Friday, December 30, 2011

Rahsia Pembinaan Piramid Terbongkar Melalui Al-Quran

Share

Rahsia Pembinaan Piramid Terbongkar Melalui Al-Quran

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta. (al-Qasas: 38).

Daripada penjelasan ayat al-Quran di atas jelaslah bahawa selama ini manusia menjadi hairan dan kagum bagaimanakah bangunan-bangunan yang dibinakan oleh Firaun iaitu piramid dapat berdiri megah dan perkasa di bumi Mesir pada zaman pemerintahannya hingga kini.


Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid itu?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu-batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah daripada tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug dan Dr. Michael Barsoum, menegaskan bahawa piramid yang paling besar di Giza, dibuat daripada dua jenis batuan yang terdiri daripada batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil daripada olahan tanah liat.

Baru-baru ini majalah Journal of American Ceramic Society memaparkan artikel kajian mengenai bagaimanakah Firaun membina piramid di Mesir yang mengkagumkan itu sebagai peninggalan sejarah tamadun dunia.

Kajian itu menegaskan, bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Justeru itu tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu besar dan berat ribuan kilogram. Seterusnya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi atau batu alam.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki itu dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Sehubungan itu, Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, beliau menegaskan bahawa batu itu diperbuat daripada lumpur. Selama ini tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam semula jadi dengan batu buatan manusia.

Penemuan oleh Davidovits adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira 20 tahun. Sebelum kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, Piramid Matahari dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat daripada tanah liat. Ini memperkuatkan lagi keyakinan bahawa kaedah ini tersebar luas di masa yang lalu.


Tanah liat

Sebelum ini, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan daripada pembuatan batu besar yang tersergam di puncak-puncak piramid. Beliau berkata:, "Setelah bertahun-tahun melakukan kajian dan penyelidikan, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat."

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita bahawa bangunan-bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman silam, juga dibina daripada 'tanah liat'.

Pembongkaran misteri piramid tersebut adalah hasil daripada mukjizat al-Quran yang telah berbicara sejak ribuan tahun dahulu sebelum para saintis dan ilmuan dunia menemukan rahsia tersebut.

Hairan dan ajaib, sejak 1,400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad SAW dan beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun di Mesir, memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang megah dan tersohor itu yang dikenali sebagai piramid dengan menggunakan tanah liat.

Jika ditinjau daripada kejadian Nabi Adam sebagai bapa manusia dan menjadi khalifah di bumi, adalah juga berasal daripada penciptaan tanah liat yang ditiupkan roh oleh Allah SWT dan wujudlah sebagai manusia yang pertama di permukaan bumi.

Daripada pemaparan hakikat ayat al-Quran di atas, jelaslah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT yang menciptakan Firaun dan menenggelamkan dia di Laut Merah bersama tenteranya.

Malah Allah juga menyelamatkan Nabi Musa as daripada kekejaman Firaun menuju tanah dan bumi Palestin yang didambakan sampai sekarang dan seterusnya hari kemudian.


 
Ok la. Gambar kat atas tu piramid kat Mesir. Kat bawah ni pulak kat mana? Sapa tau?:-D

Thursday, December 29, 2011

[MP3] 32 Koleksi Lagu Pengantin Baru Mediafire

Share

[MP3] 32 Koleksi Lagu Pengantin Baru Mediafire

1. A Ramli - Bahagia Menjelma
2. Ahmad Daud Zaleha Hamid - Menunggu Nasi Minyak
3. Ahmad Jaid Zaleha Hamid - Kenek-Keneklah Udang
4. Ahmad Jais - Joget Mak Andam
5. Anita Sarawak - Selamat Pengantin Baru
6. Hijjaz - Selamat Pengantin Baru
7. Irama Melayu - Joget Pengantin Baru
8. Ismail Haron - Joget Pak Mat Kahwin Lagi
9. Izam Eye & Waheeda - Kompang Dipalu
10. Junainah M Amin - Berapakah Hantarannya
11. Les Sekinchan - Gila-Gila Pengantin
12. M Daud Kilau - Di Renjis Renjis
13. P Ramlee - Gambus Jodoh
14. R Ismail - Di Renjis-Renjis
15. R Ismail - Gunung Payung
16. R Ismail - Inang Pengantin
17. R Ismail - Pengantin Bersanding
18. R Ismail - Ucapan Pengantin
19. Rafeah & Ahmad d - Sudah Kahwin Ka Belum
20. S Jibeng - Inai Di Jari
21. Saloma - Di Renjis Renjis Di Pilis
22. Saloma - Sekapur Sirih Seulas Pinang
23. Sharifah Aini - Di Malam Persandingan
24. Syarifah Aini - Joget Usik Mengusik
25. Uji Rashid & Hail Amir - Menunggu Nasi Minyak
26. Wann - Selamat Pengantin Baru
27. Zaleha Hamid - Bunga Rampai
28. Zaleha Hamid - Gendang Berbunyi
29. Zaleha Hamid - Selamat Pengantin Baru
30. Zaleha Hamid - Tukar Cincin Tempahan Perkahwinan
 


Kepada yang sedang cari pasangan nak kawin tu, baca la lirik kat bawah ni k.:-D

Mari, mari marilah
Dengarlah ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersentak si jejaka diberitakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tidak upaya mengurus diri

Terkejut si jejaka penuh persoalan di hatinya
Mungkinlah sudah jodoh itulah isterinya
Hibanya rasa hati namun tetap redha pada takdir

Asalkan punya iman itulah paling penting
Saat-saat berjumpa (hai)
Terpesona memandang (hah)
Benarkah isterinya
Menawan sungguh cantik

Cari, cari carilah
Pasangan hidup betul-betul oh kawan
Bahagia berseri
Rumah tangga akan harmoni

Terhurai dijawablah oleh mertua
Zahirnya tak sempurna kiasan saja
Memberi makna sucinya diri
Wanita solehah terpelihara
Terharu jejaka tunduk bersyukur

Jangan mudah percaya harta pangkat dan rupa
Indahnya di mata berawaslah
Rasul sudah bersabda
Insan punya agama akhlaknya mulia
Fahamilah

Lirik Lagu Cari Pasangan - Rabbani


Selamat pengantin baru kepada yang baru nak kawin. Semoga bahagia ke anak cucu^_^

Monday, December 26, 2011

[Video] Pontianak Muncul di Lepar Hilir 7, Pahang

Share



Video ni lama dah. Tak tau betul ke tak hantu Pontianak yang keluar dalam video tu. Korang tengok la sendiri. Huhu. Siap tercungap-cungap abe polis tu mengucap. Tak kan berlakon lak kan. :-D. Kepada peminat cerita-cerita seram..Layan~

Sunday, December 25, 2011

Hantu Kak Limah Sebenar Muncul di Marang

Share

Hantu Kak Limah Sebenar Muncul di Marang

MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik, rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.


Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya. Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.


Diganggu selepas bawa balik papan

“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.

“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.


Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.

Keluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.
 Sumber: Sinar Harian 



Seremmm tak?? Ce tengok kat cermin rumah korang sape yang tengah intai tu??Pelawok!Pelawok!Pelawok!Keh3

[Gambar] Romantiknya Yusry dengan Lisa Surihani

Share






Sumber foto: Sila ke Ohbulan!


Romantik sungguh merpati 2 sejoli ni. Tak lama lagi dah sah la jadi suami isteri. Bagusla tu. Sama cantik, sama padan. Kaya plak tu. Bertuah la badan. Hohoho.

Jelesnyeeeeeeeee:-p

Saturday, December 24, 2011

Batu Ajaib Ada Kuasa Sakti??

Share
 
Batu Ajaib Ada Kuasa Sakti??

BATU SANGKAR - Kemunculan batu ajaib di Batu Sangkar, Sumatera Barat menambahkan lagi keunikan daerah ini yang sememangnya terkenal dengan keindahan alamnya.

Batu ajaib yang diberi nama angke-angke itu dikatakan boleh menjadi terlalu berat dan ringan seperti kapas mengikut keyakinan orang yang cuba mengangkatnya.

Batu itu dipercayai mempunyai kuasa sakti dan untuk mampu mengangkatnya, seseorang itu perlu membaca doa tertentu.

Ramai pengunjung yang datang cuba mengangkatnya tetapi tidak berjaya kerana berat batu itu boleh mencapai sehingga beratus-ratus kilogram.

Bagaimanapun penjaga batu ini akan memberikan petua bagaimana untuk mengangkat batu itu jika pengunjung membeli cenderamata yang dijual oleh mereka.

Batu ajaib ini dilaporkan telah mula dikunjungi orang ramai sejak 100 tahun lalu dan sebanyak tujuh generasi telah menjaganya. 
 
Sumber: Utusan Online
 
 
Sebuah batu antik berwarna hitam, ada lubang kecil di tengahnya, juga ada tulisan lafaz Allah dan Muhammad di permukaannya, berbentuk seperti kura-kura, di bahagian pinggirnya berwarna tembaga. 

Sumber: Advokasi Warisan Budaya

Friday, December 23, 2011

Kad Jemputan Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa Surihani

Share

Kad Jemputan Pengumuman Istimewa Yusry & Lisa Surihani

PETALING JAYA: Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.

Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.

"Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah," katanya berseloroh.


 


Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.

Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.

 Sumber: Mstar Online



KUALA LUMPUR, 22 NOV 2011: Semakin hampir dengan penghujung tahun 2011, semakin kencang gosip yang bertiup mengatakan pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, iaitu pengarah popular, Yusry KRU dengan kekasih hatinya, Lisa Surihani bakal melansungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Yusry KRU dan Lisa Surihani dikatakan bakal berkahwin pada Februari tahun depan. Gosip tersebut mula tersebar berikutan khabar angin yang mengatakan stesen televisyen berbayar Astro telah pun mendapatkan hak penyiaran majlis gemilang tersebut.

Enggan mengiya atau menafikan tarikh tersebut merupakan detik penyatuan mereka berdua, jelas Lisa Surihani, pengumuman mengenainya akan dibuat sendiri oleh Yusry KRU sedikit masa lagi.
"Saya rasa lebih elok sekiranya pertanyaan mengenai perkahwinan kami itu dijawab oleh Yusry. Malah dia telah pun berpesan kepada saya bahawa dia sendiri akan menjawab mengenai isu perkahwinan kami.

"Cuma beri dia sedikit masa lagi kerana sekarang dia sedang sibuk menyiapkan filem Vikingdom. Jadi selepas dia menyelesaikan penggambaran filem tersebut sekitar bulan depan, bolehlah anda semua bertanyakan hal tersebut kepadanya," katanya kepada portal murai.com.my ketika ditanya mengenai isu perkahwinannya.

Menepis dakwaan jawapannya itu sebagai alasan untuk melarikan diri daripada menjawab persoalan pihak media, kata Lisa Surihani, tidak manis sebagai seorang wanita menwar-warkan kepada umum mengenai perkara tersebut.

"Jawapan yang saya berikan tadi bukanlah untuk melarikan diri daripada soalan anda semua. Cuma sebagai wanita tak manis sekiranya saya yang membuat pengumuman. Lagipun dia dah berpesan kepada saya biar dia yang memberitahu kepada umum, jadi kita tunggu sahajalah bulan Disember depan," ucapnya sambil tersenyum manis.


 

Saling mengenali tidak sampai setahun, namun tutur aktres berusia 25 tahun ini, itu bukanlah alasan untuknya menolak Yusry sebagai peneman hidupnya.

"Kami saling mengenali tidak sampai setahun. Tapi itu bukan alasan kami tidak boleh mengakhiri perhubungan ini ke fasa perkahwinan. Kerana sebelum ini saya sendiri pernah terlibat dalam hubungan cinta selama lapan tahun dan akhirnya hubungan itu putus. 

"Bagi saya masa bukanlah ukuran untuk menilai sesebuah perhubungan itu. Selagi kita bersama orang yang kita sayang, kita tidak akan pernah berhenti daripada terus mengenali dirinya. 

Jadi kalau kita kenal hanya sekejap dan berkahwin, kita masih boleh mengenalinya lagi selepas itu.Malah saya sendiri sudah bersedia untuk bergelar isteri," jelasnya yang menyasarkan usia 24 tahun untuk menamatkan zaman bujangnya namun tidak kesampaian. 

Bakal terlibat dengan dua buah projek filem bersama KRU Studio iaitu Tingkat 4 dan Ular, anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini, menafikan sekeras-kerasnya hubungannya sebagai kekasih hati Yusry, penyebab dia ditawarkan tawaran tersebut.

"Saya bakal terlibat dengan KRU Studio untuk dua buah filem iaitu Tingkat 4 dan Ular. Saya tahu ramai yang akan membuat andaian kerana saya mempunyai hubungan cinta bersama Yusry menyebabkan saya ditawarkan projek tersebut.

"Itu tidak benar sama sekali kerana pembabitan saya dalam dua buah filem berkenaan tidak disebabkan oleh Yusry. Saya ditawarkan membintangi filem itu kerana watak yang dicipta bersesuaian dengan diri saya," katanya.

Sumber: Murai
Mesti ramai yang dah dapat agak apa kejutan yang nak diumumkan oleh Yusry tu nanti. Semua peminat pun dah tau yang diorang ni memang tengah dilamun cinta. So, pihak media dah dijemput untuk buat liputan esok pagi untuk dapatkan penjelasan dari pihak Yusry dan Lisa sendiri mengenai apa yang bakal terjadi dalam waktu yang terdekat ni.
Samada diorang akan berkahwin tahun depan ataupun tak, kita sama-sama tunggu. Yang pasti, Lisa Surihani memang not available dah untuk korang. Hahaha.

 Cantik Lisa ni kan^_^

Update 24/12/2011:
Majlis pernikahan Yusry KRU & Lisa Surihani akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 23 Febuari 2012 dan resepsi perkahwinan akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 26 Febuari 2012. Tahniah!

Malaysia Naik 7 Anak Tangga Rangking FIFA

Share

Malaysia Naik 7 Anak Tangga Rangking FIFA

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan mengakhiri tahun 2011 di kedudukan ke-148 ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), naik tujuh anak tangga berbanding bulan lalu.

Peningkatan ranking pasukan negara itu adalah hasil beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur Persatuan Bolasepak Malaysia sepanjang tahun ini.  
Menurut ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan hari ini, Malaysia memungut tambahan tujuh mata selepas perlawanan persahabatan itu.

Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada Mac lalu iaitu di tangga ke-138, yang pada hakikatnya masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada 1993.  

Menerusi kedudukan terbaru itu, pasukan negara kini setanding dengan negara seperti Singapura (145), Turkmenistan (146), Lesotho (147), Samoa (149) dan Equatorial Guinea (150) dan lain-lain yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.  

Pada kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Vietnam (99), Thailand (122), Indonesia (142) dan Singapura (145).

Pada peringkat Asia, kedudukan Malaysia turut naik tiga anak tangga ke kedudukan ke-24 daripada 46 negara, berbanding tempat ke-27 bulan lalu.


Sementara itu kedudukan teratas ranking dunia masih dipegang Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, diikuti Belanda dan Jerman daripada keseluruhan 203 buah negara. - Bernama

Nampaknya pasukan Malaysia dah ada banyak peningkatan. Kalau dapat naik sampai bawah 130 pun dah ok tahun depan. Janji game friendly Malaysia mesti dari pasukan kelas A baru la cepat nak naik. Penyokong nak tengok pun best. Malaysia Boleh!

Sunday, December 18, 2011

Imej Langsuir di Kulim Berjaya Dirakam??

Share

Imej Langsuir di Kulim Berjaya Dirakam??

Baru - baru ni keluar berita di Sinar Harian pasal langsuir bertenggek atas batang paip kat Kulim. Bunyi macam seram tapi agak-agak boleh percaya ke? Bukan pe, kalau betul ramai yang nampak, mesti kecoh la kan. Tapi ada plak sorang brader ni cakap camni:

aku harap reporter yg menulis cerita ni dpt hubungi aku...aku residen kat Kulim Perdana, lokasi yg dimaksudkan tu...tp kami kat sini tak tahu menahu pun mengenai cerita ni kalau tak di terbitkan oleh paper sinar...jangan rosakkan minda anak2 kami disini...bikin panic ler laa bro...kesian bdk2..
Aih, tak kan orang yang dok kat kawasan tu tak tau cerita seram lagi menyeramkan bulu hidung ni. Pelik gak tu. Ntah betul ke tidak Sinar Harian ni, tak pun ntah betul ke tidak brader ni. :-D. Ni ha gambo langsuir tu kat bawah ni. Haha


HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.

Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai.

Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan.

Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu.

Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan.

Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu.

Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu.

Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan.

Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga.

Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya.

“Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja.

“Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka,” katanya.


Sapa orang Kulim yang dok kat situ? Ada betoi ka ceta ni??:-D

Saturday, December 17, 2011

Cara Jadikan Image Dalam Entri Blog Jadi Kabur a.k.a Image Opacity Effect

Share

 Tudiaaa..Lama dah tuan tanah tak buat tutorial pasal blog ni hangpa tau dak. Kali ni nak buat tutorial supaya jadikan image/gambar dalam entri blog korang ada kesan kabur bila mouse diletakkan pada gambar tu. Nak tengok contoh boleh letak mouse kat gambar bawah ni:


Cute tak gambo kucing ni?Macam ikan buntal pun ado ye dak? Hehe


Ok la.Kalau korang rasa blog korang pun nak bagi jadi macam tu, ikut la langkah-langkah kat bawah ni k.

Mula-mula masuk ke bahagian Dashboard > Design > Add A Gadget > Pilih HTML/Javascript

Lepas tu copy coding kat bawah ni masuk kat dalam HTML/Javascript tu
 
<style>
/* ----- Image opacity effect 1 ----- */
.post a img {
filter:alpha(opacity=100);
-moz-opacity: 1.0;
opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0;
}

.post a:hover img {
filter:alpha(opacity=50);
-moz-opacity: 0.5;
opacity: 0.5;
-khtml-opacity: 0.5;
}
</style>


Kemudian Save.

Senang je...Jadi tak????Kalau jadi ce cite^_^


Jom test drive Volkswagen dan menang Ipad 2. Klik la tengok

Tuesday, December 13, 2011

Jom Download Angry Birds Rio 1.1.0 Main kat PC!

Share

Jom Download Angry Birds Rio 1.1.0 Main kat PC!

Gua dah main complete semua 4  level Angry Birds version 1.0 kat bawah ni dah. Korang ade?? 




Sekarang ni gua nak main Angry Birds Rio 1.1.0 macam gambo kat bawah ni plak. Serius best siot main guna PC. Korang main pakai Samsung Galaxy Tab dengan Samsung Galaxy S tu tak puas dowh. (#AyatorangtakdegadgetSamsung). 



Lagi puas kalau korang main kat PC tak pun kat laptop sebab kalau geram leh tumbuk skrin tu sampai korang puas hati. Haha. 

Ni versi offline bukan online k. Tak payah nak guna internet kalau nak main.

Download kat sini 

Series Gayat: Hotel Tergantung Puncak Gunung Mont Blanc

Share
 
Series Gayat: Hotel Tergantung Puncak Gunung Mont Blanc
 
ROM - Bagi anda yang tidak mempunyai masalah gayat, mungkin boleh mencuba hotel di tepi cenuram puncak gunung Mont Blanc, Itali.

Hotel kabin berbentuk silinder dihasilkan syarikat Itali, Leap, diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter.

Menurut Leap, hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki.


Rekaan mesra alam dengan kos penghasilan 214,000 pound (RM1.05 juta) itu dilengkapi 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung Mont Blanc.


Struktur kayu itu dibina supaya dapat menahan tekanan di kawasan tinggi dan boleh dipindahkan menggunakan helikopter tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.


Sumber: Sinar Harian

Monday, December 12, 2011

Senarai Carian Hangat Google Tahun 2011

Share

Senarai Carian Hangat Google Tahun 2011

Google mengeluarkan senarai Zeitgeist (semangat masa) bagi carian terhangat di google.com.my.

Senarai itu memberi pandangan sepintas lalu berkenaan apa yang dicari oleh rakyat Malaysia meliputi acara, detik-detik menarik, dan trend baru sepanjang tahun 2011.

Dalam satu kenyataan syarikat itu berkata, pada tahun ini, senarai carian yang meningkat naik dengan pantas adalah rangkaian sosial, permainan atas talian AngryBirds, dan rakyat Malaysia juga juga amat gemar melakukan carian berkaitan rancangan realiti TV, Maharaja Lawak menduduki tangga ketiga.

”Apabila dilihat pada carian berkaitan rancangan TV, rakyat Malaysia amat gemarkan program realiti America’s Next Top Model (ANTM), X Factor USA dan American Idol 2011 adalah antara carian rancangan TV popular sepanjang tahun ini. ‘Tonton’ dan ‘Apa Itu ‘PPVRIP’ turut tersenarai sebagai carian popular, menunjukkan rakyat Malaysia mula memfokuskan terhadap TV atas talian,” katanya.

Pengguna Malaysia yang meminati teknologi turut menyumbang kepada trend carian sepanjang tahun misalnya gajet, yang dilancarkan sekadar ura-ura sahaja memegang empat kedudukan tertinggi daripada 10 carian yang meningkat naik dengan pantas seperti iPhone 5, iPad 2, Samsung Galaxy dan Android.

Dalam bertanyakan soalan berkaitan teknologi, pengguna Malaysia gemar melakukan carian untuk bertanya “Apakah itu...” untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iPad, hacking dan jailbreak. Penyanyi dan penulis lagu Bruno Mars yang melawat Malaysia pada bulan April, mendahului senarai carian berkaitan orang yang meningkat naik dengan pantas bersama-sama tiga bintang muzik antarabangsa seperti Avril Lavigne, Rihanna dan Justin Bieber yang turut menjadi imej yang paling banyak dicari pada tahun ini.

Pengguna Malaysia juga turut menggunakan carian imej dalam mengetahui berkaitan bagaimana basikal dengan gear-tetap kelihatan apabila fixie mula menjadi budaya baru, selain terma yang carian imej popular yang lain adalah seperti Domo kun maskot berbulu dari stesen televisyen Jepun, NHK.

Saturday, December 10, 2011

Senarai Penuh Pemain Kedah FA Tahun 2012

Share


Senarai Penuh Pemain Kedah FA Tahun  2012
  1. Mohd. Helmi Eliza Elias 
  2. Abdul Hadi Abdul Hamid 
  3. Mohamad Muhaimin Mohamad 
  4. Mohd. Fauzie Nan 
  5. V.Thirumurugan 
  6. Khairul Helmi Johari 
  7. Fazliata Taib 
  8. Mohd. Sabree Mat Abu 
  9. Azmizi Azmi - Baru (Perlis) 
  10. Mohd. Bashahrul Abu Bakar - Baru 
  11. Mohd. Sany Mat Isa - Baru (Perlis) 
  12. Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo - Import 
  13. Amar Rohidan 
  14. See Kok Luen - Baru (Kuala Lumpur) 
  15. Mohd. Kamal Azira Abdul Manah - Baru (USM) 
  16. Daniel Soares Neves - Import 
  17. Ahmad Basri Abdul Wahid - Baru (Pulau Pinang) 
  18. Mohd. Khyril Muhymeen Zambri 
  19. Baddrol Bakhtiar 
  20. Fiqri Mat Isa 
  21. Abdul Latiff Suhaimi- Baru (Pulau Pinang) 
  22. Mohd. Faizal Abu Bakar



PASUKAN Kedah yang dibentuk menerusi gandingan muka baharu, pemain berpengalaman dan import sekadar meletakkan sasaran sederhana bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Skuad Kenari yang disertai sembilan muka baharu termasuk dua pemain import dari Brazil berhasrat memenuhi impian peminat setia mereka meraih tiga piala, namun perlu lebih realistik dengan saingan hebat pasukan lain.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib, sasaran piala bagi musim depan diserahkan kepada peminat Hijau Kuning menetapkannya dan yang pasti mereka mahu semua piala.

“Setiap pasukan mengimpikan piala sama, namun sekiranya dapat merangkul kesemuannya ia bonus dan jika satu piala berjaya dimenangi ia sudah memadai,” katanya pada majlis memperkenalkan pemain baharu di Sri Mentaloon, Alor Setar semalam.

Hadir sama ketua jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan dan ketua jurulatih Piala Presiden, Mohd. Nidzam Adzha Yusof.

Namun, sebelum menempuh saingan baharu, Kedah bakal kehilangan pembimbing berikutan penggantungan tujuh perlawanan ke atas Wan Jamak dan empat perlawanan bagi penolong jurulatih, Radzi Mat Din dan jurulatih penjaga gol, Ahmad Sobri Ismail.

Wan Jamak didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika Kedah seri 1-1 dalam aksi menentang Perak pada perlawanan terakhir Kumpulan A saingan Piala Malaysia, 28 September lalu.

Bagi Hamdan, isu ini merumitkan pengurusan Kedah, namun pihaknya mempunyai satu sistem bagi memastikan persiapan pasukan tidak terjejas.

Katanya, sepanjang penggantungan itu, tugas Wan Jamak akan diambil alih Mohd. Nidzam bagi mengharungi tempoh sebulan tersebut.

“Dalam tempoh itu, sebagai ketua jurulatih, Mohd. Nidzam akan membimbing kedua-dua pasukan sekali gus iaitu skuad utama dan Piala Presiden.

“Ini dilihat baik untuk pasukan kerana Kedah mempunyai banyak pilihan pemain selain fokus Mohd. Nidzam selepas ini adalah mencungkil bakat baharu untuk diserap ke dalam pasukan utama,” katanya.

Skuad Kenari membariskan tujuh muka baharu iaitu dua bekas pemain Perlis, Azmizi Azmi dan Mohd. Sany Mat Isa, selain Mohd. Bashahrul Abu Bakar yang kesemuanya merupakan pemain pertahanan.

Tiga muka baharu lain yang merupakan pemain tengah ialah See Kok Luen (Kuala Lumpur), Mohd. Kamal Azira Abdul Manah (Universiti Sains Malaysia) dan Ahmad Basri Abdul Wahid selain bekas penyerang Pulau Pinang, Abdul Latiff Suhaimi.

Dua pemain import yang berasal dari Brazil pula ialah Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo merupakan pertahanan yang sebelum ini mewakili kelab Brothers Union FC (Bangladesh) dan pemain tengah, Daniel Soares Neves atau Baroni yang mewakili Cruzeiro E. Clube di Brazil.

Skuad Kenari turut mengekalkan pemain berharga mereka, Baddrol Bakhtiar yang mengetuai Harimau Muda menjuarai acara bola sepak Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini selain penyerang, Mohd. Khyril Muhymeen Zambri, Mohd. Faizal Abu Bakar, Amar Rohidan dan V. Thirumurugan.

Pemain lain ialah pertahanan kental, Mohd. Sabree Mat Abu, Mohd. Fauzie Nan dan Khairul Helmi Johari serta tiga penjaga gol, Mohd. Helmi Eliza Elias, Abdul Hadi Abdul Hamid dan Mohamad Muhaimin Mohamad.






Pemain Import Kedah musim 2012


NAMA-NAMA besar dalam pasukan Kedah musim lalu, antaranya ketua pasukan, Ahmad Fauzi Shaari, Mohd Azmi Muslim dan Azlan Ismail tidak lagi bersama skuad Hijau Kuning apabila kontrak mereka tamat dan memilih haluan sendiri.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, bagi musim depan, lapan pemain tidak lagi bersama pasukan, iaitu Mohd Al-Hafiz Hamzah, Mohd Firdaus M Faudzi, Ahmad Shakir Md Ali, Shafizan Hashim, serta Mohd Shahril Faizal.

“Ahmad Fauzi, Azmi dan Azlan tidak menyambung kontrak dengan Kedah kerana mereka mahu berhijrah. Mohd Al-Hafiz pula atas faktor usia, Mohd Firdaus prestasinya tidak menentu, Ahmad Shakir mohon pelepasan, yang lain pula kerana kontak tamat,” katanya, pada sidang media, semalam.

Menurutnya, walaupun kehilangan nama-nama besar yang dianggap penggerak utama dalam pasukan, namun pihaknya bersyukur kerana pemain utama pasukan, seperti Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Amar Rohidan, Mohd Sabree Abu dan Mohd Fauzie Nan tetap setia bersama Kedah.

“Kedah bersyukur kerana Baddrol kekal bersama kita dan menolak tawaran pasukan dari Indonesia. Ini membuktikan Baddrol sayangkan pasukan negeri kelahirannya. Kita juga ada beberapa pemain yang belum tamat kontrak dan jika berminat, kontrak mereka boleh disambung semula,” katanya.

Pemain import, Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo berkata, Kedah mempunyai ramai pemain berbakat dan dirinya berasa sungguh bertuah dapat bergandingan dengan beberapa pemain dalam pasukan itu, yang turut beraksi dalam pasukan negara.

“Saya banyak bermain dalam liga kelab di Brazil sejak lima tahun lepas. Saya gembira terpilih untuk beraksi bersama Kedah selama setahun, dan jika Kedah berpuas hati dengan prestasi saya, saya pasti mahu kekal di sini,” katanya.

Daniel Soares Neves pula yakin dirinya tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di negeri ini, kerana sudah berada di Kedah selama 20 hari.

“Saya akan sesuaikan diri secepat mungkin dengan cuaca dan rentak permainan pasukan Kedah, bagi saya ianya bukan masalah besar,” katanya.

Ketua Jurulatih baru, Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata, sekiranya Kedah dapat menjulang satu daripada tiga piala pada musim depan, ianya sudah cukup memadai, walaupun sasaran adalah untuk menjulang tiga piala.

“Saya dapati pasukan lain lebih banyak melabur untuk dapatkan pemain hebat, namun saya tetap yakin pada pemain Kedah untuk julang sekurang-kurangnya satu piala,” katanya.

Pembantunya, Wan Jamak Wan Hassan berkata, dia yakin dengan barisan utama pasukan walaupun sembilan daripada pemain diserapkan daripada pemain Piala Presiden.

“Kita tidak lagi ketandusan pemain muda kerana ramai berbakat besar dalam Piala Presiden diserap dalam Liga Super.

"Saya yakin dengan adanya pemain import, ia baik untuk pemain tempatan bersaing dan harap mereka perlu komited dan berdisiplin,” katanya.

Sumber: Kosmo Online

Langsuir Bertenggek di Kulim??

Share


Langsuir Bertenggek di Kulim??

HI-TECH, Kedah – Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.

Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.

Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh.

“Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.

“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.

“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.

“Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu.

“Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.

Cubaan Sinar Harian pergi ke tempat kejadian untuk merakamkan imej lembaga itu bagaimanapun gagal.

Sumber: Sinar Harian

Friday, December 9, 2011

Kontroversi Bayaran Penulis Novel Ombak Rindu Terjawab

Share

Kontroversi Bayaran Penulis Novel Ombak Rindu Terjawab

SHAH ALAM – Penerbit Alaf 21 Sdn. Bhd., Datuk Hussamuddin Yaacub hari ini tampil memberi penjelasan sebenar berhubung kenyataan penulis asal novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari yang mengatakan beliau tidak menerima bayaran setimpal selepas karyanya diangkat menjadi filem.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf (KMK) berkata, sikap Fauziah disifatkan sebagai tidak bersyukur tetapi tetap memaafkan tindakan penulis tersebut yang dilihat seperti tidak memahami kandungan kontrak yang ditandatangani sebelum ini.

“Pihak kami telah menjelaskan kepada penulis-penulis kami untuk membaca dan memahami sepenuhnya kandungan kontrak sebelum tandatangan”.

“Malah, di dalam kontrak, terdapat klausa yang menyatakan pihak penerbit boleh melakukan apa sahaja kepada hasil karya penulis sama ada didaptasi kepada pelbagai bentuk tanpa perlu merujuk kepada penulis,” katanya dalam sidang media, di Auditorium KMK, pagi tadi.

Sehubungan itu, Hussamuddin mengingatkan penulis-penulis baru supaya meneliti dan memahami kandungan kontrak bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

Memandangan ini merupakan pengalaman pertama oleh pihak penerbit, Hussamuddin tetap memaafkan Fauziah dan enggan mengenakan tindakan undang-undang tetapi Fauziah perlu memberi penjelasan kepada umum mengenai hal sebenar.

Sementara itu, isu bayaran tidak berbaloi yang dibangkitkan Fauziah sebelum ini adalah tidak tepat.

Hussamuddin berkata, Alaf 21 mengakui yang mereka sebagai penerbit eksklusif novel hanya menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures untuk menjadikan Ombak Rindu menjadi sebuah filem.

“Fauziah menerima 40 peratus dari jumlah tersebut iaitu RM1,600 dan selebihnya milik Alaf 21. Untuk pengetahuan semua, bukan strategi kami (Alaf 21) meminta bayaran lumayan dari pihak penerbit filem.

“Projek filem adaptasi ini merupakan satu langkah promosi untuk melariskan kembali jualan buku yang kini sudah kembali dicetak sebanyak 40 ribu naskah,” katanya.

Katanya, sekiranya cetakan baru ini habis terjual (kini 20,000 naskah laris), Fauziah bakal menerima RM50 ribu dalam bentuk royalti seperti yang mereka lakukan sebelum ini.

Dalam pada itu, Hussamuddin turut menjelaskan bahawa novel Ombak Rindu sebelum ini sudah tercetak sebanyak 23 kali dan Fauziah sudah menerima lebih RM219,000 dalam bentuk wang royalti sejak jualan pertama sekitar tahun 2002.

Sumber: Sinar Harian 


Filem Ombak Rindu tengah hot lagi kat pawagam sekarang ni. Dah berapa juta sampai hari ni kan. Dasyat betul>_<.

Pencuri Pakaian Dalam di Seksyen 7 Shah Alam

Share
 
Pencuri Pakaian Dalam di Seksyen 7 Shah Alam

SHAH ALAM – “Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini", ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.

Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.

“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya,” katanya.

Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.

Sumber: Sinar Harian


P/S: Jangan gantung pakaian dalam korang merata-rata:-D

Sunday, December 4, 2011

[Video] Fique - Dan Goal!!(Lagu untuk Pasukan Harimau Malaya)

Share
Masa tengah tengok-tengok Facebook nak baca berita or story best-best nak masuk dalam blog, saya ternampak link lagu ni. Bila dengar sekali best plak. Lepas dengar dua kali, lepas tu tiga kali baru puas hati.:-D.

Apa yang menarik, lagu dan lirik ditulis masa perlawanan Malaysia vs Bahrain di Stadium Bukit Jalil baru-baru ni. Jom dengar sama-sama. Memang sedap lagu ni. Series!! Sesuai untuk semua peminat dan pemain bola sepak Malaysia a.k.a Harimau Malaya!Aummmm!!


Thursday, December 1, 2011

Bukti Nabi Musa Belah Laut

Share

Bukti Nabi Musa Belah Laut

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - www.kosmo.com.my

Wednesday, November 30, 2011

Penjelasan Shida Harmi Berkaitan Gambar Mesra Bersama Khairul Fahmi

Share

Penjelasan Shida Harmi Berkaitan Gambar Mesra Bersama Khairul Fahmi


 Kredit to Rotikaya.com

Akhirnya semua isu dah pun hampir selesai dengan penjelasan daripada tuan punya badan sendiri iaitu Shida Harmi. Gambar-gambar Shida Harmi dengan Khairul Fahmi a.k.a Apek sebenarnya disebarkan oleh orang lain yang memang dengki dengan populariti Apek sendiri. Gambar tu boleh tengok kat sini

So, lepas ni Apek kena sentiasa berhati-hati nak bergambar dengan orang lain sebab tak semua orang suka kita walaupun di depan nampak baik tapi kat belakang memang sebaliknya. Biasa la bila dah popular ramai yang dengki kan.


Persoalannya sekarang siapa yang menghantar emel tu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive