1000 cash, Vodaphone V541 smartphone, free aircash RM5, free mobile internet, free airtime, panggilan percuma ke rangkaian Celcom , free call me tones, 3000 MMS and 3000 SMS untuk semua pelanggan Xpax.

 
Start Bila & Sampai Bila?

Bermula 18th August 2010 sehingga 30th November 2010

 
Siapa Boleh Dapat?

Semua pengguna lama dan baru Celcom prepaid mobile Customers in Malaysia[Xpax, U.O.X, S.O.X, Blue and Sukses (“brand”)]

Pengguna mesti sentiasa aktif untuk mendapat bonus promosi


Dapat Apa?

Pengguna yang memenuhi syarat-syarat akan terima salah satu bonus di bawah:

(a) 20 to 3000 free SMS ke semua nombor Celcom
(b) 20 to 3000 free MMS ke semua nombor Celcom
(c) Free 5 to 60 minutes call ke semua nombor Celcom
(d) Free RM1 hingga RM15 airtime
(e) Free 1 hari untuk gunakan Mobile Internet
(f)  Free SMS dan voice call untuk Friend and Family (FNF) ke semua nombor Celcom (7 hari sahaja)
(g)  Free 1 Call Me Tones (CMT) untuk sebulan, Duit raya RM1,000 limited untuk 1000 pengguna Celcom
(h)   Vodafone V541 mobile phones (mobile phone) limited untuk 100 pengguna.

 
Macam mana nak dapat semua bonus best ni? Anda tengok sendiri di sini

Ni yang makin sayang Celcom sebab iklan Celcom masih lagi running kat blog ni..:-D. Terima Kasih Celcom. Selamat Hari Raya.Hehe


Nak duit free tak? Register kat sini

Thursday, September 23, 2010

Proton Guna Enjin Turbo Tahun Depan??

Share
Proton Guna Enjin Turbo Tahun Depan??

SHAH ALAM 23 Sept. – Proton Holdings Bhd. akan memperkenalkan enjin bercaj turbo yang baharu tahun depan dengan Proton Exora dijadikan sebagai model pertama menggunakannya.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, prestasi enjin itu adalah bersamaan dengan enjin dua liter.

"Enjin itu akan menyokong produk-produk masa depan Proton yang berkaitan dengan prestasi yang dipertingkatkan, pelepasan dan kualiti,” kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.

Syed Zainal Abidin berkata, sebelum akhir tahun, syarikat pembuat kereta negara itu akan melancarkan versi berwajah baharu model sedia ada dan model baharu dengan kerjasama Mitsubishi Motors. Model baharu itu ialah penggantian untuk Waja, kata beliau.

Beliau berkata, harga model penggantian Waja lebih tinggi sedikit seiring dengan prestasi dan ciri-ciri yang lebih baik.

"Proton telah pun memulakan pembangunan kenderaan hibrid dan elektrik yang pada masa ini tertakluk kepada penilaian prestasi, ujian dan penilaian keselamatan,” kata beliau. – Bernama


zuar cakap:
Nampaknya inovasi yang Proton buat dari masa ke semasa sangat membanggakan. Bermula dengan kereta pertama Malaysia hinggalah adanya Proton Exora MPV Malaysia sendiri dan sekarang Proton dalam usaha nak gunakan enjin turbo untuk kereta Proton berwajah baru iaitu Waja baru yang seakan-akan Mitsubishi Lancer. Sebagai rakyat Malaysia kita patut bangga dengan pencapaian ni walaupun jika nak dibandingkan dengan kereta import kita masih lagi setapak di bawah tapi Proton ada perancangan mereka sendiri untuk jadikan kereta nasional yang boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia di masa akan datang. Malaysia Boleh!!!

Wednesday, September 22, 2010

Cerita Sedih Si Pengemis

Share
 
Cerita Sedih Si Pengemis

Ada sorang lelaki ternampak pengemis berpakaian compang-camping duduk di satu sudut berdekatan dengan opisnya. Lalu berlakulah perbualan diantara lelaki dan si pengemis.

Lelaki: Dah lama ke mengemis pak cik?

Pengemis: Ya..Lama..Lebih kurang 10 tahun nak.
 
Lelaki: Wah, lama jugak ya pak cik...Sehari biasanya dapat berapa pak cik?
 
Pengemis: Kalau orang kasihan, adalah rezeki pak cik nak..Biasanya lebih kurang RM30 sehari.
 
Lelaki: Banyak juga ya pak cik?
 
Pengemis: Bolehla nak..Untuk keluarga...Untuk anak-anak..(Air mata pengemis mula berguguran).
 
Lelaki: Ooh..Pak cik ada keluarga. Di mana mereka sekarang?
 
Pengemis: Isteri pak cik dah lama meninggal(Terdiam..Sambil mengesat air mata). Anak pak cik pulak ada 3 orang. Semua lelaki. Yang pertama dekat UPM, yang kedua dekat UM dan yang ketiga dekat UKM.
 
Lelaki: Wahh! Hebat-hebat juga keluarga pak cik ni. Walaupun pak cik orang susah anak-anak pak cik semua berjaya.
 
Pengemis: (Tersenyum) Biasalah nak.Mereka sendiri yang usaha. Pak cik ajar sikit-sikit je nak oi..Mereka pandai sendiri nak hidup..Kalau malas susahla..
 
Lelaki: (Membalas senyuman). Jadi, anak pak cik masih belajarlah ye? Bila habis?
 
Pengemis: Tak arrr...3 3 anak pak cik tu mengemis macam pak cik jugak..Dia orang kata mengemis dekat U tu banyak sikit incomenya. Pasal budak-budak U ni dapat biasiswa, dapat pinjaman PTPTN.Budak-budak U ni pemurah nak oi..Lagi-lagi dekat nak exam..Setakat 2 3 ratus sehari tu biasalah(sambil tersengih).

Monday, September 20, 2010

5 Tips Cover Malu

Share

5 Tips Cover Malu 

Ini bukan tips cover kemaluan okey! Jangan salah sangka. Teruskan membaca. Jangan malu-malu:-D.

1. Kalau anda diketawakan rakan kerana tidur di ofis sampai terkeluar air liur basi, anda hendaklah bangun dalam keadaan separuh sedar kemudian buat-buat seperti terkena sawan sambil keluarkan lebih banyak air liur. Dijamin rakan anda akan panik dan berhenti ketawa.

2. Kalau anda tersilap tegur orang yang tak dikenali, teruskan menegur dan keluarkan duit seperti anda berhutang dengannya. Mesti dia akan mengaku anda kenalannya.

3. Jika anda ditegur rakan kerana zip seluar terbuka, jawablah dengan selamba badak bahawa "inilah gaya fesyen terbaru"ataupun katakan bahawa zip itu rosak sambil berfalsampah "biar rosak zip, jangan rosak akhlak!".

4. Kalau anda bercakap seorang diri kerana member tertinggal di belakang, jangan panik! Teruskan bercakap dan ketawa seorang diri seperti pontianak harum sundal malam sambil menyumpah member anda. Tiada orang yang akan gelakkan anda kerana menyangka anda ada masalah mental yang kronik.

5. Jika anda tersalah masuk tandas wanita, apa yang perlu anda buat adalah buat muka gelabah biawak dan cemas kalau boleh beraksi macam biawak sambil berlakon ingin mencari isteri yang masuk tak keluar-keluar selepas sejam menunggu.

Selamat mencuba. Ada brannnnn...:-D

Untung Sungguh Guna Nuffnang

Share

 Untung Sungguh Guna Nuffnang

SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.

Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.

Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.

"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.

Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.

"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.

"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.

Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.

"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik.

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.

Menjana pendapatan

Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu www.redmummy.com.

Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.

"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.

"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.

"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.

Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.

"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee.

"Blog saya banyak berkisar kehidupan peribadi terutama kisah mengenai opah saya yang mendapat sambutan ramai. Saya tidak sangka akan mempunyai ramai pengikut dan pembaca blog," katanya yang tidak pernah menyangka akan memperoleh pendapatan melalui blognya iaitu www.proudduck.com.

Sementara itu, Nor Izdyani Musawir, 20, turut gembira memperoleh pendapatan daripada iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu sayesayangiz.blogspot.com. Bagaimanpun, dia tidak dapat melupakan pengalaman perlu membuat rakaman video yang diminta pengiklan.

"Saya terpaksa merakam diri sendiri dan menyanyi untuk iklan Munchy's. Perasaan ketika itu sungguh malu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan tidak kekok lagi untuk melakukan kerja-kerja editorial bagi iklan-iklan yang saya peroleh.

"Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca.


Sumber: Kosmo Online

Sunday, September 19, 2010

Diaspora Dijangka Saingi Facebook

Share
Diaspora Dijangka Saingi Facebook

WASHINGTON 17 Sept. - Empat mahasiswa Amerika Syarikat (AS) memperkenalkan laman web sosial baru dikenali sebagai Diaspora, yang lebih mesra pengguna serta menjamin keselamatan maklumat peribadi pemilik akaunnya, sekali gus dijangka menjadi fenomena baru di alam maya yang selama ini dikuasai oleh Facebook.

Sejak Rabu lalu, perisiannya boleh didapati melalui versi pemaju yang membolehkan orang ramai mencuba serta turut sama menyumbang untuk membangunkan aplikasi tersebut.

"Ia merupakan projek komuniti dan pembangunannya terbuka kepada orang ramai yang mempunyai kemahiran dalam membangunkan laman web sosial," kata pengasasnya di laman web projek tersebut, www.joindiaspora.com.

Daniel Grippi, Maxwell Salzberg, Raphael Sofaer dan Ilya Zhitomirskiy daripada Universiti New York memperkenalkan laman web sosial yang dihiasi warna putih dan kelabu itu dengan beberapa ikon yang mudah dikenali oleh pengguna yang sebelum ini biasa menggunakan Facebook.

Diaspora memberi keutamaan kepada keselamatan maklumat peribadi pemilik akaunnya yang merupakan masalah utama kepada pesaingnya yang kini mempunyai lebih setengah bilion pengguna dari seluruh dunia.

Sebelum memulakan projek tersebut, keempat-empat pelajar berkenaan memohon dana daripada orang ramai pada Mei lalu melalui laman web Kickstater.com yang merupakan platform kepada ahli perniagaan baru mencari pelabur.

Hasilnya, mereka berjaya mengumpul dana berjumlah AS$200,000 (RM621,500) sumbangan daripada orang ramai, selain turut menerima sumbangan daripada pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. - AFP

Thursday, September 16, 2010

Hot Tickets Hotlink RM15 Dapat RM60!!Woww!!

Share

Hot Tickets Hotlink RM15 Dapat RM60!!Woww!!

Maybe semua dah tau kot pasal Hot Tickets Hotlink ni. Saya je yang baru tau kot.huhu. Raya baru-baru ni member la nak topup tapi topup biasa habis. Tokey kedai tu bagi yang Hot Ticket tu RM15. Apa yang bestnya beli RM15 tapi nilai sama dengan 60 hinggit...

Mana tak bestnya. Call la untuk 2 jam ke semua jenis nombor pun boleh. 019 ka, 017 ka, 010, 016,000 pun boleh..Muahaha. Ada lagi yang best..Siap dapat ayam KFC 2 ketul. Kalau restoren KFC tu dekat blehla makan KFC tapi sampai 15 Oktober je ye... So ayam KFC dah tak bleh claim lagi lepas tu. Disebabkan macam best so saya pun belilah jugak semalam..Anda tunggu apa lagi..G beli cepat..Muahaha. Hot Tickets ni sampai 31 Disember 2010 je tau.Punya la susah nak cari kat area Baling ni..Tanya asyik-asyik habis. Nasib baik dapat jugak lepas 2 hari mencari:-D


Ada 2 jenis Hot Ticket:

RM10
70 minit masa berbual
300 sms
2 ketul ayam KFC
ke semua rangkaian
Sah untuk 7 hari

RM15
120 minit masa berbual
300 sms
2 ketul ayam KFC
ke semua rangkaian
Sah untuk 10 hari

Nak info lebih lagi masuk sendiri kat sini Hot Tickets Hotlink

Call sampai tak hengattt time raya-raya ni...miahahaha

Wednesday, September 15, 2010

1 Software Convert Semua Jenis Fail

Share
 
1 Software Convert Semua Jenis Fail

Sebut je semua jenis fail dari A sampai Z nak convert dari mana ke mana kebanyakkannya semua boleh dengan hanya satu software ni. Tak payah nak tukar-tukar software kalau software yang anda guna tu tak support fail yang anda nak convert. Anda boleh guna software Xilisoft Video Converter Ultimate 6 ni untuk tukar format fail ke mana-mana jenis format yang anda nak. Contohnya fail .flv anda boleh convert ke fail .mp3, .avi, .mkv, .wmv dan lain-lain lagi.

Selain fail video anda boleh jugak convert fail mp3, mp4, fail gambar dan banyak lagi. Tak payah lagi install banyak-banyak converter dalam komputer. Buat berat je kan.
 


Caranya:

1. Download software Xilisoft Video Converter Ultimate 6

2. Install macam biasa dan masukkan serial key sekali yang ada dalam tu.

3. Bukak software Xilisoft Video Converter Ultimate 6 > Pilih lokasi fail yang anda nak convert.

4.Pilih profiles nombor 1 dalam gambar tu untuk tukar format. Pilih format mana anda nak convert.

5. Pilih Destination untuk tukar tempat mana anda nak save fail yang dah siap nanti.

6. Tekan butang Convert nombor 3 untuk mula convert fail.

7. Selesai.

Tuesday, September 14, 2010

Proton Lancarkan Waja Baru Lepas Raya??

Share

 Gambar ihsan dari www.paultan.org

Proton Lancarkan Waja Baru Lepas Raya?? 

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pelancaran model itu adalah sebahagian program penggantian semua model lama PROTON, sejajar rancangan pemulihan perniagaannya. Fasa pandu uji model gantian Waja di kilang PROTON dan di atas jalan raya sudah selesai baru-baru ini dan ia menghasilkan maklum balas sangat positif.

Justeru, kami akan memasuki fasa pengenalannya ke pasaran atau pra pelancarannya selepas Aidilfitri nanti, katanya pada sidang media selepas pelancaran Kempen Keselamatan dan Kesihatan Di Jalan Raya dan Tempat Kerja di Kilang Proton, Shah Alam,

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR), Datuk Suret Singh. Sementara itu, Berita Harian difahamkan, model gantian Waja itu mengekalkan 95 peratus reka bentuk luaran dan dalaman Lancer Fortis, tetapi menampilkan perbezaan ketara bahagian luaran.

Model gantian waja itu dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM75,000 (bagi versi 1.8 liter manual); RM80,000 (bagi 1.8 liter auto) dan hampir RM100,000 untuk 2.0 liter. Ketika ini, model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga atas jalan tanpa insurans pada RM120,598.10 seunit.

Selain model gantian Waja, Syed Zainal berkata, PROTON yang akan menyertai Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) awal Disember ini, akan turut melancarkan satu lagi model PROTON yang dipertingkatkan.

Sumber: Edit daripada Berita Harian Online


Dah banyak spyshot model baru Proton ni kat jalan. Memang Proton tengah buat test drive di Shah Alam terutamanya sebab kilang Proton kat Shah Alam. Melalui apa yang paper ni bagitau model Waja Lancer ni sama macam Lancer Fortis kat bahagian dalam. Kat luar ada modified sikit-sikit. Melalui banyak blog yang saya baca Proton gunakan bentuk macam Lancer cuma ada perubahan sikit untuk nak nampak lain dari Lancer yang asal. Betul ke tak saya pun tak tau la kan. Apa pun kita tunggu kemunculan sebenar model baru Waja Lancer tak lama lagi..Yippi!!

Spyshot test drive Waja Lancer dari blog funtastickodesign dan paultan.org



Anda boleh tengok review dari blog-blog ni.

Monday, September 13, 2010

BlackBerry Curve Dah Ada 3G!

Share


 BlackBerry Curve Dah Ada 3G!

SYARIKAT pengeluar telefon bimbit pintar BlackBerry, Research In Motion (RIM) baru-baru ini telah memperkenalkan model terbarunya, Curve 3G (Curve 9300).

Berbeza daripada beberapa siri Curve sebelum ini yang hanya dilengkapi akses rangkaian EDGE (2.5G), kehadiran model ini pasti akan memberi kepuasan kepada pengguna menerusi tawaran sambungan 3G (HSDPA) berkelajuan tinggi.

Dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan penggunanya di seluruh dunia, tawaran spesifikasi terbaik pada Curve 3G ini bakal melengkapkan aktiviti komunikasi individu di mana sahaja mereka berada.

Dengan capaian 3G, ia akan memudahkan operasi seperti pelayaran Internet lebih pantas, kelancaran permainan muzik serta menyokong aktiviti komunikasi menerusi laman sembang.

Menurut Pengarah Urusan RIM Asia Tenggara, Gregory Wade, BlackBerry Curve 3G itu dilengkapi spesifikasi canggih dan terkini untuk keperluan pengguna moden.

"Menerusi capaian 3G dan juga Wi-Fi, pengguna dapat mengakses maklumat dan menjalankan komunikasi dengan lebih pantas.

"Di samping itu, mereka turut ditawarkan dengan beberapa aplikasi lain seperti BlackBerry Messenger (BBM) dan akses rangkaian laman web sosial,'' katanya.

Tidak cukup dengan itu, produk selular pintar tersebut juga disempurnakan bersama papan kekunci QWERTY penuh, pad trek optik untuk navigasi lebih lancar, sistem penentu kedudukan global (GPS) binaan dalam dan kekunci media untuk kemudahan capaian fail media pada bila-bila masa.

Bagi fungsi multimedia, ia dilengkapi dengan kamera dua megapiksel yang boleh menjalankan fungsi rakaman video. Untuk ruang storan pula, ia menyokong kad memori microSD dan SDHC dengan kapasiti sehingga 32 gigabit (GB).

Apa yang menarik, model berkenaan dipacu menggunakan sistem operasi terbaru yang diperkenalkan oleh BlackBerry iaitu BlackBerry 6. Ia menawarkan ciri-ciri operasi yang lebih segar dan berkuasa selain mudah untuk dikendalikan. Model terbaru Curve 3G itu bakal berada di pasaran pada pertengahan bulan ini.

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh daripada laman web www.blackberry.com/curve3G.



Ringkasan:

Blackberry gunakan OS baru BlackBerry 6

Ada fungsi 3G

Support kad memori microSD dan SDHC hingga 32 gigabit (GB)


Tuesday, September 7, 2010

Proton WAJA Baru Macam Mitsubishi Lancer???

Share
Proton WAJA Baru Macam Mitsubishi Lancer???

SHAH ALAM 15 Julai - Kehadiran model baharu menggantikan Proton Waja menjelang suku keempat tahun ini, dijangka mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa.

Ramai yang memperkatakan tentangnya tetapi peminat kereta sudah menjangkakan bahawa model gantian itu adalah salinan versi Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan.

Bagi Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, perkara itu sememangnya bukan rahsia lagi cuma tiada pendedahan terperinci dibuat setakat ini.

"Memang benar akan ada model baru menggantikan Proton Waja menjelang suku keempat tahun ini dan kita sememangnya bekerjasama dengan pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk mengeluarkan model ini, saya rasa anda semua sudah tahu siapa mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Proton Exora versi dipertingkatkan di sini hari ini.

Menurut pemerhati industri, kemasukan kembali 'ciri Mitsubishi' dalam Proton itu adalah hasil kerjasama pembangunan kejuruteraan terbaru antara Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), yang juga bekas pemegang sahamnya.

Difahamkan model yang menggantikan Waja akan menampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbanding model Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran.

Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter (kemungkinan dari enjin Proton Putra), komponen dalaman menggunakan produk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lain yang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdaya saing.

Harga jualan yang dicadangkan untuk model ini di antara RM80,000 hingga RM85,000 manakala model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga RM120,598.10 tanpa insurans di negara ini. Model itu diedarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd.

Menurut Syed Zainal Abidin, pihaknya merancang memasang kereta itu di kilangnya di Shah Alam selain menggunakan bantuan teknikal serta kepakaran dari Mitsubishi dalam mengeluarkan komponen serta sokongan dan perkhidmatan selepas jualan.

Sementara itu, Proton menyasarkan tempahan secara konsisten antara 2,300 hingga 2,400 buah sebulan bagi Proton Exora versi dipertingkatkan yang dilancarkan hari ini.

Dijual pada harga atas jalan bermula RM58,988 bagi (B-Line MT), RM65,998 (M-Line MT), RM70,998 (M-Line AT) dan RM76,998 (H-Line AT).

"Pembeli boleh membuat tempahan mulai hari ini di semua cawangan Proton Edar di seluruh negara dan masa menunggu untuk model ini ialah sebulan dari tarikh tempahan," katanya.

Sumber: Utusan Online


Video kat bawah ni diambik masa Buletin Utama buat pendedahan pertama pasal Proton Waja versi baru ni.Nampak macam lawa gile.Kalau lawa nak beli jugakla..:-D. Mintak-mintak jadi la kan. Sebab haritu cakap nak keluarkan model Waja Putra tak jadi pun. Kalau yang ni jadi memang satu-satunya kereta Malaysia yang lawa ala-ala Mitsubishi gitu kan. Tengok video kat bawah na kalau yang tak tengok berita haritu.



Macam ni ke rupa Waja ala Lancer tu?? Sweetnye...:-p

Gambar ni sedut dari sini

Sunday, September 5, 2010

Cara Cut MP3 dengan Power MP3 Cutter Joiner

Share

Cara Cut MP3 dengan Power MP3 Cutter Joiner

Lama dah rasanya saya tak buat enti pasal software ni. Bukan pe..Busy dengan program la, test la, assignment la..Time-time cuti macam ni boleh la nak buat review pasal software sikit kan.

Kali ni kita nak blajo cara nak cut MP3 bahagian yang kita nak je. Sebab apa nak cut MP3 ni?? Banyak sebab-sebabnya.kakakaka..Kalau nak buat ringtone lagu raya tu boleh la guna software ni. Tak kan nak letak setompok lagu penuh nak jadikan ringtone ye dak?

Ok. Cara-caranya amat mudah. Lebih mudah dari masak nasi.:-D

1. Mula-mula download software Power MP3 Cutter Joiner kat sini

2. Dah habis download, install macam biasa kemudian masukkan serial key yang ada sekali dalam folder tu.

3. Pilih lagu mana yang nak cut dan dijadikan ringtone tu.

4. Tekan butang Play dekat anak panah nombor 1 dalam gambar kat atas tu untuk dengar kat bahagian mana nak cut. Tengok timing kat Current Time.

5. Dah tau kat mana nak cut, pilih Start Time nombor 2 dengan End Time nombor 3.

6. Dah set timing kat mana nak Start dengan End, baru la tekan butang Cut nombor 4.

7. Save la kat mana-mana pun.

8. Selesai

Saturday, September 4, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Pengunjung Blog Yang Disayangi

Share

 Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Pengunjung Blog Yang Disayangi



Bulan Ramadhan akan tinggalkan kita tak lama lagi kemudian digantikan pulak dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sempena menyambut sambutan hari raya nanti saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pengunjung blog ini dan juga seluruh umat islam di seluruh dunia. Marilah sama-sama kita bermaaf-maafan sesama kita tak kira apa jugak kesalahan yang kita buat, lupakanlah dan eratkanlah hubungan supaya kita mendapat rahmat dan keberkatan. 

Malam ini saya dah nak balik kampung..Cuti 2 minggu..Yuhuuuuu...Kepada anda yang nak balik kampung tu, pandulah kenderaan elok-elok. Ingatlah orang yang tersayang.:-)

Akhir kata sekali lagi saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin. Kalau ada salah sila harap diampunkan. Manusia tidak dapat lari dari membuat kesilapan. 

Bulan Ramadhan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ketupat rendang kuih raya,
Mari dimakan dihari raya,
Ingatlah pesanan Polis Diraja Malaysia,
Berhati – hati dijalan raya.

Lirik Lagu Noorkumalasari - Pulang di Hari Raya

Oh... gembira
Rasanya hati pengembara
Dapat pulang
bersua dengan yang tersayang

Bersyukurlah
Pada Tuhan yang Masa Esa
Dapat kita
Merayakan bersama-sama

(Chorus 1)
Di hari mulia ini
Kususun sepuluh jari
Ku kini telah kembali
Padamu yang menanti

(Chorus 2)
Selamat Hari Raya
Hari yang bahagia
Selamat Hari Raya
Ampun maaf dipinta

Indah nian
Desa yang lama kutinggalkan
Kerinduan
Seakan memanggil kupulang

Suasana
Sungguh meriah di sini sana
Segalanya
Berseri indah berhias rupa



Kad raya ni untuk anda semua..:-D. Terima kasih sebab menjadi pengunjung yang setia di blog yang tak seberapa ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive