Friday, December 31, 2010

Software Ni Boleh Bagi Download Laju Macam F1 Siot!!

Share

Software Ni Boleh Bagi Download Laju Macam F1 Siot!!

Fuiyoo!!Cayalah!!Tajuk tak leh blah betol. Hahaha..Kan dah kena tipu..Mana ada orang download laju sama dengan kereta F1!Cit!! Tapi dengan software ni korang boleh download laju dia kurang sikit dari F1 je..Boleh tahan gak la kan..Hua3..Tak lawak pun ok! Hari ni malas dah nak update pasal Piala AFF Suzuki..Minggu ni saja hari-hari update yang tu je..Bosan tau tak. Dah la Malaysia menang.


Hari ni nak update pasal software plak..Lama dah buat entri pasal software..Korang selalu download lembab macam labu-labi kura-kura tak? Kalau lambat korang download la software Internet Download Manager ni..Latest punya beb..Siap dengan crack. Lepas download tu pandai-pandai la install..Dah install exit dulu IDM kat taskbar bawah tu...Dah exit tu tekan la crack yang ada dalam folder tu..Kalau tak tekan dia mintak license key nanti nasib korang la k..I tak jamin..keh3. Korang nak tau kelebihan Internet Download Manager ni tak? Terjah sini.


Nak download bukan kat situ..Tu yang lama..Yang baru kat bawah ni


Internet Download Manager Full Version

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010!We Are The Champion!!Rio Ferdinand Pun Ucap Tahniah Kat Malaysia

Share

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010!We Are The Champion!!Rio Ferdinand Pun Ucap Tahniah Kat Malaysia!

Pergh!!Penat siot..Baru balik dari berpesta meraikan kemenangan Malaysia tadi..Tadi zuar bersama 3 rakan, Ultras Malaya dan ribuan penyokong-penyokong Malaysia yang lain tengok bola kat Restoren Mamak Hakim Seksyen 7 Shah Alam..Best siot!!Restoren Mamak Hakim ni jugak la port fan MU berkumpul.

Dah macam dalam stadium tadi kat situ. Ultras Malaya datang siap bawak gendang, nyanyi lagu semangat tak henti-henti dari mula game sampai la habis. Siap ada yang sampai nak gaduh-gaduh lagi sebab lindung orang nak tengok kat belakang. Tapi perkara kecik je tu..Tak ada hal punya. Yang penting kita semua saudara..Di sini kita...Di sana sia...Di mana-mana  kita saudara...Wooo...Ooooo...Ooooo...Lagu tu antara yang kami semua nyanyi tadi..Banyak lagi lagu tapi nak tulis banyak-banyak pun penat..Mata dah berpinau ni..Keh3. Dengar cerita tadi ada masuk kat tv3 jap live kat mamak Hakim tu..Masuk Kosmo! plak semalam..Wooo...Gempak siot! 

Ni gambar Ultras Malaya..

Game tadi memang best..Walaupun Malaysia kalah tapi Malaysia tetap juara dengan agregat 4-2. 3-0 kita menang di Malaysia, 1-2 kalah di Indonesia..Safee Sali score lagi...Memang power siot. Khairul Fahmi lagi la best..Berani...Memang power beb! Save penalti sebijik. Gol kemenangan Indonesia pun Malaysia yang score kan?? Hebat Malaysia..Hak3.


Ni video gol Safee Sali tadi

Overall Malaysia main bagus, memang cantik sangat-sangat. Kalau tak Rio Ferdinand tak puji la..Harap kekalkan momentum ni untuk jangka masa yang panjang..Kita dah jadi Juara Sukan SEA, kali ni Juara Piala AFF Suzuki buat pertama kali dalam sejarah..Mutu bola sepak negara memang makin meningkat. Tahniah Malaysia!!

Lagi satu game tadi tak nampak pun Julia Perez bersama coli laser dia tu..Kalau ada best gak nak tengok.Keh3. Laser pun ada gak tadi ye dak?? Tapi Khairul Fahmi tak lembik pun macam Markus tu.. Haii Ultraman...Tak habis-habis hang nak cari pasal noo....Udah-udah le tu...31 hb 12 ni cuti umum kan..Yeayyy!!!Bestnye...

Yang paling best Rio Ferdinand pun ucap tahniah kat Malaysia di twitter. Tengok gambar kat bawah ni..Terbaik la lu Rio Ferdinand..Lepas ni lu dah nak pencen datang main kat Malaysia ok!Heee



Bila la nak habis update pasal Piala AFF Suzuki ni ye dak??Asyik-asyik ni je tak habis-habis. Minggu ni last kot no..Huhu. Target gua Malaysia menang 2-1 tapi terbalik pulak..Damn!!!


Tuesday, December 28, 2010

Final Piala AFF Suzuki: Antara Sinaran Laser, Ultraman dan Twitter

Share

Final Piala AFF Suzuki: Antara Sinaran Laser, Ultraman dan Twitter

Haaa...Mesti korang terkejut baca tajuk ni kan?(Terkejut la sangat). Ape kes Utraman pun jadi tajuk plak ni? Minggu ni memang panas dengan cerita berkaitan dengan Piala AFF Suzuki. Lagi-lagi final Piala AFF Suzuki yang jadi isu sebab sinaran laser..Oppsss!!!Korang jangan lupa...Bukan final je yang ada laser..Perlawanan peringkat kumpulan awal-awal lagi pun dah ada tau. Jom baca sampai habis.

Semua rakyat Malaysia sekarang berbangga sebab pasukan Malaysia dah layak ke final Piala AFF Suzuki sejak tahun 1996 iaitu selama 14 tahun Malaysia tak pernah jejak kaki ke perlawanan akhir..Pergh!!Satu tempoh yang agak lama untuk saingan Piala Tiger iaitu nama lama untuk Piala AFF Suzuki. Malaysia masuk final pada tahun mula-mula piala ni diperkenalkan iaitu 1996 bertemu dengan Thailand dan Malaysia tewas dengan jaringan 1-0.

Sejak kebelakangan ni pasukan bola sepak Malaysia dah nampak ada peningkatan kalau nak ukur pencapaian sebelum-sebelum ni. Malaysia juara Pesta Bola Merdeka 2008, Juara Sukan SEA 2009 dan layak ke pusingan kedua Sukan Asia 2010. Kali ni Malaysia dah sebelah kaki untuk menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam sejarah sejak  diperkenalkan. Malaysia dah tumbangkan Indonesia pada final pertama Piala AFF Suzuki 2010 dengan jaringan 3-0. Hanya selangkah lagi unt

Sebelum ni peringkat kumpulan pada perlawanan pertama dengan Indonesia Malaysia tewas dengan jaringan 5-1. Lagi besar dari tewas 3-0. Malaysia score dulu tapi bolos 5 gol lagi lepas tu..Ok...Keeper Malaysia pun kena pancaran laser jugak masa tu..Tapi kenapa Malaysia tak kecoh pun?? Kenapa Malaysia tak bising cakap Malaysia tewas sebab laser?? Ni buktinya.... 

 


Ni gambarnya...Masa Indonesia raikan jaringan gol.


Sebab laser pun nak dijadikan isu..Benda kecik sangat..Lagipin  Malaysia jaringkan 3 gol lepas game disambung semula. Maknanya tak logik langsung la alasan yang diberikan ye dak?? Kalau nak tau kesan sinaran laser ni boleh baca artikel Sinaran Laser Lemah Tidak Jejaskan Pandangan Mata: Pakar Optometris ni..Kalau pancarkan dari jarak jauh memang tak ada kesan pun..Lagi-lagi laser yang murah memang langsung tak bagi kesan kecuali laser yang ribuan ringgit. Kenapa isu kecik macam tu nak diperbesarkan..Malaysia terima kekalahan 5-1 di tangan Indonesia dan sedar tu semua kelemahan sendiri bukan nak mencari alasan. 

Kalau nak cari alasan Malaysia boleh gunakan alasan Indonesia gunakan pemain import. Tapi apalah sangat dengan pemain import sorang Christian Gonzales dari Uruguay yang baru dapat taraf kerakyatan Indonesia tu. Malaysia cuma gunakan sepenuhnya pemain tempatan yang rata-rata masih muda lagi. Persatuan bola sepak Indonesia dengan jurulatih pasukan Indonesia terima kekalahan malam tu sebab kecuaian pertahanan sendiri. Tapi media Indonesia yang mengapi-apikan dan jadikan isu ni besar, penyokong pun mula naik minyak. Ada media yang cakap Malaysia guna dukun jampi  serapah padang sampai pemain Indonesia gatal-gatal..Haippp!!!!!(nak gelak guling-guling sat..Kahkahkah!).

Lagi satu lepas sejam perlawanan Malaysia vs Indonesia malam tu heboh di Twitter dengan tajuk `malaysiacheatlaser` tersenarai rangking nombor 1 topik yang selalu di `tweet` di seluruh dunia. Wow!!!Femes kejap Malaysia time tu (bangga sikit). Sebenarnya Malaysia tak perlu nak ambik port isu ni..Ni cuma provokasi media Indonesia dengan penyokong fanatik Indonesia yang tak bertamadun. Sebab tak semua yang berperangai macam tu...Ramai lagi yang berperangai elok..Tapi kerana nila setitik habis susu sebelanga..

Ok la...Untuk pengetahuan media-media Indonesia, kami dari pihak Malaysia dah berjaya tangkap suspek a.k.a budak yang main laser tu..Jadi lepas ni jangan bising-bising lagi..Sebab budak yang kena tangkap tu bukan dari Malaysia..Tapi dari mana pun kami tak tau..Hua3..Maybe yang kena dekat muka keeper Malaysia hari tu pun dia ni jugak la kot kan..Laser pun sama kaler hijau gak.


Tengok la ni...Mangkuk ayun punya budak Ultraman ni..Sempat lagi mendarat kat padang. Tak pasal-pasal penyokong Malaysia kena tuduh.




Bukan sekor yang datang...Tapi nah!!!Segerombolan!!! Kahkahkah!



Lepas ni kita tak payah gaduh-gaduh lagi naa...Bukan penyokong Indonesia mahupun penyokong Malaysia yang main laser tu..Tapi....Si budak Ultraman ni yang yang buat pasal nak rosakkan hubungan Malaysia dengan Indonesia. Lepas ni jangan kecoh-kecoh lagi..Kita pakat-pakat serang Ultraman dengan laser sama-sama ok!!!kehkehkeh!

Buat pasukan Malaysia yang turun tanpa 3 tonggak utama iaitu Mahali Jasuli(digantung), Amirulhadi Zainal(digantung), dan Kyril Muhymeen(cedera), esok lakukan yang terbaik..Kuatkan mental dan main dengan  bersemangat serta berdisiplin!! Malaysia akan menang esok seterusnya  mencipta sejarah merangkul kejuaraan Piala AFF Suzuki buat kali pertama. Ayuh!!Malaysia boleh!!!


Agak-agak korang esok berapa keputusan jaringan Final Kedua Piala AFF Suzuki antara Indonesia vs Malaysia. Saya target 2-1. Korang???^_^



Monday, December 27, 2010

Final Piala AFF Suzuki: Suspek Main Laser Tertangkap Jugak Akhirnya!

Share
Final Piala AFF Suzuki: Suspek Main Laser Tertangkap Jugak Akhirnya!

Kecoh semalam game Malaysia vs Indonesia stop 5 minit sebab laser...Budak mana la yang main semalam tu..Buat menyusahkan orang. Nasib baik game tak cancel...Hebat jugak penangan laser ni sampai jadi isu besar kat twitter. Tapi...Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga orang cakap kan..Nak lari mana..Kamera banyak..Mesti dapat tangkap jugak suspek yang main laser tu..Apa hukuman kita nak bagi kat dia ni??? Jom tengok gambar suspek tu kat bawah.

v

v
v

v

v

v

v

v

Haaa...Ni la dia gambar suspek tu yang tertangkap dek jurukamera yang guna kamera mahal kat situ.


Oooo...Korang nak tangkap aku ye...Nak bagi hukuman kat aku la ni?? Tryla...Sekali aku fire kepala korang dengan stadium-stadium tu runtuh macam kat Terengganu tu..Hua3..Just joking^_^

Kredit to borakkosong untuk gambar ni.

Final Piala AFF Suzuki: Malaysia Menang Dengan Indonesia Sebab Laser ke?

Share

Final Piala AFF Suzuki: Malaysia Menang Dengan Indonesia Sebab Laser ke?

Salam 1Malaysia semua..Penat la..Suara dah tak nak keluar pulak..Penat jerit tadi^_^..Korang tengok bola tak tadi?? Tengok kat mana?? Saya tengok kat mamak je dengan 3 orang member..Nak gi stadium macam malas plak..Maybe kat Indonesia nanti pegi kot...Muahaha(Yo lo mu ni??). Tengok tb sudah. Banyakla duit kome nak pegi sana yob!

Korang rasa Malaysia menang tadi sebab laser ke?? Laser pulak yang jadi mangsa....Tak la..Malaysia menang dengan Indonesia tadi bukan sebab laser yang penyokong halakan kepada pemain Indonesia. Tapi sebab permainan cantik Malaysia yang ala-ala pasukan Sepanyol tu (lebih-lebih la plak puji). Game terpaksa stop selama 5 minit nak redakan keadaan balik..Lain kali penyokong jangan la buat perangai macam tu..Dah larang jangan bawak benda-benda macam tu degil nak bawak jugak..Ni la satu tabiat kita..Yang larang tu la nak buat sangat kan...

Haa...Ni nak komen sikit pasal game tadi..Nak jadi Shebby jap..Korang tengok game tadi best tak?? Bagi saya la kan, game tadi adalah game Malaysia yang paling menarik sekali. Sebab Malaysia main laju dan tersusun, kawalan bola kemas, long pass dengan short pass cantik, taktikal yang Rajagopal gunakan bagus sebab nampak Malaysia serang habis-habisan nak cari gol. Mula dari keeper sampai striker semua berfungsi dengan baik. Pemain yang nampak sangat menjadi tadi Nor Shahrul Idlan Talaha dengan Safee Sali. Sebab kombinasi 2 pemain tu la yang menyebabkan 2 gol Malaysia. 2 hantaran Nor Shahrul, 2 jaringan Safee Sali dan 1 jaringan dari Ashari Samsudin membawa Malaysia ke perlawanan akhir ke-2 di Indonesia dengan bekalan selesa 3 gol. 


 Malaysia dah sebelah kaki untuk menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam sejarah. Jadi, dengan bekalan selesa 3 gol ni harap sangat-sangat Malaysia jangan leka. Main di gelanggang keramat Indonesia yang bakal penuh dengan lautan merah nanti mesti game akan berubah bukan macam malam ni lagi. Pemain tak boleh fikir tu semua..Fokus pada game..Insyaallah kita boleh menang kat sana. Taktik mana yang kita patut gunakan tu terpulang pada jurulatih tapi jangan sepenuhnya bertahan walaupun Malaysia mungkin akan diserang bertubi-tubi nanti..Diharap kekebalan penjaga gol, Khairul Fahmi dengan benteng pertahanan Malaysia akan ampuh menahan asakan Indonesia nanti..We have no choice..We must use this chance to win...

So, tahniah pasukan Malaysia yang berjaya memenangi perlawanan tadi dengan jaringan 3-0. Kita menang bukan sebab laser tapi kita menang sebab kita main cantik, berdisiplin. Kepada penyokong Indonesia, walaupun kalah korang jangan kecewa..Jangan gaduh-gaduh. Kita serumpun..Sukan menjadi tali penghubung silaturrahim sesama kita. So, harap perlawanan akhir ke-2 nanti bakal membawa sinar baru buat bola sepak Malaysia. Kita mesti menang!!!We proud to be Malaysian!!Malaysia boleh!!Oooyeahhh!!!Nanti i nak tengok u all player-player Malaysia pegang piala tu n then bawak balik Malaysia ok!!!!^_^

Antara blogger yang buat entri pasal game tadi Admiralhafiz, Sharinginfoz, Teratakarmo, Denaihati, Wak Jengkol, J.M.R.

Ponat botoi den lepas tengok Malaysia vs Indonesia tadi sambung tengok Man Utd vs Sunderland pulak..Tahniah Man Utd menang lagi 2-0. Makin menjadi-jadi la pulak si Berbatov ni..Malam ni score 2 bijik lagi. Sebelum ni score 5 bijik dalam satu game..Gila betul!! ^_^. Korang agak-agak Malaysia vs Indonesia kat Gelora Bung Karno nanti berapa jaringan??1-0 cukup la kan..huhu

Sunday, December 26, 2010

Macam Mana Nak Promote Blog Guna E-mail Signature?

Share

Macam Mana Nak Promote Blog Guna E-mail Signature?

Salam 1Malaysia semua..Korang sihat tak hari ni? Malam ni jangan lupa tengok bola Malaysia vs Indonesia ok ^_^. Kat mana pun korang tengok samada rumah, kedai mamak, stadium, sekolah, berikan sokongan yang padu ok!!Malaysia Boleh!!

Hari ni saya nak share satu tutorial cara untuk kita promote blog melalui e-mel. Maybe ada yang dah tau tapi ada lagi yang tak tau kan. Nak promote blog ni mesti kena ada sifat rajin baru boleh berjaya. Macam saya ni pemalas sikit tu yang susah tu. Jadi, jangan ikut perangai saya ok..^_^.

OK la..Korang semua ada e-mel kan? Hari-hari guna e-mel tak? Tapi memandangkan sekarang ni dah ada Facebook, Twitter dan segala mak nenek yang lebih dasyat tu ramai orang yang dah jarang guna e-mel untuk bercinta berhubung kecuali ada urusan rasmi macam nak mintak kerja, urusan kerja dan sebagainya. Tapi masih ada yang lebih selesa guna e-mel untuk berhubung. Jadi, korang nak promote link blog/website guna e-mel tak? Apa kelebihan guna e-mel ni?? Banyak kelebihannya..Salah satu teknik promosi blog adalah gunakan signature e-mel.

Ok..Jom kita tengok tutorial macam mana nak promote melalui signature emel. Tutorial ni untuk e-mel Yahoo! saja ok.

1. Login e-mel Yahoo! korang di Yahoo Mail.

2. Bagi yang masih guna e-mel versi Classic boleh ke bahagian Options di sebelah kanan > Pilih Mail Options.

3. Kalau korang guna e-mel Classic akan keluar macam gambar kat bawah ni > Pilih Signature.




4. Tandakan pada Show a signature  on all outgoing messages.(Setiap kali kita hantar e-mel kat orang akan keluar URL kat bawah tu)




5. Pastu korang tulis la URL blog korang dalam kotak tu. Dah siap tulis klik Save Changes. Kalau tak sia-sia je tulis nanti tak keluar.:-p.

Kalau kita buat macam ni nanti bila kita reply e-mel kat kawan-kawan automatik akan keluar URL signature kat bawah sekali. Kalau kita ada artikel best nak share dengan kawan-kawan, kita send kemudian diorang akan forward artikel tu kat kawan-kawan diorang pulak ..Jadi URL tu akan tersebar dah jadi macam e-mel berantai la kan. Tu dah kira satu promosi free untuk blog kita.

Ikut korang la nak guna ke tak kan..Ikut kemahuan masing-masing. Saya cuma share je..Tapi kalau blog yang dah femes macam Hanis Zalikha, Kak Jie, Miss Lolly, Ariffshah, Ben Ashaari, Eyriqazz, MelRomeo tak payah promote pun tak pe dah kan ye dak??


Korang dah try ke belum??^_^

Saturday, December 25, 2010

Koleksi E-book Majalah PC Tahun 2010

Share
Koleksi E-book Majalah PC Tahun 2010

Selamat hari minggu kepada korang semua dan selamat bercuti khasnya buat penganut agama Kristian yang menyambut Hari Natal @ Hari Krismas hari ni. Merry Christmas diucapkan .Semalam dengan hari ni saya busy sikit buat kerja part time tolong member buat event wedding sebab tu tak sempat nak update blog semalam. 

OK la, sementara tak busy sekejap hari ni saya nak share dengan korang entri berkaitan dengan e-book Majalah PC. Bagi peminat-peminat Majalah PC yang tak sempat baca dari awal tahun sampai hujung tahun untuk tahun 2010 ni korang boleh download koleksi e-book Majalah PC yang saya kumpul bermula dari bulan Januari hingga bulan Disember 2010. Koleksi e-book Majalah PC ni diupload oleh LeeSha dari http://torrent.jiwang.cc. Saya cuma tolong share je..^_^. Kalau korang nak banyak ilmu pasal komputer ni bolehla baca Majalah PC ni..Banyak info berguna boleh kita belajar. Majalah PC majalah peveret i u know..^_^. Tunggu apa lagi...Download la cepat!!
 







 






Dah puas download ke belum ni??^_^

Thursday, December 23, 2010

Pemenang Augerah Skrin 2010(ASK 2010) Pilihan zuarxpdc.com

Share

Pemenang Augerah Skrin 2010(ASK 2010) Pilihan zuarxpdc.com

Memandangkan kehangatan dan debaran Anugerah Skrin 2010 makin terasa, blog zuarxpdc.com pun tak lupa nak memeriahkan lagi kemuncak anugerah tu untuk cuba nasib teka calon yang akan menang nanti..Nak jadi sotong Paul jap boleh??.Muehehe.

Anugerah Skrin 2010 bakal ditayangkan secara langsung (Live) di TV3 pada 24 Disember 2010, hari Jumaat ni (Esok). Sebanyak 25 buah filem, 17 telefilem dan 12 drama rantaian telah berjaya tercalon dalam ASk 2010 kali ni. Kalau nak tengok live secara online boleh ke  sini.


Antara calon pilihan blog zuarxpdc.com adalah:


Filem Terbaik - Papadom



Pengarah Filem Terbaik  - Allahyarham Yasmin Hani (Muallaf)



Pelakon Filem Lelaki Terbaik - Farid Kamil (Lagenda Budak Setan)



Pelakon Filem Wanita Terbaik - Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan)



Drama Terbaik - Taubat Nasuha



Pengarah Drama Terbaik - Jinggo (Taubat Nasuha)

 


Pelakon Drama Lelaki Terbaik - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)



Pelakon Drama Wanita Terbaik - Norkhiriah (Antara Garisan)



Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih



Drama Komedi Bersiri - Senario



Calon-calon yang tak berjaya harap maaf. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan diterima. Huahuahua



Pilihan korang plak??



Setuju tak dengan pemenang-pemenang ni?? ^_^



Kita tunggu dan lihat siapa yang kena!!!

6 Gajet Baru Bakal Muncul Tahun 2011

Share
6 Gajet Baru Bakal Muncul Tahun 2011

Tahun baru bakal menjelma tak lama lagi..Teknologi makin lama makin berkembang..Setiap tahun ada saja gajet terbaru yang akan muncul di pasaran. Teknologi sekarang memang kita tak dapat nak kejar..Lagi kita kejar lagi jauh dia tinggalkan kita.Ehh...Betul ke??. Teknologi yang dah ada pun belum lagi kita terpakai lagi..Untuk tahun 2011 nanti jom kita tengok gajet-gajet yang bakal keluar seiring dengan peredaran masa dan zaman..


Blackberry Playbook

Tablet keluaran Research in Motion (RIM) ni dikatakan pesaing terdekat bagi iPad. Dikhabarkan bakal menggunakan processor dual-core bagi menyokong ciri pelbagai tugasan aplikasi yang selalunya terdapat pada telefon pintar Blackberry. Mempunyai dua unit kamera berdefinisi tinggi (HD) di bahagian depan dan belakang. Apa yang iPad tak ada berbanding Blackberry Playbook ni adalah connection Bluetooth yang boleh transfer satu fail ke gajet lain yang ada fungsi Bluetooth.




Netbook Berkuasa Chrome

Netbook yang akan dilengkapi dengan sistem operasi Chrome yang dibangunkan oleh Google dijangka memasuki pasaran tahun depan. Chrome bakal menyaingi sistem operasi yang sedia ada seperti Windows, Mac OS dan Linux. 




LG Star

LG jugak tak mahu ketinggalan dalam perang gajet. Apa yang menarik, join venture antara LG dengan pengeluar chipset grafik iaitu Nvidia akhirnya berjaya menghasilkan versi Tegra 2 untuk telefon bimbit LG Star yang menjanjikan kualiti grafik yang lebih menarik dan cantik. LG menawarkan sistem operasi Android 2.3 (Gingerbread) dengan kamera lapan megapiksel dan berupaya merakam video berdefinisi tinggi untuk gajet LG Star.




Pengecas wayarles ElectroHub

Pengecas tanpa wayar ElectroHub itu membolehkan peranti elektronik dicas tanpa perlu dicucuk sebarang kabel padanya. Kita cuma perlu tukarkan bateri asal gajet tersebut dengan bateri keluaran ElectroHub dan kita boleh mengecasnya dengan hanya perlu meletakkan gajet pada pad pengecas. 




Tablet Motorola Android 3.0

Motorola bakal memperkenalkan tablet Motorola versi Android terkini yang dikenali sebagai Honeycomb iaitu sistem operasi sumber terbuka yang dibangunkan oleh Google yang lebih fleksible dan menarik.




iPhone 5

Apple Inc. bakal mengejutkan pengguna-pengguna iPhone dengan gajet terbaru mereka iaitu kemunculan iPhone 5 yang bakal berada di pasaran tahun depan. Walaupun belum lagi dapat dipastikan tapi  penganalisis teknologi berpendapat ianya bakal menjadi kenyataan. Kita tunggu kemunculannya..


Sumber asal: Kosmo! Online

Wednesday, December 22, 2010

Kalau Korang Rasa Ada Mak Tolong Baca!!

Share

Kalau Korang Rasa Ada Mak Tolong Baca!!

Salam 1Malaysia kepada semua pengunjung blog Sumber Informasi Terkini. Semua sihat tak? Harap-harap sihat sokmo ok. Sehari suntuk semalam tak dapat nak on9 sebab internet buat hal. Hmmmm...Ok la...Entri kali ni saya nak share satu kisah untuk semua pembaca renungkan dan selami kisah pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. Jom kita baca sama-sama..


Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia. Semasa menemuduga salah seorang calon, pengarah syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga  perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengarah itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?" 
Gadis itu menjawab "tidak".

Pengarah bertanya lagi, "Jadi ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"

Gadis itu menjawab," Ayah saya telah  meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang membayar  semua yuran pengajian saya".

Pengarah meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" 

Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah". Pengarah meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengarah berasa hairan lalu bertanya lagi,"Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?". 

Gadis itu menjawab tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya.

Pengarah tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersihkan tangan ibunya. Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan.Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kusut dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila air terkena di tangannya.

Dan gadis itu mula tersedar bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti dan calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaan yang cemerlang seorang dan juga masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengarah tersebut terperasan air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya
"Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?".

Gadis itu menjawab, "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal".

Pengarah itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab, "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu tiada kejayaan saya pada hari ini"

"Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup".

'Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan"

Pengarah itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya minta, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja disini. 

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat dengan kehadirannya...


Ok...Pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ni, kita sebagai anak jangan sesekali lupa jasa kedua ibu dan bapa yang telah besarkan kita sejak kita kecik lagi sampailah ke besar. Jasa dan pengorbanan ibu-bapa kita tak akan terbayar dengan wang ringgit. Susah senang kita sekarang ni mula dari susah senang ibu-bapa kita dulu. Ada ibu-bapa yang senang, ada yang susah untuk membesarkan kita..

Jadi, jangan sesekali kita lupa jasa dan pengorbanan mereka yang dah banyak bersusah payah membesarkan kita hingga jadi seperti sekarang. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa jagalah ibu bapa kita sebaik-baiknya...Renung-renungkanlah....Sekian....


Jangan lupa asal usul kita.....Dimana bumi dipijak..Di situ langit dijunjung...

Monday, December 20, 2010

Baru!Mobile Template di Blogger

Share

Baru! Mobile Template di Blogger 

Korang tau tak Blogger ada memperkenalkan satu ciri baru untuk memudahkan lagi browse menggunakan handphone bagi yang gunakan handphone ataupun mobile devices canggih macam Blackberry, Iphone, Ipad dan lain-lain handphone yang boleh boleh browse website.

Ciri baru Blogger ni bagus dan menjimatkan masa loading sebab cuma ciri tertentu saja yang akan keluar. Tengok gambar kat atas tu beza browse gunakan handphone dengan browse gunakan komputer. Memang nampak ketara perbezaan kan. Nampak lebih simple dan kemas. 

Kita boleh pilih samada untuk nak tukar setting orang yang gunakan mobile devices ni view nampak macam gambar kat atas tu ataupun tak. Sebab ada member saya yang tanya kenapa kadang-kadang tak boleh nak masuk. Tak tau la samada masalah browser, server ataupun sebab-sebab lain. Maybe lepas gunakan ciri baru ni semua yang view gunakan handphone tak ada masalah kot. Harap-harap macam tu la:-).




Ok la..Cara nak tukar setting ni mudah je..Tengok kat bawah:

1. Pergi ke Dashboard > Settings > Email & Mobile > Mobile Template(beta) 


2. Pada show mobile template ada dua pilihan:
Yes, show the mobile version of my template on mobile devices.
No. Show the web version of my template on mobile devices.

3. Pilih Yes dan klik Mobile Preview untuk Preview > Klik Save Settings


Lepas ni sapa yang preview gunakan handphone ataupun mobile devices yang lain akan keluar macam gambar kat atas tu. Selesai sudah ^_^.


Semalam gi tengok Konsert Ria 2010 tu kat I-city. Sekali balik kaki penuh selut sampai lutut (tipu) sebab baru lepas hujan. Wahahahaha..Tak lawak pun..:-$.

Sunday, December 19, 2010

Nak tengok Status Facebook Korang Dari Mula Sampai Sekarang tak??

Share

Nak tengok Status Facebook Korang Dari Mula Sampai Sekarang tak??

Tora datang lagi....Dengan tutorial terbaru untuk pengguna Facebook..Sapa yang suka main Facebook jangan angkat tangan..Dah tau dah semua suka main kan?Kalau tak suka pun buat-buat la suka naaa...Hmmmm...

Korang dah main Facebook berapa lama?? Setahun??2 tahun??14 Tahun?? Agak-agak la 14 tahun..Tipu la korang ni...Facebook pun lancar tahun 2004. Baru 6 tahun la..Tua 3 tahun dari Nuffnang ye dak??Mark Zuckerberg owner Facebook ni muda-muda lagi dah kaya kan. Girlfriend Mark Zuckerberg pun hot gak tau..Hot ke??

Ok la..Korang dah lama main Facebook kan..Saya baru lagi dalam Facebook..Jarang main sangat pun. Sebab tu tak banyak pun update status. Kalau korang nak tengok history status Facebook korang dari awal-awal dulu sampai la sekarang boleh guna aplikasi Facebook kat bawah ni







Amacam??Best tak??Apa yang korang membebel dari mula main Facebook sampai sekarang??

Saturday, December 18, 2010

Malaysia Layak ke Final Piala AFF Suzuki 2010 Selepas 14 Tahun!!

Share

Malaysia Layak ke Final Piala AFF Suzuki 2010 Selepas 14 Tahun!!

Tahniah sekali lagi buat pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya ke final Piala AFF Suzuki 2010 buat pertama kali dalam masa 14 tahun selepas seri 0-0 dengan Vietnam tadi. Sebelum ni Malaysia menang 2-0 di Bukit Jalil, jadi agregat Malaysia menang dan layak ke Final 2-0. Pemain-pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun kawalan bola agak longgar dan banyak lakukan hantaran tidak tepat. Tahniah buat penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang menggagalkan percubaan-percubaan bahaya Vietnam.

Sangat-sangat membanggakan buat pasukan Malaysia selepas berjaya membawa balik pingat emas Sukan SEA. Jom kita imbas balik dari pertemuan Malaysia dengan Vietnam sejak Sukan SEA hingga Piala AFF Suzuki. Malaysia kalah dengan Vietnam 3-1 pada peringkat kumpulan Sukan SEA tapi layak ke final selepas mengalahkan Thailand 1-0. Kemudian Malaysia sekali lagi berjaya kalahkan Vietnam di final Sukan SEA dan membawa pulang pingat emas pertama dalam masa 20 tahun dengan jaringan 1-0. 

Kali ni pada Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia telah menggagalkan sekali lagi impian Vietnam dengan bermain secara bertahan dan kemudian sekali-sekala membuat counter-attack berbahaya. Tapi malangnya peluang terbaik telah disia-siakan. Saya dah dapat agak yang Vietnam memang akan bermain secara menyerang habis-habisan dengan kelebihan kawalan bola + permainan laju. Tapi pertahanan Malaysia telah berjaya menyerap asakan dan telah membawa bola sepak Malaysia layak ke final buat kali pertama dalam masa 14 tahun selepas tahun 1996. Tahniah buat pemain Malaysia yang berjaya mengharumkan nama Malaysia kali ni walaupun tanpa Zaquan Adha, Aidil Zafuan dan Baddrol Bakhtiar. Dengan harapan Malaysia akan berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 ni. Malaysia boleh!!!

Tahniah buat pemain Malaysia pada Piala AFF Suzuki 2010 bawah ni



Final akan main secara timbal balik maknanya 2 kali final. Nak ke Bukit Jalil nanti!!Yeay!!!Jom sama-sama kita ke Stadium Nasional Bukit Jalil 26/12/2010 nanti nak???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive