Sunday, February 6, 2011

Home » » 10 Tips|Panduan Membeli Handphone|Telefon Bimbit

10 Tips|Panduan Membeli Handphone|Telefon Bimbit

Share

10 Tips|Panduan Membeli Handphone|Telefon Bimbit

Salam 1Malaysia kepada semua yang baca artikel ni..Lama dah tak update blog ni..Balik kampung memang bz tak sempat nak tengok blog.

Korang ada handphone tak? Zaman sekarang ni kalau orang tak pakai handphone ataupun dalam bahasa melayunya telefon bimbit memang agak pelik kan. Sebab mahal ke murah handphone tu orang tetap akan guna sebab mudah nak berkomunikasi kalau kecemasan, hal-hal penting, nak call awek, pakwe, sedara-mara dll. Memang jarang jumpa orang yang tak pakai handphone sekarang ni  betul tak? 

Handphone sekarang ni pun dah mampu milik sebab ada yang murah, ada yang mahal. Kalau dulu ye la handphone tu memang boleh dikatakan susah la jugak nak dapat dengan harga murah kan. Tapi walaupun ramai yang dah pernah pakai handphone tapi masih ada yang tak pernah sentuh pun handphone walaupun murah..Tu kira cerita lain..

Ok la..Kebetulan pulak saya baca paper Harian Metro ada tips sebelum kita beli handphone. So, saya share la kat sini dengan ayat-ayat sendiri. Korang kalau nak beli handphone baru boleh baca tips kat bawah ni k.


Tips/Panduan Sebelum Beli Handphone/Telefon Bimbit

1. Kenalpasti lokasi ataupun kedai yang meyakinkan
Kalau kita nak beli sesuatu benda yang berkualiti, mesti kena survey tempat yang elok dulu kan. Yang memang boleh kita percaya tempat tu bukan jual barang-barang tiruan/tipu. So, pilihla kedai-kedai telefon yang memang kita rasa tempat yang betul untuk beli handphone dan bukan di kedai mainan.

2. Rancang Perbelanjaan Ikut Kemampuan
Yang ni pun penting jugak sebab kalau kita nak beli handphone kita mesti dah buat kira-kira berapa bajet nak beli handphone tu. Bukan pe, takut nanti dah sampai di kedai telefon tu berkenan pulak handphone mahal tak padan dengan bajet. Tapi bila balik rumah, pokai..Huk3

3. Cari Info Berkaitan Handphone Yang Nak Dibeli
Cari la sebanyak mungkin info untuk rujukan kita. Tengok apa fungsi yang ada sebelum buat pilihan. Buat perbandingan dengan handphone-handphone yang lain yang lebih kurang sama harga.


Tips/Panduan Semasa Beli Handphone/Telefon Bimbit

1. Buat tawar-menawar dulu. Compare harga di tempat-tempat lain.  Kalau pandai tawar-menawar memang untung la korang. Tapi bukan menepung tawar k. Tu untuk orang kawin je..:-p

2. Jangan bagitau bajet yang kita ada. Survey dulu sebelum beli sebab takut kena tipu.

3. Pastikan jaminan/warranty yang diorang bagi contohnya:
- Warranty kedai/warranty pengeluar
- Pastikan set original (Zitron)/ set AP. Set Zitron lebih mahal dari set AP.
- Berapa lama tempoh warranty. Lagi lama lagi bagus.
- Warranty aksesori contohnya bateri, software, speaker dll.

4. Pastikan ada cop SIRIM, barcode dan tarikh bila dikilangkan.

5. Pastikan nombor EMEI yang ada di handphone dengan jurujual adalah sama.

6. Pastikan semua aplikasi handphone berfungsi. Mintak jurujual bukak dan korang check semua berfungsi dengan baik atau tak.

7. Last sekali, dah puas hati pastikan duit cukup kemudian baru bayar..

Begitula sikit sebanyak info yang saya dapat untuk dikongsi dengan korang semua…Hope korang puas hati k...^_^

Malam ni Chelsea jumpa Liverpool..Agak-agak team mana yang menang erk??Kalau dua-dua seri ok tak?^_^.Torres cakap dia tak pernah cium badge Liverpool..Isk3

3 comments:

Kech Hidayah said...

hp baru je buat hal...berguna la tips neh..tapi simpan duit dulu.kehkehkeh...

zuar said...

kech: haaa..nak mintak hp baru la tu...haha.ni mesti sllu mengumpat kat hp lama ni.sbb tu dia bt hal..hehe

DiskonTop said...

Thanks for the info.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive