Thursday, January 27, 2011

Home » » Misteri Segitiga Bermuda Yang Belum Terungkai...

Misteri Segitiga Bermuda Yang Belum Terungkai...

Share

Misteri Segitiga Bermuda Yang Belum Terungkai...

Korang minat tak dengan cerita-cerita misteri? Saya kalau bab-bab misteri ni memang peminat nombor 1..Cerita hantu, UFO, Illuminati, lagi benda pelik-pelik yang jadi kat dunia ni memang best kalau nak baca. Tak boring...Sebabnya...Misteri...........Huhu. 

Kali ni saya nak share cerita berkaitan dengan misteri segitiga Bermuda..Memang misteri kan cerita ni..Sampai sekarang pun orang tak tau macam mana kapal besar-besar tu boleh hilang sampai tak dapat dikesan..Pelik! Besar tapi habuk pun tak jumpa...Kalau korang peminat cerita-cerita misteri ni boleh la join sekaki ngan saya..Terjumpa aktikel lama-lama kat dalam laptop ni jadi saya pun share la k..Meh baca meh..^_^.
  
KEGEMBIRAAN Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri. Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.

Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.

Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.

Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.

Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.

Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.
 
 

Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’ itu.

Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!

Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.

Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya ‘menelan’ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.

Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.

Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.

Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.

Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.

Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.

Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.

Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.


Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.

Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes. Ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.

Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.


Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.

Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu.

Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini......




Best tak korang? Korang rasa sebab apa benda ni jadi?Ada UFO kah??Raksasa makan kah??Kena sedut ke langit kah?Huk3. Jom tengok dinosor plak!!


35 comments:

YanaMIB said...

kisah bermuda segitiga ni x penah habes kn..

ms sy pi kursus kawen br2 ni kn, ada sorg ustaz tu berpendapat kt situ kerajaan jin...hehe mungkin btol kn ;))

zuar said...

aah..tu la..maybe kot..dh ustaz pun leh kata cmtu..maknanya betul la misteri ni jadi kn..huhu.heran dan pelik gak cane leh jadi^_^

Mr azraan said...

bile lah nak abis misteri nie...dok sabor pulok..8-}

delarocha said...

sehebat hebat amerika pegi bulan, misteri kat segi tiga bermuda pun masih gagal dikaji. kuasa tuhan

fAiRy PrInCesS said...

jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.. huhuhuhu :D

syahira abdullah said...

heehee minat jugak cite2 mcm ni...
missssterrriiii............

zuar said...

mr azraan: dok tahu bila nak hbs bro..xde kesudahan kot..hehe

zuar said...

delarocha: amerika penah sampai kat bulan ke bro??xpernah lg orang smpi ke bulan rasanya..konspirasi semua tu..huhu

fairy princess: biarla hidup anda dipayungi mak-mak datin..wakakaka

syahira: jomla sama-sama minat..best ni..huk3

Anonymous said...

dengarnya segi tiga bermuda la tempat kerajaan iblis bersemayam..nk cite pon tak reti tap de dlm buku..

Diana said...

salam..
entri ni sgt sgt sgt menarik..:))
salam perkenalan..

Hafriz el-Muhammady said...

bkn ke tmpt prtmbungan angin adlh tmpt d mana jin bkumpul..?

amry said...

aku minat gak bro pasal segitiga bermuda ni. dari kecik aku minat, tapi tak der la sampai buat research. hehe.... memang pelik tempat tu. blog bawah ni ada gak buat entry pasal segitiga ni, tapi lebih kepada unsur islam. cuba la tengok

http://skel-exprezz.blogspot.com/2011/01/segitiga-bermuda.html

zuar said...

tq amry..aku mmg suka bab2 cmni..mmg kalau ada 100 bijik buku pun sanggup aku baca..hehe

Anonymous said...

terbaik bro...
memang ak mnt la menda cmni
so byk kn post agy ya
newbie.
heh

Anonymous said...

mmg misteri lah psal segitiga bermuda tu....rase mcm nk tau lgi mengenai segitiga bermuda tu..

Amy said...

good info..

Anonymous said...

apa pun jenis nya itu tetap ciptaan yang kuasa..

zuar said...

yup.tepat sekali.Hanya Allah je yang tau:-)

Anonymous said...

tipu semua

Anonymous said...

nk tau gi siasat sndri...brani?

Sandha L Danielle said...

misteri kehilangan juru terbang wanita Amelia Earhart pun masih belum terungkai.

Anonymous said...

pngn tau lbh jauh tg misteri segitiga bermuda

Anonymous said...

Bro,dulu gua ada denga kisah sorg pilot islam yg hampir terjunam kt sgitiga bermuda tu tp dy sempat AZAN n kapal terbang dy back to normal.. cm menarik.. try la bt research kisah tu..

Anonymous said...

MISTERI BTUL HANYA ALLAH YANG TAHU

Anonymous said...

rase cam nak try masuk je... :p

ibh said...

Sue dr zaman sekolah lg suka dgn cerita misteri segitiga bermuda ni...

picco said...

salam, rasenye dlu david copperfield penah try masok kt segitiga gune magic tpi x berjaya,x tau la betol ke x..sume kejadian ade hikmahnye kn,tu la kebesaran allah

SKSLink.com said...

Ni dok target versi Bahasa Malaysia jer. Tang bab omputih takder ker: Misteri Pandora

Anonymous said...

teruskan usaha anda good job,harap ada lagi cerita yang misteri yang akan dipaparkan........

Anonymous said...

Yang david copperfield try msk segitiga bermuda tu mmg pnh dgr..tapi x tau tul ke x..dia yg bela jin pun x leh msuk so camner tu?

Anonymous said...

aku pun penah tgk wawancara / baca dlm majalah pasal org malaysia yg naik pesawat tp dpt go thru segitiga bermuda.Dia azan.Tp aku tak tau la ngapa citer ni mcm depa cover2 sikit..Takut org US investigate mamat tu atau buat experiment lak kat mamat tu nanti.

Anonymous said...

Tempat duduk para dewa2 kot....

MizuCool said...

Aku rase tu tempat dajal nak bangun kowt sebab segi tiga ni kan tanda tanda dajal







Anonymous said...

aq bce kt blog 2..ade ustz dia brckp dgn jin..dia tnye la sal segitiga brmuda ni..jin 2 ckp tmpt 2 mcm srks diorng rr..

Reza Abdillah said...

Informasinya sangat bagus gan, sangat mudah dibaca dan dipahami isinya...
thanks yaa, jangan lupa juga untuk berkunjung ke web ku, oke!
Misteri dan Sejarah Benua Atlantis
Kurau Blog : Blog Tempat Pengetahuan dan Informasi
Cara Menghasilkan Uang dari Blog
Cara Mudah Belajar Forex Untuk Pemula
Cara Memutihkan Wajah Secara Alami
3 Destinasi Wisata Pantai di Bali Terbaik
Cara Install Ulang Windows 7 dengan Flashdisk

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive