Monday, November 29, 2010

10 Antivirus Komputer Terbaik dan Tips Antivirus

Share

10 Antivirus Komputer Terbaik dan Tips Antivirus

Kebanyakkan dari kita yang gunakan komputer selalunya akan pasangkan antivirus dalam komputer/PC untuk keselamatan. Terdapat banyak antivirus yang boleh kita jumpa di internet. Tapi tak semuanya bagus dan boleh dipercayai. Sepatutnya kita kena berhati-hati untuk pilih antivirus yang sesuai supaya dapat berfungsi dengan baik dan tak menimbulkan masalah pada komputer kita nanti. Apa masalahnya? Baca sampai habis ye...

Saya pun gunakan antivirus kat laptop buruk lama saya ni. Lama ke? Lama la jugak dalam 3 tahun lebih. Walaupun dah lama tapi Alhamdulillah laptop ni jarang buat hal. Kalau buat hal tu pun masalah kecik je. Bukan sampai tahap kronik. Bersyukur jugak dapat guna laptop ikut kemampuan sendiri kan. Laptop murah je Acer Aspire 5052. Tak macam korang semua laptop baru-baru, power-power kan.:-p

DI bawah ni ada senarai antivirus komputer terbaik yang boleh kita gunakan untuk kawal keselamatan komputer kita dari virus/malware/spyware dll.

1. Avast

2. Avira 

3. AVG

4. Bitdefender

5. Eset

6. Kaspersky Lab

7. McAfee

8. Panda

9. Symantec

10. Trend Micro


Seriously antara 10 antivirus kat atas tu, saya cuma pakai Kaspersky je. Saya pernah guna AVG dengan Avira,  tapi memang prefer Kaspersky lagi. Sebenarnya kita pakai la Antivirus yang kuat mana sekalipun tapi kita sendiri yang buat kesalahan benarkan virus tu masuk, memang virus tetap akan masuk.

Ada yang tanya saya antivirus mana yang bagus, saya cakap Kaspersky. Tapi berbayar la kan..Tapi kalau tak pandai jaga virus tetap buat sarang:-D. Cuma kurang la sikit dari pakai antivirus free tu. Kalau pandai jaga pakai yang free pun dah cukup. Avira pun ok.;-)

Tips memilih antivirus ni bergantung kepada spec(spesifikasi) komputer kita. Kalau spec tinggi boleh la pakai antivirus yang terkini sebab pencipta antivirus akan sentiasa update dari tahun ke tahun untuk tambahkan lagi fungsi antivirus tu. Bila diorang update, saiz antivirus tu akan bertambah berat dan kalau spec rendah kita gunakan antivirus berat, mula la komputer jadi lembab semacam. Bukan sebab virus tapi antivirus tu sendiri.

Contohnya kalau laptop saya ni spec rendah, bila saya try install Kaspersky 2010, memang macam labi-labi kura-kura la nak running program lain. Kasperksy 2009 pun agak lembab jugak. Boleh pakai tapi  memang slow sikit. Sebab tu saya cuma pakai Kaspersky Internet Security 7. Dah la ringan, free pulak tu(kena guna trick ni). Walaupun antivirus tu version lama tapi Alhamdulillah virus tak pernah masuk lagi sampai sekarang melalui internet sebab saya guna Internet security.


Selalu virus yang masuk samada melalui internet ataupun penyebaran melalu pendrive. Paling mudah sekali masuk melalui pendrive. Sebab tu bila kita berkongsi pendrive, jangan lupa scan dulu. Jangan bukak pendrive melalui double click, bukak melalui address bar ataupun run lebih selamat.

Ok, setakat ni dulu tips untuk entri kali ni. Tak nak panjang-panjang nanti jadi bosan sampai tetido sebelum habis baca. :-p. Tips-tips ni melalui pengalaman saya sendiri untuk dikongsi bersama. Nanti kalau ada tips lagi saya kongsi lagi. Banyak lagi ni..Stay tuned with zuarxpdc.com ok. Kalau korang ada soalan boleh tinggalkan komen di bawah tanpa paksaan. Nak share pengalaman pun boleh..Kalau yang ada Facebbok tu jangan lupa add group Sumber Informasi Terkini k.:-D

Sebelum bersurai saya nak tanya sikit korang guna antivirus apa?


Saturday, November 27, 2010

Cara Lajukan Broadband Yang Kehabisan Bandwith

Share

Cara Lajukan Broadband Yang Kehabisan Bandwith

Bagi pengguna berukband broadband samada Celcom, Maxis ataupun Digi yang bila kita guna tak sampai sebulan dah sampai limit, internet akan jadi slow ataupun memang dah tak boleh connect langsung. Internet yang guna broadband yang ada kat Malaysia sekarang ni memang semua ada limit kecuali yang terbaru Yes 4G. Jadi, macam mana nak guna jugak internet tu walaupun dah sampai limit???

Tanggal 26 November 2010, bersamaan dengan hari jumaat saya nak ping entri baru kat Innit Nuffnang tu. Tiba-tiba ternampak satu entri best Cara Nk Lajukan Broadband Bg Yg Dh Abis Limit. Macam best bunyinya tu. Entri tu ditulis oleh Budak Botak. Macam menarik trick tu sebab dia buat memang menjadi. Kalau korang yang pakai berukband tu nak torai bolehla. Eden tak pakai berukband. Pakai Breakfast Band je.

Eden tak tau semua benda, jadi bila eden blogwalking tengok blog orang lain dapatla blaja benda baru. Kemudian eden share dengan semua orang yang masuk sini...Benda yang kita tau cakap tau, yang tak tau kita cakap tak tau...Jadi selalu-selalu la kita blogwalking kemudian tinggalkan la jejak melalui komen supaya senang tuan blog nak maki singgah balik:-D

Caranya macam ni:

1. Letakkan mouse pada link ni Budak Botak

2. Right click > pilih Open Link in New Tab

3. Selamat menerai trick tu di blog Budak Botak ye....


p/s: Semalam dapat call dari company P1 suruh datang interview position Telemarketing Executive.Tak sampai satu hari isi kat Jobscentral dah dapat call. Yang tengah cari keje tu try la isi kalau rajin k..Banyak keje kosong kat situ.


Eden nak tanya ni haa...Korang pakai broadband apa?Kabo sama eden boleh?

Friday, November 26, 2010

Perkhidmatan Internet Terpantas dengan Yes 4G

Share

Perkhidmatan Internet Terpantas dengan Yes 4G 

Yes merupakan perkhidmatan telekomunikasi terbaru di Malaysia yang membawa masuk perkhidmatan 4G buat pertama kali yang menggabungkan internet mudah alih + perkhidmatan suara. Sebelum ni kita cuma dapat akses 3G yang mana tak semua kawasan di Malaysia dapat akses 3G lagi. Kali ni perkhidmatan 4G pulak diperkenalkan. Memang akan ambil masa yang lama nak luaskan coverage 4G sepenuhnya. Buat masa sekarang kawasan Selangor dengan KL yang banyak dapat akses 4G. 

Kalau 3G dah memang agak laju internet kita apatah lagi 4G bunyinya 5 kali lebih laju dari 3G. Memang tersangat laju  kalau 11Mbps untuk download, 2Mbps untuk upload. Apa yang best lagi memang tak ada limit bandwith macam kita guna berukband broadband kalau sampai satu tahap bila guna lebih limit internet akan jadi slow tiba-tiba ataupun memang langsung K.O. Dengan Yes ni kita boleh guna internet tanpa had, tanpa sekatan dengan kelajuan internet yang memang tak pernah lagi kita dapat sebelum ni di Malaysia. Tapi....Tak semua tempat ada coverage 4G.


Kepada sesiapa yang nak beli boleh beli sekarang sebab diorang tengah buat promosi. Try baca ni: 

For all Yes customers registered before Dec 19th 2010:  

We offer you complimentary data services, up to 10GB per Yes ID on our network, from the launch day until Dec 19th 2010. Data billing will begin on Dec 20th 2010. However, charges still apply for our Yes 018 telephony services (voice and SMS).


Ni plan untuk Yes dengan rebate sekali. Maknanya bila kita guna lebih kita akan dapat diskaun.


 

Ni harga Yes Go Device: 

The Yes Go is the smallest, lightest and fastest personal 4G device for internet on the go. It’s foldable USB connector helps keep it snug in your pocket while its 270° flexi-hinge helps improve reception without sticking out like a sore thumb.
 

PRICE:
Cash and Carry: RM99
Free Go device + RM100 Yes credit (RM10 x 10 months) + Free YESLife + Free YESMail



 
Lokasi nak dapatkan perkhidmatan Yes boleh tengok kat sini. Kalau nak tau lebih lanjut lagi boleh ke Facebook Yes 4G 


Ni ringkasan berita dari Hmetro Online:

YTL Corporation telah memperkenalkan perkhidmatan Internet mudah alih 4G, Yes yang membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan data Internet dan panggilan lima kali lebih pantas daripada perkhidmatan 3G pada kadar caj terendah di pasaran.

Pelancaran Yes itu menjadikan YTL Communications syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan perkhidmatan Internet mudah alih 4G serta yang pertama di dunia menggabungkan sepenuhnya antara perkhidmatan Internet mudah alih dengan perkhidmatan suara.

"Setiap pemegang akaun Yes akan mendapat akses kepada perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi dan satu nombor telefon bimbit yang membolehkan penggabungan perkhidmatan data dan suara tanpa gangguan.

"Pelanggan YES 4G bukan saja mempunyai akses kepada data mudah alih yang pantas, tapi turut menikmati perkhidmatan suara, SMS dan chat (berbual) secara online yang boleh diakses dari mana-mana peranti menerusi Internet," katanya.

YES 4G menawarkan kadar caj tiga kali lebih rendah daripada pakej prabayar perkhidmatan Internet mudah alih dan suara yang ada di pasaran ketika ini.

"Kadar yang dikenakan adalah sembilan sen untuk data 3MB, panggilan selama satu minit dan satu SMS," katanya.

Yeoh berkata, pelanggan YES 4G yang mengembara ke luar negara juga boleh membuat panggilan balik pada kadar panggilan tempatan tanpa perlu risau caj perayauan antarabangsa yang dikenakan syarikat telekomunikasi.

YTL Communications juga memperkenalkan perkakasan yang digunakan bagi menikmati YES 4G itu termasuk 'router', Yes Huddle yang juga 'router' 4G pertama di Malaysia yang boleh menyambungkan lima peranti serentak kepada rangkaian Internet.

Mereka juga mengetengahkan router WiFi 4G USB dikenali Yes Go dan Yes Zoom yang direka bentuk untuk kegunaan di rumah dan pejabat.


Maklumat tambahan boleh ke JomPhp yang pernah buat entri pasal Yes 4G sebelum ni.



Thursday, November 25, 2010

Carta HOT FM 30 November 2010

Share

Carta HOT FM 30 November 2010

Lagu-lagu kat bawah ni boleh download. Klik kanan pada lagu yang nak download tu kemudian bukak di new tab. Download guna Internet Download Manager lagi senang dan laju dari download biasa. Yang penting pastikan full version.

Senarai Carta Lagu di HOT FM untuk minggu ke-4 bulan November 2010:

1. Atilia ft Monoloque - Kekanda Adinda
               
2. Yuna - Gadis Semasa 
                     
3. Aizat  - Sungai Lui
                             
4. Project Pistol  - Wanita Seluruh Dunia     
       
5. Stacy - Jahat             
            
6. Sohaimi Meor Hassan/Ana Rafali/Altimet - Kalau Berpacaran   
           
7. Meet uncle Hussien feat Azlan - Mula       
                  
8. Faizal Tahir - Hanyut   
                  
9. Ana Rafali - Tolong Ingatkan Aku          
   
10. One Nation Emcees - Syukur kau yang Satu   
          
11. Anuar Zain - Ku Berjanji Karna Cinta      
       
12. Malique ft Najwa  - Senyum 
                                                    
13. Adzrin Adzhar - Pujaan Malaya    
                                
14. Ezad - Bertemu Cinta    
                                    
15. Nubhan - Aku atau Dia
                                           
16. Alyah - Kau Bisu        
                                         
17. Tomok - Bagai Bidadari  
                                     
18. Adira - Ku Ada Kamu   
                   
19. Aril - Biar Begini  
                                                  
20. Aliff Aziz ft Joanna - Kalau CInta

21. Sofaz - Dan Bila Esok                 
                        
22. Fiq ft Mirwana - Manifestasi Cinta  
                                  
23. Erry Putra/Reen/Shajiry - Jangan Kau Pergi
                                  
24. Ainul Aishah - Dont Worry Honey    
                              
25. Mohd - Cinta        
                                               
26. Shahir  - Kebahagiaan Dalam Perpisahan 

27. Tilu - Diam Diam       
                                      
28. Faizal Tahir - Adrenalin      
                                            
29. Fabulous Cats  - Pergilah Ayu    
                                      
30. Pesawat - Mesti Mau                                            


Jangan lupa dapatkan yang original tau. Ni cuma untuk promosi lagu-lagu baru. Nak dapatkan update lagu terbaru jangan lupa masuk website HOTFM k.

Senarai Pemenang SHOUT! AWARDS 2010

Share

Senarai Pemenang SHOUT! AWARDS 2010

Anugerah Shout! Awards 2010 telah berlangsung dengan jayanya di Stadium Putra Bukit Jalil pada 20 November 2010 yang lepas memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat kreatif yang terlibat dalam industri muzik, filem,TV dan radio.

Yuna berjaya membawa pulang 3 anugerah iaitu Popstar Award, Best New Act Award dan The Ultimate Shout! Awards dan Mizz Nina berjaya membawa balik Flava Award untuk penyanyi Hip-Hop dan RnB terbaik. Hot Chick Award dimenangi oleh Scha dan Hot Guy Award dimenangi oleh Henry Golding. Di bawah ni merupakan senarai pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan.


Senarai pemenang SHOUT! AWARDS 2010 mengikut kategori:

Rockstar Award - Bunkface

Popstar Award - Yuna

Power Vocal Award - Faizal Tahir

Flava Award - Mizz Nina

Music Video Award - Prom Queen (Bunkface)

Break Out Award - Yuna

Best On Screen Chemistry Award - Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)

Fresh TV Series - Nur Kasih (Filmscape)

Breakthrough Feature Award - Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)

Favourite TV Program - Showdown 2010

Favourite TV Personality Award - Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4)

Coolest Radio Announcer Award - Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)

Favourite Radio Show Award - HotFM AM Krew (Fara, Faizal & A.G)

Hot Chick Award - Scha Al-Yahya

Hot Guy Award - Henry Golding

Mobile Artist Of The Year - 6ixth Sense (Tanpa)

Ultimate Shout! Award - Yuna

Tahniah Yuna dan artis-artis lain. Semoga terus sukses..Jangan lupa kita satu UiTM naa. Hahaha


Mizz Nina!!!!!!!!!!!!


Scha Al -Yahya Hot Chick


Pemenang Music Video Award SHOUT! AWARD 2010 

Bunkface - Prom Queen

Wednesday, November 24, 2010

Ayu Raudah dan Zaquan Kawin Januari 2011??

Share

Ayu Raudah dan Zaquan Kawin Januari 2011??

Pemain bola sepak kebangsaan iaitu Zaquan Adha akan melangsungkan perkahwinan dengan Ayu Raudhah iaitu  adik kepada janda hot Malaysia, Rozita Che Wan pada bulan Januari 2011 tahun depan. Bertuah sungguh keluarga pak cik Razak ni dapat menantu artis. Aidil dapat Rita Rudaini, lepas ni Zaquan pulak dapat Ayu Raudhah.

Zaquan dengan Ayu Raudhah akan diijabkabulkan di Aloq Staq pada 21 Januari 2011 nanti. Ayu Raudhah umur 26, Zaquan baru 23. Beza umur 3 tahun tu. Tak la jauh sangat kan kalau nak dibandingkan dengan Aidil dengan Rita. Diorang ni dah bertunang pada 17 Oktober lepas di Subang Jaya secara rahsia jugak. Macam Mizz Nina dengan Noh Hujan.

Selamat pengantin baru buat Zaquan Adha dengan Ayu Raudhah na..Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. Lepas kawin nanti harap Zaquan boleh main lebih bagus lagi dengan pasukan Malaysia macam dia punya kembar Aidil Zafuan. Apa perkembangan kes Aidil dengan Rita tu ek??Dah ok ke belum??:-D

Bila Rozita Che Wan nak kawin pulak? Tak sabaq nak tunggu. Sapa la jejaka pilihan hati dia tu..:-$

Jom terjah gambar-gambar xxx cun Zaquan dengan Ayu Raudhah


v
v
v
v

Aik??Ada jugak Rozita Che Wan?

Sumber Berita: Utusan Online

Tuesday, November 23, 2010

Cara Pasang Sitemap di Blog

Share






Cara Pasang Sitemap di Blog

Sitemap merupakan satu tempat yang mudah untuk pelawat masuk dan cari apa yang mereka mahukan. Ini kerana Sitemap adalah seperti table of content untuk blog tersebut. Jadi, pelawat yang masuk tak akan hilang arah kalau tersesat kerana mempunyai map ataupun peta untuk ke satu tempat yang kita nak. Selain memudahkan pelawat cari apa yang mereka nak, Sitemap juga akan mempengaruhi SEO yang mana ia akan memudahkan search engine untuk crawl blog yang mempunyai Sitemap.

Nak tengok contoh Sitemap boleh tengok Sitemap untuk Sumber Informasi Terkini ataupun Sitemap untuk Software Collections


Cara Pasang Sitemap di Blogspot

1. Pertama sekali pergi ke New Post

2. Pada New Post ada ruangan HTML dan Compose. Pilih HTML dan pada Title tuliskan Sitemap sebagai tajuk entri.

3. Kemudian copy code di bawah ni:

<script style="text/javascript" src="http://www.abu-farhan.com/script/daftarisiblogger/blogtoc-min.js"></script>

<script src="http://www.zuarxpdc.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc"></script>

Tukarkan URL yang di boldkan iaitu http://www.zuarxpdc.com dengan URL blog sendiri.

4. Sebelum publish set kan tarikh post untuk sitemap ni sebelum tarikh post mula-mula sekali. Contohnya saya buat entri pertama untuk blog ni pada 25/3/2010. Saya setkan tarikh untuk Sitemap 24/3/2010. Jadi entri untuk Sitemap akan jadi entri mula-mula sekali dalam blog kita.

5. Cara nak set tarikh tu boleh ke Post Options kat bawah Labels > Pilih Post date and time >Schedule at > Set kan tarikh Sitemap anda

6. Letakkan link Sitemap di Sidebar ataupun Pages.

7. Selesai sudah. Kalau nak bagi kesan pada SEO lagi dengan Sitemap ni boleh masuk ke blog Neo In Blog

Credit to: Neo In Blog


Ada masalah boleh tanya di ruangan komen kat bawah.


Senarai 14 Lagu Layak ke AJL 25

Share
 
Senarai 14 Lagu Layak ke AJL 25

Tamat sudah penantian lagu mana yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke 25 nanti lepas berakhir Muzik-Muzik separuh akhir malam tadi. 14 buah lagu dah dipilih oleh juri-juri ynag professional. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. Semua lagu yang layak mantap-mantap belaka. Memang susah nak pilih lagu mana yang akan jadi juara. 

Malang sungguh 3 lagu yang saya teka tak masuk final:-$...Tapi yang betul 6 ok la tu kan..:-D. Saya pernah merasa pengalaman sekali je tengok AJL 23 kat  Bukit Jalil. Best...Sape-sape yang free nanti dekat-dekat KL tu pegi la tengok.8-)

Ni senarai 14 lagu yang layak ke AJL 25
1. Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok / Faizal Tahir)
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abd. Halim/ Edry Abd. Halim)
3. Noktah Cinta (Hafiz / Ajai / Shah Qalam)
4. Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/Taja/Tun Teja)
5. Ku Ada Kamu (Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
6. Cinta Sempurna (Yuna / Yuna / Yuna)
7. Pelita (A.P.I / Loque / Loque)
8. Berlari (Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok)
9. Sofea Jane (Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril)
10. Mencari Konklusi (Hujan/Noh Hujan/Noh Hujan)
11. Selamat Malam (Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir)
12. Extravaganza (Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface)
13. Jahat (Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim)
14. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali)

Agak-agak lagu mana yang menang??Saya pilih Drama King......

Monday, November 22, 2010

dR Rozmey Mengamuk Panggung Jadi Tempat Bercumbu

Share
 
dR Rozmey Mengamuk Panggung Jadi Tempat Bercumbu

Shah Alam, 22 Nov - Berita yang diterima dari pengamal-pengamal media mengatakan bahawa panggung wayang yang menayangkan filem 2 Alam dijadikan tempat bercumbu disebabkan oleh ramai penonton yang keluar sebelum tamat cerita tersebut. Beberapa orang penonton yang ada untuk tunggu filem tersebut sehingga habis cuma untuk memadu asmara bukan disebabkan oleh keasyikan menonton filem tersebut. Berita ini disampaikan oleh Utusan Internet - www.zuarxpdc.com


Tengok bukti paper kat bawah ni




Bukti melalui video kat bawah ni..dR. Rozmey hampa dengan kutipan 2 Alam. Lawak siot.Tq Cik Yana M!B yang share video ni.:-D



Nak buat keratan akhbar macam kat atas tu tak?:-D..Klik Buat Keratan Akhbar Online Sendiri

Saturday, November 20, 2010

Betul ke Filem 2 Alam Gagal?

Share

 Betul ke Filem 2 Alam Gagal?

Hai..dengar cerita filem yang bakal pecah panggung 40 juta ni macam tak menjadi kenyataan..Betul ke? Sape dah tengok filem ni? Best tak? Dari review yang saya baca ramai yang mempertikaikan kaliber filem dR Rozmey  ni. Tak kan nak pecah panggung jadi pecah perut kot? Sebab pe?Orang gelak guling-guling tak tahan geli urat perut. Kekeke. Siapalah hamba nak cakap filem ni best ke tak. Sebab hamba belum lagi tengok. Mungkin tunggu dah ada orang upload nanti baru tengok kot. Yang dah tengok tu ok tak?Ramai tak kat panggung?  

Justkhai dengan Oh!Artis buat review cakap hampeh je. Siap bagi 1.5/5 bintang lagi. Mana lagi 3.5 bintang tu pegi?hehe. Mungkin terlalu awal lagi nak cakap filem ni berjaya atau gagal sebab baru lagi masuk panggung. Mungkin dalam seminggu dua lagi boleh kot dapat lagi 2 bintang ye dak? Apa lagi..Pi la tengok cepat. Sokonglah industri hiburan tanah air:-D.



Sinopsis Filem 2 Alam

Adam adalah anak kepada seorang  bekas pelakon bangsawan bernama Zainal. Dia bersahabat baik dengan dua orang temannya iaitu Ishak dan Hassan. Sewaktu kecil Adam adalah seorang kanak-kanak yang sangat petah dan pandai mengaji Al-Quran berbanding dua temannya.

Keranan kecemerlangannya  di dalam pelajaran dia akhirnya dihantar untuk meneruskan pengajiannya di London. Manakala teman baiknya Ishak dihantar oleh bapanya di Al-Azhar, Mesir. Hassan di hantar oleh bapanya ke Amerika meneruskan pengajian dalam bidang perundangan. Sewaktu di London, Adam telah melakukan pembedahan menukar jantina selepas terpengaruh dengan budaya songsang barat. Dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang jejaka Inggeris dan meneruskan kehidupan di London sebagai pelakon pentas bagi meneruskan legasi bapanya.

Apabila dia ditinggalkan oleh lelaki Inggeris tersebut Adam telah menukar namanya kepada Amy itu pun kembali ke tanahair untuk memulakan sebuah kehidupan baru. Sekelip mata sahaja Amy menjadi popular kerana Aura dari London yang dibawa bersamanya itu menjadi.

Dia terbabit  lagi dengan cinta seorang lelaki bernama Juan Agustin seorang bintang Pop Malaysia yang sangat popular di Taiwan. Saban hari kehidupannya semakin jauh dari Tuhannya sehingga pada suatu hari segala tembelangnya pecah kerana dia dirogol bergilir-gilir oleh 3 lelaki di dalam sebuah ladang getah.

Kini 7 dosa besar yang dilakukannya mula mengejarnya satu persatu akhirnya dia nekad dan menggantungkan diri. Perjalanan jenazah Adam ke kubur adalah satu kembara terakhir seorang manusia yang melakukan 7 dosa besar. Apakah perjalanannya ini hanya seperti membawa seorang bangkai untuk di timbuskan ke dalam perut bumi? Apakah kesukaran yang bakal diterima oleh jenazah yang cukup popular ini?

Bagaimanakan Hj Ishak seorang sahabat baik kepadanya menerima dan menguruskan sahabat  baiknya itu pada hari-hari terakhir jasad itu di atas muka bumi? Dimanakah sebenarnya tempat untuk manusia  yang tidak tahu membezakan antara sesuatu kekal dan batil akan ditempatkan pada simpanannya sebelum dibangkitkan semula?

Thursday, November 18, 2010

Video Pengumuman Tarikh Perkahwinan Mizz Nina dan Noh Hujan

Share

Video Pengumuman Tarikh Perkahwinan Mizz Nina dan Noh Hujan

Salam Aidiladha kepada semua yang sudi singgah harini..Banyak tak buat korban??Ada daging lebih tak??Huluq-huluq mai la kat sini sikit. :-D. Dah dua hari tak buat entri sebab kat rumah tak dak line tenet. Nak kena pi cc gak update.:-$. 21hb nak kena pi UiTM Shah Alam balik ada program finishing school untuk budak-budak final year. Malasssssssnyaaaa.....

Berbalik kepada cerita asal tentang tajuk tarikh perkahwinan Mizz Nina dengan Noh Hujan yang akan berlangsung pada bulan Julai tahun tahun depan. Tarikh pertunangan 6 November 2010. Uiksss..Bertunang senyap-senyap tak habaq kat orang no..Majlis pertunangan dibuat senyap-senyap tanpa pengetahuan pihak media. Patutla Noh nampak makin berisi sebab bahagia kot. Bertuahla badan akan dapat bini cantik.Noh pun apa kurangnya ye dak?Entri lama pasal Mizz Nina dengan Noh nak bertunang. 

Kalendar Penting Mizz Nina ft Noh:

Pertunangan: 6 November 2010
Akad Nikah: 1 Julai 2011
Persandingan: 6 Julai 2011





Nak tau lagi tengokla sendiri kat video bawah ni k. I loike Mizz Nina:-D




Dah dengar ke belum lagu duet Mizz Nina ft Noh Hujan - Kurnia??

Monday, November 15, 2010

Nombor Rahsia di zuarxpdc.com

Share

Nombor Rahsia di zuarxpdc.com

Apa yang rahsianya? Syyyyyyhhh....Tapi ni bukan cinta syhhhhh...Ada banyak nombor rahsia yang saya dah pun dedahkan. Kalau dah bagitau tak nama rahsia lagi dah sebab nombor-nombor ni saya dah post kat entri. Walaupun ni bukan rahsia kerajaan mahupun rahsia CIA tapi nombor-nombor ni memainkan peranan penting sebagai tarikan untuk pembaca lebih peka bila ada entri yang berkaitan dengan nombor. OK la, saya cuma nak refresh balik artikel lama-lama supaya anda yang terlepas baca boleh baca semula. Banyak sangat membebel boleh buat orang bosan. Jom tengok apa nombor-nombor rahsia yang dah didedahkan tu:






















Tiada paksaan untuk mengomen di sini..Kalau rajin komen la k..Saya tau ramai yang jadi silent reader.:-). Last entri sebelum zuarxpdc balik kampung dan entri terakhir bergelar pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran di UiTM Shah Alam:-D.

Sunday, November 14, 2010

Bola Sepak Sukan Asia: Malaysia Kalah Tapi Layak

Share
Bola Sepak Sukan Asia: Malaysia Kalah Tapi Layak

Malaysia yang turun bertemu tuan rumah, China dengan pasukan tempang lepas sorang demi sorang player yang injured lepas bertemu Jepun. Sebelum datang ke China pun ramai dah player yang tak boleh main contohnya Baddrol Bakhtiar, Sabree Abu, Aidil, Zaquan yang memang cukup kental. Player yang injured tu pulak memang dari first team. Memang malang nasib Malaysia kali ni. Masalah player injured jadi satu hal, tambah lagi dengan masalah harini 3 orang player Malaysia kena kad merah. Patut ka? Tergamak sungguh dia buat camtu. Player salah ka pengadil yang salah? Nampak sangat kesalahan yang tak patut kad merah dia bagi kad merah. Kena rasuah dengan China ka?

Pengadil dari Australia Ben 10 Ben Williams tu dah musnahkan permainan Malaysia. Lima  player Malaysia lain, Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dengan Muslim Ahmad dilayangkan kad kuning tapi player China sorang pun tak dapat kad. Nampak sangat memang pengadil tu berat sebelah. 3 kad merah 5 kad kuning. Semua player Malaysia dapat. China?? Satu pun tarak...Nah!!Ambik!!



Walaupun Malaysia kalah dengan China 3-0 tapi Malaysia tetap layak ke pusingan kedua walaupun duduk di tangga ke-3 peringkat kumpulan dibelakang Jepun dengan China. Malaysia layak sebab dapat tempat ke-3 terbaik dari semua kumpulan, 4 pasukan ke-3 terbaik layak ke pusingan ke 2. Walaupun kalah tapi tetap bermaruah sebab Malaysia main dengan 8 orang lawan 12 orang pemain + pengadil. Nasib baik tak bolos banyak sebab pemain Malaysia dah buat yang terbaik. Kita patut terima kekalahan tapi tak boleh terima mutu pengadilan yang teruk macam ni. Kita mesti ingat Malaysia duduk dalam kumpulan maut bersama jaguh Asia, China dengan Jepun. Jadi, layak ke pusingan ke-2 dalam masa 32 tahun merupakan yang terbaik buat pasukan Malaysia.

Malaysia akan turun bertemu dengan pasukan Iran isnin ni dengan pasukan yang tempang lagi sekali lepas hilang 3 tonggak malam ni, Mahali Jasuli, S.Kunalan dengan Safiq Rahim(Kapten). Iran bukan jalang-jalang calang-calang pasukan lepas menang semua perlawanan dengan 6 gol dan bolos cuma 1 bak kata Sharing is Power. Selamat berjuang Malaysia!!!Malaysia Boleh!!!!!!!

Saturday, November 13, 2010

Breakfast Band - Hentikan MP3 + Lirik

Share
 
Breakfast Band - Hentikan MP3 + Lirik

Lagi satu single terbaru daripada Breakfast Band bertajuk Hentikan dah mula dimainkan di Hot FM. Kedua-dua single dari Breakfast Band ni cukup mantap, memang boleh layan lagu yang diorang main. Lagu Hentikan ni lebih rancak sikit dari single Bagai Puteri. Jangan lupa dapatkan yang original bila keluar album nanti. Just untuk promosi...Layan.....

Penerbit: Canggong Productions

Website: http://breakfastband.webs.com 

Vokalis: Azri
Gitar: Naz
Gitar: Awal
Bass: Ary
Drum: Rezz 

Lirik Lagu Breakfast Band - Hentikan 

Kesunyian menutup segala perasaan mu
Kegelapan bergerak tanpa bayang-bayang mu
Dalam hati tak ada rasa sifat simpati
Bila nanti kau rasa kuasa di dalam diri

Tak ada beda patung nyawa atau duniawi
Semua kau rasa kau pencipta hidup dan mati
Dalam hati tak ada rasa sifat simpati
Bila nanti kau rasa kuasa di dalam diri ohhhh...

Wooo ooo...

Buka la mata mu terangi awan mendung kelabu
Kau hujani mata peluru mu
Buka la hati mu terangi awan mendung kelabu
Hentikanlah tangisan mereka





Download Breakfast Band - Hentikan MP3



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive