Salam 1Malaysia semua..Korang tengok berita tak harini? Kalau korang tengok berita sukan dalam Buletin 1.30 dengan Buletin Utama tadi mesti korang tau pasal kaki jaguh basikal negara yang digelar "The Pocketrocketman" tercucuk serpihan kayu.
Kalau tengok dari dekat gambar kaki Azizulhasni tu memang ngeri kot. Sampai tembus kaki..Tapi apa yang menarik Azizulhasni sempat lagi bangun untuk teruskan perlumbaan kemudian dapat pingat gangsa dalam acara Final Keirin di Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester.
Ni berita pasal kejadian tu dari Utusan Online
MANCHESTER 20 Feb. - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Keirin Piala Dunia Berbasikal Trek semalam dengan penuh bergaya dan kesakitan.
Berlumba dalam final Keirin, dia dan tiga pencabar lain terbabit dalam pelanggaran sesama sendiri sebelum bangkit untuk meneruskan kayuhan bertenaga sehingga garisan penamat.
Dia hanya menyedari tahap kecederaannya hanya selepas itu jelas apabila ditunjukkan gambar serpihan kayu yang terkeluar daripada trek ketika kemalangan, menembusi betis kirinya.
Dia dikejarkan ke hospital dan terlepas peluang menaiki podium bagi menerima pingatnya. - Agensi
Kat bawah ni gambar kaki Azizulhasni yang tercucuk kayu tu..
Kat bawah ni pulak video penuh acara keirin tu..Memang tak perasan kalau tak tengok betul-betul. Sebab dia tak fokus kat Azizulhasni. Tapi boleh nampak sikit masa Azizulhasni bangun kemudian teruskan kayuhan tu.
Melalui berita Buletin Utama TV3 tadi dikhabarkan yang Azizulhasni tak dapat nak teruskan perlumbaan pada Kejohanan Dunia Mac ni..Harap bersabar Azizulhasni Awang..Semoga anda cepat sembuh.
Kagum dengan semangat juang wakil negara yang sanggup tamatkan perlumbaan walaupun dalam keadaan kesakitan. Malaysia Boleh!!
4 comments:
scary gambar tuh! anyway, congrats to him kerana dalam keadaan macam tu pun boleh dapat pingat :)
errrkkk.. agak ngeri bila di tengok gmbr tu. mcm mna la dia bleh tahan kesakitan tu.. tapi memang bersemangat wajar la azizulhasni ni. bagus3!
Baru punya: Titipan Untuk Wanita
wow
smgt tinggi kot
tabik spring kat dia
Malaysia Boleh
papabear:yup..tu la dia pahlawan sebenar kita..sanggup thn sakituntuk mng^_^
wanfadhilah:mmg ngeri tahap gaban kot..siap tembus g tu kn..huhu
akmal:malaysia mmg boleh^_^
Post a Comment
Singgah je???Komen la sikit.:-D