Monday, February 14, 2011

Home » » Mark Zuckerberg Makan Bersila Pun Nak Kecoh Ke?

Mark Zuckerberg Makan Bersila Pun Nak Kecoh Ke?

Share

Mark Zuckerberg Makan Bersila Pun Nak Kecoh Ke?

Salam 1Malaysia semua..Korang sihat? Dah makan? Makan bersila ke duduk??Bukan bersila tu pun kira duduk gak ke? Huhu. Hari ni paper Kosmo! ada keluarkan berita pasal pengasas Facebook, Mark Zuckerberg tu makan bersila. Eleh!Tu pun nak kecoh kan..Korang baca lagi tak? Meh baca meh!


PALO ALTO, California – Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg makan bersila dekat pintu sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.



Zuckerberg yang berusia 26 tahun dan bilionair termuda dunia dengan anggaran kekayaan AS$16 bilion (RM48.81 bilion) memakai baju T, kasut sukan dan seluar jean Levi’s semasa dia makan makanan Mexico yang dibeli dari sebuah gerai di tepi jalan baru-baru ini.


Seorang pejalan kaki berkata, pengasas Facebook itu tidak dikawal oleh seorang pengawal keselamatan.


“Dia (Zuckerberg) berjalan di gerai itu, menunggu dalam barisan seperti orang lain dan membeli ayam, nasi dan kerepek tortilla dengan harga AS$4 (RM12.20) untuk makan dengan seorang rakan di satu laluan ke sebuah kedai,” katanya.


Pengasas Facebook itu kelihatan seperti seorang pelajar yang tidak berduit semasa dia berdiri dan makan bersila.


Zuckerberg menyewa sebuah rumah yang mempunyai tiga buah bilik di sini dekat dengan pejabatnya.

Dia tinggal bersama kekasihnya, Priscilla Chan, 26, yang merupakan pelajar jurusan perubatan.


Zuckerberg turut memandu sebuah kereta Honda berusia lima tahun walaupun dia merupakan antara orang yang paling kaya di dunia.


Dia mencipta Facebook di dalam bilik asramanya di Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 2004.


Namun, Zuckerberg tidak menamatkan pengajiannya di universiti tersebut dengan alasan untuk menumpukan perhatian ke atas Facebook.


Pengasas Facebook itu menjadi bilionair termuda semasa dia berumur 23 tahun. – Agensi


Haaa...Tu dia...Orang kaya tapi melantak tak kisah kat mana-mana pun janji perut kenyang ye dak?? Tak memilih..Tak macam orang kaya pun...Hidup simple je..Janji senang hati kan..Tak menunjuk sangat yang dia ni kaya..Merendah diri..I loike..Bila la nak jadi macam dia ni kan???


Yuhuuuu!!!!!Esok cuti umum..Bagi umat Islam, sempena Maulidur Rasul ni, marilah sama-sama kita menghayati pengorbanan Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Yippii!!!!Blackberry Free..........................

17 comments:

fAiRy PrInCesS said...

haah.. bagus kalo ade orang camni. setengah tu x jadi jutawan lagi pon dah nak berlagak lebih.. huhuhuh

xazryx said...

alaa .dia mmg jenis low profile pon .tgk rumah dia pon tau .

kelll said...

hahaha tu la tu. klu makan tertonggeng baru aku heran

~ Cik Azz ~ said...

Kann...

Orang yg tak kaya lagi berlagak giler dari orang kaya...

Kalau si MZ tu makan lemak cili padi perut + rebung barulah naik hairan sikit... =))

Sabahan Bloggers Club said...

Salam.
Dia billionaire. Apa saja dia buat mesti ada yang nak ambil gambar.... ;)

s.y.a.r.q said...

kalau dye makan petai ngn sambal belacan baru mak tekejut noks..hahaha

decrewz said...

Tabik beb... Org kaya yang x reti buat cara org kaya.. (bukan x reti, tapi low profile beb..)

zuar said...

fairy princess: tau xpe fairy...baru je ada duit lebih ckt dh berlagak nak mampus kn.huhu

azry: memang dia ni low profile pun.jenis xmenunjuk..tu yang bagus tu

kelll: hahahaha.makan tertonggeng cane plak?ko tunjuk leh tak?hehe

zuar said...

cik azz:lemak cili api + perut??Wow!!!Sedap tu..hehe

sabahan blogger: biasala..orang femes memang cmtu..tp dia xrasa femes kot..huhu

syarq: kah3..agak2 makan petai..habis satu opis berbau mark zuckerberg kentut nnti...hua3

decrewz: tu la pasal..low profile gile..huhu.aku suka orang cmni

faiz said...

setuju dengan tajuk..haha..bila low profile lagi style

zuar said...

faiz: tu la pasal..xpyh nak bangga2 diri ye dak?duit xleh bawak ke mati pun..dalam keranda boleh la..^_^

amry said...

kaya tapi simple....i like too...
kita orang malaysia papa asala bergaya. adehh

rajin said...

suatu hari nnt aku yg akan wakilkan org melayu yg beratitud mcm nie la...bilionwan yg sempoi...AMIN...

TanyaLelaki said...

apo la si zukerberg ni.. Dia saje je nak buek camtu. nak dapat publisiti murah.. dh la curi idea aku masa kt universiti sama2 hari tu..

Tips Power

admin said...

zuarxpdc.com pun penyebar berita kecoh nie gak kn...?...so? 2x5 jer...he3x mmg kecoh...

zuar said...

amry: tula pasal..huhu

rajin..insyaallah..aku akan jadi cmtu satu hari nanti..ecece..hehe

tanyalelaki:publisiti dia dh byk la..sampai nak berak pun orang nak amik gambar.hua3

admin:memang nak bagi kecoh pun sbnrnya..keh3

ryzalyusoff said...

thats y la i really admire him :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive