Sunday, October 31, 2010

Tomok Jadi Iron Man Versi Malaysia??

Share

Tomok Jadi Iron Man Versi Malaysia??

Betul ka Tomok nak jadi Iron Man?? Boleh ka Malaysia buat filem macam tu??Boleh ka Iron Man ada 2 orang??. Banyak pulak dah soalan.8-).

Saya cuma nak cerita yang filem baru ni nama dia Mantera. Bukan Mantra  cerita seram tu na. Tapi pasai robot ala-ala iron man gitu gunakan teknik CGI macam cicak man tu. Filem ni orang Malaysia yang buat tau..Pelakon utama dia Tomok dengan Faezah Elai.  Tomok yang baru nak jadi pelakon pun dah jadi iron man.  Pelakon lain tak dak dah ka? Hangpa nak tau lagi pi baca sinopsis kat bawah ni.


Sinopsis Filem Mantera:

Filem Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik. Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’ kepada pemakainya. Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Mantera
Pengarah : Mohammad Aliyar
Syarikat Penerbit : Flare Studios Sdn.Bhd
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Sains, Aksi
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 2010
Durasi : 100 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Barisan pelakon:
Tomok: Azman (Pelakon Utama)
Faezah Elai: Lady X (Pelakon Utama)
Jayson: Pelakon Utama
Asyikin Kamal: Pelakon Utama


Ni trailer untuk filem Mantera:



Harap-harap berbaloi-baloi la filem ni nanti kan.Kita kena sokong industri perfileman negara kita ni. Kalau  kita tak sokong sapa lagi ye dak??

Saturday, October 30, 2010

Lirik Lagu 6ixth Sense - Menyesal (OST Asmara TV3)

Share
 

Lirik Lagu 6ixth Sense - Menyesal (OST Asmara TV3)


Lirik Lagu Sixth Sense - Menyesal

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku


Cite ni dah lama start 31/8 haritu..Tapi saya baru tengok sekali minggu ni..Macam best gak..So, berminat gak la nak tengok minggu depan..Heee...Orang dah berzaman tengok aku baru nak tengok. Memang ketinggalan zaman. Lagu tema dia pun best gak dari 6ixth Sense. Sape yang tak download lagi boleh jengok kat bawah.

Nak MP3 6ixth Sense - Menyesal (OST Asmara TV3) terjah kat sini

Thursday, October 28, 2010

Surat Mintak Cuti Budak Sekolah Yang Lucah

Share

Surat Mintak Cuti Budak Sekolah Yang Lucah

Sebelum ni saya post entri karangan budak sekolah rendah yang buat kita meremang bulu roma, kali ni karangan yang disuruh oleh cikgu untuk buat surat kebenaran mintak cuti dari datang ke sekolah. Jom kita terjah baca karangan budak ni.

Ng Zi Wen
Soalan: Tulis satu surat memohon cuti

Hobi saya ialah memandu basikal. Pada satu hari, saya hendaklah memandu basikal ke sekolah, tiba-tiba, saya berasa nak buang air kecil. saya pun ke tepi sungai untuk buang air kecil.

Tiba-tiba, saya nampak seekor ular, saya takut dia mengigih 0l0 saya(telur kot dia nak cuba cakap dari gambar yang dia lukis tu), saya pun lari!lari-lari...lari-lari...Saya jumpa hantu yang ada satu kaki sahaja! Saya sangat takut.

Hantu itu memandu basikal saya untuk....saya(kejar la kot). saya lagi takut! Tetapi saya sangat " angry" kerana dia memandu basikal saya! Saya pun...(macam atas tu je, kejar) balik dia! Dia sangat takut, dia pun...(lari). Saya selalu...(kejar), dia selalu...(lari). tiba-tiba, dia accident! Kaki dia 2 2 pun sudah habis sekali.

Jadi, saya membawa hantu itu pergi ke hospital. inilah sebab kenapa saya tidak pergi ke sekolah semalam.



Weeeeeeeeee.....Karangan campur aduk BM dengan BI..Siap tulis mandarin  lagi tu..Haha. Hantu pun dia berani bawak g spital..Wakakakaka. Menggigih 0|0...Yang ni ke lucah tu?
Tengok surat budak tu kat bawah ni besarrrrr punyaaa...



Paul The Octopus Dah Mati??

Share

Paul The Octopus Dah Mati??

FRANKFURT - Seekor sotong kurita, Paul di Jerman yang menyebabkan para peminat bola sepak di seluruh dunia terpegun kerana ketepatannya meramalkan beberapa keputusan bola sepak Piala Dunia 2010 mati semasa berumur dua setengah tahun semalam.

Menurut seorang jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan haiwan tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang pernah meramalkan Sepanyol sebagai juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman pada waktu pagi.

Sotong itu kelihatan baik apabila diperiksa lewat kelmarin.

Namun, kata jurucakap itu, Paul gagal untuk meneruskan hidup dan ia mati akibat semula jadi.

"Kami semua mula menyayanginya dan akan merasai kehilangannya," kata pengurus akuarium itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.

Setakat ini, pihak pengurusan Sea Life masih belum memutuskan cara untuk memperingati penghuni yang paling terkenal dalam akuarium berkenaan.

Sotong itu pernah mendapat ancaman bunuh kerana ia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman pada pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2010.

"Kami mungkin memutuskan untuk menyediakan kubur kecil buat Paul dalam pekarangan akuarium kami dan mendirikan satu 'makam' sederhana yang kekal," kata pengurus tersebut.

Sotong itu menjadi selebriti semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung pada Jun dan Julai lalu di Afrika Selatan.

Paul bersara daripada membuat ramalan selepas perlawanan menentukan juara Piala Dunia antara skuad bola sepak Sepanyol dengan Belanda.

Selepas perlawanan itu berakhir, sotong itu kembali dengan peranan asal dengan membuatkan kanak-kanak gembira apabila melihat gelagatnya di dalam akuarium.

Paul mendapat perhatian ramai apabila ia berjaya meramalkan dengan tepat tujuh perlawanan melibatkan skuad bola sepak Jerman dalam kejohanan Piala Dunia itu.

Sotong itu memulakan ramalannya dengan membuka penutup salah satu daripada dua kotak plastik yang mengandungi kupang dan bendera skuad yang berentap dalam pertandingan.

Antara ramalan yang dibuat oleh Paul ialah kemenangan Jerman ke atas pasukan Argentina dan kekalahan Jerman ke atas Serbia.

Sotong itu turut meramalkan kemenangan Jerman ke atas England dan kekalahan Jerman ke atas Sepanyol pada peringkat separuh akhir.

Selepas kemahiran meramalnya itu didedahkan, Paul telah dilantik menjadi duta mewakili England yang cuba menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia pada 2018.

Sotong itu dilahirkan di akuarium Weymouth Sea Life Centre, England pada 2008.

Kebolehan meramalkan itu kemudian menjadi ilham pemilik beberapa haiwan lain yang cuba membuktikan ia setanding dengan Paul.

Antara haiwan lain yang mengikut jejak langkah Paul ialah burung bayan di Singapura dan burung kakak tua Lorenzo di Hannover, Jerman. - Agensi


zuar komen:
Paul Si Sotong ni dah mati rupanya....Jangka hayat Paul ni cuma 2 tahun. Dia lahir tahun 2008 kemudian mati masa umur 2 tahun pada tahun 2010. Apa yang kita tak boleh lupa kebolehan Si Paul ni ramal keputusan dengan tepat. Walaupun kita yang beragama Islam ni tak boleh percaya ramalan tapi sekadar suka-suka kita terhibur dengan gelagat Si Paul ni sampai ada yang nak bunuh Paul nak buat lauk sebab ramal Jerman kalah dengan Sepanyol..Sodap tu....Tapi pihak akuarium mungkin tak sembelih. Mungkin mereka akan tanam dan buat kubur pacak batu nisan sekali. Agaknya macam tu kot berdasarkan berita kat atas tu. Tengokla gambar-gambar kat bawah ni..Semuanya tepat..Binatang mana la yang akan ganti Si Paul ni pasni..Mungkin binatang yang gambar kat bawah sekali tu kot..Maybe....



Jerman 3 - Argentina 0



Jerman 4 - England1



Jerman 0 - Serbia Montenegro 1



 Jerman 0 - Sepanyol 1



Sepanyol 1 - Belanda 0



Menatang ni ke bakal pengganti Si Paul???????

Wednesday, October 27, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?

Share

Kenapa Tak Rogol Saya?

Jom kita baca satu kisah yang benar-benar berlaku di US tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Saya ambik cerita ni dari Facebook yang dikongsi oleh seorang kawan dan disebarkan untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.


Ceritanya berbunyi:

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya.

Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Moral daripada cerita ni:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.

Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya. Semoga kita semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...Sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam..Amin....

Tuesday, October 26, 2010

Teka - Teki Versi 2

Share
 
Teka - Teki Versi 2

Nak main teka-teki tak? Sekali sekala segarkan la otak yang tengah keje dengan study tu. Try baca teka-teki kat bawah ni. Bagi teka-teki tapi siap dengan jawapan sekali plak. Huhu. Try la tanya kat kawan-kawan nanti k. Sapa dapat jawab bagi la hadiah sikit:-D

Rumah apakah yang gunakan banyak air?
Jawapan: Rumah terbakar

Banyak-banyak kain, kain apa paling berat di dunia?
Jawapan: Kain songket cap GAJAH duduk

Kalau 1+1 bersamaan dengan 2, jawapan selain dari 2 apa?
Jawapan: Jawapannya salah la..Reti tak ko mengira????

Sungai apa paling kurus di dunia?
Jawapan: Slim River(Sungai kurus)

Apakah persamaan ikan kod dengan kod gitar?
Jawapan: Boleh digoreng

Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki?
Jawapan: Angkat 2 2 nak cari penyakit??Jatuhla sayang oiiii....

Binatang apa boleh bertelur dengan beranak?
Jawapan: Siput Babi(Siput bertelur, Babi beranak)

Apa beza lampu stadium dengan lampu bilik??
Jawapan: Lampu stadium: Ada game orang bukak
                  Lampu bilik: Ada game orang padam:-D

Binatang apa yang pertama pernah sampai ke bulan?
Jawapan: Burung punai (Neil Armstrong punya)

Mouse komputer jantan ka betina?
Jawapan: Betina sebab pakai pad


Teka-Teki Versi 1 terjah kat sini


Best tak??

Monday, October 25, 2010

Kenapa Komputer/PC/Laptop/Netbook Hang?

Share

Kenapa Komputer/PC/Laptop/Netbook Hang?

Kenapa komputer/PC/laptop/netbook hang?(bukan macam cakap orang kedah "awat dengan komputer hang?"). Tapi kenapa komputer/PC/laptop/netbook selalu hang(kaku) secara tiba-tiba bila kita tengah guna buat kerja. Antara sebabnya:

1. Overheating Processor Motherboard
Kalau kipas untuk penyejuk rosak ataupun dihalang dari berfungsi dengan sempurna processor akan menjadi cepat panas dan berhenti berfungsi pada suhu-suhu tertentu.

2. Kerosakkan pada Hard Disk

3. Masalah Virus

Penyelesaian untuk perbaiki masalah Komputer/PC/laptop/netbook Hang:

Masalah 1: Periksa sama ada kipas pada processor berfungsi dengan betul atau tidak. Pastikan kipas berfungsi dengan baik dan bersih dari habuk. Cuci sikit lubang-lubang udara bagi senang udara keluar masuk. Selain tu, bagi pengguna laptop ataupun netbook, gunakan kipas khas untuk sejukkan laptop.

Masalah 2: Buat scandisk dan checkdisk. Kalau ada banyak bad sector yang tak dapat diperbaiki, anda perlu gantikan hard disk dengan yang baru. Selepas buat scandisk dan checkdisk, buat defragment untuk susun balik fail.

Masalah 3: Masuk ke Safe Mode, turn off system restore dan scan dengan antivirus yang sesuai dan kuat seperti Kaspersky Antivirus.

Sebab lain:
Hardware Conflict
Software tak support
Masalah power supply
RAM rendah & tak sesuai

Ada banyak lagi sebabnya...Ada sapa-sapa nak tambah???

Saturday, October 23, 2010

Teknik Cuci Skrin Komputer Dengan Mudah(Untuk Orang Malas)

Share


 Teknik Cuci Skrin Komputer Dengan Mudah(Untuk Orang Malas)

Kali ni saya nak share teknik paling mudah untuk cuci skrin komputer. Skrin komputer kalau tak dicuci memang berhabuk sampai nak tengok pun susah. Punya la pemalas nak cuci kan. Takpe..Tips ni paling berkesan untuk orang malas. Tak payah amik kain nak lap tiap-tiap hari. Punya la susah nak amik kain cuci jap je pun kan. Lepas ni confirm tiap-tiap hari skrin komputer anda akan berkilat dan bersih sebersihnya walaupun malas tahap gaban wa cakap lu. Jom klik kat website bawah ni..Ni bukan main-main, ni bukan tipu. Ni kisah benar..Free of charge tanpa segan silu saya ajar..



Thursday, October 21, 2010

Hantar SMS Free Guna MostSMS (Malaysia Only)

Share

Hantar SMS Free Guna MostSMS (Malaysia  Only)

Banyak betul kemudahan sekarang ni..Benda free plak tu..Kalau dalam keadaan emergency  bila kredit habis tak sempat topup boleh la guna nak hantar SMS. Tapi untuk semua nombor dalam Malaysia je. Nak SMS nombor luar negara next time saya share.:-D.

Caranya:
Masuk ke www.mostsms.com dan anda kena register dulu. Masukkan nombor telefon, emel, nama, tarikh lahir sendiri bukan orang lain punya.

Dah siap nanti kita akan dapat satu SMS kat nombor yang kita register tadi. SMS tu dia bagi password untuk login masuk MostSMS.

Lepas login guna password tu kita boleh ubah kepada password kita sendiri. Jadi, ubah la supaya senang ingat.

Bila dah siap semua tukaq password pi la hantaq la SMS pueh2. Tapi ada limit. 35 SMS ja sehari na...Benda free nak lebih-lebih plak..Muahaha..

Sebenarnya banyak lagi fungsi MostSMS ni..Hangpa pi la godek-godek sendiri na...

Tuesday, October 19, 2010

10 Tips Menjadi Pekerja Cemerlang

Share
  
10 Tips Menjadi Pekerja Cemerlang

Sedikit tips untuk pekerja yang dah lama bekerja tak terkecuali yang baru nak mula kerja ataupun yang tak kerja lagi dan akan kerja nanti.:-D. Tips untuk jadi seorang pekerja yang cemerlang dan disayangi bos(bukan bercinta dengan bos). Tengok 10 tips yang ada kat bawah:

1. Beyond Expectation. Maksudnya mesti buat lebih dari apa yang bos minta. Contohnya sesuatu tugasan bos suruh siapkan esok, sebolehnya siapkan tugasan tu hari ini.

2. Tahu apa kemahuan bos. Kita harus/patut tahu sifat ataupun kemahuan dan style bos kita, kemudian kita sesuaikan dengan diri kita.

3. Tiada istilah Yes Bos! Maksudnya walaupun kita mesti hormat bos kita, tetapi dalam sesuatu keadaan dan situasi kita mesti berkata "tidak" dan haruslah memberi jawapan/alasan yg konkrit bagi menyokong pendapat tu. Sometimes bos suka orang yang macam ni...Bos akan tahu kita berpendirian, berani dan berfikir sebelum bertindak.

4. Berani untuk bercakap. So speak up!!! Tapi pastikan apa yang kita nak cakapkan berdasarkan kita punya kepakaran. Jangan terlalu diam bila bermesyuarat bersama bos. Lontaran idea-idea yang bernas.

5. Bos juga manusia biasa, kadang-kadang dia perlukan kawan. Luangkan masa sesekali bersama bos. Dengan ini, kita lebih dapat peluang untuk mengetahui dengan lebih dekat personaliti dan gaya bos kita.

6. Kalau bos marah, jangan kita pun sibuk nak mempertahankan diri mengatakan kita tak bersalah. Ingat cara ini tidak akan berhasil. Biar bos marah dulu, kita dengar saja. Bila selesai baru kita terangkan situasi sebenar.

7. Jangan suka menipu. Bos suka orang yang jujur. Sekali dia tak percayakan kita, jurang lebih besar akan wujud antara kita dan bos.

8. Jangan mengeluh jika diberi sesuatu tugasan. Berfikiran positif. Hanya bos yang tahu kebolehan dan X factor yang ada pada kita. Jadi,anggaplah tugasan itu sebagai satu penghargaan dan belajar sesuatu yang baru.

9. Mestilah rajin, be smart dan mempunyai sense of urgency.

10. Sentiasa senyum. Ingat semua orang ada masalah di dunia ini. Kalau kita berselisih faham dengan bos, jangan terlalu tunjuk. Sabar....Tarik nafas panjang-panjang..Telan panadol 2 biji pastu tido.....Esok pergi kerja mulakan dengan senyuman.:-D


P/S: Jangan jadi kaki bodek bos sudey....:-p

Proton Inspira Berasal Dari Perkataan Inspirasi

Share

Proton Inspira Berasal Dari Perkataan Inspirasi

PROTON Holdings Bhd (PROTON) semalam memperkenalkan model sedan terbaru, 'Inspira' yang ditawarkan dengan harga permulaan RM79,888 seunit.

Model yang akan dilancarkan secara rasmi pada awal bulan depan itu sudah dibuka untuk tempahan mulai semalam di semua pusat jualan Proton Edar di seluruh negara dengan bayaran minimum RM1,000 seunit.

PROTON berkata, pelanggan yang membuat tempahan awal bermula semalam hingga 15 November ini akan mendapat perkhidmatan servis percuma selama dua tahun atau sehingga 50,000 kilometer perjalanan.

Model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter itu didatangkan dalam empat warna iaitu merah, hitam, perak dan putih.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata harga jualan bagi model Inspira kelas bawah dianggarkan pada RM79,888 seunit dan tidak melebihi RM95,000 seunit bagi model peringkat tinggi.

“Pelancaran Inspira antara usaha meningkatkan keupayaan teknologi syarikat untuk muncul sebagai pengeluar kereta global,” katanya pada majlis pengumuman nama Inspira bagi model terbaru PROTON itu dan pelancaran tidak rasminya di Subang Jaya, semalam.

Syed Zainal berkata, Inspira juga menjadi model pertama Proton yang dilengkapi dengan teknologi MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system) yang dapat meningkatkan prestasi enjin pada setiap kelajuan.

PROTON katanya, menyasar menjual 1,600 unit sebulan bagi model sedan terbarunya itu. Syed Zainal berkata, susulan daripada pelancaran Inspira, PROTON akan menghentikan pengeluaran model Waja.

Beliau berkata, pelancaran Inspira yang dibangunkan dengan kerjasama Mitsubishi Motor Corporation (MMC) itu juga sejajar dengan falsafah PROTON untuk terus memperkenalkan kereta berkualiti pada harga berpatutan.

Mengenai pemilihan nama Inspira, Syed Zainal berkata, ia berasal daripada perkataan ‘Inspirasi’ yang menepati inspirasi PROTON.

Inspira diilhamkan kakitangan bahagian kejuruteraan elektrik PROTON, Saiful Yazan Nasir.



Sumber: Bharian Online


Ringkasan dari berita kat atas:
  • Servis percuma selama dua tahun atau sehingga 50,000 kilometer perjalanan untuk tempahan bermula 15 Ogos hingga 15 November
  • Didatangkan dalam empat warna iaitu merah, hitam, perak dan putih.
  • Model pertama Proton menggunakan teknologi MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system)
  • Pengeluaran model Waja akan dihentikan.
  • Inspira berasal daripada perkataan ‘Inspirasi’
  • Pelancaran secara rasmi bulan november 2010

Monday, October 18, 2010

20 Jenis Kentut

Share
 
20 Jenis Kentut

Ada antara jenis orang yang suka kentut yang selalu kita dengar tapi ada jugak yang kita tak pernah dengar. Ada 20 jenis orang sebenarnya. yang suka kentut. Banyak tu..Adakah anda tergolong dalam 20 orang di bawah ni??. Antara jenis-jenis orang yang suka kentut seperti berikut:
 
1. Orang TIDAK JUJUR: Orang yang kalau kentut  lalu menyalahkan orang  lain.

2. Orang BANGANG: Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam sampai kena buasir.

3. Orang BERWAWASAN LUAS: Orang yang tahu bila harus kentut.

4. Orang SENGSARA: Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS: Orang yang kalau kentut, tapi tiada siapa yang tahu.

6. Orang GUGUP: Orang yang tiba-tiba menahan kentutnya bila tiba masa nak kentut.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI: Orang yang selalu mengira kalau kentutnya bau harum.

8. Orang SADIS: Orang yang kalau kentut di tempatnya terus dikibaskan baunya ke tempat orang lain.

9. Orang PEMALU: Orang yang kalau kentut tidak bunyi tapi lalu merasa malu sendiri sehingga merah muka walaupun orang lain tidak tahu.

10. Orang yang STRATEGIK: Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dengar.

11. Orang BODOH: Orang yang kalau bila habis kentut lalu menghirup nafas untuk mengganti kentutnya yang keluar.

12.Orang PELIK: Orang yang kalau kentut di keluarkan sikit-sikit,sampai bunyi "tit-tit-tit".

13. Orang SOMBONG: Orang yang sering mencium  kentutnya sendiri.

14. Orang RAMAH: Orang yang senang mencium kentut  orang lain.

15. Orang yang tidak suka BERGAUL: Orang yang kalau kentut sambil sembunyi di bawah katil atau pun dalam almari.

16. Orang AKUATIK: Orang yang kalau kentut di  dalam air sampai bunyi "blukbluk3"

17. Orang ATLETIK: Orang yang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalaman atau pun sambil berlari pecut.

18. Orang JUJUR: Orang yang mengaku kalau habis kentut.

19. Orang PINTAR: Orang yang boleh meneka bau kentut orang lain.

20. Orang MALANG: Orang yang nak kentut tapi  terkeluar taik sekali.Buwekkk!!

Saturday, October 16, 2010

Nokia N8 Produk Terbaik Nokia

Share

Nokia N8 Produk Terbaik Nokia

KUALA LUMPUR 13 Okt - Nokia meramalkan produk terbaru telefon mudah alih pintar N8 bakal menjadi salah satu produk terbaik daripada segi jualan dan aplikasi yang ditawarkan.

Telefon mudah alih pintar yang menggabungkan teknologi kamera dan video berdefinisit inggi (HD), mampu memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa menginginkan kualiti video terbaik.

Pengurus Besar Nokia Singapura, Malaysia dan Brunei, Vlaska Berka berkata, Nokia N8 menawarkan reka bentuk dan aplikasi tercanggih selain dijual dengan harga berpatutan berbanding telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.

"N8 akan dipasarkan kepada pengguna Sabtu depan, bakal menjadi antara produk terbaik keluaran Nokia dari aspek kualiti dan jualan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Nokia N8 di sini hari ini.

Nokia N8 dilengkapi dengan kamera Carl Zeiss 12 megapiksel dan lensa terbesar yang biasanya digunakan untuk kamera digital atau kompak.


Melalui sistem operasi terbaru Symbian 3 menjadikan Nokia N8 lebih pantas dalam aspek pengunaan aplikasi grafik dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D).

Telefon mudah alih seberat 135 gram turut menyediakan aplikasi popular seperti laman sosial, GPS, web TV dan sambungan terus ke tv menggunakan teknologi HD.

Berka berkata, Nokia turut bekerjasama dengan Maxis bagi membangunkan aplikasi dan pakej yang lebih memenuhi kehendak serta sesuai dengan pengguna di negara ini.

"Kini pengguna boleh menonton rancangan seperti CNN, E! Entertaiment, TV3, 8TV dan beberapa rancangan tambahan lain di mana sahaja menerusi Nokia N8," ujarnya.

Pada masa yang sama, Nokia turut melancarkan tiga lagi model baharu iaitu Nokia C3, C7 dan X3 yang menawarkan reka bentuk yang lebih kecil dan menawan.

Nokia N8 dijual dengan harga RM1,690 manakala Nokia C3 (RM 520), C7 (RM1,490) dan X3 (RM610).

Sumber: Utusan Online


Ringkasan:

Kamera Carl Zeiss 12 megapiksel

Sistem Operasi terbaru Symbian 3

Aplikasi popular seperti laman sosial, GPS dan web TV.

Sambungan terus ke tv menggunakan teknologi HD.

Mula dijual Sabtu depan

Harga RM1,690

Friday, October 15, 2010

Highlight Bajet 2011

Share
 
Highlight Bajet 2011

PERDANA Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2011 pada 15/10/2010 di Dewan Rakyat.

RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan Bajet 2010.

Antara yang terkandung dalam Bajet 2011 adalah seperti berikut:

  • Kerajaan bercadang mengecualikan cukai jualan untuk telefon mudah alih, berkuatkuasa 4 petang tadi.
  • Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah. "Skim ini adalah untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan. Dalam erti kata lain, pembeli rumah mendapat pinjaman 100 peratus tanpa perlu mengeluarkan 10 peratus wang pendahuluan.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah.
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta. 
  • Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini.
  • Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
  • Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
  • Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
  • Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015. 

P/S: Cukai telefon mudah alih dah dihapuskan..Harga telefon akan jadi lebih murah..Terbayang hp Blackberry depan mata:-D

Aku Dapat 100000 harini...Pak Cik Kayo!!!

Share
 
Aku Dapat 100000 harini...Pak Cik Kayo!!!

Wahhhhhh....Banyak tu dapat RM100000...Pak Cik kayo!!!!...Muahaha..Dapat earning nuffnang RM100000 ke???Jangan dok berangan lebih.100000 kat sini adalah visitor yang ke 100000 sejak Disember 2008. Punya la lama nak dapat visitor cecah 100k ni. Saya mula aktif berblogging ni pun dalam pertengahan tahun 2009. Jadi, dalam masa setahun lebih ni dapat 100000 visitor terasa amat-amatlah hepi..Memang sikit kalau nak dibandingkan dengan blogger-blogger lain. Bukan senang nak buat orang suka melawat blog kita ye dak?

Yang paling hepi sekali penangan Waja Lancer dengan lagu Kalau Berpacaran. Nak tau sebab pe? Sebab 2 keyword ni la dalam masa tak sampai seminggu ni traffik datang mencurah-curah dari pak cik google. Weeee...Harap-harap earning nuffnang pun mencurah-curah gak la kan..Tu pun kalau ada rezeki..:-D. Lagi satu keyword popular bajet 2011..Al-maklumlah petang ni pukul 3.30 pembentangan bajet 2011. Sebab pe??Bonus 2 bulan gaji kot. Tunggu la petang ni nak tau no..

Pukul 12.05 tadi dapat visitor ke 100000


Rekod pengunjung melawat pada satu-satu masa..31 orang online..Terima kasih daun keladi:-D.



Rekod dalam satu hari 1200 orang datang melawat. Bila tu??13/10/2010. Tarikh sebelum Proton Inspira dilancarkan..:-D. Memang betul-betul berhantu penangan keyword Waja Lancer @ Proton Inspira..8-)



Akhir sekali terima kasih la kepada semua yang sudi jengok blog ni. Walaupun tak seberapa tapi ada jugak orang nak masuk..Terima kasih banyak-banyak..Terima kasih daun keladi..Jangan lupa ajak kawan-kawan sekali:-D

Thursday, October 14, 2010

Rasmi: Proton Inspira Ganti Proton Waja

Share
Gambar ihsan dari paultan.org

Rasmi: Proton Inspira Ganti Proton Waja

SUBANG JAYA 14 Okt. - Proton hari ini melancarkan model baru yang dinamakan Proton Inspira bagi menggantikan model Waja di pasaran. Harga bermula dari RM79,888 sehingga RM95,000.  Tempahan bermula hari ini di semua cawangan Proton Edar. - Utusan

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd hari ini memperkenalkan model baru gantian Waja yang dikenali sebagai Proton Inspira pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi.

Tempahan model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter boleh dibuat mulai hari ini di semua pusat jualan Proton di seluruh Malaysia. Pelancaran rasmi Inspira dijadualkan pada 10 November ini. 

Sumber: Bharian Online 



SHAH ALAM: Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis. Harga di pasaran bagi model terbaru ini antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini. Ini adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC).

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, model terbaru itu dijangka dapat dijual sebanyak 1,600 unit sebulan.

Beliau yakin, Inspira mampu menguasai pasaran kereta segmen C dengan penambahbaikan teknologi Lotus oleh jurutera Proton.

"Edisi terkini ini adalah produk berkualiti kami yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

"Dengan kombinasi DNA Lotus, kami percaya ia adalah pilihan tepat dengan harga yang bersesuaian," katanya kepada media selepas majlis prapelancaran Proton Inspira di sini. Orang ramai boleh menempah model sedan berkenaan di semua wakil penjual mulai hari ini dengan bayaran RM1,000.

Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC. 


Sumber: mStar Online 



Terjawab sudah nama pengganti Proton Waja iaitu Proton Inspira yang baru diumumkan secara rasmi sebentar tadi oleh Proton sendiri. Tempahan dah dibuka. Sapa yang berminat sila ke Proton Edar. Sebelum tu keluarkan dulu RM1000 untuk booking. :-). Kepada pengguna Mitsubishi Lancer jangan gaduh-gaduh dengan bakal pembeli Proton Inspira ni..:-D. Proton Inspira jauh lebih murah dari Mitsubishi Lancer dan reka bentuk memang hampir-hampir sama. Kita tunggu gambar penuh Proton Inspira secara rasmi daripada Proton nanti...

Wednesday, October 13, 2010

Nama Baru Waja Lancer Proton Inspira???

Share
 
Nama Baru Waja Lancer Proton Inspira???

SHAH ALAM 12 Okt. - Model baru Proton yang namanya masih dirahsiakan, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Bermula Khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat 'inspirasi daripada nama tempatan,' manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan 'pemanduan sebelah kanan Lotus' untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.

Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.

Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.

Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.

Proton kenakan syarat ketat mengenai penerbitan gambar kenderaan itu dalam akhbar dan gambar yang tersiar hari ini ditentukan oleh pengurusan syarikat itu sendiri.


Gambar ihsan dari forum Proton Inspira Club

Nak tengok lagi gambar masuk blog Arena Kereta dan forum Proton Inspira Club yang baru dilancarkan minggu ni


Ringkasan dari berita kat atas:

  • Harga bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter

  • Harga bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter

  • Model 1.8 liter menggunakan transmisi manual

  • Model 2.0 liter menggunakan transmisi automatik

  • Tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000 bermula esok, khamis 14/10/2010

  • Nama pengganti Waja masih dirahsiakan tapi dengar khabar-khabar dari sumber yang sahih mungkin Proton Inspira

  • Secara rasmi nama pengganti Proton Waja ni akan dilancarkan esok, khamis 14/10/2010

  • Kepada yang berminat boleh la ke Proton Edar esok untuk buat tempahan:-). Saya pun minat jugak tapi takde duit nak beli..Macam mana tu..:-D

  •  Brochure yang terlepas keluar sebelum masanya..Jadi, memang sah nama model baru Proton ni Proton Inspira;-D



Free Gift bagi yang booking Proton Inspira (Sistem GPS Proton)




Apa pendapat korang model baru keluaran Proton ni??Proton Inspira...Sedap tak nama tu??

Tuesday, October 12, 2010

Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran Mediafire

Share

Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran Mediafire

Baru  2 3 hari buat entri pasal lirik lagu kalau berpacaran ni, dah banyak hits yang singgah. untuk harini. Nampaknya meletup jugak lagu ni sekarang. Hasil gabungan artis lama dengan artis baru akhirnya muncul la lagu berkonsepkan irama 60-an, rock 'n' roll dan terselit elemen boria yang catchy tapi penuh dengan unsur nasihat ni..

Gandingan Sohaimi Mior Hassan yang cukup terkenal dengan suara 'macho' (Epilog Cinta Dari Bromley) bersama dengan seorang gadis ayu berbaju kurung (Anna Raffali) selain seorang Mamat Hip Hop yang 'cool' (Altimet) membawa lagu ni dengan gaya tersendiri.Kalau nak download lagu ni host dari mediafire boleh download kat sini

Kalau nak lirik lagu Sohaimi Mior Hassan feat. Ana Raffali & Altimet - Kalau Berpacaran ni boleh jengok kat entri lama kat sini 

Tengah demam...xde mood nak berblogging....:-(

:

Rakam Gambar Bumi Pakai I-Phone 4???

Share
 Gambar bumi yang dirakamkan oleh iPhone dan kamera video 
 

Rakam Gambar Bumi Pakai I-Phone 4???

NEWBURGH, New York - Seorang bapa, Luke Geissbuhler, 40, dan anak lelakinya, Max berusia tujuh tahun mencipta cara untuk merakamkan gambar Bumi yang kelihatan seperti dirakamkan dari angkasa lepas dengan hanya menggunakan telefon pintar iPhone dan kamera video, lapor sebuah akhbar kelmarin.




Gajet iPhone dan kamera video itu diletakkan di dalam sebuah bekas makanan kecil dan diterbangkan dengan menggunakan belon cuaca di sini pada Ogos lalu.

Selepas berada 30.57 kilometer dari Bumi dan merakamkan gambar serta terbang selama 102 minit, belon itu pecah dan jatuh ke Bumi dengan menggunakan payung terjun.

Geissbuhler mengesan belon yang jatuh itu berpandukan sistem penentu kedudukan global (GPS) iPhone tersebut. Belon itu didapati jatuh di atas dahan sebatang pokok 48.28 kilometer dari tempat ia diterbangkan.

Telefon dan kamera itu mengharungi angin selaju 160.93 kilometer sejam dan suhu -60 darjah Celsius. Rakaman imej Bumi selama tujuh minit itu boleh dilihat di www.brooklynspaceprogram.org. - Agensi


Monday, October 11, 2010

Pembentangan Bajet 2011 Jumaat Ini

Share

Pembentangan Bajet 2011 Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka memberi keutamaan kepada pembangunan tenaga mahir dalam Bajet 2011 yang bakal dibentang Jumaat ini selaras dengan usahanya untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Penganalisis ekonomi, Datuk Mohd Salleh Abdul Majid, berkata kerajaan perlu memberi keutamaan membangunkan tenaga mahir dalam negara kerana kumpulan itu meliputi sebanyak 25 peratus daripada tenaga kerja negara yang mana ia boleh membantu memacu pertumbuhan negara.

"Kita lihat negara-negara maju sangat menitikberatkan pembangunan tenaga mahir dan membelanjakan 60 peratus daripada belanjawan untuk membangunkannya, manakala kita hanya menggunakan 10 peratus sahaja," katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini, hari ini.

Mohd Salleh, yang juga bekas Pengerusi Bursa Saham Kuala Lumpur, turut berkata belanjawan kali ini amat penting memandangkan tahun depan adalah tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

"Tahun depan bakal melihat usaha kerajaan dalam mengimbangi perbelanjaan dan dalam masa yang sama mengekalkan defisit pada paras yang memuaskan," katanya.

Walaupun pada dasarnya, kerajaan cuma menyumbang lapan peratus bagi jumlah peruntukan dalam 131 projek EPP (Projek Permulaan), namun menerusi sumbangan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan secara tidak langsung menyumbang sebanyak 30 peratus.

"Perancangan perlu melihat strategi yang sesuai dalam melaksanakan NKEA supaya objektif untuk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai," katanya.

Menyentuh tentang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Mohd Salleh berkata sekarang merupakan masa yang tidak sesuai untuk memperkenalkan (GST).

"Pemahaman perlu diberikan secara menyeluruh pada rakyat mengenai GST sebelum melaksanakannya. Walaupun dilaksanakan, GST tidak akan mendatangkan pendapatan yang banyak pada kerajaan," katanya.

Pelaksanaan GST mampu mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu dan korporat selain meningkatkan hasil cukai serta mengelakkan berlakunya ketirisan dalam menjana pendapatan negara.

GST bertujuan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperkenalkan sejak 1972, kini diterima pakai di 143 buah negara seluruh dunia.

Ia juga berupaya mengurangkan kos operasi para peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport. --BERNAMA 

zuar cakap:
Harap-harap bajet 2011 nanti ada yang suprise  lagi. Mintak-mintak jugak ekonomi Malaysia kukuh pastu peluang kerja tu banyak sebab dah nak habis study bulan 11 ni. Huhu.

Sunday, October 10, 2010

10 Jenis Kawan…

Share

10 Jenis Kawan…

1. Kawan tu bukan macam main FUTSAL.
Mula-mula kejar... Dah dapat sepak...:-(

2. Kawan tu bukan macam main SKATE.
Mula-mula gosok…Lepas tu pijak...:-(

3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap...Dah dapat tendang…:-(

4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS.
Dah pakai pastu buang…:-(

5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…:-(

6. Kawan tu bukan macam PELANGI.
Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul...:-(

7. Kawan tu bukan macam KERETA.
 Rosak sikit jual …Beli baru…:-(

8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE .
Kejap ade kejap takde…:-(

9. Kawan tu bukan macam BANK.
 Bila dah takde duit baru nak cari…:-(

10. Lagi...Kawan tu macam ape ye???Hmmmm...

Haa…Kawan tu macam AWAK LA…
Bila saya tulis blog, awak akan baca dengan teliti sampai habis...Kemudian share info kat blog ni dengan kawan-kawan^_^

Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan, bagi saya kawan tu amat-amat penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,sedih,berduka dan sebagainya…Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara.

Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menjaga hati kawan-kawannya dan akan sentiasa tolong menolong satu sama lain setiap masa bukan hanya semasa berbloging tapi di mana-mana saja…:-)

Selamat hari 101010:-D

Saturday, October 9, 2010

Free E-book Panduan SEO|Geek Free SEO

Share

Free E-book Panduan SEO|Geek Free SEO

Nak tau apa itu CEO SEO anda boleh lihat artikel saya yang lepas kat sini Search Engine Optimization(SEO) . E-book ni sangat berguna kepada sesiapa saja yang berblogging. Selain blogwalking dan link exchange. SEO merupakan langkah paling mudah untuk dapatkan jumlah duit trafik yang banyak.

Author: Jonathan Leger
Website: www.JonathanLeger.com

Saiz Fail: 261KB


Antara isi kandungan dalam e-book percuma ni seperti berikut:
  1. What is search engine optimization?
  2. Seach Engine Optimization in one sentence. 
  3. Determining what you want your web site to be found for
  4. What are people typing into the search engines that's related to your web site?
  5. Are people who search for those keywords looking to buy something?
  6. How much competition is there for those keywords?
  7. Advertiser Competition
  8. In-Depth Competition Analysis
  9. Getting links to your web site in order to rank for your keywords.
  10. Things to be careful of when link-building.
  11. You don't want all of your links to be exactly the same.
  12. You don't want to build links too fast.
  13. Write articles that other web site owners can post on their web sites for free.
  14. Create effective “link bait” content and submit it to social networks.
  15. Join link networks. 
  16. Don't freak out if this all seems like a lot of work.

SEO merupakan langkah menarik trafik jangka masa panjang untuk blog kita. Setiap keyword yang relevan akan selalu muncul di tempat teratas search engine(enjin carian) samada Google, Yahoo, Bing dan lain-lain lagi. Anda boleh submit blog ke search engine untuk mendapat manfaat dari SEO.

Nak submit blog ke search engine anda boleh refer artikel lepas kat sini Cara Sumbit Blog ke Search Engine



Download  E-book|Geek Free SEO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive