Monday, March 14, 2011

Home » » Gambar Yang Jadi Kontroversi di Berita Harian Pasal Tsunami Jepun

Gambar Yang Jadi Kontroversi di Berita Harian Pasal Tsunami Jepun

Share
Gambar Yang Jadi Kontroversi di Berita Harian Pasal Tsunami Jepun

MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.

Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.

Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian  bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.

Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.

Sumber: Bharian Online



Ni lah gambar yang jadi kontroversi tu. Kredit to Beautifulnara


Maybe tak de sikit pun niat diorang(Berita Harian) nak mempersendakan mangsa Tsunami di Jepun ni..Mungkin diorang cuma nak buat selitkan sikit humor tapi tak kena pada masanya.

Tak pe la..Yang penting Berita Harian dah mintak maaf..So, tak payah panjang-panjangkan cite lagi..Lepas ni kalau nak buat lawak tu kena la fikir sensitiviti orang ramai dulu sama macam kes Fizz Fairuz dalam Twitternya...:-)



Tahniah Datuk Lee Chong Wei Juara ALL ENGLAND Tahun 2011 yang baru habis sebentar tadi selepas menewaskan musuh tradisi Lin Dan dari China dengan straight set 21-17, 21-17. Malaysia Boleh!^_^


Ilustrasi Kontroversi Berita Harian|Ilustrasi Tsunami Berita Harian|Lakaran Kontroversi Tsunami Berita Harian|Gambar Kontroversi Tsunami Berita Harian|Ultraman Tsunami Berita Harian

7 comments:

Mancis said...

Benda ni memang tak perlu dipanjangkan. Tapi memang tak sepatutnyalah Berita Harian siar kartun macam tu. Kartun objectifnya untuk menghiburkan. Adakah kejadian tersebut menghiburkan?

Tapi, baguslah BH dan minta maaf...

~ Cik Azz ~ said...

Tu la kann... Ramai yang nak letak nama2 katun jepun tu sempena tsunami yang melanda tp mungkin tak kena masanya..

Mungkin kalau letak ayat yang sesuai seperti "Kuasa Allah.. tak siapa yang dapat menahannya termasuklah Ultraman and the gang..."

Mujurlah akak tak letak ayat mcm yg si fizz tu letak... Kalau tak, mau meletop blog akak kena bako.. huhu...

YanaMIB said...

nk bergurau biar bertpt..cuba klu kita kt tpt dorg..mesti akn melantun jugak kn.. :)

Sharinginfoz said...

betul tu nak bergurau pun kena ada ilmu tak main belasah aja, kalau salah tu minta maaf le

Mr Strider said...

isk.isk..memang banyak lawak camtu kita dengar lepas kes tsunami kat jepun tu..tp x elok kalo kita post dalam paper, twitter, FB or blog utk everyone baca..kita xtahu kadang2 impact kejadian tu ke atas seseorang..tp mmg xpatut kita gelak atas kecelakaan yang menimpa orang lain..Berita Harian should know that..dorang da estb company kat dlm malaysia nie..isk..is..

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Hukhukhuk, maybe dia tak maksudkan nak mpersenda atau ape, cume sensitiviti 0rg kite kan :)

SKSLink.com/wordpress said...

Ingatkan pelukis tu nama Zuar... eh,eh... Zoy plak!
8-}

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Singgah je???Komen la sikit.:-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Sensasi

Blog Archive