Nama Saya Safee Sali!Bukan Sapi!Bukan Sasa!
Nak tergelak sampai guling-guling pun ada bila baca berita ni..Tak tau la sebab pe..Korang baca la sendiri..Keh3
Saya Lebih Selesa dipanggil Safee
WALAUPUN pelbagai gelaran diberi kepadanya sejak menyertai Pelita Jaya, tetapi Safee Sali menegaskan dia lebih selesa dikenali dan dipanggil dengan nama Safee.
Selain digelar sebagai ‘Bambang Pamungkas Malaysia’ oleh media cetak di Indonesia, Safee yang menjadi perintis pemain bola sepak Malaysia beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) turut dipanggil ‘Sasa’ - singkatan awal namanya dan bapanya.
Dek kerana sebutannya itu, namanya seolah-olah sama dengan sapi (panggilan nama lembu di Indonesia). Ada yang mengesyorkan kepada penyerang prolifik itu agar dia ‘mencipta’ nama baru yang lebih komersial bagi mengelakkan tersalah sebutan, terutamanya di kalangan peminat kecil.
Malah, beberapa peminat kecil yang melihat aksinya ketika pasukannya berlatih di Puncak, Bogor hujung minggu lalu menjerit-jerit namanya dengan panggilan ‘sapi’ tetapi bekas penyerang Selangor yang muncul penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF dengan lima gol, sedikit pun tidak mengambil hati.
“Saya tidak kisah dengan sebutan yang seakan sama itu, mereka kecil lagi dan saya tidak ambil hati. Namun, saya lebih selesa dikenali sebagai Safee. Saya mahu membina kerjaya saya dengan nama Safee dan mahu orang mengenali saya dengan nama itu,” katanya.
Sementara itu, pengurus peribadinya, Zakaria Rahim, turut sependapat dengan Safee apabila menegaskan penyerang itu tidak perlu menukar namanya.
“Namanya sudah cukup komersil dan terkenal di sini,” katanya.
Sumber: Bharian Online
Kah3. Tak beragak langsung. Panggil la nama betul-betul. Punya la femes Safee Sali tu. Boleh plak nak tukar panggil sapi...Ingat lawak ke buat lawak camtu. Ngehehe. Tapi ada je yang nama Sapi..Sapi Kavarodi..My pren kat Kemaman Supply Based. Sedap pe nama tu.
Jangan nak samakan dengan lembu plak!
3 comments:
sapi tu mcm lembu upin ipin tu.ihihihi
hik3. cian kat die. name tu mak bapak die yang bagi.. ;)
iwan:hahaha..tu la pasal
fairy:hehe..nama dah sedap..nk tkr nama nape plak kn fairy..huhu
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D